Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, August 29, 2014

Seharian dalam kereta

0 comments
Date: 29.08.2014 (Jumaat)
Time: 11.00am - 4.30pm
Venue: Dalam Kereta

Hari ni Nik cuti sebab paktok nak datang dari Kelantan. Anyway, rasa macam dah lama tak cakap pasal paktok datang kl kan? Hmmm, lately paktok memang kurang datang sebab business dia agak kurang active sikit. (Aishhhh risau...). Hari ni paktok datang sebab nak melawat besan aka mertua pakmuda Faiz nak gi Haji ke Mekah. Disebabkan flite paktok dalam kol 11pg dari KB, sempatlah mama nak gi Pejabat KWSP kejap. Ada hal yang sangat penting! hehehe. Owh, no..bukan nak keluarkan duit KWSP. Tapi nik buat Penama kat duit-duit yang tersimpan kat situ. Bukan nak mintak, tapi kalau terjadi apa-apa kat kita? camne? kalau tak buat penama. Haruslah duit tu semua gi ke Baitul Mal ye? 

So penama ni memang sangat penting. Disebabkan nik ade dua babies, so nik divide penama untuk Kakak Zara 50% dan Adik Zariff 50%. Nanti one day, kalau ditakdirkan nik pergi dulu (chewah! sadis tu..) duit yang cenonet tu boleh lah diwarisi kat anak2 InsyaAllah. Untuk encek suami? Hmmm... tak payah la kot kan. Dia orang lelaki. Kuat. Boleh cari sendiri. Hehehe

Sementara tunggu Encek Akmal bayar parking, si zariff dah lentok

Sangat lentok! Kasut tercabut sebelah
 Then lepas tu pergi amik paktok kat airport Subang. Paktok naik Malindo Airways. Firefly takde tiket katanya. Paktok memang suka guna flite yang turun kat Subang. Senang katanya. KLIA or KLIA2 jauh sangat nak berjalan. Leceh pulak tu. Tak taula apa maksudnya kan. Mana-mana la ye...

Disebkan ade sedikit perubahan jadual, paktok cakap suruh balik rumah kat shah alam dulu. Sementara lepak kat rumah ni la dua2 anak poopoo. Haaa.. Satu keserasian mereka disitu ye. Diorang ni, i mean Zara Zariff ni kan, kalau salah seorang poopoo, nanti 5-10minit kemudian sorang lagi akan turut serta. So, bila kakak or adik poopoo dulu, then be standby untuk the second pulak. hehe

Satu lagi pe'el si iman nur zahra ni, kalau dah poopoo tu, dia takkan pakai baju sama lagi dah. Sebabnya, seluar baju tu dh kene poo katanya. Geli la kot. Sabauuu jela. So haruslah tukar baju. Memang kalau travel gi memana sekalipon kami bawak extra pakaian untuk diorang. Nan menyalin2 baju bagai. hehehe.

Alah..kami bukan kesah mane pon kalo anak nk tukar baju. Bukan basuh baju znz pakai tangan pon kan. Mesin basuh yang basuh. So takde issue pon disitu.


Iman Zariff yang suka kacau kakak Zara

Iman Zariff yang tak reti dok diam dalam kereta
Owh by the way, kenapa tajuk seharian dalam kereta tu sebenarnya, memang pon! Memang seharian dalam kereta. Banyak travel je hari ni. That is why gambar tak banyak. hehehe

Sehingga bersambung lagi di lain post ya.

We love you ZaraZariff!!!

Coretan mama Iman;
 

Thursday, August 28, 2014

Rindu anak-anak

0 comments
Date: 28.08.2014
Time: 9.30pm
Venue: Home

Dalam kesibukan kota ni kan, tengah surfing internet, belek facebook, instagram, whatsapp dan lain-lain, terperasan satu post kat instaBaby;


Hmmm.. kan??? Betol jugak tu. Setiap hari setiap masa semua parents akan risau tentang masa depan anak-anak. Plan macam-macam demi untuk masa anak. Saya percaya, memang semua parents nak kan yang terbaik untuk masa depan anak-anak. Rancang mula dari sekarang untuk result yang akan datang di kemudian hari. Tapi tu la, leka dengan perancangan masa depan sehingga terlupa yang anak-anak tu adalah 'somebody' sekarang ni. So, hargailah setiap detik bersama mereka sementara mereka masih kecil. Bila dah besar nanti, this precious moment will neve be repeated. Huuu. Sayu pulak rasa ....

