Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, August 13, 2012

Model biskut raya

0 comments
Date : 13th August 2012
Time : 9.00mlm
Venue : living room

lihatlah biskut-biskut ini...

Saya suka tengok banyak-banyak macam ni..boleh main...
walaupon zara xboleh makan biskut2 ni, tp zara boleh duduk2 atas bekas biskut ni..hehe

Saturday, August 11, 2012

Vacation : Batu Pahat

0 comments
Date : 11-12 August 2012
Time : Sepanjang hari
Venue :

Memandangkan minggu depan kita semua dah nak balik kampung dah nak raya..so ni weekend last kita kat shah alam. Dah lama plan sejak mula2 ramadhan lagi nak gi rumah maklong kat batu pahat. Tapi lepas seminggu..seminggu..tak jugak jadi. Weekend ni memang WAJIB gi dah. Memang tak boleh delay. Plan beriya nak gerak lepas sahur, sekali..tidooo...langsung tak gerak pon lepas sahur tu.

Bangun pagi, kemas2 barang satu beg je mandikan baby semua..setel then baru gerak dalam jam 11pagi camtu. So lebih kurang pukul 2petang dah sampai rumah maklong. Sambutan memang best la. Especially abang ajwad tu. Dia la nampak paling happy. Bak kata paklong, dari pagi lagi dok tanya bila kami nak sampai. hehe..comel betol.

Angkat berat...model sexy..
 Dah sampai kat sana, time makan tengahari iman nur zahra. Haruslah mama siapkan lunch dia. Masalahnya, boleh pulak kami tertinggal pinggan mangkuk sudu garfu cik iman tuh! hadoi jenuhlaaa..mencari mangkuk sesuai untuk bubuh nasi zara. Rembat je mangkuk plastik pink tu kat umah maklong pakai sudu plastik kfc kot..xperasan..tak kesahla janji boleh makan..betol tak anak mama? hehe

Tengokla mama..bercerita memang beriya! haha..malu i~

Ntah kenapa ngan muka ajwad tu..hehehe

Berpeluh2 zara kat luar rumah..

Anyway..kami tengah bertenggek kt atas kereta maklong..depan tu rumah dia.

Tiba2 datang papa..amik kte bawak masuk rumah..dengki betol.hihi

Tapi..sempat aje snap gambr family kita..hehe..nampak tak DBN kesayangan kat blkg tu. Ouch!
 Hehehehe..comey tak family potrait kita yang berlatarbelakangkan rumah maklong kat batu pahat tu? hehehe...comel kan? walau pon papa sedikit seksi..papa tu memang macam tu. Baju takkan bertahan lama kat badan dia. Suka bukak baju tau! nak tunjuk hape ntaah...mama tak suka sangat sebenarnya..tapi biasala papa, kalau mama suruh pakai balik pon, bukan dia nak pakai..habis tidak pon dia amik baju gantung kat bahu camtu je..sabar jela! hikhihi

Anyway time tu kami bersiap nak keluar. Nak cari barang basah nak masak untuk berbuka. Lagipon, kami jugak nak gi kedai A- Ikhsan kat bandar batu pahat..nak carikan kasut raya untuk anak2 maklong. Kami mengekor je sebab papa dah beli kasut baru..Puma lagi..udah2 la kan..

Suasana di ruang menonton tv..ajwad..aufa..kakak dan along..semua jalur2

Dah join orang besar dah sekarang..hehe

Belek2 album lama..jumpa budak tu muka sama ngan cousin dia..aufa! ahha..taksangka!
Day #2

Ok..dah khatam dah aktiviti hari pertama, then mama nak cerita aktiviti hari kedua kat sana pula. Ok..hari ke dua ni agak seronok jugak sebab kami menjelajah dari satu kampung ke satu kampung untuk mencari kilang kerepek yang famous kat area Parit2 ni ha..Anyway..kat batu pahat ni, mostly kampung dia nama parit..Contoh parit raja..parit sulong, parit ntah...lupa..banyak gile sampai mama pon xtertangkap perkataan dia.hehehe

Suasana menenen dalam kereta..camni la jadinya

Zara dan papa depan kedai kerepek.
Mama dan zara pulak kat kedai kerepek

Friday, August 10, 2012

Happy 9 months birthday!

