Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye 2014!

0 comments
Date: 31.12.2014
Time: 9.10am
Venue: Ofis

Hari ni hari last untuk tahun 2014. Kalau dalam banyak-banyak tahun yang nik pernah lalui sebelum ni, tahun 2014 adalah tahun paling tragis dan kalau boleh tak mahu lagi diulang. Semua dari awal sehingga lah akhir tahun, semuanya meratapi dengan air mata.

Tahun 2014 ni, bukan setakat Malaysia je yang menghadapi masalah besar, tetapi termasuk jugalah kami sekeluarga. Macam-macam masalah hal keluarga kami terjadi tahun ni. Dengan tuan rumah tiba-tiba cakap nak bagi rumah kat anak dia. Pastu kereta kami pula dilanggar orang di traffic light. Berbulan-bulan di workshop, patah kakai. Berkaitan dengan pelbagai jenis masalah termasuklah masalah kewangan.Tak dapat nak disenaraikan kat sini apa yang telah kami hadapi, cukuplah sekadar sebagai pengajaran buat kami untuk lebih merancang dengan baik di masa hadapan.

Tapi...Alhamdulillah, walaupon kami dilanda pelbagai masalah tetapi Allah telah mengurniakan kami dua insan pembakar semangat kami untuk tidak lemah. Setiap hari, menatap wajah Zahra Zariff ni cukup untuk kami lupakan segala masalah yang sedang kami lalui.

Kami tak berduit macam orang lain, tapi kami seboleh-bolehnya berusaha untuk memenuhi keperluan ZnZ sebaik mungkin. Kami taknak ZnZ hidup kekurangan seperti yang telah kami lalui sejak kecik dulu. 

Kalau boleh...kami nak penuhkan coretan memori mereka dengan kenangan yang best. InsyaAllah.

So..untuk tahun ni, ni adalah pencapaian ZnZ sepanjang tahun:

Iman Nur Zahra BT Mohamad Akmal Azim


1. Zahra dah fluent cakap
2. Zahra dah pandai kayuh basikal
3. Zahra pandai berbahasa melayu dan english - full sentence
4. Zahra juga dah tau beberapa perkataan kelantan (mak bapak darah kelate)
5. Almost semua animal Zahra kenal
6. Zahra tahu A for Apple, B for Bird...Z for Zebra
7. Zahra dah pandai mengira up to 30!
8. Zahra pandai order makanan dan minumam sendiri
9. Zahra pandai pegang duit bawak barang bayar kat kaunter
10. Zahra dah nak sekolah Januari ni!

Iman Zariff Bin Mohamad Akmal Azim


1. Zariff dah pandai sebut mama, papa, bird, duck, cat,nak,taknak,
2. Zariff dah boleh berlari
3. Zariff dah ada kartun kegemaran - mickey mouse
4. Zariff dah faham semua arahan kami
5. Zariff dah kenal banyak animals
6. Zariff start belajar ABC, 123, Colours
7. Zariff suka suruh kami bacakan buku sekarang
8. Zariff ada favourite song - wheels on the bus!
9. Zariff dah expert main toys dan basikal kecik
10. Zariff dah umur setahun!

Owh anak-anak...korang membesar sangat cepat! Sedih sangat (selalunya orang suka anak besar haha). Walaupon banyak pencaipaian anak-anak yang kami banggakan. Tapi kami sebagai parents juga ada beberapa kegagalan tahun ni. Huhuhuhu

Antara kegagalan paling terbesar untuk kami adalah, takde family fotoshoot tahun 2014. Uwaaa! tak tau nak gambar kan macam mane perasaan ni. Mama papa mintak maaf sangat zariff, sebab masalah macam-macam membuatkan kami tak boleh buat photoshoot zariff. InsyaAllah kami akan teruskan niat ni dalam bulan januari jugak. Tak de niat sikit pon untuk tidak berlaku adil, tapi takde rezeki. Huhuhuhu

Untuk kakak Zahra, tak banyak mana kami belikan dia pakaian branded. Semua pakaian kakak jenama online takde brand tu je. Tapi tahun ni kami banyak belikan kakak mainan dia sebab Zahra ni dah pandai mintak macam-macam. Nak tak nak, sebagai parents kita memang tak sanggup tengok anak minta tapi tak bagi kan?