Iman Zariff

Iman Nur Zahra

 Sometimes, kalau boleh memang tak nak bagi anak-anak ni cepat besar. Rasa tak puas lagi nak belek-belek setiap inci badan mereka. 

Sesungguhnya, kami amat menyayangi kamu semua wahai anak-anak ku!


Coretan mama Iman;
 

Wednesday, August 27, 2014

Sape nama ImanZariff??

0 comments
Date: 27.08.2014
Time: 8.30pm
Venue: ruang tamu

Kat ofis hari ni nik dapat sebijik moon cake dari ofismate,weijian. Yess berbangsa cina. Lately ade perasan chinese selalu pegang paperbag moon cake kat dalam train. So agak curious jgk. Dalam ofis pon ofismate bawak mooncake. There must be the moon cake festival around the corner rite? So memang sah. Weijian cakap around 2 minggu lg ade festival moon cake. Tak sure about the history of this festival. Should google this tho! 

Yang bestnye mooncake tu cute sangat. Bentuk bunga. Selalunya bentuk bulat biasa je. Rasa pon sedap. Sebab rasa kekacang blanded. Lemak-lemak manis camtu. Dalam tu ade perisa macam laico sikit. Pastu masa kunyah tu ade rasa biji2 bunga matahari tu. Biji kuaci ek? Hmmm sedap jugak. 


Petang tdi ade meeting sampai ke petng dalam 6.30 camtu. Adoiyai. Haruslah balik lewat lagi hari ni. Before sampai rumah, beli susu iman zariff dulu. Ok kali ni kami beli tin besar punya! Tak larat la nak beli tin kecik. Si boboi i ni memang kuat menyusu. Kalau tin kecik dalam rm36.90.  Tin besar ni rm69.90. Hmmm soya based mmg high maintenance sikit. 

Masa tengah lepak mkn kfc yg kami drive tru td tu, zariff sebok dengan basikalnya. Comel. Masa zariff kusyuk main tu. 

Nik panggil: Iman zariff...

Sape nama... Iman zariff??
Saya!!!!!!

Hahaha comel sangat!!

Okey.. Kakak plak tau tengah watpe??

Selfie!! Hahaha comel!!
Cubalah tengok betapa banyakye gambar muka dia. 


Bye!

Coretan dari Mama:

 

Sape lagi manja?

0 comments
Date: 21.08.2014
Time: 7.30am
Venue: Sofa ruang tamu

Bukan nak banding bukan nak compare ye, cuma nak cerita yang Kakak Iman Nur Zahra ni memang totally gigirl lah. Hehehe. Maksudnya, memang typical girl! Nasib baiklah adik dia Iman Zariff ni sangat-sangat macho the nachos! hehehe. Setiap pagi bangun tido pon nak merengek, itu ini pon semua nak rengek. Zariff oke oke aje. Boy katakan. Boboi yang bakal jaga kakak dia ni. Bangga betol ngan both of u!




Owh ye, kenapa jadi macam ni ek? dalam gambar tu? Hmmm...itula rutin pagi nya. Kalau nak bersiap gi kerja, patot boleh setel semua benda dalam setengah jam jadi sejam setengah. Sebab? Macam ni lah. Nak kene layan si kakak ni berdokong la ape lah dulu. Patotnye bila dah ada adik, haruslah banyak dokong adik kan. Dunia dah terbalik. hehehe.

Zariff selalunya kalau nangis sebab lapar atau bosan je. Bagi susu tak nak meaning nak main-main je la. Senang nk predict. Tapi kakak lain, kalau nangis, tanya nak apa..nanti berjela-jela to do list kami karang..

Hah, malam tadi ade satu kesah, masa encek husband keluar amik nik kat komuter. On the way balik tu, kami satu kereta berselisih lah dengan sebuah bas. Laju berdesuppp bas tu. Zara dengan penuh excited;

Zara "Waaaaaa.....so fun! so fun! so fun!" 

