Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, September 26, 2014

Allah masih sygkan kami

0 comments
Date: 27.09.2014
Time: 1.00am
Venue: Traffic Lite Shah Alam

Ada pepatah orang tua-tua, "Beringat sebelum kene",  "Biar lambat asal selamat", "Berhati-hati di jalan raya", dan seangkatan dengannya. Itu semua adalah pesanan untuk kita beringat-ingat sebelum perkara buruk berlaku terutamanya di jalan raya. Semasa memandu.

Tapi, ajal maut di tangan tuhan. Qada dan Qadar semua Allah yang tentukan. Kalau dah tertulis takdir, walau macam mana cara sekalipon perkara tu tetap berlaku.

Malam tadi, jumaat malam sabtu. Kelab Wish Anak Kelate yang encek husband join ada menjalankan activiti riadah TT (TeaTime) tapi diubah ke bahasa kelantan jadi (TemuTika) di kawasan rehat Tol Awan Besar. Semua peserta dalam 30 orang kot masing-masing bawak seluruh keluarga makan-makan satay haji samuri. Tapi nak dijadikan sebab, nik dan anak-anak tak ikot memandangkan pagi esok (plan dalam jam 4 pagi) nak gerak ke Batu Pahat rumah kakak ipar. 

Disebabkan penat balik dari ofis dengan kommuter tak hilang lagi, nak kemas barang lagi so nik cakap dengan husband tak nak ikot. Lagipon anak-anak kami tu cerewet sikit kalau bab tido. Mesti nak berprotocol. Nak tido tempat tido, katil. Jadi akmal sj join.

Gerak dari rumah dalam jam 8.30 malam, majlis tamat dlam 12.30malam. Husband nik kalau bab driving ni memang takde nak komen. Memang amat berhati-hati. Tapi Allah maha merancang segalanya. Masa akmal berhenti lampu merah kat traffic light, tiba-tiba satu kereta proton inspira dengan lajunye memecut kearah kereta. Tanpa perlahankan kereta walau sikit pon, kereta terus melanggar kereta kami. Subhanallah!

Nasib masih menyebelahi kami, husband pakai seatbelt jadi takde yang cedera. Cuma ada sedikit kesan lebam di bahu dan lutut akibat terlanggar part2 dalam kereta. Tak sure langgar apa. Tapi yang sedihnye, disebabkan ade lagi kereta kat depan kereta kami tu, so melantun lagi dan melanggar kereta depan sekali. Akibatnye, inspira, kami dan swift sederet semua cedera.

Camni lah nasib kereta kami:





Kalau tengokkan keadaan kereta tu, memang boleh bawa maut kan? Kalau dua-dua kereta dalam keadaan laju dan bergerak, mungkin maut tu pasti. Tapi semua pon qada dan qadar yang allah tetapkan. Tapi memang remuk kat bahagian belakang kereta. Kalau ditakdirkan kami ikot sekali malam tadi, tak tau nak cakap apa. Biasanya belakang tu adalah tempat tido kakak.

Kebetulan masa kejadian, seorang ahli kelab wish tu lalu jalan yang sama, nampak dan teros berhenti tolong kami. Dia jugaklah yang menyebarkan berita tu pada kawan-kawan lain. Alhamdulillah, semua ahli pon concern dan merasa simpati. Ada yang pusing balik dan datang sekali di tempat kejadian (lebih 10bijik kereta jugak datang). Terharu..ramai yang datang membantu.

Masa yang sama jugak, ajen kereta (kawan paktok) yang kami beli kereta tu datang jugak untuk setelkan kes polis semua.

Sekarang, orang towing dh bawak kereta ke mekanic kat usj 1. By petang tadi encek husband cakap yang kereta dijangka siap dalam masa sebulan..Huuu patah kaki laa..Minggu depan nak raya haji. Adik bongsu nik pon nak bertunang raya ke-dua. Ya Allah.. huhu

Love :

Thursday, September 25, 2014

Mattel Warehouse Sale Sep2014

0 comments
Date: 25.09.2014
Time: 12.30pm
Venue: JayaOne Petaling Jaya

Mattel Warehouse Sale for second round this year. Dah kenapa ada dua kali?? Cam terkejut. Sebab rasanya tahun lepas sekali je bulan march. Dan memang setiap tahun pon bulan march. Haihh macam tau-tau gaji dh dapat semalam, hari ni dh start sale. Dengar mattel sale ni rasa cam rugi gilerss la kalau tak gi.

Sementara anak-anak ni tengah kecik lagi, memang memerlukan banyak toys (memang tak cukup toys yang berlonggok kat rumah tu). Tambahan pulak si zariff tu kaki main toys sikit berbeza dengan si kakaknya. Sale start hari ni sehingga sabtu. Hmmm kalau nak tunggu weekend rasanya semua barang best pon dah habis ye. Nak tak nak harus serang sale tu hari ni. Plan dengan member ofis, semua pakat nak gi during lunch hour. Kami kt bangsar south memang tak jauh dengan JayaOne ni.

