Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, October 27, 2012

Majlis tunang Kak Aiza

0 comments
Date :
Time :
Venue : Kg. Pak Badol - umah su

Kak Aiza selaku orang paling penting hari ni..tuan punya majlis...

Ahli keluarga kaum kerabat...
Tetamu-tetamu agunggg..hehe
Ok..dah tengok gambar tuan empunya majlis dan para tamunya? meh mama nak cite pasal majis pertunangan ni plak. Berlangsung pada hari raya aidiladha ke 2 kt rumah su kt kg pak badol. Pagi ni jugak ade majlis akikah farhan kat rumah mama farhan kat kg peringat. Seawal jam 9pagi lg kite semua g umah mama farhan, lps mkn2 terus gerak gi rumah su kira-kira jam 11pg.

Iman nur zara skrg setakat gi bersosial rumah org tu memang ok je, Dah besar dah kan..dh pandai main. tak kira ngan sape2 pon ok je. Kat rumah su ni memang agak lama dok sini. Hinggakan mama tukar baju zara sbb dh berpeluh.

Pagi2 tadi zara pakai baju belang2 merah..


Wednesday, October 10, 2012

Meredah benteng pertahanan

0 comments
Date : 10.10.2012
Venue : Home


Monday, October 8, 2012

Karya agung papa

0 comments
Date : 8.10.2012
Venue : Home

Tatapan mata Inz..
Happy sunday all!!!

Hari ni mama, papa dan zara nak ucapkan happy weekend to all malaysians!!

Kami kalau weekend memang tersangat2 la happy. Boleh rehat bersama sambil tengok tv pon jadilah.

Tapi..mama dan papa bukan boleh percaya sangat pon, weekend kot2 ade plan nak gi mana2 nanti. 

Tapi, weekend ni memang confirm dok rumah je..

heee







Buka pintu bus..
Waktu malam...main bola
Iman nur zara memang expert mengetuk bola antara satu sama lain. Ni kalau masa jumpa doctor buat checkup, salah satu kriteria yang doctor akan tanya..Samada kanak-kanak tu boleh ke tidak mengetuk dua object antara satu sama lain.

So...perkembangan zara terbaik dan mengikut step dengan jayanya tanpa tertinggal satu pon..good!

Memerhatikan lukisan papa...
Owwhh..itu bukan hasil karya agung dari iman nur zahra ok. Tu karya papa zara. Mama sendiri pon taktau apa yang papa lukis..tapi yang pastinya..sangat kelakar!!!

Tiru lukisan papa
Hah..tengok tu..anak dara i pon nak tiru lukisan papa dia..comel kan? Iman nur zahra..besar nanti bila dah pandai lukis sendiri, mama beli banyak2 kaler pencil dengan kertas k..lap u darling!

Sunday, October 7, 2012

Laksa Kelantan homemade

0 comments
Date : 7.11.2012
Venue : Home

Sempena weekend ni kan, mama&papa pon ade la jugak rasa nak makan masakan rumah. Masak sendiri, sedap tak sedap tu lain cerita la.

Kebetulan semalam mama&papa gi pasar malam seksyen 19 shah alam, ade terjumpa laksa kelantan dengan laksam dijual kat sana. Dah ready made. Actually dah lama mama&papa cari laksa ni. Laksa ni laksa tepung, kelantan memang suka laksa macam ni. Kat sini kebanyakannya laksa yang kaler putih transparent tu. Ala...laksa yang kaler macam bihun tu. Laksa tu kering, bila nak makan baru panaskan dan baru lembik.

Tak taula orang lain, tapi mama&papa memang tak berapa suka laksa tu. Dah alang2 jumpa laksa kelantan tu, itu yang terus beli. Kuah ofkosla buat sendiri kan! Ade laksam jugak, tapi tak terasa nak makan laksam la pulak. hehehe

Ni dia hasil laksam...jadi tak? bolehla kan? first trial la katakan..
Laksa kelantan
Owh ye, lagi satu..laksa kelantan ni juga dipanggil laksa lemak. Sebabnya kuah dia sangat simple. Macam kuah laksam jugak. Cara buat pon senang sangat, bahan-bahannya ialah..(hah..hamekk..dah macam chef!) Cuma pakai santan, ikan sardin yang direbus amik isi je, pastu sikit asam keping, garam dan gula..blackpaper..daaa..siaapp! senang kan?