Sambil melompat-lompat dalam kereta. Sabar je lah. Apa yang fun pon hakak tak tau lah. Agaknya tengok bas tu dah macam hape laju nya, rasa sonok lak kot. hehehe. patot rasa takot la kan?

Zariff? Kat mana dia masa tu?? Hmmm macam biasa la, kat pijak kaki kat bawah tu la. Tak mau nya dia duduk kat atas kerusi elok-elok. Carseat?? Lagi la tak mau! Nak cruising je kat bawah tu. Pastu kutip macam-macam benda yg tergolek2 kat situ then masuk mulut. Hihihiihi. Memang tak boleh nak elak. Cuma boleh monitor je lah. Boy.... well... memang panjang akalnya. Jangan harap le nak control2.

Sweet sangat both of u! Love both of u till jannah!!
 


Tuesday, August 26, 2014

Zara nk buat house! Zariff nk jln

0 comments
Date: 26.08.2014
Time: 9.30pm
Venue: bedroom

Bertambah demam pulak nik hari ni. Dalam train perjalanan ke ofis pon memang sangat-sangat mengantuk hingga tersengguk2. Kalau diikotkan nak je mc tapi memikirkan kerja kat ofis yang berlambak-lambak tu. Kuburkan je la hasrat. InsyaAllah boleh tahan lagi kot. So, gara-gara demam tak sihat ni, semua benda buat tak jadi. Masuk ofis pon lambat sangat2. Bila camtu, balik kerja nanti kene la ganti hours yang tak cukup tu. Camni lah rutin demi mencari rezeki yang halal insyaAllah. 

Balik kerja lewat sangat, sampai rumah pon dah 8lebih sebab makan-makan apa semua dulu. Sebelum tidor, melayan sang puteri dan sang putera dulu. Adik pon active semacam dia hari ni. Macam taknak tido. Malam ni banyak tanya zariff;

"Siapa nama.....iman zariff?!!!"

Nanti dengan bersungguh-sungguh dan penoh excited zariff angkat dua2 tangan dia. Maksudnye macam "saya!! Saya!!" Hehehehe suweet sangat!


Setiap masa banyak nak belajar berjalan. Tak berani nak lepas tangan sendiri, jadi dia suruh orang pinpim pegang tangan dia. Bawak dia berjalan dari meja makan hingga ke ruang tamu. Ciksu waniey la yang melayan. Sedangkan masa tu ciksu tengah makan mi goreng. Hehehe. Layankan aje ciksu ye. Bila dah banyak kali sangat, nik alih perhatian zariff dengan bagi wagon fisher price pulak. Zariff memang dh expert guna alat ni. Memang turun temurun sejak dari kakak lagi. Teruskan laa anak oiii... Prektis make perfect kan? Nanti boleh jalan, boleh lah main kejar2 ngan kakak.

Kisah adik. Kakak pulak, a lot lot lot of things improved. Kakak kalau hari tu banyak nak berebut barang dengan adik, banyak nak menang, banyak nak marah adik. Sekarang ni she is good sister ever! Apa-apa barang zariff nak dari dia, dengan rela hati dia bagi. Zariff buat apa-apa pon langsung takde nak marah adik. Penyabar betol la zara ni. Alhamdulillah! 

Malam tadi ade something new kakak tunjuk. Katanya nak buat house. "Mama..kakak nak buat house" nik pon tunggu tengok camne house yang zara nak buat tu. Rupanya macam ni:

Bijak betol kakak ni. May be ada mana-mana yang dia belajar dan kami suspect dari tv la kot. She is so clever at her age actually. Kami takde la banyak mana masa nak mengajar anak-anak. So memang banyak bergantung pada alat bantuan dan gajet2 terbaru. Learning process pon more intersting kan? Yes memang ade pro and cons. Orang ckp bdk kalau suka main gadjet ni taksub ckt. Leka. Tp zara tak camtu, dia main kejap2 nnt dia tiru dia lompat smua dia buat. Kami rasa it is good for her!