Dah sampai kat sana, erkkk cam jakun jap..sebabnye takde orang. Hoccay, maybe sebab weekday. So, bila masuk...survey barang...

Hammpeeehhhh jee rasa. Dalam hati memang niat nak carikan barang-barang the cars untuk zariff. Kalau ada barang fisherprice yang rare pon nak rembat jugak. Tapi tula..

Ni je laaa..

Snap siap dengan harga before and after ok...

Fisher Price
Thomas and Friend, The Cars

Wednesday, September 24, 2014

Isomil Plus dan S26 Gold

3 comments
Date:25.09.2014
Time: 8.30am
Venue: dalam ktm menuju Bangsar South

Hari ni nak bukak cerita pasal susu anak-anak. Ni semua pon gara-gara malam tadi g tesco beli susu2 anak2. So tergerak hati nak cerita serba sedikit pasal susu yang anak-anak nik consume. 

Seperti sedia maklum di pos2 sebelum ni (bagi sesiapa yang pernah terbaca la), kakak zahra minum susu S26 Gold, sejak dari lahir sehinggalah sekarang almost 3tahun. Dari step 1 sampai sekarang step 3. Nik rasa kalau kat kampung-kampung susu ni memang tak glamour. Kampung lain tak sure, tapi kalau kampung kitorang kat Kota Bharu, orang tanya anak minum susu apa. Nik cakap.. Owh anak minum S26. Nanti mesti reaksi muka cam "haaa??? s26?? Susu apa tu? Xpernah dengar pon!" Sedih kan? Tak glamour susu anak iolss!
Hehehehe takdelah! Takde makna nak sedih sangat lah.

Dulu memang masa mengandungkan zahra, tok kay selalu cerita yang anak-anak dia 6 orang (semua lelaki) pakai susu tu. Walaupon bagi dia time tu susah sangat nak beli susu dan s26 tu agak mahal, tapi dia beli jugak susu tu sebab bagus. Tulang kuat dan anak active. Haa...kite pon terpengaruh la dengan cerita2 tu, decide pakai susu tu. Dan alhamdulillah sampai sekarang, masih setia. Selagi zara tak reject susu tu, minumlaa ye anak! Lagipon kami malas nak ambik risiko tukar-tukar susu ni. Nanti kang ada yang poo2 terlebih keras la, terlalu cair la, tak poo2 langsung la. Kembong perot la. Owwhhh nooo!! Malas nak pikir. So far, harga susu S26 Progress Gold Step 3, RM119 utk 1.8kg. Sebulan zahra akan guna dalam 2-3 kotak. Bajet dalam 2 kotak 1.8kg la. Malam tadi susu ni ade discount kt Tesco. Dapat rm98.90 sekotak. Oke lah tu, jimat rm20! 

Yang bestnye S26 ni kan, diorang selalu sangat la bagi free gift macam-macam. Pernah dapat Dictionary brand Encyclopedia, pernah dapat lego Duplo, Tshirt bola world cup, box, mug besar, hmm ape lagi ye. Lupa...eh macam-macam la.. Macam malam tadi, seperti biasa beli susu kakak dua kotak besar bersize 1.8kg, setiap satu kotak dapat satu bantal comel. Ade 3 kaler katanya kat box tu. Kami dua bunny dan penguin. Satu kaler pink, satu kaler blue!



Oke, itu kisah susu kakak. Susu adik pulak.. Yes, kami pakai Isomil Plus Soya based. Bukan kami suka-suka nak bagi Zariff soya based tau. Ada kisah udang disebalik mi pasal pemilihan susu ni tau. Huuuu.. Paaaanjaanggg ceritanya.. Tarik nafas...lepas... tarik nafas...lepasss...

Oke camni.....

Seperti yang sedia maklum, zariff ni kan fully hundred percent breastfeed kan?? yeeee 100%! kalau misi2 kat gomen cakap, breastfeed exclusive! Yee..memang. Kan sebelum2 ni nik dok sebok post pasal stok susu la, susu merudum la, susu meleleh2 la. ahaha. tu dulu. Then stop lama pasal tu. Hmm sebab dah pening dan takde idea nak cerita pasal susu. Boleh juga cakap takde mood nak cerita. Sebabnya, lepas zariff masuk 9bulan, susu sangat-sangat sikit. Especially start bulan puasa July hari tu. Pump susu...makin sikit makin surut. Stok makin kering dalam peti ais. Zariff pulak makin besar, makin active dan makin kuat minum susu. Haih, kite kerja, mane sempat nak bagi susu kat zariff (alasan..sila jangan ikot teladan tu ye), kalau housewife memang nik mampu direct breastfeed zariff. Tapi untuk supply stok susu yang mencukupi, memang tak mampu. Sebab utamanya Zariff ni langsung taknak solid food! 

