Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, April 29, 2012

Wajah penenang jiwa

0 comments
Date: 29/04/12
Time : Lepas zohor
Venue: Home sweet home

Happy sunday all!! Semalam dah keluar jalan-jalan sampai ke jusco bukit tinggi klang kan. So hari ni kami takde plan nak gi mana2 pon. Dok rumah saja..hihi.


Wajah-wajah penenang jiwa mama dan papa
Ni nak sambung post semalam. Saje nak re-post balik gambar zara yang pelbagai adegan tu. Mama suka sangat..suka tengok zara cantek..suka tengok zara cute..suka tengok zara bergaya.


Goodgirl! she was nicely reading while papa was driving..



Saturday, April 28, 2012

Spring Cot utk zara

0 comments
Date: 28/04/2012
Time: sepanjang hari
Venue: Home sweet home

Spring cot? alaa...kalau kite orang melayu panggil buaian. Omputih je sebut spring cot. Kalau cradle lak, katil baby yang boleh buai-buai tu..Kalau spring cot ni..tula...buai pakai besi. Hmmm..sepatotnye dah lame dah mama&papa nk belikan zara buaian ni. Tapi macam taknak ajar zara tido dalam buai takot nanti nak gi mane-mane risau zara susah nk tido tanpa buai pulak. Kebanyakan orang pon pesan macam tu la. Memandangkan zara ni kalau tengahari sangat susah nk tido. Kene dodoi bagai kan..then kalau tido pon kejap je. Pantang panas or denga bunyi kuat-kuat nanti tersedar dan susah pulak nak sambung tido.

Setelah beberapa minggu perhatikan gelagat zara ni, mama&papa memang confirm yang zara ni memang perlukan buai. Dan akhirnya hari ni, mama&papa keluar pusing satu shah alam cari buai yang bersesuaian untuk zara. Start dengan cari kat dalam bangunan PKNS shah alam..kat dalam tu ade kedai baby. Tapi buaian dia macam tak menarik. So, mama&papa tak jadi beli kat sini. Keluar dari situ..kami gerak ke seksyen 19 pulak. Kat sini ade kedai baby jugak, tapi still buaian dia macam kureng je. Besi dia tu..adoiyai..kecik dan nampak tak kemas. Lastly, kami gi kat kedai baby kat area seksyen 25 lak. Sini pon sama, ade buaian..macam-macam patern pon ade tapi stil mama&papa tak puas hati dengan besi dia. Goyang..tak kemas..ish..tak menarik la...dah la cik zara tu agak debab..kalau setakat besi kecik goyang-goyang macam tu memang mama&papa tak harapla..risau..

Then, kami agak frust la seposen kan..cari-cari tak jugak jumpa..Perot dah berkeroncong nih. Papa pulak cakap nk try masak kari ayam..so tak nak beli food kat kedai la. Alang-alang kat sebelah kedai baby tu ade Mydin, kami beli barang-barang masak kat situ je. Balik rumah, kami try masak kari..menjadi hoccay! sedap gilos! next time kami plan nak buat kari daging pulak. So..lepas dah kenyang semua kan, kami bersiap-siap dan meneruskan usaha  murni kami ni untuk mencair buaian buat zara..

Berenti nenen kat baby room, jusco..

Burrppp..alhamdulillah..kenyang! hehe

Mama teringat yang mama pernah ternampak buaian sweet cherry kat jusco Klang..so, dengan tergesa-gesa dan exited..kami gerak ke sana. Yess..ada! dan design brand ni jauh lebih cun dari design2 yg mama tengok sebelum ni kat kedai2 baby tu. Harga rm149.00.. Ok la tu..under bajet. Tanpa pikir or belek..terus beli dan balik rumah. Malam tu jugak mama&papa try tidorkan zara dalam buaian..zara memang suka sangat! alhamdulillah..rupanya memang dah lama zara nak buai...mama&papa je tak tau..soo sorry my dear!

New baby spring cot - chrome color!

Buai baru zara

First trial tido dalam buai..lena sangat..senang pulak nak tido bila buai. Lega..

Activity seperti biasa..lepas bangun dari tido..

Petang pulak mama plan nak gunting rambut, so keluar gi seksyen 17 area ole ole hypermart tu. Kat situ memang banyak kedai gunting rambut. Kali ni mama nak potong rambut pendek giler tahap takleh ikat langsung. Ye la, baru 2 bulan lepas mama potong rambut, sekarang dah panjang balik dah. Rimas..malam2 bangun nak bg nenen baby kang..nak kene ikat rambutla itu ini..leceeh..So..on the way tu, sempat pulak mama snap pic zara ni ha..sweet je, baju putih biru digayakan dengan headband putih.