So, sebenarnya apa-apa sekalipon datang dari niat dan didikan parents tu sendiri. Kalau dibiarkan anak dengan gajet sendiri2 memang takkan membantu untuk diorang belajar. So, renyng-renungkanla ye. 

P/s: alhamdullillahh syukur!

Monday, August 25, 2014

Openhouse Raya Aloft Hotel

0 comments
Date: 25/08/2014
Time: 10.38pm
Venue: Aloft Hotel KL & bilik tidur

Hari ni hari isnin. Monday blues as usual for a working mom like me and others. Xsure pulak camne orang laki, maybe derang takde istilah monday blues kot. Memang dh sedia maklum kan, orang laki ni dilahirkan semulajadi workaholic. Macam encek husband pon xde pulak dengar merengek. Setiap hari sama je. 

Oke, hari ni super duper terok sangat! Camne nak mulakan. Pagi tadi, macam biasalah, tak menyempat nk bersiap gi kerja, dua2 zara zariff dah meraung2. Solat subuh pon xkusyuk. Hari ni pulak ofis ade buat openhouse raya kat aloaf hotel kl sentral. So patotnye pkI baju raya. Tapi disebabkan tak sempat nak iron so pkai je la yg mane ade. Huuu. 

Dalam perjalanan gi kerja. Kakak zahr n adik zariff dua2 tidur dalam kereta. So langsung xsempat nk borak nak main ngan derang. Kat ofis pulak, nik tak berapa nak sihat sangat hari ni sebab ade flu sikit so memang the whole day takde mood. Petang dalam kol 5 lebih kami beramai2 gi ke hotel tu. Makan-makan lah kat situ. Tengok jam dah dekat magrib. Perasaan memang dh tak tentu arah dah memikirkan anak-anak dengan papa nya handle sorang2 malam2. Ish memang tak boleh jadi. So nik keliar awal before majlis tamat. 

Dari kiri: Linda, Nik(me), En Affandi, Massita, Sharida dan Izzah

Then nak kene naik ktm bagai pulak   Ding dong ding dong... Dalam 9lbih jgk smpai rumah. Sekali lagi sayuuu sangay bila tengok anak2 dah lena.. Zariff semacam dapat hidu mama dia balik. Merengek nak susu. Bila nik direct bfeed. Terussa zariff lena. Tiba kakak pulak terbukak mata, sambil gosok2 mata..senyum then cakap 'mama...' Pastu sempat reply 'iyeeee..' Je. Then kakak sambung tido. Sehingga lah sekarang ni. Dua2 tido. Sedih sangat. Memang tak sempat main pon ngan puteri putera mama. Tak sabar nak tunggu esok pagi. 


Mama love you two deep2 sayang!!!

Time anak-anak tido macam ni la, nik amik peluang untuk mengusap ubun-ubun ZnZ dan bercakap sambil berpesan kat diorang. Kalau masa 'hidup' tu, takde nak sempat pulak. Comel..

Owh ye, malam ni kesihatan tak berapa nak memberangsangkan sikit. So nik terpaksa amik ubat selesema dan ubat demam. Hopefully tido lena...nyenyak.. Dan paling penting, supaya esok masih berupaya bernafas di bumi Allah dengan kesihatan yang baik. Amin.

 

Sunday, August 24, 2014

Akikah Daniyal dan Openhouse

0 comments
Date : 24.08.2014 (Sunday)
Time : 1.00pm - 9.30pm
Venue : Shah Alam - Kajang

Sempena bulan Syawal yang masih berbaki lagi 2 hari, so semua orang pon berpusu-pusu nak buat rumah terbuka, majlis kahwin dan sewaktu dengannya. Dan hari ni, kami ada dua jemputan iaitu Majlis Akikah Daniyal dan Rumah Terbuka makcik kat kajang.

  • Majlis Akikah Daniyal

Majlis sepatotnye start jam 2pm - 5pm, tapi disebabkan kami ada lagi satu majlis kat kajang yang agak jauh dari Shah Alam, so kami terpaksa keluar awal sikit dari rumah. Majlis Akikah Daniyal ni pon kat rumah Auntie Doyah dan Uncle Nije (parent Daniyal) kat Bukit Cerakah Shah Alam ni je. Sampai rumah Daniyal dalam jam 1.30pm camtu. Memang terlajak awal. So as expected, kami lah tetamu pertama yang sampai kat situ.