Dah macam-macam resipi kot kami cuba. Blend bagi zariff taknak. Semua taknak. Dari rasa manis, masin smua bagi..semua reject. So zariff memang bergantung pada susu semata2. Bila zariff masuk 10bulan kami decided utk bagi zariff susu formula. Mula dengan S26 Step 2, reject. Okey, try enfalac pon tak nak. Pastu dumex, dugro, dutch lady dan macam-macam brand susu lembu...semua pon reject! Masuk mulut sikit je dia keluarkan. Buat-buat muntah. Alright..takpe sabar. Mungkin dia taknak susu lembu. Then kami try susu kambing pulak. Member ada cakap susu kambing ade bau hamis yang lebih kurang bau EBM. Okeh, try KariHome..pon reject. Ok fine.. apa lagi susu nih. Lembu sudah, kambing pon sudah semua taknak.

Tiba hari raya bulan august hari tu. Tergerak hati nak gi rumah cousin husband kt Pasir Mas. Misi, baru habis pantang dapat baby baru anak ke 3. Masa borak, ada cite pasal zariff ni. Then dia cakap masalah ni normal kat klinik dia. So apa yang diorang selalu suggest kat parent yang ade problem macam kita ni adalah try bagi susu soya based. Hmm...all this while memang tak pernah terfikir pasal soya based. Then lepas raya, datang Shah Alam terus beli soya based. First trial, amik isomil plus. Bagi zariff minum...Alhamdulillah.. 4oz berjaya masuk perot. At last...so sampai hari ni Zariff minum susu Isomil tu. Walaupon harga sedikit mahal, satu tin 900g berharga rm75.90. Tapi dah itu je yang dia nak. Minumlaa zariff oi.. ehehehe

Teringat pulak masa tengah pening fikir susu zariff, ada dok borak kat ofis dengan member2. Mulut ni pernah la doa "Baby...cakap je baby nak susu apa, mahal ke murah ke mama beli!" hehhehe. Kan orang dah pesan, doa ibu tu makbul. So tak yah nak complaint pape. Diam je. 

Bak kata pepatah, kite kerja ni untuk anak..sebab kite sayang anak kan? 

So, sape yang ade masalah anak tak nak formula, cuba susu soya. Oke tak dengan anak korang. 



Love from Mama Imans:
 

Tuesday, September 23, 2014

Blog online kegemaran

0 comments
Date: 24.09.2014
Time: 11.45am
Venue: Bangsar South

Rasanya kalau nak cakap pasal online shopping ni, mak-mak orang zaman sekarang ni memang dah aware sangat dengan hobi ni. Rata-rata especially yang bekerja macam hakak ni memang salah seorang yang menyumbang ke arah shopping online ni. Ehh kalau nak cerita bab benefit online shopping??? Rasanya seminggu pon tak habis lagi cerita. Panjang bebenor!

Kebetulan hari ni gaji, (ehhh...kebetulan ke? Bukan ke memang date yang ditunggu-tunggu ke? hahaa), pagi-pagi buta lagi masuk ofis tadi bukak satu website favourite kitorang. Yes..favourite kitorang! Bukan saya je. Kami geng satu ofis ni memang suka sangat shopping kat satu page. Murah sangat! Rasanya antara shopping online termurah yang pernah jumpa la kot.

Kami suka beli kt onlinebabywear ni.  Sekali order sampai beratus-ratus ringgit sebab kalau lebih rm200 dapat free postage. So, dah alang-alang nak order, kami pakat ramai-ramai order sekali. Tapi hari ni, hakak order sorang2 je sebab semalam dah tnya member cam tak mendapat sambutan je. Ouch! Nik pon sebab fikir baju kakak zahra tu cam dah tak banyak yang boleh pakai. Semua pon senteng. Kalau nak keluar gi mana-mana tu rasa nak pitam pikir kakak nak pakai baju mana. Haiyo0o0o.

Hari ni tekad beli 3 pasang je pon. Yang best order kat situ, cepat gilerssss berdesuppp service-nye. 





Tengok screenshot2 kat atas tu? cepat kan status dia bertukar? Kan dah cakap memang berdesuup laju!  Baru order 15minit yang lalu, 15minit kemudian dah dapat tracking number. Hmm sebab tu la kami suka sangat dengan kedai ni. 

InsyaAllah tengahari esok sampaila baju kakak zahra. Baju Zariff tak beli satu pon sebab hari tu dah borong banyak dah untuk Zariff. :)

Psst...by the way, payment method dia pakai FPX. FPX tu product hakak! haha.. Hari-hari memang dok buat testing on FPX nih. Korang jangan risau, FPX tu senang sangat payment nye. Bayar pakai online banking korang. Boleh guna mana-mana bank Maybank2u ke, CIMBClicks ke..sbb FPX ni support semua jenis internet banking tau! (promote!)

