Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, December 25, 2012

Cuti hari natal

0 comments
Date : 25.12.2012
Time : 9am - 6pm
Venue : Home dan Setia city mall

Happy holiday!!! kami bukan kisah sangat pasal perayaan apa hari ni tengah berlangsung tu tapi yang penting, kami cuti!! bestnye dok rumah kan? kalaulaaa hari2 macam ni kan best. Boleh jaga cik mek zara hari2..bestnye..

Tapi takpe, takyah nak meratap sayu sangat la..Kalau diberi peluang dok rumah pon bukannye nak kan? Mane boleh la dok rumah suri rumah sepenuh masa tanpa buat apa2..sooo boring. betol tak kawan2 seperjuangan yang sama bekerjaya mama zara ni kan?

Okay...seperti biasa, diary mama zara ni nak bercerita apa activiti harian kami. Pagi ni, kami macam biasa, kemas rumah dan masak-masak. Nak tau masak apa? kah kah kah..masak nasi lemak!!! papa masak! Salute papa! Mama sangat bersyukur dapat menjadi isteri kepada mohamad akmal azim sangat2!! sesungguhnya papa seorang yang sangat pandai masak!!!

Birthday present dari ummi ngoh
Sambil memperhatikan gelagat iman nur zahra, mama dan papa sambil mengemas dan makan nasi lemak. Hari ni zara macam selera makan naik sikit. Pagi-pagi tadi mama bagi zara minum susu, pastu sambung terus dengan makan nestume (kami memang masih lagi bagi zara makan nestume sebab kami nak bagi zara makan supplement dalam capsule tu, so biasanya kami akan bukak sarung capsule dan masukkan dalam nestume). Lagipon nestume beras merah ni zara memang gemar. Makan hari-hari pon tak bosan.

Naik basikal sambil tengok kartun
Lepas zohor, tiba-tiba papa ajak gi Setia city mall. Plannya nak g toyRus, kedai mainan feveret papa (kalah budak kecik). Nak cari koleksi kereta atau lori katanya. Beriya-riya la kami bersiap. Papa cakap nak pakai baju t-shirt SuperDry feveret dia. Kaler biru, then mama dan baby pon haruslah pakai kaler biru jugak baru keluarga bahagia..hahaha (xsedondong pon bahagia jugak..sajo jooo)

Ni first time kami gi setia mall ni sebenarnya. Ya allah..nak cakap menyesal tu..boleh jugak la.. Manusia yang hamat la ramai tuhan je tau! Parking PENOOHHH!!! parking kt luar bangunan, kat dalam bangunan..kat tepi2 jalan semua penuh. Kami lak nasib baik jumpa parking kt area pintu masuk setia city mall tu. dekat je ngan pintu masuk..

Pening tengok ramai sangat manusia..malas dah nak pusing satu mall tu sebab sangat besar. Mama plak teringat yang mama nak cari hadiah untuk wedding uncle Nik mohd azlan next week. Decided masuk parkson tengok2 barang..Dan yess..dapatlaaa idea nak beli blander brand philip. Guarantee dan warranty 2tahun lagi. Besar punya blander! menarik...kami pon takde blander macam tu. Memang hadiah wedding cun jugak nih.

Kami tak pikir panjang dah..rembat terus (saje taknak bagitau berapa harga blander philip tu, kata hadiah kaan..mane bleh bagitau..ala, google je nak tau brape. Blander Philip yang 300w tu..ade 5blades, laju dan tajam seta berkuasa tinggi..haha..mcm promoter!)

On the way keluar mall, papa lak nak makan subway..take away je..makan dalam kereta..drive balik rumah. Owh..mama dan baby je balik rumah. Papa masih meneruskan misi nye untuk melepak dengan member kat bukit jelutong kot..ntah..lantak dia la nk gi mana. Mama tak kesah..kikiki

Menonton tv


Monday, December 24, 2012

Tumbesaran Zara 13m3w

0 comments
Date : 24.12.2012
Time :
Venue : Home

Zara sekarang dah berumur 13bulan 3minggu. Dah nak masuk 14bulan. Budak-budak sekarang orang tua-tua cakap cepat benar membesar dan bijak. Zara pon sama, sangat suka dengan gadget2 seperti phone, laptop, android...apa-apa jenis gadget yang boleh nampak gambar atau kartun. Pasti suka! betol tak? Mama percaya, bukan zara je macam ni..budak2 lain pon sama..sebab tu kami tak melarang zara meng-explore gadget2 yang ada.. Tu je pon yang kami mampu sediakan untuk zara buat masa ni.