Lagi awal lagi bagus kan sebab takde orang sangat. Dalam beberapa minit kemudian baru sampai kawan-kawan Doyah yang lain. Yang ni memang nik tak kenal sebab member ofismate. Activiti macam biasa la bila berkumpul ramai-ramai ni. Borak sambil makan sambil gelak besar. Disebabkan ramai babies, semua pon panic dan masing-masing jaga baby, so langsung tak snap picture.

  • Rumah Terbuka Kajang 

Ni sebenarnya rumah kakak NannyKay yang dok selayang tu. Kami selalu jumpa masi (kami panggil masi, bahasa pakistan bermaksud makcik) kat rumah NannyKay, memang selalu dok ajak gi rumah dia kat kajang. Selalunya takde sebab nak sampai sini kan, tapi hari ni dah alang-alang dia buat rumah terbuka untuk keluarga-keluarga, dan kami pon diajak sekali. Bolehla kenal. Sebenarnya kalau rumah lama dia dulu kami memang dah selalu pergi. Tapi itu rumah dulu masa dia masih bersama suami. Tapi nasib tak baik, ade sedikit krisis rumah tangga, so sekarang masi tu tinggal dengan anak-anak. Juga kat Kajang.

Kat sini memang lama sangat kami lepak. Sampai jam 8.30 malam. Encek husband la. Memang suka sangat dengar geng pakistan tu borak. Maklumla nak belajar bahasa Urdu katanya. Bahasa Shah Rukh Khan tu! Adore sangat ngan hindustan. Hahaha. Nasibla tak dapat kawin dengan hindustani kan? Dapat melayu tulin macam iol ni. Hahaha

Owh ye, balik rumah tu Uncle Azam (kawan ciksu) ada kat rumah. Hantar ciksu balik rumah. Kat ToysRus tadi kami ade beli belon utk birthday party. So balik rumah tu kami tiupla. Yang kelakarnya, Zara Zariff ni memang tak pernah tengok orang tiup belon rasanya. Hmmm.. ha ah la, memang tak pernah. So bila tengok Uncle Azam tiup belon besar sangat-sangat, dua-dua pon tersangat excited lah.

Zara - "Woooww uncle doing maaagic! So amazing!!"

Hahahaha...semua orang dengar pon tergelak. Comel la kakak zara! you are now can speak very well! Good job!

Ok lah. Sambung lain cerita pulak ye.

Bye.

Assalamualaikum!

Saturday, August 23, 2014

Wedding Hanie + Shopping

0 comments
Date : 23.08.2014 (Saturday)
Time : 11.00am - 9.00pm
Venue: Kajang - Alamanda,Putrajaya

Yess, masih beraya lagi hari ni. Tapi lain macam sikit beraya, beraya kat wedding event. Hehehe. Hari ni ada dua benda nak cerita sepanjang kejadian hari ni. Dari pagi sampai petang memang kami busy dan yang paling penting, kami bangga sangat dapat anak-anak yang super sporting macam Iman Nur Zahra dan Iman Zariff! Uollss memang terbaik! Baik dan behave!

  • Wedding Hanie @Kajang
 Hah, wedding ni memang antara yang terawal kami datang. Hahaha. Lately memang kami dah start tukar patern. Bangun awal, kemas rumah awal dan bersiap awal. So, dengan buat rutin macam tu sekaligus sehari tu kita rasa masa banyak dan panjang. Macam-macam benda boleh buat dalam sehari. Sama jugak hari ni, walaupon sabtu tapi kami 4 beranak bangun awal, kemas-kemas rumah dulu baru boleh keluar. Selalunya, rumah macam tongkang pecah. Balik dari berjalan nanti badan dah penat so tak de masa dah nak kemas. Hah, masa tu mula lah nak menyinga saja.

Anak-anak dah besar, dah start pelbagai activiti. So rutin harian haruslah tukar. Barulah setiap hari tu penoh bermakna kan. Weekend je la pon masa kami bersama anak-anak sepenuhnya.

