Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, March 31, 2012

New Cousin

0 comments
Dari semalam lagi nak tengok sepupu baru Zara..tapi tak kesampaian..ye la..baby kan kene tahan ward. So hari ni memang kami berharap baby dah keluar dari ward icu. Kami gerak dalam tengahari dari rumah tokma sebab waktu melawat kol 12.30-2.00 petang je. Rushing jugak la nak ke sana takot tak sempat kan.

Nasib baik sempat jugak masuk tengok baby walaupon sekejap..Comel sangat anak pak muda + mak muda ni. Muka macam mommy dia..Katanya nama belum di-finalised lagi..agak2 ape la nama baby comel ni kan? hehe.


So..sementara mama tengah riba baby kecik ni..iman nur zahra ofkos la bermanja-manja dengan papa. Happy pulak cik zara ni..walaupon keadaan dalam ward tu agak panas..huu

New Born baby boy

Lepas kene halau (terok nye bahasa)..kat mak guard ward tu..kami pulang je le. Tapi, disebabkan tokma nak singgah satu kedai jahit ni tempat tokma selalu beli kain buat sarung bantal..mama&papa ternampak SALE..SALE..SALE kat anakku! owh tidakk!! ape la gi..mama&papa redah..sempatla beli beberapa helai baju untuk zara.

sepayang t-shirt hijau dari disney dan 2 helai t-shirt anakku

 
minnie mouse from disney, bju dan seluar - 2 pasang

Friday, March 30, 2012

Ward bersalin - HRPZ II

0 comments
Ward bersalin? HRPZ II? Ini tempat lahir Iman Nur Zahra kan? hehhe..yela..sini la zara lahir. Kenapa kami datang sini lagi..sebabnya...zara dapat sepupu baru. Mak muda & pak muda dapat baby baru..baby boy! masa datang melawat ni, actually kami semua tak dapat tengok baby, sebab baby dimasukkan dalam ward 2, sama macam kes cik INZ jugak..lemas. Tapi zara lemas masa berperang untuk keluar dari perot, baby ni pulak lemas sebab lame sangat dalam perot, air ketuban dah kurang..tp jalan tak nak terbukak jugak. Hmm..masing-masing ade kisah masing-masing kan? Takpe..janji selamat keluar.

Eh..mama pegang muaz? zara dengan cikngoh dan ummi ngoh tengah dukung aimy.

Borak ngan makmuda je..baby tak keluar ward lagi.

Bila dah habis waktu melaawat, ramai-ramai keluar dr ward dan secara kebetulan, para bapa penyayang yang dukung baby-baby comel ni. Sempat mama snap..sweet!

Okeh...ni posing k! tak larat nak layan..hahaha

Disebabkan takde orang lalu lalang kat situ, terpaksala mama wt timer untuk snap gmbar semua orang.

of course la para ibu pon nak masuk gambar kan! ehehehe

Dan..ini adalah hasil snappo terbaeeekk!

cuba cari mane ngoh? ngoh tengah pegang cameralaa...

Okeh..ini complete!

Ni semua dh nak gerak cari makan.

Gemoknye mama!! owh tidaak!!


Makan-makan kt Food Village - Dim Sum Restaurant

Beriya-riya pulak papa makan...suka la tu!





Tuesday, March 27, 2012

Bumbo Seat ordered

0 comments
Dah lame mama dok survey bumbo seat ni. Macam-macam website mama jelajah demi untuk mendapat harga terbaik. Bulan february hari tu dah ade sale untuk bumbo seat ni, kt One Baby World (obw) sempena pembukaan cawangan baru kat shah alam. Tapi masa tu entah kenapa mama tak terbeli pulak. Hari ni..mama dah jumpa kat mana yang ade sale dan mama dah order satu ketol untuk zara..

Disebabkan zara sekarang dah berumur 5bulan, time macam ni zara dah tersangat kurang tido dan banyak main. So, zara memang dah tak suka baring lagi dah. Zara sekarang banyak nak duduk. So, mama harap dengan adenya bumbo seat ni..dapat membantu zara ok! :)

Hmm..ape yang menarik sangat tentang bumbo seat ni?

COMBO Package: Buy Bumbo Baby Sitter Seat and Bumbo Play Tray together in a set at an attractive price.
The Bumbo Baby Sitter is a revolutionary new concept with world wide patent rights, uniquely designed according to the baby's posture to seat babies independently in an upright sitting position, from as young as 3 months up to an age of approximately 14 months depending on the individual development of the child, thereby providing a snug and cozy environment for your baby. 
The Bumbo Play Tray is the hottest thing going for growing infants. The Bumbo Seat helps them learn to sit up and interact with the environment around them, but with the Bumbo Play Tray they learn even more! 
The Bumbo Play Tray gives your baby more opportunity to learn and play as they strengthen their trunk muscles in the Bumbo Seat. Toys placed on the play tray are within your child's reach so for the first time they can sit up and play. This give your baby a feeling of control over their environment while improving their hand eye coordination. It also gives parents a break because babies want to stay in the Bumbo Seat longer. 
When your child is ready for finger foods, the Bumbo Tray is the ideal place to learn to eat. It is snug, safe and comfortable so your baby can focus on learning to eat not learning to balance.
The Bumbo is manufactured to the highest safety standards from low-density foam material, which makes it lightweight and portable. It is soft and comfortable for the baby, safe, hygienic and non-toxic. The integral outer skin of the material is durable and easy to clean.
The Bumbo Baby Sitter is versatile and can be used safely and conveniently anywhere on any level surface, and is definitely the extra set of hands you have always been looking for the perfect gift for that special occasion. 
The seat does not require any uncomfortable straps or fasteners. It gives a wonderfully new way to ensure maximum interaction and enjoyable communication with your child. Depending upon the individual development of the child, some babies will be able to climb out of the bumbo, so never leave your child unattended.