Macam sekarang ni, pantang nampak laptop terbukak..sebok saje dia nak tekan2 keyboard laptop. Nasib baik laptop sekarang dah canggih dan tahan lasak tak macam laptop zaman dlu2. Pantang lasak sikit rosak. Phone pon sama. Canggih sangat. Dengan teknologi touch screen bagai tu lagi senang budak kecik macam zara ni nak explore. Makin cerdik jadinya.

Laptop addiction
Mama ada terbaca kat babycenter.com. Ada cerita detail pasal tumbesaran kanak-kanak dari kecik sampai ke besar. Salah satu statement kat website tu..

"Fetch: Throwing stuff out of his crib or play yard and watching you retrieve and return it is great fun for a 13-month-old – if you agree to participate. He may also enjoy handing you toys, books, and other objects, expecting you to hand them back. This kind of give, take, and give again is actually a social game, a way of interacting with you and learning how to interact with others."

Mama ingatkan perangai suka baling or campak barang ni tak semua budak buat. Rupanya dah ada study pasal benda ni. Memang ni merupakan salah satu activiti yang kanak-kanak akan buat. Ni sebenarnya cara dia nak main dengan kita. So kita sebagai parents ni, layankan aje jangan sesekali jemu. Time ni derang nak membesar, nak belajar action and response. So please...layanlah anak-anak anda! hehehe

Lagi satu yang ni...

""Watch me, Mom": Your child may love an audience and repeat any "performance" that elicits a positive response, especially applause. Take care to reinforce behaviors you want to encourage, not negative ones like throwing food."

Zara memang pandai sangat dalam bab-bab meniru gaya ni. Kami selalu perhatikan gelagat zara bila di depan tv. Zara seboleh-boleh nya akan meniru gaya2 yang kartun2 kat dalam tv tu buat. Contohnye macam angkat tangan, cakap telephone, melompat, menari, tepuk tangan dan macam..macam! seronok!!

"Hide-and-seek: Chasing you and hiding from you may be some of your 13-month-old's favorite activities. Hiding behind a chair, a book, or even a dish towel, giggling endlessly as you pretend you can't find him, could be the best game on earth. Or you might be the one who hides."

Kalau bab2 main nyorok2 ni memanglaa dah lama dah zara expert! hahaha..suka sangat main2 peek a boo..sorok2 belakang sofa..comel kan?

Kutip makanan atas lantai...

Sunday, December 23, 2012

Happy Birthday Papa!!!

0 comments
Date : 23.12.2012
Time : Satu hari
Venue : Home

Happy birthday to you...happy birthday to you...happy birthday to papa...happy birthday to you!!!

Yeaaayy...papa dah masuk 29tahun!!! Papa dah tua daahh.. Tapi papa tu kalau sekali pandang tak nampak macam dah nk 30 kan? hihihihi..papa always hero at our heart..love you papa!!

Meh mama nak describe pasal birthday man kita hari ni ye..

Papa...
Seorang ayah yang sangat bertanggung jawab ke atas isteri dan anaknya...
Seorang ayah yang sangat tegas dengan kerenah isteri dan anaknya...
Seorang ayah yang sangat baik hati sangat-sangat pada isteri dan anaknya...
Seorang ayah yang sangat rajin dan pandai masak demi kebajikan isteri dan anaknya..
Seorang ayah yang sanggup bergadai nyawa demi keselamatan isteri dan anaknya...
Seorang wira untuk keluarga..
Seorang superhero untuk anaknya...
Romantik terhadap isterinya..
Penyayang untuk anaknya...
Kaulah...ayah terbaik di dunia!!!
We love you papa!!!