Back to the main point, sampai kat tapak wedding ni dalam jam 12.45 camtu. Rasa macam just nice rupanya takde sorang pon lagi geng ofis yang dah sampai. Kami amik port parking baek punya (bawah pokok), tiba-tiba zara poopoo. Pulaakk. Alahai. Nasib belakang dewan tu ade tandas kat luar. Senang, papa diorang je handle basuh semua. Nik tengah riba zariff yang masih lena. Dah setel semua, kami nak gerak ke dewan, baru ade beberapa orang ofismate Nik sampai. Good, boleh satu geng. 

Dalam dewan pulak, pengantin tak siap lagi.. Then layanla prince and princess kami ni je lah dulu:

Gaya princess
 
Elok je makan dengan papa

Marah mama ye??
Dan..dan laa... siap makan semua, tak menyempat nik nak tunggu geng ofis (Min dan Mas), time tu jugak lah si Prince Zariff ni ha poopoo. Kalut ributlaa kami keluar dewan basuh poo dan teruskan ke next destination. Owh ye, masa kami keluar dewan ni terserempak dengan auntie Yasmin. Sempat tegur sapa camtu je sbb rushing nak basuh montot bebeh tu. hehe
 
  • Alamanda Putrajaya
Sepatotnye tengahari ni kami ke rumah autie Ieta, bekas ofismate Nik kat Compudyne (vendor Celcom) dulu. Tapi disebabkan Encek husband ade hal penting so kami tak jadi gi. Dah alang-alang kat putrajaya, menyinggahla kami kat Alamanda sekejap. Ni memang salah satu port favourite kitoranglah. Sebab tempat ni agak family-friendly sikit. 
 
Seperti mana-mana shopping mall pon, kat area mainanlah menjadi pujaan.
 
Siap bersila bagai mama nye ha. layan anak camtu la gayanya.

Bersepah toys... xpe2. mama ada. Nanti mama kemas. ngee

Is this one of your discovery process ha??

I knew that you are really 'into it' now. Go ahead dear!

Really good care from his sister. Luv both!
 
 
Keluar dari Alamanda ni dah dekat malam. Then sampai rumah pon dah malam. Malam ni kene tidor awal sebab a lot of new experience and place to be discovered tomorrow! 
 
Get ready babies!!
 
Bye.
 
Assalamualaikum

 

Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung + Burger Bakar

0 comments
Date: 22.08.2014 (Friday)
Time: 9.30am - 9pm
Venue: Burger Bakar Abg Burn

Mode: Malaysia Berkabung

  • Office at Bangsar South (Malaysia Berkabung)
 Hari ni dalam sejarah, Malaysia mengadakan hari Malaysia Berkabung sempena ketibaan mayat-mayat mangsa kejadian nahas MH17, Kapal terbang MAS yang ditembak di daerah Ukrain, sempadan daerah Rusia. Sedikit intro berita tentang MH17 tu. Sangat menyayat hati..

"Berita Terkini MH17 Terhempas di Ukraine (sempadan Rusia). Kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines ditembak & jatuh terhempas . Belum reda kes tragedi kehilangan MH370 (DI SINI), terbaru seluruh dunia sekali lagi dikejutkan dengan tragedi yang begitu dahsyat buat kali kedua melibatkan negara Malaysia umumnya dan Malaysia Airlines (MAS) amnya tahun 2014 ini apabila pesawat MH17 terhempas di Ukraine (Sempadan Rusia).

berita terkini mh17


Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang pada mulanya telah terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia akhirnya disahkan pesawat Mh17 jatuh terhempas oleh berita AFP.
Keadaan pada ketika ini cukup tragis melihatkan gambar bangkai kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ditambah dengan situasi begitu banyak mayat bergelimpangan di lokasi kejadian"

Sempena hari berkabung ni, nik pon turut menyokong dengan berpakaian serba hitam. Dan memang satu malaysia disarankan untuk pakai pakaian yang tak menyerlah. Pilihan terbaik untuk hari jumaat ni ofkoslah jubah hitam.

Dan harini, kat ofis jugak ada buat makan-makan raya kecil-kecilan. Minggu depan on monday tu baru ada jamuan raya kat hotel.



