Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, June 30, 2014

Kebun ros sejemput

0 comments
NnnDate : 30/06/2014
Time : 6.00 pm
Venue : Depan rumah

Hari pertama kerja dalam bulan puasa ni nik dah tak puasa! tetiba cuti kat ofis tadi.
So hari ni balik kerja kol 4.30, sempat lah beriadah belek bunga ros kami yang baru tanam tuh. 
Eh..tanam ke?? taklah yang kitorang beli kat pasar tani semalam tu?? hehehe

Zara la paling happy kalau dapat main kat luar rumah. Almaklumla, ingat senang papa dia nk bagi lampau hijau? Susah tau! Nasib baiklah sekarang ni laman depan rumah tu ade rupa laman sikit. Dapat lah kami dok luar rumah sambil gardening katanya! hehehe. Zara pon boleh lah main sambil kami tunggu. Sebelum ni kami tak bagi dia main kat luar sebab takde pemantauan dari kami. Bahaya!u

Nah, hameklah anak. Main sepuas-puasnya. 


Seronok bila dapat tengok anak-anak explore kejadian tuhan depan mata sendiri kan? Alhamdulillah. Sesungguhnya aku bersyukur dengan nikmat yang telah engkau berikan pada kami. Zuriat yang sihat sempurna!


Belakang zara tu ada dua pasu bunga ros baru yang kami beli kat pasar tani mega shah alam semalam. Ada kejadian disebalik kisah bunga ros tu sebenarnya. 

Lately, memang kami dah mula suka bela bunga ros nih. Memang pernah jugaklah ada impian untuk ada satu mini rose garden kat rumah. So, sejak sua menjak memang kami nk mencari bunga ros. Masa kat pasar tani smlm, dlm jam 11.30 pg kami jmpa bunga2 ros ni. Memang cantek, tp nanti dululah. Beli lenkali je. Tp xsemena mena bila tgk tuan kedai bunga tu sepasang nenek dan atok yg memang dah tua. Tak sampai ati pulak. Nik tanya harga bunga tu brape, atok tu cakap rm28 satu. Amik dua bagi rm50. Dalam hati nik cakap 'ok standardla tu'. 


Tp bila tgk atok tu mcm beriya then, oke lah amk. Masa kami bayar, atok tu cium2 duit tu sambil ckp kamilah first customer dia. Puasa mmg xramai org. Nenek tu pulak ckp hr ni langsung xjual pape. MasyaAllah kesiannya. Berbaloi jgk kami bli ngan derang, atleast boleh bg rezeki utk dia isi myk buka pose hari ni kan?


Anak2 mama nanti bila besar, kene hormat orang yg lebih tua dari kita. Jangan kedekut menolong orang. Semaikan sifat murni pada dri tu. Kami pon masih blajar ke arah keperibadian baik. InsyaAllah!!

Saturday, June 14, 2014

Gelagat Zahra dan Zariff di AEON Big

0 comments
Date: 14.06.2014
Time: 8pm
Venue:AEON Big Shah Alam - Seksyen 23
Ha ah..ye...AEON Big je pon..bukan KLCC bukan Pavilion. Tapi tu pon nak ambil gambar anak ke? Hehehe. Nak buat macam mana, memang jiwa nik macam ni. Nak snap setiap kenangan diorang di mana jua berada. Kalau boleh nak snap setiap perkara yang diorang buat tapi tak mampu. Masa menjadi penghalang utama.

Jadi, walau dimana sekalipon kami berada, seboleh-boleh atleast setiap hari kene amik gambar jugak. Dan bukan sekadar amik gambar, simpan dalam tepon and one day bila full storage..delete. Habis kenangan diorang. Tak, bukan itu misi kami ye. Misi kami adalah untuk share kat sini sebagai diary online ZnZ supaya besar nanti ZnZ boleh tau, kat mana mama papa dia beli diapers diorang, kat mana beli susu diorang..kat mana diorang spend weekend weekdays kan?

Yeah...hari ni maybe gambar ni macam tak bermakna sangat. Tapi bila tengok balik next 10, 20, 30 years later? Sweet kan? hehe (apela aku bebel hari ni).

