Date : 28.07.2014
Time : 2.00pm
Venue : Hometown @Kota Bharu Kelantan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
Maaf Zahir Dan Batin!
Ayat standard setiap tahun, tapi maksudnye sangat mendalam. Apa yang penting, sekali lagi kita berjaya melepasi cabaran bulan puasa yang penuh keberkatan. Hari ni kita melalui hari raya yang penuh bahagia.
Alhamdulillah, untung berkat kahwin dekat-dekat. Kami beraya di tempat yang sama. Mama dan papa dua2 pon kampung sama so anak-anak bolehla beraya ngan atok nenek dua2 belah setiap tahun! Kan???
Raya pertama tahun ni memang seronok sangat berbanding tahun lepas. Sebab? Sebab utama ofkos la sebab tahun ni beraya berempat! Zariff ada tahun ni! Tahun lepas zariff dalam perot lagi, masa tu mama tengah sarat mengandungkan Iman Zariff. Takde mood nak beraya tuhan je tahu sebab penat. Nasib baik kakak Iman Nur Zahra ada, bolehla bawak kakak jalan2 beraya.
Tahun ni, pagi raya kat rumah tokma papa. Pagi raya rutin biasa, beramai-ramai snap gambar raya buat kenangan. So inilah gambar raya keluarga. Tema Frozen Blue...
Kami sebenarnya takde la nak plan pakai baju biru sedondong kaler biru frozen tu satu family besar camni. Memang kebetulan Tokma dan Tokbah tahun ni biru, Ummi Ngah ngan walid sekeluarga pon biru, ciksu baju tak siap (patotnye kaler belacan), tapi beli turqoise. Match pulak ngan keluarga kami kaler biru frozen ni. hehehe
Juadah |
Yang paling seronoknya, masa berkumpul ni, semua pakat amik gambar keluarga. Dalam masa nak adjust kedudukan, keluarga mana dulu ni la pelbagai kejadian lawak jenaka. Sakit perot la kot dibuatnye! Seronok sangat raya tahun ni. Memang meriah dan happening!
Family Pak Muda |
Family Mokpah |
Family Maktih |