ha..ini la dia Bumbo seat tu.


mama pilih warna Lime untuk zara...cantek x??? kaler pink n yellow dh out of stock.

Masa mama survey2, tempat lain harga rm199.90 ni baru dapat seat saje tau, tray tu kene beli lain dengan harga rm49.90, so memang total rm249.90 la kalau total.


Cuba tengok status kt resit tu, Processed! yahuu..nnti esok sampaila tu. camne la rupanya bumbo seat baby tu nanti kan? hehe.

Owh ye..untuk sampingan, mama order satu ball besar untuk zara..hehehe

Sunday, March 25, 2012

F.O.S Warehouse sale

0 comments
Event : FOS Warehouse Clearance
Location : Shah Alam
Warehouse sale ni kalau nak cari baju2 tshirt setakat nak wt basahan tu memang berbaloi lah. Memang betol..berlambak-lambak baju yang harga rm3, rm 5, seluar2 slack tebal utk basahan kat rumah tu rm10 je. Memandangkan kami datang on last day kan..what to expect. Baju-baju lawa tu mungkin dh hbs orang rembat kot..tinggal yang biasa2 je. Lagipon, tujuan besar kami ni sebenarnya nak cari water dispenser yg murah2. kebetulan smlm water hitter kami rosak..kalo xde tu ssh jgk n k msk air and alhamdulillah..ade!

Papa dengan inz, berlatarbelakang kan FOS clearance sale! tu diaa..harga baju rm 3 hengget ja!

Snappo kami sekeluarga! muka inz yg xstress panas! kt sini panas gilos ok! dan i ofkos tetap maintain senyum!

Ha..ini saje lah yang dapat kami wt balik. Lain-lain tu..macam malas nk korek2 cari bju lawa2.

Saturday, March 24, 2012

Mattel warehouse sale

0 comments
Toy : Fisher Price Kick and Whirl Carnival
Shopping location : Mattel Warehouse Sale

Mattel Warehouse Sale? mama pon tak pernah dengar sebelum ni. Nasib baik la kat ofis mama ni, kawan-kawan mama semua mak-mak orang yang memang kaki shopping, kaki melaram, kaki buat kek, kaki buat bunga, kaki masak dan macam-macam jenis kaki lagi la. haha. Diorang semua ni la yang cakap dengan mama weekend ni ade mattel warehouse sale. Mama ingatkan sale ape la sangat kan. Bila baca pamplet dia pon dah nampak macam menarik.

Dan bila dengar diorang cerita shopping bagai nak gila semua tu kan. Pastu siap tunjuk kat mama gambar diorang semua beli barang kat sale tu, naik semangat yang amat la pulak mama nak belikan untuk zara.

Sale ni sebenarnya tak banyak brand yang involved. Cuma hot wheels, fisher price, barbie..tu je. Tapi yang menarik nye tang fisher price tu. Mainan untuk zara. Suka sangat! Sale start hari jumaat - sabtu. Memandangkan jumaat tu mama masih lagi kerja (kalau takde benda urgent memang mama cuti je jumaat tu), so mama gi la hari sabtu. Itu pon mama dengan papa punyala bersemangat, kol 10 pagi tu dah bersiap-siap nak gerak.

Budak comel lena tidur before keluar rumah
So mama agak-agak dalam kol 11pg macam tu la sampai sana. Mama ingatkan dah cukup awal la kan, sekali..mak aihh...boleh dikatakan dah 80% barang dah licin. Nasib baik sempat jugak mama belikan zara seketul barang fisher price dan untuk papa pon ade jugak. Dapat beberapa ketul kereta hot wheels..seronokla papa anak beranak. Mama je la takdapat apa.hehe

Fisher Price Kick and Whirl Carnival

Balik rumah, cepat2 mama dan papa bukak kotak mainan tu, tak sabar nak tengok iman nur zahra main.



Kepuasan yang tak terhingga untuk mama dan papa bila tengok zara seronok dengan mainan tu. Tak sia-sia ma&pa berebut2 nk dapatkan benda tu. hehe..alhamdulillah.