Tahun 2014 ni jugak, tak banyak barang kami belikan untuk Zariff. Tak banyak baju branded yang kami belikan untuk Zariff. Tapi Zariff cool. Main je apa yang ada. Pakaian pon banyak beli online je. Yang takde brand. Tapi Zariff budak baik, tak banyak buat hal. Sentiasa senyum. Jarang sangat nangis atau buat hal sepanjang kelahirannya. Apa jua yang berlaku, Zariff kuat. Tak mudah melatah tak mudah menangis. InsyaAllah ada rezeki Zariff nanti.

InsyaAllah...untuk tahun 2015 nanti, kami cuba sedaya upaya untuk mencoretkan lebih kenangan indah untuk korang. Cuba bagi yang sebaik mungkin. Dan untuk Zahra dan Zariff, jadilah anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang mendengar kata dan beriman. Amin.

Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau murahkan rezeki untuk anak-anakku. Supaya mereka boleh membesar dengan sempurna InsyaAllah. Amin ya Rabbal Alamin!

Bye 2014!

Welcome 2015!

(Azam tahun 2015 - Nak banyakkan gambar2 kenangan yang menarik)

Friday, December 19, 2014

Big Bad Wolf : The Mines

0 comments
Date:19.12.2014
Time: 11pm
Venue:The Mines

Memang dibuka 24jam sehari ye kawan-kawan.
 









 




Thursday, December 18, 2014

Vroom Vroom kereta merah

0 comments
Date: 18.12.2014
Time: 9.00pm
Venue: Mydin Mall Subang Jaya

Kalau datang MyDin Mall ni tak sah kalau tak habiskan rm10 hengget untuk beli token dan main mainan2 nih.

Layan jela..kegembiraan anak adalah perkara paling utama kan? Duit boleh dicari (kata papa dia). Sekarang..hambekk dah jadi habit. Masuk mydin siap2 kene tukar token rm10. RM1 untuk satu token. So akan habiskan 10 keping token baru boleh start shopping barang.




Wednesday, December 17, 2014

Zariff suka roti

0 comments
Date: 17.12.2014
Time:
Venue: Home

Kami berdua husband and wife memang penggemar setia rotilah. So bila lahirkan kakak, dia tak suka sangat roti. Tapi bila zariff? memang dari kecik suka roti! 

Selalunya budak kecik cam zariff ni xdigalakkan makan roti takot tercekik. Kami mula-mula dulu pon takot-takot jugak nak bagi roti kat zariff. Tapi still kene try and error baru kita tahu kebolehan dan ketidakbolehan anak kita kan?

Alhamdulillah..zariff ni memang suka roti. Macam mak bapak dia jugak. hehe


 

Tuesday, December 16, 2014

Playgym di jusco

0 comments
Date: 14.12.2014
Time: 5pm - 9pm
Venue: AEON Jusco Bukit Tinggi - Klang

Kalau post sebelum ni nik dah cerita hal pagi tadi, pasal registration day sekolah tadika kakak zahra. Di pos ni masih lagi activity di hari yang sama. Di sebelah petang kami terpaksa keluar ke Jusco sekejap untuk mencari exchange gift sempena activity yang diadakan kat ofis nik rabu nanti. 

Dengan minimum bajet yang ofis dah tetapkan rm20. Pening nak cari. Pusing-pusing dampai pening kat dalam jusco tapi masih tak jugak jumpa. Nak cari barang yang agak-agak lelaki ngan perempuan pon boleh pakai. 

Pencarian hampa, rehat sekejap sementara bagi can untuk zahra dan zariff main. Bagi mood dia oke dulu baru kite sambung. 