Zara yang seronok baca pamplet tesco

Monday, April 23, 2012

New cupboard for zara

0 comments
Date : 23/04/2012
Time : 9.30 malam and above
Venue : Dalam bilik - rumah seri muda, shah alam

Setelah sekian lama mama&papa berniat nak belikan zara sebijik cupboard yang colourful. Actually papa suka yang ade gambar kartun, tapi mama pulak suka yang plan tapi banyak kaler. Bila dah berselisih pendapat macam ni membuatkan niat tu terkubur macam  tu je. Lagipon mama&papa dah survey harga cupboard tu rm199 sebijik. Ade satu pintu panjang dan 3 pintu kecik. Meaning ade 4 compartments la kan.

Ok..then macam mana boleh terbeli hari ni? Bukan sebab gaji mama&papa baru masuk (gaji minggu depan), tapi kebetulan. Hmm..kebetulan ni boleh dikatakan rezeki jugak la. Sebabnya, semalam mama balik dari keje..ajak papa keluar carefour sebab nak beli barang dapur. Bila sampai kat pintu masuk carefour tu, ade sorang autie yang pegang pamplet tu hulurkan mama sekeping pamplet carefour. So dalam tu ade banyak la senarai barang yang tengah promotion kan. Macam biasa, sambil jalan..mama dan papa akan sambil belek-belek pamplet kot2 ade promotion barang ape murah.

Dan mama terkejut dan jerit kat papa...

"papa...!! tengok ni..almari baby ade promotion!"

Papa pulak excited.."mana2?? jom cari..ade lagi stok tak"

Mama ngan papa beria-ria cari kat area perabot kat carefour tu, sekali takde..frustla jugak..then..nasib baik ternampak..jauh dari area perabot tu derang susun kat situ. Tanpa pikir panjang..terus amik satu! berat sangat-sangat ok!!

Sampai rumah, memang mama&papa tak sabar lagi dah nk pasang almari comel ni. Bila mama tengok balik baju-baju zara..pening rasa..macam ni la keadaan mama gantung baju zara yang berlonggok2 tu.huhuhu..mama sendiri tengok pon serabut.haha

 Dan sekarang ni, bertemankan mama dan baby..papa pasangkan almari tu dengan penuh berhati-hati dan cermat. Walaupun almari ni kecik..tapi sebab almari ni adalah almari untuk cik zara..papa will handle with care! hehe
siap ade bekal rojak mee mamak lagi kat sebelah papa tu. hehe

Hampir siap...

Pemasangan pintu sedang dijalankan..

Akhirnya dah siap dipasang dan siap dimasukkan semua baju yang berlonggok-longgok tadi kedalam almari comel tu.

Boleh imagine tak macam mana ruang/kawasan mama simpan barang-barang zara? hehehe..macam ni la. Ade dua keping evamatic mat kat situ, berbentuk ABC dan gambar Upin Ipin.

Saturday, April 21, 2012

Pureen warehouse sale

0 comments
Date : 21/04/2012
Time: 12pm and above
Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd

Hari ni mama tak kira..mama nak gi jugak warehouse sale ni..dah lame mama tunggu. Dah ramai kawan mama cakap yang warehouse sale ni memang sangat berbaloi. Bangun awal pagi plan nak gerak awal. Tapi gerak lambat jugak akhirnya. Pagi-pagi kan banyak benda nak kena settle especially part persiapan cik zara la ofkos!
Sale ni start semalam (21/04/12) hingga hari ni kol 10malam. Semalam, lepas siap mandikan zara..bagi minum susu semua, mama, uncle kalam dan zara terus gerak gi sana tanpa breastfast tau! haha
Sampai sana dalam kol 12 tengahari jugak. Bila sampai sana, tuhan je tahu, penoh sangat-sangat. Sehinggakan papa cakap, tak sanggup nak bawak zara bersesak-sesak dalam lautan manusia tu. So, papa decide nak bawak baby lepak kat kedai mamak je. Sementara mama setelkan misi mama! ehhe..mama ok aje..janji, papa tak givup or ajak mama balik sudaa.hihi
Ok, now..masa mama masuk dalam tu..nak juling mata mama! baju-baju baby murah sangat!! ade yang rm10, rm8, rm5, rm3...rm1 pon ade!ehh..memang murahla..Tang amik barang tu yang kelakar. Berebut macam goreng pisang panas!

