Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, October 24, 2014

Day 7 - Discharge n Zariff potong rambut

0 comments
Date: 24.10.2014
Time: 4.30pm
Venue: Sunway Pyramid













Wednesday, October 22, 2014

ImanZariff #day5 - Happy Deepavali

0 comments
Date: 22.10.14
Time:8am - 10pm
Venue: KPJ Selangor Specialit
Mode: Day 5 admitted + Happy Deepavali

Sebelum cerita panjang pasal kisah kejadian kite hari ni, nik nak ucapkan Happy Deepavali to all Indians all over the world. Kite kan satu malaysia. Semua bangsa merayakan perayaan masing-masing dan juga perayaan bangsa lain. So, hari ni juga Malaysia Public Holiday.

Sempena deepavali ni, channel kat tv pon semua nak tayang cerita tamil dengan hindustan. kiki. Encek akmal memang suka la. Favourite dia tu! Nik bukanlah tak minat sangat, bolehla layan. Nak cakap ape, cerita melayu pon belom tentu lagi suka. 

Okey, camne Zariff hari ni? Nampak dah oke sikit. Malam tadi tidor langsung takde bunyi dan takde bangun-bangun nangis. Setelah sekian lama tak tengok zariff tido lena macam ni. Terharu pon ade. Lately especially sejak raya haji tu, zariff memang tido tak lena. Mesti bangun malam nangis. Bagi nenen bukan nye dia layan. Kalau kakak dulu memang kalah dengan nenen. Lentok teros. 

Tuesday, October 21, 2014

ImanZariff #day4 - get well soon from MyClear

0 comments
Date:21.10.2014
Time:10.30pm
Venue: KPJ Selangor Specialist

Hari ni dapat kejutan dari ofis, iaitu hadiah coklat bunga comel sangat. Dengan ucapan "get well soon Iman Zariff"



Keadaan zariff hari ni makin oke, tidor makin lena dan bunyi bunyian masa tudo nampaknye dah kurang. Masih lagi consume ubat pencair kahak, ubat demam dan selesema. 


Bangun pagi mesti nak tengok kat luar tingkap, dok sebok panggil kakak...kakak.. Kesian zariff ye. Boringla tu. Sabarla anak, mama bukan suka pon dok sini, tapi selagi zariff tak oke mama taknak discharge!

Pagi ni sedikit free, gambar breakfast pon nik snap! Hehehe. Okeh, nak jugakla share pasal food kat sini. Food dihidangkan sebanyak 6kali sehari. Ni breakfast, food pertama utk hari ni. Nanti dalam jam 12 tengahari nanti dia bagi food untuk lunch. Kol 3 ptg makan kunyah2. Pastu kol 6 mkn malam. Pastu kol 9 snek. 

Nampak ceria sikit hari ni. Mampu memanjat naik atas.

Nab pula masih lagi continues seperti biasa. 4 jam sekali masa siang dan 2 jam sekali masa malam. Paed cakap malam ni paru2 sejuk. Nanti membuatkan zariff tido tak selesa.

Monday, October 20, 2014

ImanZariff #Day3 - Lendir makin banyak

0 comments
Date: 20.10.2014 (Isnin)
Time: 11.00am
Venue: Wad 404 - KPJ Selangor

Malam tadi malam kedua Zariff tido kat sini. Alhamdulillah, malam tadi tido lena setelah 2hari kene nab. Hari ni juga Shah Alam hujan dari pagi lagi. Dalam bilik ni pulak aircond kuat sangat. Sejuk yang amat rasa Nik pon nak sakit sekali. Pagi ni doctor dah cek Zariff tadi. 

Masa lawatan paed ke sini, mama bersungguh-sungguh cakap yang Zariff dah improved. Tido lena dan tak bangun nangis lagi dah malam tadi. Paed pon macam happy. Tapi bila paed check kat dada Zariff rupanya lendir tu hari ni makin kuat bunyi. Makin banyak. 

Hmmm...oke, dah dua hari kat sini ingatkan kurang rupanya makin banyak. Paed ada explain, lendir tu sebenarnye datang dari kuman atau bacteria yang ada dalam pari-paru. Disebabkan selama dua hari ni kite dah bagi dia nabulizer, mencairkan kahak dan lendir yang ada dalam paru-paru tu, jadi lendir tu keluar dan makin banyak. Sepatotnye kalau kita orang dewasa ni boleh berdehem atau batuk untuk keluarkan kahak yang mencair tu. Tapi Zariff...kecik lagi. Masih tak tau macam mane nak berdehem. Terpaksa bagi dia keluar melalui hidung or mulut.

Masih tido

Cari kakak bila bangun tido

Muka bangun tido

Rambut rock kapak!

Tido balik dalam jam 11.30 pagi setelah kene nab.