Dah lama dah sebenarnya tak datang sini, baru perasan yang playgym derang tu macam best. Sebab mainan kat dalam tu fun. Selalunya apa je ada kan. Untuk first 20 minute, rm 5. Then setiap 10minit kemudian rm1. Nik masuk sekali dalam gym ni handle budak comel dua ketul ni. Dalam ni selamat, kalau sometimes terlepas pandang tu anak tak hilang insyaAllah. Tapi kene jaha2 jugak especially bila ade budak besar sikit. Nanti diorang main extreme sangat. Anak kite yang cenonet ni bahaya. Takot terlanggar. Dan ye...memang jadi pon kat zahra. Sementara dok layan zariff main basikal, tiba-tiba dengar suara nyaring kakak. Nangis kuat yang amat. 


Allah!! Dah kenapa pulak kakak tu. Cepat-cepat lari amik kakak, tanya kenapa dia nangis. Kakak zahra cakap "abang buat". Geramnye tuhan je tahu tapi budak2 je pon. Nak buat camne, kite lah yang patot monitor. Huuu

Belek kat pipi zahra...hmm lebam merah sampai ke mata. Padanlaaa zahra nangis beriya. Rupanya budak tu swing kuat sangat kenetulan kakak ada kat depan tu, so debussshhh langgar tergolek kakak kat situ. Kesian sangat. Dah...lepas kene pujuk then oke, back to normal. Papa dia??? Opkoslaaa panic!! Out of no where, tiba-tiba je tercongok kepala kat depan pintu playgym. Berserta dengan insyarat tangan suruh keluar. Nik lak balas insyarat dengan maksud "anak-anak tak puas main lagi". Chewah! 

Dalam 45 minit jugak dalam ni. So total kami kene bayar rm8 per head. Heee takde lah mahal mane kan? Next time boleh datang lagi! So, menyambung misi mencari exchange gift. Dan atlast suruh en husband je tolong carikan. Buntu gilos! 

Dah suruh jusco tu wrap siap-siap. Esok nanti bolehla bawak gi ofis. Agaknye sapelah yang dapat hadial iollss ni ye. Hahaha

Sampai rumah dah kol 9lebih. Harapan sampai rumah ank2 smua ngantuklah. Tapi tak pon. Dah tadi kakak beli playsoh colourful, so layan la anak main dulu before tido. 


Monday, December 15, 2014

Burger Bakar Abang Burn

0 comments
Date: 15.12.2014
Time: 8.30pm
Venue: Burger Bakar Abang Burn - Shah Alam Sek 7.

Meat Cheese Burger

Meatball
 

Sunday, December 14, 2014

The Little Caliphs Open Day

0 comments
Date: 14.12.2014
Time: 10.00am - 1.00pm
Venue: Little Caliph Shah Alam Seksyen 19

Dua tiga hari lepas, lupa pula bila tarikh sebenarnya. Kami dapat surat dari Little Caliphs pasal registration kakak zahra. Dapat surat ni, rasa happy betol! Entah tak tau kenapa happy sangat. Excited la kot kan. Maklumla...anak pertama hakak nak masuk sekolah. Pengalaman pertama kami lah ni nak register anak masuk sekolah. Walaupon baru sekolah tadika, tapi harapan kami amat besar. InsyaAllah.

Pengalaman pertama menghadirkan diri di hari terbuka tadika ataupon Little Caliphs Open Day. Dalam jemputan, majlis start jam 9 pagi. Tapi pagi ni dua2 anak terbongkang! Terpaksa kejutkan zahra zariff bangun dan bersiap. Kami gerak dari rumah kira-kira jam 9.45pagi camtu. Kami ingat kami lah parent paling lambat sampai. Rupanya majlis tak start pon lagi. Semua siap sempat lepak sambil makan-makan breakfast lagi. Diorang ade sediakan mihun goreng singapore, roti jala dan donut. Dengan air sirap dan sunquick.

Sementara founder Tuan Haji Roslan tak sampai lagi, kami pon join makan-makan jugakla. Dalama 15minit kemudian majlis bermula dengan welcoming speech dari Teacher Ashikin. Pastu disambung pula dengan sesi perkenalkan semua teacher yang bakal mendidik pelajar-pelajar little caliphs ni nanti. Alhamdulillah, bila tengok barisan tenaga pengajar tu rasa lega sangat. Semua teacher nampak peramah dan alim. Dan yang paling penting, teacher ni semua educated tau. Paling minimum pon diploma. Ada yang degree holder dan paling wow masters holder dalam pendidikan awal kanak-kanak pon ade. 