Lagi satu..nak ke que panjang berjela! i super woman hoccay..setakat bersesak2..que berjela2 tu ape la sgt bg i kan! hahaha..janji dapat barang ape yg nak.
Lebih kurang macam ni la suasana (pic taken from link - thanks!) kalau nak tengok lagi details ade kt blog ni.
Tapi, kalo carik barang sorang2 pon tak best jugak sebenarnya..jadi banyak benda tak beli. Bila balik rumah tu baru rasa menyesal tak amik itula..ini la..actually...kalo orang nak cari kelengkapan baby yang bru nk bersalin tu..memang elok sesangatla.. sini mmg byk giler brg murah.. botol2 susu.. breastpump.. cleanser.. hygien.. ehh.. smua la! Mama pulak..beli ape je...ni ha..barang2 ni jela..
Tu je la semua barang yg sempat mama beli. Banyk giler lg brang2 lain.Macam makanan bb Heinz..Milna..memang murah2 la. Tp sebab sorang, dengan rushing nak que lagi memang xsempat. Tupon lame que kat cashier lak. huhuhu..

Tapi janji sempat jugak merembat beberapa helai baju untuk cik zara walaupon dah tiniggal saki baki yang orang taknak je kat situ..huu..Tapi lenkali kalo ade lg, better korang gi bwk n borong banyak2..memang berbaloi..mama pon lain kali mmg nk borong byk2. Owh ye, masa tengah beratur panjang2 nak bayar tu,ada sorang kakak tu cakap kat mama, warehouse sale ni ada 4 bulan sekali. This is the first time for year 2012. Meaning ade lagi 2 kali la! Harus la mama g bulan 8 nanti. Nak amik baju untuk zara banyak2.
Ok..ni sebagai selingan..nak jugak mama selitkan muka yang penuh kepuasan bersama baby buat tatapan readers. heheh

Mama dan si comel mama

Kawasan parking kereta yg jauh sikit dari warehouse sale tu.

Berbaju miow..hadiah dari paklong

Friday, April 20, 2012

Loving pic

0 comments
Date:20/04/2012
Time: 8.30pm
Venue: Home sweet home, shah alam

Hari ni mama takde benda sangat pon nak cerita, cuma sebab mama tulis jugak post hari ni disebabkan sekeping gambar kat bawah ni..so sweet..Time ni mama baru lepas balik keje. Seperti biasa, mama kalau sampai je rumah, cepat-cepat mandi then baru amik zara..riba-riba dan ofkos nenen..dan..semestinya juga papa la yang amik gambar! pantang nampak pose comel..cute dan sweet..snappo is a must!

Iman Nur Zahra is super duper cute ok!!

P/S: Bila zara besar nanti, mama nak zara tau yang mama dan papa sayang sangat-sangat kat zara tau!

Wednesday, April 18, 2012

Steambot at D'Kayangan

0 comments
Date : 18/04/2012
Time: 3pm and above
Venue: Bengkel Top Speed Glenmarie &
D'Kayangan stemboat seksyen 13 shah alam.

Hari ni mama keje, khamis kan..tapi mama harap sangat hari ni hari jumaat so that esok jadi sabtu then mama tak payah gi keje esok. Sebabnya hari ni, ciksu Nabilah, Muaz, Cikngoh dan Ngoh ade kat rumah. Diorang datang dari Batu Pahat rumah ciklong. Cikngoh ade nak jumpa kawan kat UITM shah alam, so haruslah singgah dirumah kite kan.

So..papa cakap, alang-alang diorang nak datang rumah memang papa standby je la kat rumah. Tak keluar pergi mana-mana pon. Kebetulan semua orang ade, papa ajak ngoh gi bengkel tayar untuk tukar tayar kereta paktok. Dari situ sejak jam 3petang..sampaila jam 7petang baru semua siap. Lame sanga-sangat.

Dan mama pulak  hari ni banyak sangat keje yang membuatkan mama takboleh keluar awal. Still mama keluar ofis jam 6 petang. Tapi yg sedihnye, jem sangat kat Highway NKVE.. dari tol jalan duta sehinggala exit tol shah alam. Sedih sangat. So mama sampai rumah dalam pukul 8 malam!

Punyala geram mama. Mama bukan ape, nak jumpa dengan semua orang, nak luangkan masa bersama diorang lama2 la  kan, dan yang paling penting..of kos la nak jumpa puteri idaman kalbu mama! Ok..sambung, sesampainye mama kat rumah, terus mama mandi dan tukar baju sebab kami semua plan nak keluar makan kat D'Kayangan..steambot! mama sebenarnya kurang sangat makan-makan steambot ni..sebab leceh..tapi kalau ramai2 macam ni takpela..seronok.

Tapi, disebabkan keadaan dah malam dan zara pon penat seharian kat bengkel tadi. So time ni sepatotnye zara dah pengsan atas katil dah. Tapi..terpaksa keluarl, so..zara memang meragam je. Sejak dari baru gerak dar rumah..sampaila kat sana..merengek..nanges. Lasty, papa dodoikan dan akhirya tido..kesian zara.
So..time kt restaurant tu..sempatla mama snap beberapa keping gambar sebangai kenangan..as usual la kan..