0 comments
Date : 10 August 2012
Time : 10.00malam
Venue : Home

Special Note:
          Progress : 9 Bulan
          Berat : 8.7kg 
Sempena di pagi ramadhan ke 21 ni, bersamaan 10 August 2012..zara dah masuk 9bulan! Haaa...mama suka! anak mama dah makin besar. Pagi ni mama macam biasala, bangun sahur jam 4.45pagi bersama papa yang kita sayangi tu. Taksangka pulak zara pon bangun awal hari ni. Sementara mama  nak tunggu waktu solat subuh, alang-alang zara bangun tido terus active capai semua barang yang berdekatan tu, mama cepat2 suruh papa amik camera dan snap gambar zara. (Cpt2 suruh papa..bukan cpt2 mama amik camera) hahaha. Jadi, inilah dia budak yang comel busyuk2 baru bangun tido tu..

Happy 9months burfday darling!!!
Bangun tido je terus gigit surah yassin mama
Bersungguh-sungguh pulak tu..
Hmmm..memang rasa tak bosan kan menatap gambar gelagat zara tu.. Mama memang suka tengok balik gambar2 zara dari kecik baru lahir dalam labor room tu hinggala gambar hari ni. Sweet..dulu zara sangat montel..sekarang ni walaupon bagi mama dah kurang montel tapi zara tetap comel! jangan jelesss.. hehe

Ok..tu time pagi2 waktu sahur tu..tengah2 air liur basi kering kt muka lagi tu. Ni pulak pose time tengahari. Beberapa activiti zara yang sempat papa snap..tak banyak sangat pon sebenarnya.

Rambut zara dah boleh tocang..comel tak?
Tapi malangnya..tocang zara tu terpacak...so funny!!!
Dan seperti biasa...zara akan tekun dengan semua benda yg dia lakukan
In pyjama..malam2 tp maintain aktif..goodgirl!

Today's Video!

Zara on 9 Months!

Thursday, August 9, 2012

Hobi : Geget handphone

0 comments
Date : 9 August 2012
Time :
Venue :

Ramadhan #20

Pagi2 memang mama dan papa wat rutin biasa, bangun kol 4.45pagi untuk sahur. Walaupon sekadar  minum air makan roti je, papa maintain bangun sahur without fail. Tapi mama...memang waktu sahur dah tahap WAJIB makan nasik. Mama dan nasik tak boleh dipisahkan (camne mama nk diet kalau xleh nak pisahkan dari nasik..kan?)

Iman Nur Zahra ni pulak, memang macam tau2 je..cam mama pernah cerita sebelum2 ni. Mama dengan papa setel sahur je, bangunla dia..tak kira la jam 5.30 pagi ke..6pgi ke..Mama dan papa pulak, lepas sahur memang dah tak boleh tido. Terus stay sampai subuh dan terus mandi bersiap gi keje..macam mama pernah cerita sebelum ni jugak.

Iman Nur Zahra pon..mula la layan kartun pagi2 butaa..hadoooii..sabar jela.. Pantang nampak mama on pc pon menyebok nk touch2 jugak tau..ha..ni buktinya!

Ooo..mama main facebook rupanya
Betolkan mama cakap..sebok je tau.. Papa pon layan je lee.

Nampak tak kartun kt tv tu..hah kan terbukti memang suka tgk kartun time2 camni sekalipon..
Kuyu..tapi tetap menawan!
Ha..perasan tak ade handphone kaler oren tu. Tu handphone uncle kalam. Mama pon tak tau kenapa, tapi zara memang suka sangat dengan handphone tu tau..pantang nampak uncle kalam je mesti nk handphone tu. Bila uncle kalam bagi, then baru buleh main2 ngan hanphone tu..dah tak kacau uncle lagi dah..comel betol. nasib baik uncle layankan aje. Ntah brape kali handphone ni jatuh tp uncle kool je..thanks to uncle k.

handphone papa..dua2 zara nak..
Lagi satu handphone kaler biru papa ni pon sama...zara suka jugak. Mama suspek la kan..mungkin disebabkan handphone2 ni ade butang best kot sebab tu la zara suka. betol tak?? hehe

Zara makan cerelac
Cuba ambik kamera dari papa
Kesian kat bunny tu..zara buat macam tu pulak ek.