Tu dia teacher Ashikin yang tengah bagi welcoming speech kat parents. Teacher Ashikin ni lembut sangat orangnya. Rasanya nanti semua student suka dia ye. hee



Kami dua beranak. Hari ni bagi can lagi kat zahra untuk free hair ye. Lepas ni datang sekolah dah kene pakai tudung. Pada awalnye, masa kat rumah risau jugak. Nak pakaikan tudung ke tidak kakak nih. Dia bukan biasa sangat bertudung. So, redha je lah. Bila sampai school, rupanya ramai je yang first time nak masuk sekolah, untuk 4years tak bertuduung lagi. hehe. Takdela segan sangat kan?


Ni papa zahra. Mula-mula tekun lagi. Pastu dah hilang dok kat luar. Rupanya si adiknya tak tahan dok dalam class. Nasib baik adik yang tak tahan, kalau papa dia yang tak tahan dengar talk memang nak kena la kan? Kalau dulu yela kot xsuka dengar speech. Tapi kalau dah bab anak-anak nih, parent mane yang tak nak dengar planning dan strategi untuk kebaikan anak kan.


Inilah dia barisan para pendidik yang bakal mendidik kanak zahra nanti. Teachers semua, kami parents ni menaruh harapan yang sangat tinggi terhadap teachers semua tau. Harapan tinggi menggunung untuk anak kami dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dari teacher semua.


Ini part yang paling menyentuh perasaan tau! (poyo kah saya??? haha) Semua teacher berikrar di depan parents semua. Berjanji untuk mencari rezeki yang halal, mendidik anak-anak kejalan yang diredhai Allah. Subhanallah...terharu sangat. Memang school macam ni lah yang nik cari selama ni. Memang tak nyesal sikit pon register kakak kat sini. Harapan sangat tinggi untuk kakak jadi ummah yang solehah.


Ni dia ucapan dari founder Tuan Haji. Tuan haji ni dah merantau ke puluh-puluh negara, semata-mata untuk mencari pengalaman dan kajian tentang pendekatan pelajaran awal kanak-kanak ni tau. Dari negara maju sehinggalah negara dunia ketiga semua dia jelajah. Dari situlah, dengan pengalaman yang Tuan Haji kutip tu mencipta teknik untuk diterapkan dalam The Little Caliphs Program (TLCP). 


Mengikut founder ni, nak melentur buluh biarlah dari rebung nya. Nak ajar anak-anak, biarlah dari kecil. Kalau dulu, umur kanak-kanak 4-6 tahun ni masih lagi bergelumang dengan tanah pasir, main dalam semak semua. Sebenarnya, kita dah buang masa berharga diorang. Masa ni, otak kanak-kanak paling maximum untuk serap pelbagai info. Masa ni, otak kanak-kanak macam sponge. Serap..serap..dan serap. Tapi!! Haaa...founder ada cakap tapi, "kene didik diorang satu..satu". Ikut step. Tak boleh main bagi selambak macam tu. Diorang tak boleh nak follow. Confused.


Banyak lagi information yang berguna yang dibentangkan oleh Tuan Haji. Seperti penggunaan dan pengaktifan otak kiri, otak kanan dan otak tengah kanak-kanak. Pastu teknik-teknik pengajaran diorang. Bak kata founder, TLCP ni memang pakai teknik short cut habis lah! Target diorang adalah umur 4 tahun dah pandar baca dan tulis. InsyaAllah..kakak zahra boleh serap semua yang teacher ajar tau.


Lepas talk, sambung makan-makan sementara tunggu turn untuk registration dan payment counter tu kosong. Cer tengok rambuat kakak tu. haaambeekkk...goyang baekk!