  •  Burger Bakar Abg Burn for Dinner

Balik ofis macam biasa, dengan kommuter. Sampai kat stesen ktm seksyen 19 tu husband ajak gi makan burger bakar kat seksyen 7. Perot kenyang makanan tadi macam tak hilang lagi. Tapi lantak...nak jugak! hahaha.. so camni lah jadiknya.. Burger tu dia boleh beli sebijik2 ala cart or boleh jugak beli satu set. Kalau satu set burger dengan air RM9.90. Depend pada jenis burger. Total kami amik 3 sets burger, cheezy wedges dan meatball dalam RM 46.90.
Seriusly lapar sangat

Meatball dan Cheezy Wedges
 Kat rumah pulak, satu kejutan baru kakak zara buat. Selama ni memang tak pernah nak makan semua jenis fruit. Kami memang dah well known yang zara ni memang tak suka fruit. Tadi kebetulan encek husband beli buah oren dan buah delima. Nik memang tak suka lah delima tu. Tak sangka pulak zara suka sangat. Dua bijik kot habis!



Buah delima beralaskan tab. cangihh!!

Adik dengan 'ball' nye. huuu

Tak habis lagi dengan buah delima tu..sabauuu je la.

 Dah, itu je dulu wat masa ni. Nanti sambung lagi ye.

Bye!

Assalamualaikum!

Monday, August 18, 2014

Sexy Jr Chef in d house

0 comments
Date: 21.07.2014 (Monday)
Time: 8.30pm
Venue: Meja makan

Biskut dahlia ataupun biskut semperit. Boleh dikatakan biskut ni akan wujud di semua rumah yang menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Selalunya kalau dulu-dulu tokma je yang buatkan biskut ni. Macam tahun sebelum pon kami balik buat kat kampung beberapa hari sebelum raya.

Tapi tahun ni agak kerajinan terlebih sedikit ye. Kami buat sendiri kat rumah. Bersama puteri kami yang sexy itu. Haaaa...jom tengok!




Final product...jadi tak?

Tuesday, August 12, 2014

Istiqamah diri

0 comments
Date: 12/08/2014
Time: 8.20am
Venue: dalam ktm menuju kl sentral

Rutin harian setiap hari kerja, naik komuter seawal jam 7.30 pagi, mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke office kat bangsar south. Sementara menunggu, scroll down facebook, instagram dan jugak layan wassap member. 

Selalunya pelbagai update status dari member yang boleh buat kite tertarik. Samada positif mahupon negatif. Tapi itu semua hiburan dunia. Yang paling menarik hari ni, nik ada terbaca satu post dari kawan lama kat utp dulu, bagus betol setiap post2 dia. Semuanya related dengan reminder2 yang amat berguna buat bekalan akhirat insyaAllah. 

Hari ni.. Nik terbaca post ni:

Memang terasa macam kene dekat batang hidung. Lately kami memang diuji dengan pelbagai dugaan dari Allah. Sejak Syawal kedua, sampaila hari ni bertubi-tubi dugaan yang mendatang. Kali ni Allah menguji kami dari segi kesihatan pulak. Anak-anak semua tak sihat, lately encek akmal pon tak sihat jugak. Allahuakhbar.

Tapi bak kata pujangga kat atas tu, smua tu dugaan semata-mata. So, muhasabahla diri, pikir baik-baik. Setiap dugaan ada hikmahnya.


Saturday, August 9, 2014

OpenHouse Auntie Fad

0 comments
Date : 09.08.2014
Time : 9.30am - 3pm
Venue : Rumah Auntie Fad @ Sentul

Lepas entry semalam, pasal gathering Wish Anak Kelate tu, kami bersambung ke open house pulak.

Dah lama tak jumpa si kembar zariff ni. Iedris namanya! Auntie Fadziela ni teman seperjuangan nik masa belajar kat mrsm hinggalah degree dan hinggalah master. Tak sudah sampai situ, kerja sama-sama pulak kat satu company vendor Celcom. Panjang jodoh kami kan. Bersalin kan zariff dan iedriss ni pon tarikh dekat2. Zariff 16/09, iedriss pulak 13/09. Beza tiga hari je pon. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...