Lena

Lawatan papa dan kakak


Tido petang
Hari ni mama tak tukar baju Zariff sebab sejuk sangat. Baju yang mama bawa tu semua lengan pendek. Ni je yang lengan panjang. So, pakai je lah baju ni sampai ke petang ye sayang. Pagi tadi dah mandi sebenarnya, tapi tak tukar baju. Hehehe

Owh ye, hari ni mama dengan rasminya bercuti dari kerja buat sementara waktu. Owh ye, hari ni Ciksu Nabilah datang dari Kota Bharu. Alhamdulillah, ade ciksu ringanla sikit beban kami. Flight dari Kota Bharu jam 8.30pagi dan sampai KL kol 9.30pagi. Sampai hospital dalam jam 10pagi camtu.

Thank You Ciksu datang!

Sunday, October 19, 2014

ImanZariff #Day2 at KPJ Selangor

0 comments
Date: 19.10.2014
Time: 9mlm
Venue: level 10 - KPJ Selangor Specialist Shah Alam

Hari ni masuk malam kedua check in kat "hotel" nih. Selalunya kita suka tido hotel. Tapi hotel ni buat nik nerbes je memanjang. Memikirkan kesihatan zariff. Mulut tak henti-henti berdoa meminta dari Sang Maha Pencipta supaya dikurangkan kesengsaraan dan sakit baby. 

Tadi doctor paed datang check zariff. Dia banyak tanya macam mana keadaan zariff malam td. Hmmm pengalaman malam tadi sangat haru biru. Zariff banyak nanges dengan mata terpejam. Agaknye ubat yang doctor bagi tu mengantuk tapi mungkin zariff tak dapat bernafas dengan sempurna buatkan zariff nangis nonstop. Tidor sekejap pastu bangun nangis lagi. Nik pulak risau memikirkan orang sekeliling. Takot mengganggu baby lain yang juga susah nak tido. Sehinggakan nurse kat situ pon mengakui keadaan malam tadi masa cerita kat paed. 

So, paed cakap nak upkan dos gas zariff bila malam dari 4 jam sekali ke 2 jam sekali. Hadoilaaa haru biru betol. 

Nab sambil tido senang sikit

Tengahari, papa dan kakak datang jenguj zariff. Papa dan kakak memang sampai jam 8.30 pagi lagi. Awal sangat. Siap bawak roti canai untuk mama. So hari ni nak bagi papa je buat nab kat baby. Kesian baby. 

Kakak yang sentiasa busy

Kalau semalam zariff akan nangis sekuat hati bila nak nab. Hari ni ade improvement sikit. Zariff siap lentok masa nab ni. Mengantuk kot gas ni tak?

Lena di hari kedua

Sape yang sakit pon tak tau. Kakak pulak yang lena

Mulanya adik yang tido tapi sekarang kakak pulak tido. Kakak ni kalau tempat berekon, sampai masa tido je tak payah nak paksa. Sendiri tidor. Hehe
Bila dah tido bangun makan, bosan camni la pulak:

Bangun kan camtu la...boring jugak kot.

Bila malam, waktu melawat sampai jam 9 malam je. Lepas jam malam, tinggal lah mama dan baby je. 

Zariff lepas mandi petang.

Kesimpulan untuk progres hari ni, baby dah oke sikit. Nampak demam dah kurang tapi bunyi dalam dada tu masih ada. Hopefully esok boleh discharge lah.

Saturday, October 18, 2014

ImanZariff admitted

0 comments
Date:18.10.14
Time:11.43pm
Venue:KPJ Selangor, Shah Alam seksyen 20

Semasa nik update post ni, zariff dah lena kat hospital. Sementara kakak zahra tido kat rumah dengan papa nya. Hmm, tak tau macam mana nak mulakan kisah yang berlaku hari ni. Pelbagai dugaan melanda zariff sejak dua menjak ni. Baru saja demam terok masa raya haji hari tu yang naik bintik merah satu badan. 

Kemudian bersambung dengan cirit birit pulak sehingga terpaksa bawak gi klinik jam 5 pagi. Pulih dari cirit, sambung lahi dengan selesema dan batuk-batuk. Dan sekarang ni, lendir dan kahak masuk dalam paru2 belah kanan pulak. Ya Allah, sungguh besar dugaan Mu terhadapku dan anak2 ku. Sesungguhnya aku redha. Mungkin ada hikmah yang Allah nak bagi di masa akan datang. 
jo h78nj
Ceritanya, malam tadi nik dengan akmal bergilir2 tak tido sebab zariff tak bjeh tido. Nampak pernafasan dia agak semput. Selalunya kalau demam sikit zariff boleh tido lena. Tapi malamn tadi dia bernafas agak laju. So pagi ni tekad bawak zariff gi klinik nik isahak pkns shah alam. Sebab kat sini klinij yang selalu kami inject zariff. Kalau doc cakap zariff takde pape then kami plan nak inject untuk setahun. 

Then, bila check. Ternyata muka doctor agak risau. Doc cakap bunyi paru2 zariff tak normal. Bunyi kahak banyak especially belah kanan. Doc juga cakap yangdia tak berani nak bagi apa2 ubat. Suruh direct refer pakar. Check paru2 zariff. Then doc bagi surat refer ke kpj selangor. 