Okey...nak jugak mama tempek gambar supergirl mama nih..kah kah kah
Berusaha bawak kotak nak bagi mama...


Cartoon feveret..Mickey Mouse Clubhouse

Saturday, December 22, 2012

Majlis Kesyukuran Aiman

0 comments
Date : 22.12.2012
Time : 5pm
Venue: Rumah Tokwan - Selayang


Hari ni, sempena Aiman (anak ke-lima tokwan), dapat 5A masa exam UPSR hari tu..Maka keluarga buat satu majlis makan-makan nasi dagang tu! Mama memang suka nasi dagang sangat-sangat. Zara  pon mama suap nasi dagang tu jugak.

Malam tadi ingat nak bermalam terus kat sini tapi tak jadi, so kami datang pagi tu je. Sempat la jumpa dengan Mushrif sekeluarga. Tapi disebabkan derang rushing nak balik kampung so tak sempat nak borak lama2 dan snap2 gambar.

Petang, bila dah takde orang..boring..so kami keluar rumah..amik2 gambar...layaaan..

Di hadapan rumah tokwan
Besar kan rumah tokwan? Semua anak laki..6 orang. Dulu-dulu mama dok sini la..masa mama mula2 keje kat menara celcom jalan tun razak tu. Time tu mama tak kawin lagi..
Diorang ni...sangat2 la baik!! Love them!
Di hadapan pondok klasik

Kami

Zara yang dah takde mood nampaknye...

Mengantok...cer tengok mata dia...

Mama cun! hahaha

Amir dan Aiman

Nangis


Nak minum air tak?


Friday, December 21, 2012

Comot+Cupcake+New Toy

0 comments
Date : 21.12.2012
Time : 8.30 malam
Venue : Home

Kenapa anak mama comot?? Sebab...anak mama makan coklat!! Zara memang suka sangat2 coklat bar. Macam papa dia! hahaha..

Kalau beli coklat bar, kene beli satu untuk papa (besar) dan satu untuk zara (kecik). Dan kalau bab2 makan ni, mama dan papa memang tak control sangat pon zara nak buat apa. Kadang2 budak besar ni, dia banyak nak explore, nak cuba buat sendiri. Time ni la kanak2 nak belajar. So, mama rasa memang tak patot kalau mak2 kat luar sana nk control anak2 comotkan diri sendiri macam ni..

Comot pon sweet je kan? Nama dah budak2..!!



Walaupon dah dalam pyjama, tapi mama tak kisah.. Setakat zara nak kotorkan baju tu apa la sangat kalau nak bandingkan dengan pengalaman belajar dia kan? Baju ni, lepas setel makan2 nanti mama terus masuk baldi..rendam..esok basuh! Senang jee....

Owh ye..hari ni..masa kat ofis tadi mama ade beli banyak cake. Dari member mama kat ofis.

Cupcake

Cheese Tart

Apam polkadot
Cupcake tu mama nak bawak gi rumah tokwan esok. Esok ade wat makan2 so mama nak bawak cupcake tu as buah tangan. Boleh jugak bagi kt budak2 masa majlis tu..Lain2 tu..mama dengan papa je la yang habiskan! cheesetart tu memang feveret mama!

Owh ye..lepas balik dari keje tadi, kami singgah di sunway pyramid. Saje jalan-jalan, jumaat kan. Nak habiskan masa...kat sana sempat rembat satu toy untuk zara..

Little People Truck Fisher Price


Thursday, December 20, 2012

Favorite Corner

0 comments
Date : 20.12.2012
Time : 9.00malam
Venue : Favorite Corner

Inilah dia...favorite corner zara. Segala mak nenek mainan zara mama letak kat sini. Longgok2 je semua kat situ. Ada 2 rak pink 2 tingkat. Mama susun je mainan2 kecik kat situ. Yang besar2 tu mama biarkan je kat luar..Tapi still area tu jugak. Beralaskan tikar getah mickey mouse tu..are tu nampak ceria kan?