Love:

Monday, September 22, 2014

Gigit sampai bengkak

0 comments
Date: 22.09.2014
Time: 9.00pm
Venue: Home

Dah tau nak buat macam mana. Risau betol dengan si zariff ni tau. Suka sangat gigit orang. Ehhh semua oranglah dia gigit. Nik yang mama dia nih, rasanya dah semua bahagian badan dah lebam-lebam! Pantang mulut bersentuh dengan mana-mana tempat, Ngaaaapppp...kreeeekkkk...gigit. Peha, lengan, perot, mulut, pipi, dagu..belakang..termasuklaah nenen. Semua kene gigit.

Dah selalu jugak google cari penyebab kenapa anak suka gigit. Dan kalau nak diikotkan kajian pon, baby boy yang lebih cenderung ke arah gigit. Patotla si zariff yang suka gigit. Kakak zahra dlu tak pulak macam tu. Banyak jugak tips yang pa&ma bagi kat satu post kat sini. Kalau dari pa&ma cakap, gigit ni disebabkan baby tu nak tunjuk emosi dia macam marah, kecewa, geram. Hmmm..xsure zariff tu macam tu ke tidak. Sebabnya, kalau dilihat, masa zariff gigit tu masa dia tengah happy! 

Bahu kakak zahra digigit zariff

Kalau ikot cakap encek google, budak gigit antara umur 1 - 2 tahun ni memang normal. Cara menunjukkan perasaan secara primitif. Boleh dielakkan dengan cara berpesan dengan lembut atau melarang dengan nada yang perlahan.

Hmmm memang betol2 menguji kesabaran! sabar ye..kepada sesiapa yang pernah kene gigit kat zariff ni..

Love...

Tuesday, September 16, 2014

Happy 1st Birthday ImanZariff!

0 comments
Date: 16.09.2014
Time: 5.30pm
Venue: Rumah Tokma - Kota Bharu


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...

HAPPY BIRTHDAY TO IMAN ZARIFF...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...!!!!



Alhamdulillah...

Hari ni, Malaysia ber-Public Holiday sempena hari Malaysia 16 September. Dan hari ni juga adalah hari ulangtahun kelahiran putera kami Iman Zariff. 

Sempena Zariff ni memang suka sangat dengan kereta, especially the cars, then kami tempah kek khas untuk birthday boy. The Cars Birthday Cake! 

Cake comel ni nik tempah khas dari member thorrrbaaeeekkk Lyein Mansor, part time bakers ni. Kaklin ni kerja..balik rumah malam-malam handle ank dua orang, sempat lagi tengah malam baking mengikut kehendak customer. Salute! Boleh cari dia kat instagram oven_comel atau ovencomel.blogspot.com. Memang comel tuannya, macam kek tu jugak! hahaha

The car birthday cake special made for Iman Zariff
Hari ni, genap setahun Zariff lahir ke dunia. Genap setahun jugak selepas bertungkus lumus meneran untuk melahirkan sang putera ni. Alhamdulillah, anugerah Ilahi yang tiada tandingannya ini kami terima dalam keadaan yang sangat sempurna. Sempurna semuanya, dari segi sifat zahir dan batinnya.

Seorang ibu, memang sangat teruja untuk menyambut hari kelahiran anak mereka. Tapi, kalau difikirkan dari sudut satu lagi, sudut hati...Wallahi rasa macm tak sangka, Zariff dah berumur setahun.

Mungkin dari panggilan "Adik" yang kami panggil, buat kami rasa Zariff tu sentiasa kecik. 


Progress Zariff pulak, as per today Zariff masih tak boleh berjalan lagi. Dah boleh menyusur bendul. Berjangkit kesatu tempat ke tempat lain tu dah expert. Tapi bila nak gerak, Zariff lebih selesa merangkak sebab lagi laju dari terkial-kial tu.

Kalau kereta kecik tu zariff dah boleh naik turun sendiri tanpa bantuan. Memang sangat passion ke arah kereta. Seriusly! Memang suka sangat-sangat dengan kereta. Tak, bukan sebab kami pupuk sifat tu ke, or bukan sebab kami expose dia ke situ. Tapi minat tu timbul sendiri mungkin disebabkan dia tu boy, or may be sebab ikot papa dia. Papa dia memang suka kereta. Lelaki...

Pernah kalau kat shopping mall, lalu area banyak-banyak patung, kalau nik cuba bagi dia pelok...time tidor dia tak perasan xpela. Tapi kalau dia celik, meremang! Amik patung tu campak ke bawah! Dia tak suka. Nampak sangat tak sukanya. Berbeza pulak kalau lalu area transport, mulut mesti moncong sambil bunyi..."ngong...ngong...ngongggg" bunyi enjin kereta versi zariff. Dia suka sangat...

