Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 24, 2013

Monday Blues in Ofis

0 comments
Date : 25.11.13
Time : 1.30pm
Venue : Ofis


Auntie Yasmin dan Auntie Kay

Masuk minggu ke dua kerja. Alhamdulillah, seminggu lepas mama berjaya menge-pump buat stok untuk Zarif. Sehari berjaya pump susu 2 kali je sehari. Dalam 15oz sehari mama wat balik hasil tenusu ye. hihihi

Zariff pulak memang kuat susu. Setiap hari mama pergi kerja mama prepare 9 btol susu memang habis! Agaknya susu mama tu sedap sangat kot.hehehe. Orang kata, susu ni macam demand and supply. Makin banyak demand zariff makin banyak susu mama kene supply.Seronok!

Mama dan auntie Yasmin


So untuk hari ni, mama dapat 14oz je untuk zarif hasil perahan kat ofis. Pagi tadi before datang keje mama dah pump dapat 9oz. Petang nanti balik rumah mama tambah pump lagi sebab zariff minum susu banyak..mama suka~





Monday, November 18, 2013

Zoom in Zahra dan Zariff

0 comments
Date: 18.11.2013
Time: 2.00pm
Venue: Ruang tamu

Hari ni, sempena esok nik dah start bekerja...jadi kami snap gambar kedua-dua babies sebanyak mungkin. Snappo zoom in ok..

So...lets the picture talks..

First..

Iman Nur Zahra...





Then Iman Zariff...













Sunday, November 17, 2013

ImanZariff isap ibu jari

0 comments
Date: 17.11.2013
 Time: 11.00am
Venue: Ruang tamu

Hahahaha, hari ni lawak...comel je bila dapat tengok baby isap ibu jari sendiri. Mak bapak biasa la...excited mesti lebih punya! Orang tua-tua ada cakap yang budak kecik kalau isap ibu jari sendiri ni budak baik.

Logic disebalik kenapa orang tua cakap macam tu adalah, sebabnye..mengikut mak nik cakap..baby ni kan suka meragam atau suka nyot..nyot.. selalunya mintak nak nenen, or nak botol susu lah walhal perot dah kenyang pon. Jadi ada sesetengah parents tu terpaksa pakai nipple fake tu..apa nama nye? haa benda tu letak kat mulut baby supaya baby nyot nyot dan tidor lena.

Tapi baby zariff..itu semua tak perlu..masuk ibu jari dan nyot nyot sendiri je. So..budak macam ni konon bak kata orang tua, jenis yang taknak susahkan orang dan tak cerewet. Pakai mana ade je..hehe.

Psstt...anak kedua memang survival ek? kekeke








Malam ni tokma dah nak balik kampung..sedih jugak la kan..dah nak tinggalkan kite semua... Lama kami dok kampung berpantang rumah tokma..seronok. Takpe, nanti kami balik selalu..hehe

Saturday, November 16, 2013

ImanNurZahra turns 2 !!

0 comments
Date : 16.11.2013
Time: 4.00pm
Venue: Rumah Tokwan, Selayang Baru




Happy Birthday to YOU!!!

 Happy Birthday to YOU!!!

Happy Birthday to IMAN NUR ZAHRA !!!

Happy Birthday to YOU!!! 

 Alhamdulillah.... Syukur ke hadrat illahi, Iman Nur Zahra dah masuk 2 tahun hari ni. Dah dapat adik dah pon. Tahun ni disebabkan kite semua dah celebrate 'party' besar-besaran iaitu menyambut kelahiran sang putera Iman Zariff, so besday kakak Zara ni kita wat biasa-biasa je ye.

Takpe kan sayang, tapi walaupon kecil-kecilan, kami tempah kek untuk kakak 2 bulan sebelum lagi tau! Excited...Kali ni kami buat kat rumah Tok Wan kat Selayang Baru. Tapi yang paling specialnya, Tokma mama ade kat sini jugak! Datang KL nak celebrate besday cucu dia.. Comel kan?

So tema besday kakak tahun ni...

Hello Kitty!! Sempena Favourite cartoon kakak.. 

psssst...kalo tahun lepas kakak suka pororo sangat2, so kami buat kek pororo. Tahun ni dah suka hello kitty, kek hello kitty la jawabnye. kita tengok tahun depan lak, apa cartoon kegemaran dia.. hii


























Seronok kan? Walaupon kecil-kecilan, tapi majlis tu penuh dengan kegembiraan dan kasih sayang daripada kami sekeluarga.

We LOVE you Iman Nur Zahra!

Cepatlah besar wahai puteriku! Mama dan papa doakan agar Kakak jadi insan berguna suatu hari nanti. Jadi anak yang solehah, berjaya dunia dan akhirat. Amin!

Friday, November 15, 2013

Salam jumaat - IZ 61 hari

0 comments
Date: 15.11.2013
Time:10.00am
Venue:Home

Harini dah masuk hari ke 61 kelahiran Iman Zariff. Bermakna minggu terakhir cuti maternity nik. Hmmm sesungguhnya cuti maternity selama hanya 2 bulan memang tak cukup kan?  Baby baru umur 60 hari atau 2 bulan. Baby sangat kecik lagi. Nak ditinggal-tinggalkan ni memang sayu dan luluh tau.

Time macam ni kan, hari-hari ni fikir...jeles sangat dengan suri rumah yang tak bekerja. Dapat jaga dan didik anak sendiri sampai besar. Dan yang pastinya boleh direct breastfeeding baby sehingga umur 2 tahun. Tak perlu lagi nak fikirkan atau nak sediakan stok susu, nak pulun mengepump untuk banyakkan stok semata-mata takot susu tak cukup untuk baby nanti.

Tapi takpe, Allah kan ada..Allah dah aturkan semua ni. Semua ni juga perancangan dari-Nya...Redha sajalah..InsyaAllah ada hikmah disebaliknya. Betol tak? hehe

Jom layan budak chubby umur 61 hari ni. hehe





Baby Zariff dan kakak Zara...membesarlah awak dengan sihat dan sempurna ya. Mama dan papa doakan awak berdua sentiasa di bawah keberkatan Ilahi. Amin..

Love from Mama Iman:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...