Lena akhirnya

Dalam jam 11pagi kami sampai di kpj. Setel urusan gl semua, jumpa paed. Okey, berita tak best lak dengar. Paed cakap lendir kt paru2 tu banyak sangat sehinggakan perot dia menggelembung ckt ke depan. Huuu kesian zariff patotla nangis je manjang! Paed cakap zariff kene admit dan kene amk nab setiap 4 jam. Sehinggalah sekarang ni, here we are. 

Nab


Sekarang nak kene nab lahi jam 12 malam. Nanti update lagi ye. 

Friday, October 17, 2014

Mama, nak phone!

0 comments
Date:13.10.2014
Time:8.00pm
Venue: Giant Kota Kemuning

Cuba tengok gambar ni? Ada nampak sebarang motif tak kat gambar tu? Hmm...ye, gambar barang yang kami shopping. 

Mai nak cerita sikit pasal gambar ni.


Hari ni lepas balik dari kerja, kami menyinggah kat Giant Kota Kemuning dulu sekejap. Cari barang-barang kunyahan malam-malam. Barang si Zara dan Zariff tu. Yang biasanya air mimi dia lah (Solivite). Hari ni tak shopping banyak mana pon. Beli sekadar perlu sahaja.

Bila sampai kat kaunter bayar tu, Zahra yang dok dalam trolly tiba-tiba jerit:

"Mama..nak phone, nak phone kaler red" - Casing phone nik caler merah.

"Ha? Phone mama?? Kakak nak buat apa? Main game ek?"

"Takla mama...nak amik gambar"

Dan..dan dia snap 3 keping gambar barang kat atas counter. Punya gelak auntie yang dok scan barang tu. Mama papa dia? Haruslahhh malu gilos! 

Nampak kan? Betapa mak bapak dia giler bergambar, sehinggakan anaknya yang umur sikit nak masuk 3 tahun ni dah jadi habit. Amik gambar! 

Hahahaha..dunia..duniaa...

Bak kata orang tua, mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik ye?

Bye!

Sunday, October 12, 2014

Staff Trip Part 4 - Breakfast + Free&Easy

0 comments
Date: 12.10.14 (Sunday)
Time: 8.30am - 11.00am
Venue: Sekitar The Chateau - Bukit Tinggi 

Kalau menginap mana-mana hotel sekalipon, benda paling teruja bagi kami adalah breakfast! Tak sure kenapa tapi setiap kali gi hotel mesti suka gi breakfast. Ada setengah orang tak heran pon dengan breakfast. 

Kat The Chateau ni, layanan breakfast memang thorrrbaeeekkk! Bayangkan ye, kita tengah jalan nak gi ke meja makan, ada orang ikot, orang tolong tarikkan kerusi, tolakkan kerusi kat bontot, bukakan kain letak atas peha. Tanya nak jus apa (oren, epal dan watermelon). Perghhh heaven kan? Pastu tengah-tengah makan tu ada lagi datang tanya nak minum air apa, kopi ke teh ke jus ke. Semua diorang ambilkan. 

Kalau boleh, makanan sekali pon dia orang nak serve kan. 

The great green apple juice ever!
Contohnye masa nak ambil roti ni, nik ambil bekas roti pastu termenung nak pilih roti mana. Nanti ada sorang waiter dia nak mintak tolong pegangkan bekas tu, tolong bubuhkan roti...hehehehe seronoknye...Alhamdulillah nikmat dunia kan? Owh cakap pasal roti, nik memang penggemar roti. Kalau roti tak berapa sedap pon kami suka je. Tapi kan, roti kat sini sedap sangat! Patotla nampak ofismate dok ulang alik tambah roti. Memang pastries dia sedap sangat. 

Roti dia memang best!
 Yasmin dan Mas, happening sangat. Suka sangat ngan diorang dua orang ni. Sporting habislah. Semua benda makan sama tido sama, boleh share macam-macam cerita. Jujur, tulus, ikhlas...hehehe

Seronok pulak aunties dua orang ni ye?
 Owh ada satu food ni, cheese organic katanya. Elok tersusun kat atas meja.  Memang hotel ni punya tema pon organic, sehinggakan makanan pon diorang perkenalkan yang organic juga. Apa salahnya mencuba kan? Tapi rasanya...Allahuakhbar. Seriusly tak sedap. Huhuhuhu..menyesal makan chese nih.

Organic cheese
 Hari ni check-out jam 12 tengahari. So lepas breakfast, ada lah masa sikit sebelum keluar. Baru lah sempat kami nak ber-photoshooting!



Mas, nik dan yasmin.
wefie
Juju and Nik

mas, yasmin, nik dan linda

Potty Wall..merenung masa depan

Peach!

model tudung katanya!
Cantek betol kerus kuning ni

Menumpang bergambar bertenggek belakang Encek Fathul

Kerusi besar betol

Tiga dara pingitan
Sebelum balik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...