Actually kami baru sampai petang tadi dari kampung, datang sini sebab nak cari barang-barang dapur dan kunyah2 budak comel dua orang nanti. Esok takot dah tak sempat. So..jom layan...
 
Camni lah kami bawak ZnZ masa shopping

Area ni memang favourite papa diorang - takpaham jiwa orang lelaki ni kan? haha

Kakak Zara memang camni..kat mana2 pon kalau nampak spek memang akan try.

Haa...hari ni jumpa kasut comel ni jual kat kiosk depam AEON Big. Rm10 sepasang..comel.
 

Thursday, June 12, 2014

Pantai dan Family dinner at horizon

0 comments
Date: 12.06.2014
Time: 6pm - 9pm
Venue: Pantai Irama + Horizon Garden

Pantai Irama Bachok

Dah lama tak ke pantai. Beach kata kakak. Sekarang ni pulak musim hujan. Memang berat je nak bawak anak pergi beach. Tapi kakak zara ni dah lama ajak kami gi sana. 

So hari ni free, boleh la pusing-pusing bawak mereka jalan pantai. Pantai irama ni lah pantai kenangan kami masa kecik. Dari kecik sampai ke besar pantai ni la tempat "pelancongn" utama buat kami. Termasuklah keluar husband sama. So, anak-anak mama...sila jangan lupakan pantai irama ni ye. Walaupon korang membesar jumpa macam-macam jenis pantai lepas ni. Ingat...mama papa suka pantai ni tau. hehehe
 
Wooow...banyak nye...

Haaachummmm!!

Kat mana nak main pasir ni mama?
 
 
The Horizon Garden

Alhamdulillah. Family dinner. 
Nik memang suka sangat kalau ada buat makan-makan, atau orang ajak makan-makan atau apa-apa yang berkaitan dengan makan-makan! hahaha. Malam ni paktok cakap...jom gi horizon garden. Yeaaa..

Kelantan memang banyak kedai makan yang best. Tapi family kami suka kat sini sebab untuk bawak baby2, budak-budak kecik ni kat sini memang sesuai. Selesa dan selamat. Makanan dia pon not bad..





Wednesday, June 11, 2014

Zariff suka durian!

0 comments
Date: 11.01.2015
Time: 4pm
Venue: Home
Satu hari ni dok rumah tokma nik. Hari ni, baru tau...yang Zariff ni memang suka durian. Miahahahaha. Sama je macam mak dia. Tapi tak macam papa dia. Tak suka makan durian. Ishh apedaaa. Satu kerugian besar tau tak makan durian.

Nik memang suka giler durian. Teringat kisah masa pregnant kan zariff. Masa tu nik dah start cuti untuk bersalin. Tapi disebabkan baby tak keluar-keluar lagi so layan je dok kampung. Kebetulan masa tu musim durian, makan sebijik habis sorang langsung tak share! Malam tu memang tak boleh tidurla. Bukan sebab panas badan (nik minum air dalam kulit durian lepas makan isi tu, untuk elak panas badan dan memang terbukti jadi), tapi rasa tak sedap perot. Pelik benar rasa tu dan yang pastinya bukan nak beranak oke. Atlast....bluweekkk habis lecah bilik air. Muntah! Boleh kata sebijik buah durian tu keluar balik. haha.

Demam sehari..miahaha. So untuk ibu mengandung di luar sana, walaupon anda suka macam mana sekalipon durian, sila makan berpada-pada ok. Makan sikit2 je. Ingat...awak tu tengah pregnant. hehe
 



 


 
Malam di rumah tokma
 
Malam ni, main dengan sepupu dia..Aimi...

Layan..



Tuesday, June 10, 2014

Iman Zariff + Pulut Durian

0 comments
Date: 10.06.2014
Time: 4.00pm
Venue: Home - rumah tokma
 
 
 
Kaki kambing golek malam tadi

Pulut durian

 

Sunday, June 8, 2014

Semua sepupu ZnZ

0 comments
Date:08.06.2014
Time:9.00pm
Venue: Balik Kampung - tokma


Kalau nak tau...

inilah sepupu sepapak Zahra dan Zariff tau...