Masih seperti biasa..panjat bumbo seat..
Sup ayam sodap sebagai juadah berbuka puasa
Sebagai selingan, papa hari ni tetiba nak masakkan sup ayam sebagai juadah berbuka puasa tadi. Komen mama...chef papa memang sangat terbaek! sedap sangat! confirm mama takleh nak buat macam papa buat.hehe


Wednesday, August 8, 2012

Bubur nasi utk zara

0 comments
Date: 8 August 2012
Time : 6.30 pagi
Venue : Dapur kita

Hari ni mama masakkan bubur nasi untuk zara dengan penuh kasih sayang. Memang tiap kali buat bubur nasi pon dengan penuh kasih sayang. Sape tak sayang anak oi!! Bukan senang nak keluarkan sorang budak montel tu tau..dan bukan senang jugak nak pastikan dia membesar dengan sihat.

Sikit je mama masak sebab bubur nasi ni tak digalakkan masak banyak2 sekaligus. Kalau boleh masak hari2 lagi bagus. Mama campur carrot sahaja dalam bubur nasi tu,.

Bubur nasi tengah menggelegak

ikan bilis goreng blended
Nampak sedap betol ikan bilis blended ni kan? mama tengok pon rasa nak makan sama. Upss. tapi mama puasa hari ni..hehe

Itu saje..daaa

Tuesday, August 7, 2012

Hobi : Panjat Bumbo Seat

0 comments
Date : 7 August 2012
Time :
Venue :

Suka panjat bumbo dah sekarang...
toleh menoleh
Mata yang sangat cantek
her close up
anak mama yang sangat ceria..
tajam betol jelingannya
she is so..adoreable..


Monday, August 6, 2012

Mama buat popia

0 comments
Date : 6 August 2012
Time : sepanjang hari
Venue : Dalam rumah

Hari ni bangun pagi-pagi iman nur zahra macam takde mood je. Mama letak zara berehat in her cozy couch..empukk sangat bunny tu kan. Bagi naikkan semangat zara untuk hari ni. Bukak tv..channel Disney Junior sambil menonton cerita kartun fevourite-nya.

Sementara itu..mama pula masuk dapur dan panas air mandi zara. (Ouh ye, pagi-pagi zara masih lagi mandi air suma. Cuma petang nanti je zara  mandi air paip biasa).

Mama dan papa bukannya nak manjakan sangat zara ni, tapi agak kesian jugak tengokkan zara kesejukan pagi-pagi mandi air paip. Nak beli water warmer yang pasang kat dinding tu rasa macam tak berbaloi pulak. Sebab duduk rumah sewa, bukannya rumah sendiri..

Sungguh selesa...jeles mama tau..

Ok..nampaknya anak mama dah dapat mood balik..

Apsal pulak tu..jom2 mandi..takyah nak nangis2 k...
Petang ni mama dan papa plan nak buat popia goreng. Ye la..hari2 kalau kat bazar ramadhan tu papa beli popia goreng la, popia basahla..hah..kan membazir je tu. Bukannya susah sangat pon nak buat popia. Lagipon dulu kawan mama (auntie fad) pernah ajarkan mama macam mana nak buat initi popia ni..ala, mama rasa mama dah pernah cerita la pasal popia ni dalam post lepas2. Malas pulak nak menyelongkar.
Berusaha menggulung popia dengan cepatnya sebab tak sabar dah nak goreng.

Macam sedap tak? tapi percayala..memang sedap! uncle kalam pon cakap sedap giler..hehe
Tengah-tengah malam tu pulak, lepas dah selesai makan2 semua, zara mama tidorkan dalam buaian. Kalau mama tak masukkan dalam buai, nanti jam 8.30 malam je zara dah sebok nak ajak mama masuk bilik. Tak ke gemok jadinye mama. Makan...mandi..masuk bilik..nenen..tidooo..bela lemak je manjang. Tak menyempat mama nak menonton tv bersama papa..chewah!

Yang kelakarnya, papa dah jumpa cara baru untuk keluarkan zara dari kain buaian tu..dengan cara, angkat buai2 tu sekali...letak perlahan-lahan atas lantai dan zara boleh keluar sendiri..lawak tak? mama tak tahan gelak guling-guling..sempat aje mam snap..klakar sangat..
Papa dan baby comel
Hah...bangun tido nak main dengan papa je manjang..memang anak papa betol.. Papa pulak memang suka je melayan anak perempuan tunggal dia tu. Mama gelak je sorang2 tengokkan gelagat dan telatah kamu berdua ni..sungguh comel.
Sexy pulak papa nya..

Papa tunjukkan zara macam mana nak main dengan toys caterpillar tuu

Ni pulak papa tunjukkan cara nak keluarkan dan masukkan balik shape2 tu ke dalam kotak.

Anak mama yang cepat belajar..so genius!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...