Dan, itu sebablaaa kami tempah kek khas untuk zariff design The Cars. His favourite!













Zahra dan Muaz - BFF
Fondant cake ni sebenarnya depend pada individu. Ada orang tak suka fondant cake sebab katanya mahal tapi bukannya boleh makan pon fondant tu. Eh, tapi kalau nak makan pon takde masalah. Tapi memang tak lalu la kan. Ada setengah pendapat cakap fondant ni cantek di mata je tapi boleh makannya sikit je. Dan macam-macam lagi lah. Seperti yang ni cakap awal tadi tu la, depend pada individu. 

Macam nik sendiri, nik memang suka amik gambar, suka tengok benda cantek mesti nak ambik gambar. Birthday party, nak buat besar-besaran macam orang lain tak mampu. Ye la, tak mampu dari segi masa dan tenaga. So order kek yang cantek untuk diabadikan dalam kenangan ni memang rutin. Paling tidak sekalipon, nik mesti ada usaha sikit untuk celebrate birthday anak-anak. 

Kalau nak kek biasa2 secret recipe yang ramai orang cakap sedap tu. Ye..memang sedap tak dinafikan. Tapi masalahnye, yang tu anytime pon boleh kite gi secret recipe dan beli...dan makan. Kan? tapi fondant kek? nak ke tiba-tiba takde event ape2 kite nak tempah bagi cantek pastu potong dan makan? tak kan? 

Lagipon, bagi pendapat nik, fondant kek ni tahan lasak tau. Kitorang dok KL, nak celebrate kat kampung kat Kota Bharu. Amik masa jauh jugak nak sampai kampung. Fondant memang tahan lasak. Bawak travel jauh2 pon rileeek jee.

 So, nik sejak kahwin, sampai anak dua...semua events pon tempah ngan ovencomel tu tau!

Coretan mama Iman;
 





Monday, September 15, 2014

Merisik Tanda Jadi

0 comments
Date: 15.09.2014
Time: 8.00am - 6pm
Venue: Rumah Tokma Chom

Merisik bermaksud sesuatu usaha yang dilakukan dari pihak lelaki untuk bertanya khabar tentang status kedudukan anak dara yang bakal disunting. (Ayat macam dokumentari!). Kebiasaanya, merisik ni hanya terdiri dari keluarga utama pihak lelaki sahaja. Contohnya mak ayah, adik beradik atau pakcik dan makcik yang mengetuai rombongan. Tak perlu ramai cuma sekadar sebagai rombongan bertandang camtu.

Tapi semua itu pon bergantung kepada keluarga masing-masing. Macam majlis ciksu Waniey ni memang lah meriah. Kalau sekali tengok dan macam majlis tunang. Takpe, kami sebagai tuan rumah memang mengalup-alukan kedatangan tetamu. Lagi ramai lagi meriah. Ini menunjukkan bahawa kami dua keluarga memang ramai ahli! hehe.

Majlis start lebih kurang jam 11 pagi. Tapi hari ni agak spoiled sikit sebab nik demam. So tak dapat nak mengemas rumah sangat. Lagipon tak risau mana bab kemas rumah tu sebab rumah tokma chom ni memang takde perabot mane. Macam padang jarak padang tekukur je. 

Antara tetamu dari keluar pihak lelaki
Owh ye, lupa pulak nak cerita asal usul kejadian merisik diorang ni kan. Sebenarnya diorang ni bukan plan dah lama. Decide baru 2minggu lepas je pon. Bagitau family je dua-dua belah pon terus on. Senang kan? Bak kata orang tua, benda baik jangan ditangguhkan. Kan?  

Makan dulu sebelum bermulanya perbincangan

Perbincangan hangat


Cincin merisik


Selalunya dalam merisik, apa yang orang tua kita bincangkan adalah sesi kenal status tu satu hal. Kalau status oke, clear. Perbincangan haruslah diteruskan dengan majlis tunang atau pon terus buat wedding. Macam kami, disebabkan ciksu waniey ni last dah, harap-harap dapat buat majlis dengan sempurna mengikut adatlah. Dari merisik, bertunang, akad nikah, bersanding dan bertandang. Jadi, hasil perbincangan dari dua belah pihak perempuan dan lelaki ni, maka kami bersetuju untuk diadakan pertunangan pada hari raya aidiladha ke-2, bertarikh 6 October 2014. Lagi 2minggu lebih. Wohoaa! Kene bertungkus lumus untuk setelkan sebaik mungkin ya!

