Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 30, 2012

Balik kampung - Part 1

0 comments
Sebelm mama nak bercerita panjang tentang apa yang berlaku sepanjang minggu ni, mama nak bagitahu yang hari ni adalah hari sabtu..sementara mama tengah tulis blog ni, iman nur zahra tengah main dengan hp mama kt tepi mama ni dan papa pulak tengah main ps3 kat bawah. Hmm...mama rasa post ni mungkin akan jadi berjela-jela, so mama rasa mama kene make it as partition..so, ni part 1 k.

Mama start dengan hari gerak balik kampung. Hari selasa 29.05.2012.
Date: 30/05/2012
Time : 4.00am
Venue : Home at Shah Alam

Iman Nur Zahra - Lena tido dalam car seat, ready for a long journey tonight.
Ok, cuba baca balik post mama pasal g beli barang untuk farhan dan adnin tu..actually kejadian balik kampung ni bermula lepas shopping tula. Lepas balik dari midvalley...mama dan papa kemas semua barang, ready masuk dalam kereta siap-siap dan tido..dalam jam 3setengah pagi tu..mama dan papa bangun dari tido..dah agak fully charge dah..then terus bersiap-siap untuk gerak. Iman nur zara? of kos tengah tido lena. Mama angkat zara dari katil yang tengah lena..letak atas carseat..still tido..comel kan? Dengan lafaz bismillah dan doa...papa start driving balik kampung!

Date: 30/05/2012
Time : 12.40pm
Venue :  kampung alor bakat, melor, kota bharu.

Kite semua sampai kat kampung dalam jam 11 lebih camtu..mula-mula singgah rumah ummi ngoh dulu sebab ade nak tinggal kan brang yang orang kirim. Pastu..singgah pulak rumah tokma mama, salam cium2 dulu..mama ade belikan tokma cistat untuk tokma. Then dalam kul 12.30, gerak balik rumah tokma  papa pulak.
Zara bersama cekngoh
Cekngoh dan muaz..
Inilah dia...encek Farhan Danish
Hero kami...papa di laman rumah tokma
Best friend papa...uncle azim melompat depan rumah tokma.

Tuesday, May 29, 2012

Cari present to Farhan dan Adnin

0 comments
Date : 29.05.2012
Time: sepanjang hari
Venue: Home dan Midvalley

Hari ni last day mama keje, esok kite semua nak balik kampung sempena wedding pak anjang. Mama balik keje awal hari ni sebab planning petang ni lepas balik keje kite semua nak keluar shopping cari barang-barang untuk hadiah anak pakmuda, Farhan Danish dan anak cikda, Adnin Irdiana. Sebelum papa jemput mama dari keje, papa snap segala activity zara kat rumah. Seperti..

Zara yang pantang nampak camera, mesti pose..
Zara suka wt macam ni dah sekarang..balik-balikkan badan...
Zara juge suka kacau papa main ps3..so, papa bagi remote ps2..so takde la kacau papa lg da..hehe
Lebih kurang kul 4 lebih kot, papa gerak dari rumah..ke ofis mama untuk jemput mama gi shopping. Hari ni mama ade project kat cheras..so papa jemput mama kt cheras..terus gerak ke Midvalley shopping mall. Mama dan papa datang sini sebab nak gi jusco...mama dengar jusco ade sale..mama suka~~ So..layankan aje gambar kite se family bershopping..

Mama..papa..dan iman nur zara..
Happy family..


Banyaknye barang kite beli.sukaa...

Monday, May 28, 2012

Main remote PS2 papa

0 comments
Date : 28/05/2012
Time: Tengahari
Venue: Depan tv, ruang tamu

Aktiviti : Main remote ps2
Semalam mama ade cerita pasal aktivi zara yang penuh sepanjang hari tu kan. Main remote la, main hanphone la, makan oren..hari ni pulak..zara main remote lagi..tapi remote ps2 pulak. PS2 ni sebenarnya papa dah lama tak main dah. Semenjak dua menjak papa dapat ps3, banyak masa papa habiskan main ps3 saje. Ps2 dok diam-diam dalam laci.