Ni dia payment and registration counter. Kami hari tu dah register, tinggal nak buat full payment je. Untuk anak yang amik pakej fullday, total fee rm1461.50. Kalau yang halfday rm1311.50. Zahra ni kami amik halfday je. Kesian pulak nak letak dia fullday kat situ. Dah lah pengalaman pertama. Nanti takot dia boring pulak pagi ke petang dok situ. Nanti esok pagi datang lagi situ. Kesian.



Ini pulak taiko kawasan! hehehe. Sementara orang tengah sibuk buat urusan masing-masing. Dia pon sebok jugak..Sebok merayau. Dah tak heran apa nak jadi dah kat sini. Ke hulu ke hilir. hehe



Ni antara satu sudut di sekolah kakak tu. Interesting kan? Colourful. Tadi cakap ngan zahra, "ni school kakak tau..kakak suka tak" Zahra cakap "suka!" Alhamdulillah. Harap-harap dia suka lah datang school hari-hari.




Ni payment counter. Kami buat payment kat sini lah. Kami ni jakun sikit, almaklumlah pengalaman pertama. Kami tak bawak cash sebab dengan harapan boleh pakai debit card lah. Sekali bila tanya teacher rupanya cash only! Ohemmmjie! Berlari-lari papa dia pi cari atm keluarkan duit dulu. miahahaha. So kepada parent yang nak bayar registration tu nanti sila bawak cash siap-siap ye. Payment tu tak semestinya bayar penuh tau. boleh je bayar 2 or 3 kali.


Kami dah register...anda bila lagi? hahaha...(macam jom mengundi kan?)


Hmm tengok rambut tu, menutup separuh muka ku tau.so kene snap lagi sekali...pasal muka mama tak nampak.


Haa..ni baru cun. Family potrait depan school kakak. Bakal school ye.. tak masuk first day pon lagi. hehehe


Dan ini lah dia barang-barang yang ada dalam plastik beg little caliphs tu. Ada beg sekolah, sepasang baju sukan dan dua biji buku little caliphs yang boleh dibaca sebagai preparation sebelum di sekolah. Dua buku tu macam majalah sekolah la. Apa activity yang kanak-kanak buat sepanjang belajar kat situ. Kakak Zahra buat masa ni nampak macam excited lagi. Harap-harap suka sampai bila2 la ye.

InsyaAllah..

Saturday, December 13, 2014

Putrajaya : Cycling + Pisang goreng cheese

0 comments
Date: 13.12.2014
Time: 5.00pm
Venue: Dataran Putrajaya

Hari ni kebetulan ada hal kat Perisai Wira Batu Caves. Gerak tengahari lagi ke sana. Encek Akmal nak jumpa member katanya. Then ada perasan yang kat situ ada jual pisang goreng cheese. Hmm tengah glamour jugak pisang goreng cheese ni. Tapi tak pernah rasa camne. Hmmm...satu bekas ni rm5. Takde la mahal sangat sebab banyak jugak tu. Rasa dia? Hmmm.. bagi nik, nik tak suka sangatla kot. Sebab macam combination tu tak kene.

Pisang goreng..pastu ada rasa chocolate rice, then ade gravy2 manis cam susu campur dengan rasa masam-masam shredded cheese. Perghh...besar lubang hidung nak habiskan sekeping pisang goreng!

Nasib baik kakak zahra suka ngan chocolate rice tu. So, habiskan je la ank. Mama dah tak boleh sambung lagi dah. Gulp.. Owh ye, encek akmal langsung tak nak rasa! hampeh!

Pisang goreng cheese


Lepas berhempas pulas dengan anak-anak dalam kereta. Sementara tunggu papa derang ni kat luar borak ngan member. Then kami gerak ke putrajaya. Port lepak paling kami suka.

Nasib baikla kerajaan malaysia bina putrajaya ni tau. Kami anak beranak memang guna seguna gunanya kawasan sini. Memang best, seronok dan cantek! Semua sudut gambar akan jadi cantek.

Iman Zariff - Saya dah besar!

Iman Nur Zahra - I am free!!

Ice cream potong sikit

Perisa jagung







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...