5 dulang hadiah dari pihak keluarga lelaki


With lots of love:

Sunday, September 14, 2014

Maggie Sup Belut

0 comments
Date : 14.09.2014
Time : 8.00pm - 10.30pm
Venue: Kedai Sup Belut Bukit Marak - Kelantan

Hahahahaha....rasa nak gelak kan dengar sup belut tu? Hahahahaa hadoilaaa. Geli pon hado ye? Kekekekeke, macam tu la nik rasa suatu masa dulu. Dengar encek husband cakap nak keluar makan maggie sup belut, meremang bulu roma satu badan! Tetiba rasa loya tekak, kecur air liur! 

Tapi yang bestnye, bila kawan-kawan en.kema cakap pasal sup belut ni sangat terkenal dan sangat sedap. Hmmmm occay.. Welll why not kita cuba kan? Mane la tau ok ke tidak. Awal-awal kawin dulu, pernah sekali try...memang tak lalu nak masuk tekak weh!!! Rasa macam makan ular! kikikikiki. 

But now..deria rasa berubah mengikut perubahan masa dan zaman. Hari tu encek husband dan adik ipar ajak makan maggie sup belut kat Bukit Marak (glamour katanya), ehhhh boleh pulak tekak ni masuk! Layan jugaklah!


Yes, kedai tu takde lah canggih manggih ber star2. Sekadar kedai usang bertenggek di tepi jalan je pon. Tapi memang customer dia sentiasa ramai. Kami pon, dah penuh satu meja panjang. 

Tapi sayang, anak-anak saya nih jakun sikit. Dok kat kedai makan pon sebok dengan gadget. Bila ditarik balik gadget tu, suruh nikmati suasana malam di kampung nih...haih.. buat muka boring pulak!

So, untuk makanan...memang sedap. Especially bagi sesiapa yang sukakan masakan pedas. Sebab semua makanan dia...perghhhh... boleh tahan pedas nye. Dah order sup ayam kosong tak pedas untuk zahra.. pon pedas! hampeh. Last2 kakak zahra makan nasi putih dengan telor dadar je.

Next time nak pergi lagi kedai ni. Psst...dengar cerita ni kedai adik owner. Kedai owner milik kakak dia satu lagi kat depan sikit. Katanya lagi sedap kat situ. Nanti balik kampung lagi nak cuba makan kat kedai kakak dia pulak.

Jumpa lagi...

Bye!

Love :

Saturday, September 13, 2014

Berbasikal bersama sepupu2

0 comments
Date: 13.09.14 (Sabtu)
Time:
Venue: Balik Kampung

Seronok bila tengok anak-anak bermain dengan teman sebaya dengannya. Kalau di KL, Zahra main dengan adik Zariff yang sememangnya beza jarak umur 2 tahun. Balik kampung, sepupu-sepupu lebih kurang umurnya saja. Macam Muaz, baju warna biru tu. Umur kalau ikot tahun sebaya lah, tapi kalau ikot bulan, Muaz lahir bulan March. Beza dalam 8bulan.

Muqri, adik Muaz. Budak kecil comel pakai baju hijau tu. Kalau ikot tahun pon sebaya dengan Zariff tapi kalau ikot bulan, beza 8bulan jugak dengan zariff. Muqri lahir bulan January, Zariff bulan 11.......

Yang belakang sekali baju putih tu Afiqah. Sebaya dengan Zariff jugak. Cuma dia tua 2bulan dari zariff. Dah expert berjalan sebab dia boleh jalan agak awal. Kalau tak silap dalam umur 10bulan ke 11bulan camtu. Zariff masih lagi belum boleh berjalan walaupon dah nak masuk setahun. Sama dengan kakak Zahra la jugak. Setahun sebulan baru boleh jalan. Takpe, doctor cakap merangkak lama boleh kuatkan tulang belakang. InsyaAllah.







Haaa...tu dia, bonceng basikal dengan Bam Muaz yang sangat bam bam tu. Nasibla basikal tu fully metal kan, kalo tidak...hehehe

Dua orang ni, sejak kecik lagi teman rapat gaduh, teman rapat main. Muaz panggil kakak ni dengan nama Iman. Kalau balik kampung, sampai je kat depan rumah tokma. Orang pertama yang akan tunggu kat luar rumah adalah Muaz! Yes...Muazlah orang paling excited kalau balik kampung rumah tokma tu. Kalau tengok air muka diorang dua orang ni masa mula-mula sampai boleh tangkap leleh tau. Terharu... Dua-dua suka sangat..

"Yeaaa....Iman..." camtu la selalunya Muaz cakap. Sama jugaklah dengan kakak. Nampak muaz, "Haaa....'Azz laaa" hehehe. Sweet. 

Kami harap, friendship korang berdua ni kekal ke akhir hayat ye. Walaupon kami berjauhan nun di sana.