Hari ni, disebabkan iman nur zahra dok kacau papa main ps3, papa bagi remote ps2..godek la sorang2.hihi.

Sedang lena tido atas tilam depan ruang tamu

Main remote ps2
Yang buat mama kagum dengan zara ni kan, zara buatla apa-apa sekalipun..mama  perasan zara sangat tekun. Semua benda yang dia pegang, dia perhati betol-betol..dia belek satu-satu walaupon kecik. Comel je anak mama ni..Love you darling!

Sunday, May 27, 2012

Makan buah oren

0 comments
Date: 27/05/2012
Time : Tengahari
Venue : Home at shah alam

Pengalaman : Pertama kali makan buah oren direct dari kulit.

Malam semalam masa kite semua gi carrefour, nampak cantek best je buah oren..elok je tersusun atas rak tu. Terfikir pulak untuk bagi zara makan buah oren. Buah oren ni elok, sangat elok untuk semua orang sebab oren mengandungi vitamin c..yang baik untuk kulit dan juga sistem pertahanan badan.

Zara nak makan buah oren tak?
Cubaan makan buah oren
Nak lagi mama...nak lagi...
Anyway, ni merupakan pertama kali mama bagi zara makan buah oren macam ni..sebelum ni, Zara pernah jugak makan buah oren ni sebab sehari tak poo poo.. nak kasik poo. Tapi mama dan papa tak bagi direct dri buah macam ni. Biasanya, papa akan perah buah oren ni, masuk dalam botol susu zara then zara minum jus oren dari botol.

Makan sendiri dah sekarang
Mama..tengok zara ni! hehe

Nak amik sendiri la..hehe
Tak cukup dengan mama suapkan, zara nak pegang sendiri pulak. Amik oren tu dari tangan mama, suap sendiri. Tapi tu la, masuk kulit dulu..pahitla jadinye..yang kelakarnye, rasa pahit kulit limau tu...muka zara terkial-kial..tak sedap kot.hehe..

Memek muka : masam
Bila mama nak suapkan balik..tangan dia pulak tak reti nak duduk dia. Cam biasala..pegang itu ini..sentuh tu..sentuh ni..dah tu, pandai nak amik oren sendiri dari pinggan pulak...so comel!! mama bangga sangat dengan perkembangan anak mama!
Main Remote astro
Selain dari makan buah oren tu, mama juga nak cerita apa activiti dan perkembangan zara sekarang. Sekarang ni, zara dah mula suka dengan semua benda yang ade berdekatan dengan dia. Yang dia boleh capai dan ambik..semuanya nampak menarik di mata zara. Contohnye kalau kat depan tv, zara suka sangat main ngan remote astro tu. Kalau nampak dia kusyuk, diamm je (orang kelate ckp, ralit)..ha..dok main remote la tu. keke
Main remote ekon dan penutup lense camera dalam cot
Bila malam-malam pulak, sharp on time kol 8.30 tu dah ajak mama masuk bilik. Bila mama bawak masuk bilik, bukannye nak terus tido pon. Nak guling-guling, nak main-main dulu. Biasanye mama akan letak je atas katil or dalam cot. Bagi remote ekon, mesti zara ok punya! hihihi...best sangat kot ngan remote.

Main hanphone papa pulak..(sexy nye  papa..nampak tuuut! keke)
Lepas tu bila tengok jam dah kol 9lbih tu mama baru la nak dakap nak nenenkan zara bagi tido. Tapi, kalau papa dia masuk bilik je, dok tengah syok2 nenen pon akan bangun balik. Nak main ngan papa pulak. Tapi..masalahnye, bukan nak gurau-gurau sangat po, tapi nak phone! ha...mcm ni la gayanya cik iman nur zahra mama ni..kelakar kan? macam-macam activiti dia buat before tido. Ok la, wt masa ni, mama update tu je dulu..nanti lain hari mama cite lagi apa yg zara dan kite sekeluarga buat k. daaaa...