Gigirl mama...ish ish ish...memanjat dah macam boboi..keke
Otai tuuu...makan laksa sambil baring..korang hado mcm ni? haha


Saturday, October 6, 2012

Lack dan Detolf rak kaca papa

1 comments
Date : 6.10.12
Time : 8.00 pm
Venue : IKEA, KL

Happy weekend!!!! Mama kalau tang weekend ni memang tersangatla enjoy! Mana taknya, weekend la waktu untuk luangkan bersama anak tercinta. Owh ye, hari ni zara bangun dalam kul 7.30 pagi. Dah start merengek memang tahap taknak tido lagi dah. Then mama bawak turun ke ruang tamu tengok kartun (her everyday routine). Papa bangun lambat sikit hari ni, malam tadi main game tido lambat. Tak tahannya, bangun2 terus cakap "mama...jom gi ikea" waaahh!! mimpi ke hape la laki haku tu kan. hahaha. Respon mama? macam biasala..."JOM!!!" dengan penuh semangat.hahaha

Then, makan-makan dulu, bersiap then..here we go! Kat IKEA pulak, hari ni sangatla tak berapa nak ade orang. Biasa kalau weekend pening kepala. Nak jalan pon takde ruang. Ini kan pulak nak rilek-rilek kat dalam tu.memang teramat tension! Alhamdulillah, sana..kami takde nak merayau-rayau sangat. Memang terus menuju ke tempat barang yang kami nak la. Almari kaca display kereta kecik hobi papa tu. Murah jugakla kot satu almari berharga RM 179 je. Actually dah lama papa nak almari camni, tapi bila gi survey kat kedai perabot biasa tu harga melampau mahalnya. Dekat 400! marah tak? dah la tak berapa nak menepati citarasa.

Papa dan zara selaku tukang sibok
Dengan penuh bersusah payah nak pasang menda alah ni, siap papa stress bagai lagi..(mama  la mangsanya) dan akhirnya siapla.. Papa dah siap susun atur barang-barang hobi dia lagi dalam tu. Hah..dah penuh satu almari. Maknanya haruslah minggu depan gi cari lagi sebijik. mama dah buleh hagaaakk daahh!!

Dah siaaappp...
Dalam dok pusing-pusing satu bangunan tu, perasan pulak ade satu meja kecik size 55x55cm..murah sangat. Ada sales..rm29sahaja. Confirmla mama dan papa amik! wat meja sudut pon hoccay jugak.

Lack dan Detolf from IKEA
Bila on the way balik, dengan perasaan tak sabar nak pasang almari tu, sempat pulak singgah pasar malam seksyen19 cari food sikit. Balik kang tak yah sebok2 nak masak lagi dah. Siap makan je. Owh ye, kami jumpa laksa kelantan kat pasar malam. Waaa..dah lama cari laksa ni. Esok boleh wat laksa la jawabnye..nyumm..nyum..

Thursday, October 4, 2012

Tukar susu

0 comments
Date : 4.10.2012
Time : Tengahari
Venue: : Home

Hari ni zara minum susu baru. Bukan sahaja kotak baru, tapi brand pon baru jugak.

Kali ni mama dan papa tukar susu Enfagrow A+ perisa madu pulak. Taula kan, zara  sekarang ni dah kurang sangat minum susu. Hari tu mama dah try susu Dutch Lady, perisa honey jugak. Zara minum. So mama dan happy la.. Tapi susu ni buat badan zara susut la..

Risau pulak..habis je Dutch Lady, mama dan papa gi survey susu kat supermarket. Nampak Enfagrow ade perisa honey..