\


Busy day

0 comments
Macam-macam activiti dan event berlaku hari ni. Ok..mama mulakan dengan parcel dulu ok. Macam ni, weekend hari tu mama dok belek-belek baju zara, mama perasan yang zara tak banyak topi yang sesuai untuk jalan-jalan. So, mama terpikir untuk belikan zara topi baru. Semalam..mama order 2 biji topi dari blog kawan mama kat kedai matahari. Dulu pon mama memang selalu beli topi dan headband kt sini. Pagi tadi kak ina pos kan order mama tu, hari ni dah sampai dh! Ok..mama order 2 beanie hats tu je, tapi auntie lina bg present blue headband untuk zara! what a nice auntie kan?

Beanie Hats and blue headband

Ok..then lepas tu, kite semua gerak gi airport KLIA pulak nak jumpa toksue ciksom nak gi umrah. Kat sini kite semua lepak dan borak2 je. Yang kelakarnya, diorang semua ade bawak makanan bungkus2 tau..banyak sangat untuk 11 orang je. Pastu ofkos la lebih banyak kan, dok ajak mama papa makan. Mula-mula malu..tapi atlast makan jugak sebungkus! hihi
Papa dan zara kat KLIA (Pic taken by mama)

Zara bersama toksu dan mama

Uncle Kalam bergaya
Dan bila malam tu jugak, papa keluar dengan uncle kalam ke Seri Kembangan. Ambik kereta poktok.

Sunday, April 15, 2012

First Family Photoshoot

0 comments
Okay..semalam mama ade cakap harini kite ade fotoshoot kan? Yup..the fotoshoot have being done so well. Thank you zara and papa..for giving so much supportives and sporting at all the time fotoshoot being working on.

Memandangkan setelah 5 bulan bergelar seorang ibu...kepada sebuah family kecil yang hidup dalam serba sederhana..

Walaupun dah beribu-ribu keping gambar kita sekeluarga telah mama&papa snap.(dalam hardisk ni dah dekat 20G dh gambar baby bersama kami) tapi still rasa tak lengkap jugak selagi tak betol2 amik gambar baby.

Untuk simpanan peribadi..untuk tatapan masa tua nanti, setelah baby zara dah besar. Makin dia membesar di depan mata..semakin nampak perubahan2 yang baby alami..Yes..thats the greatest ever!

Ok, meh mama nak cerita detail sikit. Fotoshoot tu mama booked pukul 1 tengahari sebab time ni je ade slot kosong. So, papa bercadang nak sampai awal kat sana so that kite semua boleh rilek-rilek dulu kan. Gerak dalam pukul 10.30 pagi, sampai sana kul 11 pagi. Eh, macam terlalu awal la pulak. Btol tak?

Lagipon mama&papa tak breakfast lg. Jadi kita pusing-pusing cari kedai makan. Actually area tu memang banyak kedai makan tapi mama&papa pilih paparich kopitiam. Macam selesa sikit untuk zara lepak. Mama&papa xpela kedai camne pon tak kisah..tapi not for our lovely little princes! Dan ofkos la masa tengah menunggu food sampai, mama&papa snap dulu..

Sebenarnya dah lame dh mama dok contact2 photographer untuk fotoshoot tapi selalu je cancel. Ade-ade je yang membuatkan kami cancel. Contohnye macam last week, tetiba pulak zara demam, so cancel la. Then sebelum tu, ade hal tu la ni la, memang sangat tak sempat. Nak wat fotoshoot awal-awal sangat nanti zara xready lg kan.

At last..akhirnya hari ni kite smua telah berjaya amik gambar about 200++ keping gmbar. Owh ye..masih igt lagi tak post  Maternity Photoshoot ni? Ha...lebih kurang macam ni la mama nak buat.








Dan ni beberapa keping gambar buat tatapan kita semua (Kalau nak tengok smua gambar, mama ade simpan dalam DVD dan juga printed kat album gambar:











Ini pulak mama nak post gambar-gambar kite sekeluarga..mama suka sangat gambar2 ni. Comel sangat. Dan yang paling mama suka, sepanjang fotoshoot ni..zara memang langsung tak meragam. Very the goodgirl. Memang zara ade la merengek bila dah lame buat pose yang sama banyak-banyak kali. Tapi still zara tak nanges, cuma ade bunyi2 sikit la. Then, mama&papa akan cepat-cepat tukar position then amik post lain.

Ada sekali tu, masa amik gambar zara dalam kerusi coklat kecik tu, time ni dah memang last dah kami snap zara sorang. Sebabnya kebosanan zara memang dah tak boleh dibendung lagi. Time ni memang zara dah start wt muka boring dan sembur-sembur je keje! comel!! lepas tu, terus papa amik zara then tukar wat family pose pulak..















One happy family..love you all so much!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...