Saturday, May 26, 2012

KL International Hotel with Aimy

0 comments
Date: 26/05/2012
Time: 9.00PM
Venue: KL International Hotel






Jom Heboh & Sejuta belia

0 comments
Date: 26/05/2012
Time: 3.00PM
Venue: Putrajaya Presint 2

Pengalaman pertama Zara berkunjung ke Jom Heboh. Seronok..tapi sangat penat dan panas..

Di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya



Mama dan zara..berehat...penat..



Keluarga bahagia...



Zara dahaga..mama juga..



Bergaya di sebelah pameran kereta klasik



Hot stuff! ramai peminat tuuu...
Mama..tolong zara...ramai nye aunties....hehehehe
team basikal pixie
Kami dah nak balik dah...

Thursday, May 24, 2012

Checkup - 6 months

0 comments
Date : 24/05/12
Time : sepanjang hari
Venue: Klinik kesihatan seksyen 19 shah alam

Hari ni, semua orang bangun awal termasuklah iman nur zahra. Punya la liat nak bangun anak dara mama ni. Dah kejut banyak kali pon, mata bukak kejap tutup balik..lawak je..comel sangat. At last, bila zara bangun sepenuhnya..papa angkat zara dan bawak turun. Mandi dan bersiap..hari ni ade appointment doctor untuk inject zara..untuk 6 bulan injection.

Mama pakaikan zara yang simple-simple saje sebab kat klinik tu bukan ape sangat pon. Yang penting, pakaian yang senang nak selak bila nak inject nanti. Dah siap pakai baju, mama kasi kenyang-kenyang dulu anak mama ni, then baru boleh gerak ke klinik. Appointment zara kol 9 pagi, kami gerak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi, sampai sana..tuhan je tahu..ramai giler! ramai sangat-sangat...mulanya mama ngan papa macam nak givup je, tapi bila fikirkan zara, kesian pulak...bangun awal pagi..bersiap awal2 sekali tak jadi..mane boleh kan. Lagipon, jangan mudah putus asa..dan jangan amalkan sikap tangguh dan tunggu dulu, kelak binasa badan..nanti ape pon tak jadi. Betol kan?

Mama yang cun...hehe
 Dengan penuh kesabaran dan ketabahan kite tiga beranak..tunggu je la nurse panggil nama. Sambil-sambil dok tunggu turn, macam-macam la mama dengan papa dok bercerita. Especially pasal zara la. Zara itu..zara ini..dah boleh tu, dah boleh ni dan juga planning untuk masa depan zara nanti. Memang seronok bila cakap pasal zara..Hingga hampir tak sedar yang nurse dah panggil nama zara.hehe.

Papa bukakkan baju zara untuk timbang dan ukur tinggi
Process mula-mula sekali lepas nurse panggil nama zara, adalah process timbang berat badan. Kene bukak semua baju termasuklah pampers sekali. Alang-alang zara dh pee pee sekali kat pampers tu, papa pakaikan yang baru.


Zara yang sedang ditimbang 

Pada mula nurse nak timbang zara, mama dah berdebar-debar dan sangat teruja nak tau berapa berat badan anak mama ni. Bila nurse cakap 8.1kg...mama terkejut..tanya nurse sekali lagi. "Berapa berat baby saya nurse?' Pastu nurse cakap.."8.1kg.." Mama pandang papa, papa pulak time tu tengah angkat baby dari penimbang dan letak kan baby atas gambar pengukur panjang. Sambil mata pandang mama..then mama cakap lagi, "aikk...kenapa berat baby sy makin turun ek?" Then nurse cakap, "biasala..bila start umur 6bulan, baby makin active dan pandai bergerak, berat dia makin susut..tp kalau terlalu byk turun dan tak naik-naik..baru kte kene bg vitamin". Lega mama dan papa...fuuuuhhh...risau!

