Date : 27/09/13
Venue : Hometown Kota Bharu
Mode : Pantang Day 12 - Cukur Jambul
|
Papa...dan baby dan tok imam...
|
Majlis kesyukuran dan juga cukur jambul Iman Zariff ni kami buat pada awal-awal pagi lepas subuh hari jumaat. Term orang2 tua je la lepas subuh. Tapi majlis takde la betol start lepas subuh pon sebenarnya. Start dalam jam 7.30 pagi camtu.
Hari ni nik terpaksa la bersiap awal, pakai baju kurung cantek2 sikit. Yela, majlis anak laki kite ni..ehehehehe. Selalunya dalam pantang haruslah bangun lambat, takboleh solat kan?
So pagi2 sebelum orang ramai datang, nik tak pasti pulak imam buat apa pada zariff. Tapi memang husband amik baby dari nik dan bagi kat pak imam. Pak imam tu pulak macam belek2 rambut. Agaknya dia mulakan majlis tu dengan cukur sikit rambut baby sebagai intro. Hehehe
Pastu bila dah orang ramai sampai, ramai2 buat bulatan dengan husband nik pegang baby kat tengah2 sambil diiringi selawat ke atas nabi. Husband pulak sambil2 bawak zarif pusing bulatan tu. Dan pakcik2 akan pegang gunting dan gunting sikit sorang rambut zariff. Ada jugak yang taknak gunting, so dia boleh sentuh je kepala baby tanda ambik syarat.
Alhamdulillah..memang majlis berjalan dengan lancar. Zariff pulak langsung tak nangis. Cam biasala dia, tido...Menu makan2 pon wat simple2 sahaja. Husband nik tempah katering kampung tu je wat nasi berlauk (kelantan namakan nasik berlauk) which is nasi pagi la. Berlaukkan ikan tongkol gulai kuning, sayur2 sikit, buah2 sikit dengan acar timun, teh tarik. Dah...simple kan?
|
Antara perkara yang harus ada time cukur jambul |
|
Kepala budak comel tu pon masuk list ek..penting tu... |
|
Tu lah dia hasilnya...cenonet je.. |
Zariff pulak masih tak botak. Lepas selesai semua tu, dekat petang baru upacara membotakkan kepala zariff. Seperti kakak dulu jugak, Ngoh (abang husband nik) yang tolong cukur-kan kepala baby. Husband nik memang tak reti bab2 nih. Memang serahkan pada ngoh tu je. Lagipon hal gunting menggunting ni memang dia expert.
Tapi, sebelum zariff dibotakkan kepalanya, kami mulakan dengan poting kuku kaki kuku tangan dulu. Bersihkan apa yang patot baru la bleh cukur rambut.
|
Saya yang mempunya rambut yang tidak handsome.. |
|
Ummi tolong potong kuku saya... |
|
Ngah yang tolong cukurkan rambut zariff |
|
Separuh rambut dicukur bersih... |
|
Tido...lagi... |
|
Kakak dan adik... |
Dan seperti zaman kakak kecik dulu, lepas cukur jambul kakak, husband pon akan botakkan kepala dia. Adik ni pon sama jugak. Papa pon turut botak. Tengahri lepas zohor tu memang nik dah perasan yang husben menghilang jap. Bila balik rupanya...hameeekkk... dah licin!!!
|
Anak dan bapak |
|
Anak tido bapaknya menyebok! |