So..try je la...nasib baik minum..hehehe

Alhamdulillah..akhirnya dah minum susu...

Wednesday, October 3, 2012

New Vtech toys

0 comments
Date : 3.10.12
Time : Petang
Venue : Sogo sales

Uikkss.. Cina muallaf mana pulak ni? hehehe..cantik tak zara pakai tudung? ala ala makcik jual nasi lemak pon hado! hahaha..ni semua kerja papa zara.

Cantek anak mama...

Tapi bukan pasal tudung tu yang mama nak cerita hari ni. Hari ni balik keje, papa dan zara jemput mama kat ofis. Lepas keje, papa ajak gi shopping sogo pulak. 

Dan...

Nasib baik jugak gi sogo..mama tengok memang sale habis-habisan. Mama pon tak perasan bila sales ni start, sebab kebanyakan barang dah banyak habis. Tambah2 pulak sales banyak kat barang baby.

Mama dan papa mulanya tengok fisher price product. Feveret mama dan papa tu. Tapi sedih, sale setakat 10% je...so tak jadi beli fisher price..

Tapi mama sempat dapat 2 product vtech tau! not bad laa...lagipon zara tak de lagi toys macam ni..

Sing-Along Musical Train
 Meh mama nak cerita sikit pasal toy ni.. Mula-mula tengok masa kat sogo macam tak menarik sangat pon. Tapi bila mama pegang, baru perasan yang train ni ade banyak butang yang ajar kanak-kanak pasal bentuk, warna dan animal. Contohnye kan, tekan butang hijau tu, nanti train tu akan keluarkan bunyi "Star" Then bila tekan lagi sekali button yang sama, dia bunyi "Green" then tekan kali ketiga bunyi drum (sama ngan gambar kt star tu gambar drum. Menarik kan? tu baru buton hijau..button2 lain pon sama..semua ade 3 bunyi. Bila, gerakkan train tu, dia akan nyanyi macam2 lagu kanak2..dan, setiap coach kt ekor train tu ade animal masing-masing dengan bergerak arah yang berlainan..so fun!

Harga biasa RM169 tapi mama dapat 50% less! haa...cer kira..murah kan?

Count and Learn School Bus
 Pasal bus ni pulak..pon best jugak. Zara suka sangat school bus ni. Nampak macam simple..Tapi rupanya masa kat rumah baru mama dan papa tau yang bus ni memang banyak bunyi! Ade 4 biji bola yang berlainan warna. Contohnye amik satu bola warna purple ade gambar gajah kat bola tu. Masukkan bola tu kat lubang atas bas tu kan, nanti bus tu akan bunyi "Purple" Pastu masukkan balik bola yang sama kat dalam lubang tu dan tekan, nanti bus tu akan keluarkan bunyi suara gajah pulak. Sama jugakla ngan bola2 yang lain.

Lagi satu, ade 4 jejari macam piano tu, contohnye yang warna hijau tu kan perasan tak ade gambar frog? Bila kita tekan sekali nanti dia bunyi "green" pastu tekan lagi bunyi frog pulak..Pastu kalau gerakkan bus tu ke depan ke belakang akan keluarkan bunyi lagu kanak2 yang sangat banyak. Owh ye, pintu warna merah tu..perasan tak? ok..pintu tu kalau kita bukak, nanti bunyi lain..bila tutup lain pulak bunyi..lepas tutup pintu tu..bus tu siap cakap.."lets go!" heheh..seronok!!

Yang ni harga biasa RM149, Tapi mama dapat half price!
Seronok dapat toys baru

Tak pakai baju...excited kan?
Hehehe..kalau nak cerita detail pasal toys2 ni memang berjela-jela..berbaloi sangat mama beli..zara suka sangat2.. Zara nanti main leklok tau..kalau ade rezeki, boleh simpan untuk adik pulak..hehe

Kejap je..dah nak bukak tudung da..hihi
Eh..tak jadi kot..tukar channel jap..

Pororo..her feveret cartoon of the day..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...