Coretan mama Iman;
 

Wednesday, September 10, 2014

Exam kastam (ulangan)

0 comments
HDate : 10.09.2014
Time : 8pm to 10.55pm
Venue : depan laptop kt rumah

Sekali lagi nik menduduki ujian penguatkuasa kastam. Dapat email invitation untuk exam ni dalam 2 hari lepas. Nasib baik jugak nik sempat buat aduan tempoh hari lepas kejadian exam yang tak dapat masuk website tu. Sebab dengar cerita siapa yang tak buat aduan atau tak isi borang menduduki exam sekali lagi tak dapat untuk sessi ulangan ni. Itu pon nasib baik terbaca satu post member kat fb suruh adu kat url tu. Alhamdulillah. Nampak tak kepentingan laman sosial? Siapa yang cakap laman sosial ni tak bagus memang nik totally disagreed. 

Kejadian sebelum exam - berebut laptop

Ok, pasal exam tu. Disebabkan exam start jam 8.00pm, then encek husband tak bagi balik dengan tren hari ni. Katanya takot lambat nanti spoil mood nak exam. So hari ni encek husband amik kat ofis nik kat bangsar south. (Tiba2 rasa macam jarang sangat bercerita pasal company ni kan?Nanti lah tunggu masa yang sesuai dan topic yang boleh relate dengan ofis. Then nik cerita ye). Balik kol 5.30pm memang sangat awal. Hari ni ciksu pon papa tak gi ambik kat ofis sebab uncle azam ambikkan. Lagipon, malam uncle azam pon dapat exam ulangan ni jugak. Bolehla buat together2 dengan ciksu nanti. 

Okeh, lepas balik kerja berhenti kat andaman restaurant dulu nak isi perot supaya masa exam nanti takdela macam naga lapar!  Balik dah dekat 7.30! Pengsan! Nak setelkan anak semu mcm tak sempat. So nasib baik encek husband offer uruskan anak-anak then nik buleh ready2 nak exam. Yang penting, mandi dulu! Hehe


Jam 8pm, nebes yang amat sangatla tuhan. Satu sebab ye la, mane2 exam pon memang kite nebes kan ? Lagi satu nebes sebab takot tak dapat bukak website tu lagi! Bila rojer ciksu yang buat exam kat cc, dah start jawab dah! Okeh, cuak dah datang balik. Teroklaa kalo ulangan ni pon xdapat kan? Nasib baik lepas 5 minit tu berjaya jugak keluar soalan. Jawab sampai habis 50 soalan dengan bantuan sepenuhnya encek husband. Sebab bahagian ni pasal pengetahuan am!  Rehat 15 minit untuk sessi ke dua pulak. Math! Dalam 45 minute. Tapi frust sikit masa menyelesaikan masalah math ni. Yang soalan kira2 tu takpe. Ok lagi la tapi bila soalan bergambar tu. Langsung takdapat jawab sebab image tak kluar. So, nak tak nak terpaksa lah pejam mata, baca bismillah dan tekan je mana-mana jawapan. 

Tapi apa yang kelakarnya kan. Masa tengah jawab exam ni memang kelam kabut betol. Sebabnya? Apa lagi kalau bukan dua budak bertuah itu! Hehehe. Time nak jawab tu la, adik nak mama dokong la, nak gayut-gayut kat badan mama sambil gigit belakang la. Nak susu nak nenen semua ada! Itu si adik. Si kakak pulak ya tuhan...

 "Mama nak pen!" 
"Mama nak paper!"
"Mama draw cat mama..please.."
"Basuh poo kakak..mama je!"
"Nak laptopp...nak laptop..buleylaa"

Hahahaha. Nampak tak dugaan tu?? Besar dugaan tu tau. hahaha. Betapa kental mama nya nih jawab jugak semua soalan. Bertabah je la. Memang sahlaa nasib takde rezeki kat gomen ni. Suh dok bank negara ni forever and ever kot. Takdela, sini pon sebenarnye benefit ok sangat2 dah. Maternity cover, medical satu family pon cover. Ade elaun rumah, elaun phone dan elaun kereta. Even company pon berlonggok-longgok. Haa dengar cerita tahun ni bulan 10 ada staff even kat bukit tinggi pahang. Bulan 11 pulak staff event kat universal studio singapore. Yg sebelom2 ni pon mmg dah banyak event. Yang mcm nik post tu la. Tahun lepas ade trip ke langkawi tp nik tak join sebab bersalinkan zariff si montel comel tu. Hehehe

Akhirnya tido kat dalam riba papa berbantalkan peha

Uikss jauh menyimpang ye. Haah! Pasal exam tadi tu. Bila berjaya melepasi semua halangan dan cabaran. Maka jam 10.55pm setel la exam. Pergh! Lega! Rasa nak pitam bertarung dengan anak2 nak siapkan exam. Owh diulang ye, bertarung dengan anak, bkn dengan soalan ye! Hehehe. Then boleh gedebummm tido.