Friday, March 23, 2012

Mohd Chan Restaurant

0 comments
Makan-makan di Mohd Chan Restaurant


Mama yang tengah slurp Shark Fin Soup..nyummmy~

Uncle Kalam..

Zara dok diam-diam k

Mama nak makan dengan bahagia...zara dok ngan uncle kalam jap ek.gudgirl!

Bandung cincau..

Sunday, March 18, 2012

Black Canyon & Aquarium

0 comments
Location 1: Jusco Shopping Mall Bukit Tinggi Klang
Pengalaman: First time tengok ikan dalam aquarium di Pusat Aquarium Shah Alam

Setiap hujung minggu, kita semua akan pikir2 kat mana nak melepak, nak merayau..nak luangkan masa untuk satu lagi kenangan yang indah dalam hidup kite. Mama memang sangat suka kalau datangnya hujung minggu, sebab hujung minggu adalah masa yang berharga buat mama untuk luangkan masa bersama zara dan papa, orang yang mama paling sayang.

Semalam dah gi mana-mana kan, so hari ni memang kene bawak cik zara keluar jalan-jalan. Ini supaya zara pandai bersosial dengan dunia luar. Taknak bagi jakun  kan. So minggu ni kite gi Jusco Bukit Tinggi Klang tu je. Jusco ni dekat dengan rumah. Tak jauh sangat. Mama dengan papa sekarang dh jarang keluar gi KL unless ade benda-benda menarik kat sana, mcm last week tu. Ade expo kt midvalley tu kan.

Back to our topic, sebelum gerak gi jusco..mama akan kenyangkan zara dulu, bagi minum susu setelkan semua barang baby.

Minum susu sebelum keluar rumah

Dah besar dah anak mama ni kan, minum susu pon dah otai-otai. Tak payah nak sambil dukung ke ape ke. Rilek je. Baju dan seluar pon dah boleh pakai saiz besar dah. Actually zara ni memang bayi yang panjang sikit berbanding bayi lain. Mungkin zara ikot papa kot, tinggi..tak ikot mama yang macam ayam kapan ni. hahaha. tapi tak tau la bila zara besar nanti macam mana kan. hehehe

Mama's big girl!

Tadaa..mama dokong zara! sepatotnye zara dok dalam stroller tau. Tapi sebab dah lame sangat zara kat dalam tu, mama dukung la. Sian zara, mama takot zara penat lame2 sangat duduk.

Tak duduk diam.

Bila masuk jusco ke, mana-mana shopping mall memang kita semua akan serang tempat barang mainan baby. Sampaikan mama rasa kat rumah tu dah banyak sangat dah anak patong. Tapi memang mama dan papa suka beli untuk zara. Bila dah penat pusing-pusing jusco, mama ngan papa lepak-lepak kt black canyon. Teringin nak makan tomyam sedap!

Menenen...

(makan takleh cakap!)

Uppps...zara ni kan, tak habis-habis menenen! haha..sampai kan kat kedai makan pon mama bagi nenen tau! demi anak mama, mama tebalkan jugak muka. Orang dah tak heran pon kt mama yang breastfeed kan. hehe

Sebelum kenyangkan perot mak ayah dia..better kenyangkan perot anak dia dulu kan. Anak tu lebih penting! chewahh, mantap tak falsampah mama? wakaka

Muka budak dah kenyang, main pon tak nak dah. Badan zara ni memang cepat berpeluh. Even kat dalam econ pon zara akan berpeluh, tambahan pulak lepas minum susu..berpeluh-peluh. Itu yang mama kene bukakkan topi tu. tapi tu la..buat lap meja pulak! adoiyai

Cer tengok air mama yang sedap tu, sedap tau..cappuchino..mama memang suka! rm10 satu gelas.haa. sedap. Mama saje suruh papa snap gambar mama dengan baby, masukkan jugak air sedap mama tu! muahahaa..berlagak tak?

Rasa macam dah lama tak amik gambar sendri macam ni.

Dan ini pulak papa dan makanan-makanannya...beserta food mama juge.

Lepas makan kenyang-kenyang, shopping benda-benda penting tu, kite tak terus balik. Sebab nampak macam awal lg, so mama ngan papa rancang nak gi pusat aquarium shah alam pulak. Kat situ banyak ikan, nak bawak zara tengok ikan-ikan yang cantek tu.

Memang berminat sangat ngan ikan.tak sia-sia mama papa bawak datang sini.

see?? betapa suka zara kan? bayi seusia ni memang suka tengok benda bergerak. Tambah pulak ikan-ikan tu semua colourful kan.memang sangat menarik perhatian zara la!

Suka tengok ikan kaler ni kan? mama pon suka jugak!

Betol-betol anak papa..adeih


Papa yang beriya-riya pilih aquarium mane yang sesuai nak beli. Dan akhirnya papa amik seketul yang berharga rm168.

Tadaaa!!! aquarium dah ready kat umah..dan ikan-ikan juge berenang-renang kegembiraan di rumah baru! wohoo0o0o

Zara suka tak? ade ikan kat umah kite?


a
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...