12 orang semuanya..

ramaikan?

hahahaha...comel!
 
Tapi ingat senang nak snap gambar ni? hehe Memang susah tapi ni lah dia kenangan bila diorang besar nanti. 10 tahun lagi kite snap lagi gambar dengan posisi yang sama. Kite tengok nanti macam mane. hehe








Wedding di Pengkalan Chepa

0 comments
Date:08.06.2014
Time: 2.00pm
Venue: Pengkalan Chepa

Wedding di Pengkalan Chepa

Nik tak reti nak explain wedding siapa ni. Tapi, parent kepada pengantin perempuan ni adalah sedara mak nik. Parent dia kerja kat hospital besar kota bharu. Jadi keluarga kami, kalau ada apa-apa hal berkaitan dengan hospital ni mesti akan cari dia. Mintak pertolongan dia untuk mempercepatkan process apa2 sekalipon. Hospital gomen ni paham2 la. Orang ramai tahap gaban peringkat lapan! Contohnye dulu nik nak masuk sekolah, kene buat medical checkup. Mak kol dia la (kami panggil pak cik awie), dia datang je zasss siap.

Pastu hari tu mak nik ada sakit batu karang kat buah pinggang. Jadi mak memang banyak kene gi buat checkup kat hospital. Semua urusan mak senang kat sana sebab pakcik awie ni banyak tolong. Doctor semua pon jadi layan mak dengan baik. Haaa betapa besar jasa dia kat keluarga kami. Itu belom lagi cerita yang siapa2 ada sakit apa ke apa yang perlu ke hospital. Dialah orang pertama yang keluarga kami cari.

Alhamdulillah..

So ni dia wedding anak dara dia yang kami attend.







Saturday, June 7, 2014

Wedding: Autie Jojie

0 comments
Date: 07.06.2014 (Saturday)
Time: 1.30pm
Venue: Kg Raja, Besut - Terengganu

 Malam tadi kami gerak dari shah alam jam 5pagi dengan harapan dapat sampai kat Besut ni tengahari. Sedang elok je rancangan papa diorang ni. Memang ngam sampai kol 1 tengahari.

Ini semua semata-mata untuk attend wedding bestfriend/roomate nik kat UTP dulu. Memang antara wedding yang kami nantikan. 

Auntie jojie ni, nik kenal sejak MRSM lagi, tapi tak sebilik masa di MRSM dulu. Tapi bila di UTP memang duduk sebijik sejak 1st year hingga lah final year. 4 tahun lebih kami bersama tau. Memang geng rapat suka duka semua bersama.

So...untuk wedding ni.. Kami nak ucapkan tahniah jojie! Semoga awak dirahmati dan diberkati Allah InsyaAllah.




Friday, June 6, 2014

Zara nak jadi princess elsa

0 comments
Date: 06.06.2014
Time: 8.20am
Venue: Dalam kereta - Kesas Highway


Erk..kenapakah berpakaian sebegini rupa di pagi jumaat? haaa...pelik kan? Ni sebabnya kakak zahra malam tadi dah tiba-tiba datang angin frozen dia. Nak pakai gaun.

Belek baju-baju dia kat dalam lemari tu, jumpa pulak baju ni. Agaknya nampak kembang lain macam je so cakap nak pakai nak tido pon ngan baju ni.

Lantak awak la anak oi..mama layankan saja...



Comel tak? hahaha


Wednesday, June 4, 2014

Gelagat ZnZ di KFC

0 comments
Date:04.06.2014
Time:8.00pm
Venue: KFC Shah Alam

Macam biasa, balik kerja malas masak. Kalau masak pon belum tentu lagi sedap kan? So tanya kakak zahra..."Kakak nak makan apa?". Then zahra jawab "esciii"

Ok fine...berderet minggu ni makan kfc..Kfc pon boley..layankan aje.

Kat kfc, jangan haraplah nak duduk diam. Budak active, cerdik..memang camtu. It is ok as long as you both are not cross the border okeh.

Love you both!

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...