Mainan tu semua..zara main! Tapi ada cara untuk buat dia main mainan2 tu. Nak tau camne? Mama ngan papa selalunya akan kemas dan susun semua toys tu elok2..sampai la bila zara perasan toys tu dah kemas..Laju je dia datang.."kemas" kan balik semua..

Haaa..time ni la baru dia betol2 menyelongkar setiap toys yang ade kat situ..Sampai bosan dan bersepah balik! hehehe




Saturday, December 15, 2012

Fisher Price Toys Zara dan toys papa

0 comments
Date : 15.12.2012
Time : 10am to 4pm
Venue : IKEA dan OneUtama

Hari ni semangat lebih sikit nak gi IKEA. Sebab papa ade misi dan visi..hah! kerlasss gitu! kekeke. Misi la sangat kan. Sebenarnya, kak ina aka ciklong mintak tolong papa belikan katil dan tilam untuk bakal newborn  baby nya nanti. Katil tu katil untuk kanak-kanak rasanya, bukan baby cot la. Sebab size dia agak besar sikit berbanding baby cot. 

So pagi ni mama masak bubur nasi zara awal-awal, tapi tak sempat makan kat umah pon. Mama tapau bubur nasi bawak bekal gi ikea. Nanti mama papa makan sana, zara dah ade her own food. Senang sikit. Gerak dari rumah tepat kol 10 pagi dan sampai ikea agak-agak dalam jam10.20 camtu. Tak jem so cepat pulak sampai.

Ni memang first time datang ikea seawal 10.30 pagi. Parking pulak berlambaaakk kosong! biasanya parking memang takdapat la kosong camni (lenkali kene datang time2 camni baru best). Nasib baik dah bukak, agak cuak kot2 sampai2 ikea tutup.kah kah kah

Dah alang-alang datang beli katil tu kan. Papa order lah sekali dengan detolf sebijik lagi. Nak jadikan geng teman kepada detolf papa yang dah sedia ade sebijik sekor2 dia kt umah tu. Baru balance;..ade kiri kanan..miahahaha

Ehh..takkanlaa detolf ngan katil je..mesti la ade benda2 lain jugak. Tapi tak banyak pon beli..tu je..niat dihati memang nak cari hanger baju yang berlonggok2 tak berhanging kt umah tu. huuu

Barang dari ikea
Owh ye, katil dengan detolf ofkos la tak muat kereta kalo nak angkut kan. Yang tu kami bayar delivery RM75. Nanti derang datang hantar ke rumah. Tapi...jadual penghantaran isnin jam 3pm..Hmm..pon boleyyy. Bukan urgent pon kan. No worries.

Inz..
Dah setel shopping kat ikea, keluar dalam jam 12.30 camtu. Isshh..awal bebenor. Takkan nak balik terus. Haruslahhh singgah kat One Utama tu kejap. (Dah area2 ikea tu je) Ingat nak window2 shopping je kat sini. Tapi tu la, dh ujung-ujung tahun mesti ade sales pulak ek. Jenguk punya jenguk, kami lalu depan Jusco..tiba2 papa cakap..

"eh mama...ade sales laa, jom tengok mainan..papa nak tengok model2 kereta" 

Orite aje..pusing..sekali mama tengok fisher price ade sales. Hampeeh...10% je..huu.. So macam tak berminat sangat. Pusing lagi..pusing lagi..erkk!! terkezuttt!!

Mama tengok puppy's learning car ni ade discount 50% selected items sahaja. Tu pon tak banyak. Confirm mama beli!!

Puppies Learning Car
Ok..kenapa mama excited pasal toys ni ek? Macam ni, kat rumah mama memang ade satu catalog product fp. Dalam catalog tu adea few items je new. Satu remote (dah beli utk zara) kt sini. Lagi, Puppy yg bleh bercakap (mahal sgt, xmampu nk bli lg), rumah ade bunyi (lupa nama dia) then puppy's learning car ni. So..new item..wajib la beli.

Disebabkan harga dia mahal, so mama berfikir2 jugak nak beli. Tapi hari ni rezeki zara.. Harga normal RM99.90 discount 50% so dapat RM50. Haaah..ko hadoo? murah kan?