Baru keluar dari bilik rawatan
Lepas timbang, kite smua balik ke tempat duduk sampaila nombor giliran kat dinding tu keluar tunjukkan no kite kene masuk blik mana..kat dalam bilik ni, nurse akan check kesihatan baby..kulit baby..mata..semua2 berkaitan fizikal la..dan juga..bagi taklimat sikit pasal apa yang berkaitan. Hari ni, nurse ajar mama cara nak masak bubur nasi untuk baby..Insyaallah..nanti lepas ni mama dan papa plan nak masakkan bubur nasi je untuk baby...homemade..nyum..nyum..hehe

Nurse yang sedan selak seluar baby

Nurse yang tengah amik jarum ready nak cucuk baby

Tadaaa...iman nur zahra kene cucuk..nangis jap je..dalam beberapa saat je.pastu dah ok da...good girl!!

kat luar klinik

A happy family...

Tuesday, May 22, 2012

Zara beraksi badmood

0 comments
Date: 22/05/2012
Time: Sepanjang hari
Venue: Home sweet home

Hari ni, dengan pesanan dari papa malam tadi..mama terpaksa kene gi kedai tayar sendiri..sorang-sorang. Ni first time mama nak repair apa-apa berkaitan kereta tanpa papa. Sebenarnya pagi-pagi tadi lagi papa dah offer diri nak keluar tampak tayar kereta yang pancit semalam tu kan. Tapi mama tiba-tiba terfikir yang sebelah ofis mama tu ade kedai repair tayar. Then, tak payah la papa susah-susah pagi2 hari.

So, mama drive ke tempat keje..mama memang bawak slow sangat. Below than 80kmh (ikot pesanan papa). Tengok orang potong mama pon, mama rilek selumberrr jee..cool je. Dalam hati, dok cakap "ala...aku pakai tayar spare kot hari ni..rilek r"..padahal takde orang kisah pon.hihiihi. Sampai ofis, kedai tayar masih tutup lg, mama naik atas dulu, on pc..baca email bla bla bla..kluar breakfast dengan ofismate dulu..then baru naik amik kunci..bawak p kedai tayar. Kat sini, dekat sejam jugak mama termenung tunggu kereta siap. Lame kan? sebabnye..mama sekalikan terus dengan buat allignment dan ballancing tayar. Total kat sini RM48:

Tampal tayar : RM5
Beli penutup lubang tayar: RM5
Alignment tayar: RM18
Balancing: RM20 (4 tayar)

Time on the way masa mama tengah drive balik dari keje pulak, memang kepala mama dah terbayangkan suasana hingar bingar zara dan papa. Mama dah boleh bayangkan, hari ni mesti papa akan habiskan masa terluang dengan nikon5100 semalam tu. Mama pon sebenarnya dah tak sabar nak balik rumah.

So, bila sampai rumah...mula sekali mama ofkos la cium baby dlu, cubit2 ckt..gelek2 idung atas perot zara dlu..agak-agak dia dah hilang rindu tu..mama masuk dapur makan nasik..wohoo! haa...mama skip lunch hari ni ok! Sesambil dok makan nasik tu, as what im imagine la, papa dok update pasal dslr tu. Setting itula..setting inila..dah tau cara nak buat itu..ini..mcm2 la..hehe..on the same time jugak, papa display kan gambar-gambar zara yang snap hari ni kat TV..HD lagi gambar tu tau..mama suka!

Dalam bilik..astaghfirullah..kalo ye pon, kemas la dlu.keke
Her close up face

Beza tak dengan mimik nanges kat atas? kan? ni bila nanges buat2! hehe

chewahh..setting ape lak papa try nih.hihi
Zara memang sangat teliti orangnya..benda kecik2 pon dia suka belek

Mama admit..yang zara memang dah besar..i am proud of you daughter!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...