Date : 27.04.14
Time : sejak ptg smlm - 10.15am
Hari ahad. Hmmm dah lama rasanya kami tak bercuti sendiri macam ni. Selalunya ade family. Sepatotnye lepas gathering semalam kami boleh je balik shah alam teros. Dekat je pon. Tapi disebabkab kami rasa nak bercuti walopon dekat, so stay la semalaman.
Adik la antara yang paling lambat tidor selepas mama dia. Nik memang selalunya paling awal tido sebab ikot sama tidurkan zariff, tido la sekali. Tapi kali ni, kakak terbongkang dulu disebabkan terlalu penat agaknya. Pastu encek akmal..krooohhh...kroohhhh.. tinggal lah kami berdua.
Kalau tengok muka zariff kat pantai tadi takde la terok sangat burnt. Memang langsung tak nampak sunburn pon rasanya. Bila dalam hotel ni baru jelas giler. Kesian..
Akhirnya semua tido...giliran saya pulak menyusul |
Tengoklah betapa merah kulit muka zariff. Muka kakak zahra tu takde merah sangat pon. Padahal dia yang paling lama kat pantai.
Kakak dan adik |
Dari jam 3 petang kami mula tido sampaila agak dalam kol 5lebih kot baru bangun. Perot krruuutt...kraaappp.. Lapor. Keluar dari hotel dengan harapan nak cari makanan. Pusing-pusing sampaila ke bandar sebab nak cari KFC untuk zara.
Kami pulak pusing cari ikan bakar kat area beach tempat kami gathering semalam. Masa kitorang tengah makan ikan bakar kat salah satu kedai kat tepi pantai tu, ada la pulak orang dok jual apa benda angry bird entah yang boleh pusing2 pastu bunyi2. Hmm..Zara macam biasala, semua pon nak. Terpaksa jugakla beli seketul untuk tutup mulut dia tak nak bagi meraung. Dah la kuat suara dia..aiyaaakkk! Adik maintain goodboy. Diam je kat atas baby chair. Cuma bila lama sikit ada jugak bunyi eeekk..eekkk..mintak nk keluar dari chair. Lenguh agaknya. Lagipon dah malam, zariff tido awal. Kol 9 tu dah nak masuk bilik dah kalau boleh.
So kami mengalah, makan cepat-cepat then balik hotel..dan tidor.
Itula dia benda mainan tu, seperti biasa la kakak yang conquer. Adik boleh tengok je. Barang baru memang camtu. Lama-lama nanti takde nak heran. Campak je kat tepi dinding. Haaa, time tu kalau adik nak main sampai lebam pon takpe. Tu dulu la...so far, kakak dah makin cerdik. Dah pandai erti 'share'.
Iman Nur Zahra. |
Lepas dah paksa-paksa baru la dua si kenit ni tido. Kami pon hari ni memang agak penat sangat.
Esok paginya, bangun breakfast bersama-sama ngan jiran bilik sebelah. Auntie yasmin and the family,. Time makan tu seronok sebab derang ada kawan. Lagi seronok bila time lepas makan tu. Masing-masing nak main swimming pool. So kami layankan aje lah.
Sporting sangat husband si min ni. Sabar melayan kerenah anak aku yang nak dokong sepanjang mandi kolam tu.
Dalam jam 10.15pagi camtu kami checkout balik shah alam. Tapi tak balik terus jugak sebenarnya. Kami singgah kat area Glenmerie sebab nak bli barang kat Pureen warehouse sale. Nik ngan anak-ank tak masuk warehouse tu. Encek akmal sorang je. Tu pon beli barang-barang wajid je.
Kakak baca buku, adik tolong kemas |
Cubaan kacau kakak |
Alhamdulillah...dua-dua budak comel ni boleh go along togather. Itu lah adik beradik dia, itulah jugak bestfriend diorang. Nik, sebagai ibu adalah satu kewajipan untuk memerhati tumbesaran diorang dan make sure they experiencing a great childhood moment!
Bye!