Chatter Telephone
Lagi satu mama perasan ade chatter telephone ni. Ade discount 10% je. Normal price 39.90 dapatla RM35. Walaupon discount sikit je, tp mama beli jugak sebab mama jarang sangat2 jumpa telephone ni kat mane2 kedai. Alang-alang nampak toys ni terus kepit bawah ketiak taknak lepas. hahaa. Tanpa fikir panjang, mama gi beratur kt counter (walaupon time ni panjang giler queue, cuti sekolah la katakan) Tapi kan..banyak betol mainan kat sini.Kami jarang jugak datang sini..rugi2..huuu

Toyss zara dan toys papa
Hoohh.. mane datang pulak 3 ketul lori tu ye? Yang ni, papa beli kat toysRus. (Nakjugak barang dia). Papa..cam biasala..model2 transport camni memang kegemaran. Nanti ni mesti nak masuk dalam detolf baru.miahahaa

Display...
Kat sini la akhirnya nasib si lori2 tadi tu..langsung tak digunakan untuk main..untuk display sahaja..kesiaaannnn...

Muka comot..makan rotiboy

3 Ketul lori..feveret papa.
Sebenarnya lori-lori tu semua ade 8 bijik untuk koleksi. Tapi papa baru beli 3bijik. Lagi 5 bijik tu kemudian2. Tak tau la bila nak gi beli lagi. Ntah2 esok sebok ajak mama gi beli lori2 lagi..tengokla tak caya..hahahaa





Kerlas gaya anak mama minum susu!!

Thursday, December 13, 2012

DJ in the house yo!!!

0 comments
Date : 13.12.12
Time : 3.00pm
Venue : Home sweet home

Kebosanan...

Perasan tak zara pakai baju ni?? baju mama beli kat pureen warehouse sales hari tu. RM15 hengget je. murah kan? mama memang puas hati kalau dapat beli barang time sales! bukan sebab kedekut..no no no! demi anak terchenta masakan bolehhh kedekut2 gitu@! wakakaka. Tapi kepuasan...kepuasan dapat beli barang ade discount tu fentinggggg...tengok..cantek jugak anak dara pakai kan??

Dj in the house yooo!!!!

Golek...golek...bangun...

Penyet idung beruang kecik

Wednesday, December 12, 2012

Tarikh cantek 12.12.12

0 comments
Date : 12.12.2012
Time :
Venue : Home

Wajah iman nur zahra pada tarikh keramat 12.12.12

Lepas ni dah takde daahh tarikh cantik macam ni. Macam tahun lepas tarikh keramat jugak 11.11.11..tp zara tak nak lahir tarikh ni, zara lahir 10.11.11. kekeke.tapi cantik je..kan???

Owh..bercakap pasal lahir2 ni, mesti ramai orang booked nak bersalin hari ni kan? Macam mama tengok dalam berita td, ramai orang kawin time ni. Bersalin tu apatah lagi. Ye la sekarang zaman moden kan. Bersalin pon boleh pilih tarikh..kerlasss uolss!


Hello..hello..boleh cakap ngan papa?

Owh..ni mama cakap eykkk..

OK..mama..tolong belikan zara toyss...
Cartoon time!!

Berjengket2 je..jalan tak boleh lagi.

Duduk atas toys pulaakk...macam2
Apa perkembangan zara masa tarikh keramat 12.12.12 ni ye. Hmmm..ok, hari ni zara dah berusia setahun sebulan sehari. Kebanyakan kanak-kanak lain, setahun ni should be dah boleh berjalan serata alam dah kan. Tapi ade jugak yang masih belum boleh berjalan.

Zara memang langsung tak boleh jalan lagi. Zara boleh bangun sendiri, pegang perabot2 tu dah mantap la. Bergerak ke sana sini dengan bantuan sofa  tu memang dah terbaikk la. Tapi kalau lepas tangan dua2 belah, zara boleh bertahan beberapa saat je then duduk terus merangkak untuk bergerak. It is ok sebenarnya. Mama dan papa memang langsung tak heran la. Ramai orang cakap macam pelik kenapa xleh jalan lagi.