So hari ni, result dah keluar. Dah boleh check kat website spa tu. Excitedla den nak cek result. Naah hameekk result: 


Hehehehe memang takde rezeki la katakan ye. Owh ye, alhamdulillah uncle azam ciksu cakap lulus. Tahniah uncle!
Tak sia2 korang buat sama2 ye. Anyway...goodluck untuk step seterusnya! Interview kot lepas ni. Tapi kene tunggu email dulu katanya. Doa2 supaya uncle azam dapat. Amin!

Coretan mama Iman;
 

Sunday, September 7, 2014

Rasmi Basikal Baru INZ

0 comments
Date: 07.09.2014 (Ahad)
Time: 6.30pm
Venue: Presint 1 Putrajaya

Sepatotnye pagi ni kami melepak sambil exercise kat Taman Tasik Shah Alam macam yang dirancang dari minggu lepas. Tapi disebabkan malam tadi encek husband ada tt (TeaTime Wish Club) kat bangi, balik dah lambat sangat. So encek husband tak dapat keluar pagi ni. Penat dan tak cukup tidur katanya. Hmmm. Hampeh betol. Inilah bahana nya melepak dengan kawan-kawan sampai pagi2 buta ye kawan-kawan. Kesian anak bini kat rumah! miahahaha! 

Takdelah. Nik tak kesah pon encek akmal tu nak melepak dengan kawan-kawan. Lagipon dah tau dah akmal tu memang suka berkawan. Sejak menetap di Selangor ni, kawan-kawan dia pon dah berkurangan (Kawan banyak kat kelantan). So, dengan join kelab2 wish ni la baru nampak "his life has came back". Ye ke camtu? Hehehe. Tak kisah nak keluar bersosial, janji ada batasnya. Pandai bawak diri kan. Akmal cakap tt tu nak discuss pasal event sunday drive ke Cherating bulan october ni. Kalau jadi, ke cherating la kami!

Sementara tunggu kakak bangun tido - papa & zariff makan buah dokong

sementara tunggu kakak bangun, zariff main kat sini dulu ye.


Tak nak bagi mama pegang, nak berdiri sendiri


Nak gerak...


Rasa terhegeh-hegeh lak, baik merangkak la cepat sikit. hehehe



So, petang la baru sempat keluar bawak anak-anak tengok keindahan alam ciptaan tuhan ni. Dan tempat yang paling sesuai untuk kakak rasmi basikal baru nya, opkos la Putrajaya! uwaaa.. bunyi macam boring kan? setiap hari kami ke sini. Agaknya orang putrajaya pon tak datang setiap hari macam kitorang. Tapi nak buat macam mana, kat sini memang cantek! suka sangat datang sini.

First trial cycling

 Hari ni bawak budak-budak kat taman tepi deck ni. Tak pernah pon sebelum ni datang sini. Mulanya, cam biasala..menuju straight ke bulatan depan masjid tu. Tapi subhanallah!! ramai nye orang hari ni. Ahad memang camtu. Dengan tourist2 penoh! kalau kakak nak training naik basikal kat sini rasanye memang tak sesuai. Sebab ramai budak-budak naik basikal laju-laju. Bahaya sangat. 

Main playground dulu


Slide ni memang semua budak pon suka ka? termasuk zara!


Kayuh basikal - masih beginner


So port kat dect ni memang sesuai sangat. Ramai kids kecik-kecik macam kakak dok main basikal. Family kayuh basikal pon ramai. Dok area sini rasa macam dok oversea pon hado! cantek sangat!

Uisshhh...dah rasa expert la tu, lepas sebelah tangan je? sambil makan dokong! ehehe
 Bila tengok anak dah boleh kayuh basikal sendiri macam ni kan, tiba-tiba rasa sayu sangat. Terharu tu ye lah, memang tak dinafikan. terharu sebab anak dah mula pandai macam-macam. Tu maksudnya anak kita dah membesar. Tapi sedikit rasa sayu disudut hati, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kakak zara dah besar dah. Dah pandai kayuh basikal, dah pandai cakap, dah pandai buat macam-macam dah! Time goes too fast! 

Sebagai ibu, nik tak suka masa cepat sangat berlalu. Kalau boleh nak bagi anak-anak tu macam baby je. Supaya boleh cium diorang banyak-banyak setiap masa! Bau baby adalah bau syurga. Walaupon masam yang hamat!!! Tapi sedaaaap je. Cium...cium..dan cium lagi. 

Wahai anak...besarlah kamu semua dengan sihat walafiat. Sesungguhnya kesihatan yang baik tu adalah nikmat yang paling besar yang Allah bagi kat kita.

We love you both! Forever...

Coretan mama Iman;
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...