Tapi sebenarnya, mama ade terbaca satu article dalam internet, sumber dari babycentre kot lupa dah tp yg pastinya sumber yang boleh dipercayai dan diyakini. Dia cakap, makin lama baby tu merangkak adalah makin baik. Sebab merangkak adalah waktu untuk dia kuatkan tulang belakang. Makin lama dia merangkak, lagi kuat tulang belakang baby tu. Dan satu lg yg paling penting, tulang belakang menyambungkan terus kepada sistem otak dan sekaligus membekalkan oksigen kepada otak.

Makin lama baby merangkak, makin banyak bekalkan oksigen kepada otak yang sekaligus jugak memberikan kelincahan dan kebijaksaan pada baby tu. Ok, pendek cite, makin bijak la anak mama kalau merangkak lama2. So..mama sukaa!!! hehe. 

Kalau tak percaya..try google..cari info pasal bayi lambat jalan atau merangkak lama. Sure jumpa nya!! Ok..sekian! wakakaka

Sunday, December 9, 2012

Mandi Kolam Renang

0 comments
Date : 9.12.2012
Time : 2.00pm
Venue : Depan rumah

Hari ni nak kata panas terik tu takde la sangat. Tapi 3 4 hari lepas kami ade belikan zara kolam renang kat carrefour. hehehe.. Dah lama dok plan nak beli. Plan je, tapi tak terbeli..bukan xnak beli tapi kadang-kadang bila gi shopping mall terlupa pulak.

Kolam renang tu sebenarnya dah lama dok dalam rumah, zara dok berenang depan tv (berenang tanpa air). kah kah kah. So hari ni, sabtu...kami ade masa free yang banyak untuk monitor zara mandi kolam. Bukan main seronok la dapat main air. Budak mane yang tak suka main air ye tak? cer cite..cer cite..takde kan? Kami bukak baju zara, bukak pampers sekali tinggal seluar je. Hah..main la sepuas puas nya dalam kolam tu..


Mula-mula sekali mama nak mintak maaf sangat-sangat dengan zara, disebabkan kecuaian mama menjaga zara hari ni...zara dapat 2 benjolan kat muka..uwaaa!!

Sorry darling!! 

Oke, ceritanya macam ni..

Mama start dengan malam tadi, cuba imagine ye...dalam bilik tidur kita ade katil dan tv yang kedudukan dia bertentangan antara satu sama lain. 

Meaning, kedudukan tv tu di depan dan hujung katil.
Zara pulak sekarang ni memang dah pandai turun katil sendiri.
Memang dah expert sangat2. So, denganpenuh keyakinan mama kat zara yang zara boleh turun katil sendiri, mama biarkan zara turun.

Sekali, mama tak sangka pulak yang bawah tu kat atas lantai ade botol mr potato. Mungkin zara terpijak masa turun katil,membuatkan zara terjatuh dan sekaligus muka terkena bucu rak yang mama letak tv.
Hasilnya, batang hidung zara bengkak kaler biru.



Tak sudah dengan tu, bala lain pulak datang melanda.
Tengahari tadi, mama bawak keluar kolam renang kecik zara yang dok depan ruang tamu tu.
Mama konon-konon nak anak mama happy main air (tambah pulak cuaca panas).
So mama letak kolam tu depan pintu rumah kasi air separuh penuh dlm kolam tu.
Then sambil perhatikan zara main air, mama tengok je..sambil tangan tak henti2 dok snap gambar.



Agak-agak mama rasa gambar dah cukup banyak untuk kenangan,
mama masuk dalam nak letak dslr tu kat dalam. Tak sangka pulak time mama masuk rumah tu,
zara cuba nak keluar dari kolam. Tiba-tiba dengar zar nangis! Adoiyaiii!!
Mama lari-lari keluar, tengok zara dah terlentang kat atas lantai.
Rupanya kolam tu licin..huuu..




Mama tengok...dahi zara pulak bengkak!! kaler purple pulak tu, sangat leban. Kesian sangat..adoiyaai!

Sorry again sayang!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...