Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, January 27, 2015

3rd update of INZ's school

0 comments
Date: 28.01.2015
Time: 8.00am
Venue: Little Caliphs Shah Alam

Hari rabu dah harini, tapi baru nak update pengalaman kakak zahra pergi sekolah semalam dan semalam2 tu. Tapi takpe, biar lambat asal update. Jangan tak update langsung lagi parah. Nanti anak-anak dh besar dh tak tau macam mana pengalaman manis dia terkubur macam tu je. Rugi! Kita mak bapak diorang ni laaagiii la rugi! 

Untuk sekolah hari isnin. Mulanya bangun tido lepas solat subuh tu nik dah risau, maklumla dh weekend, 2 hari tak gi sekolah. Nak start balik hari isnin tu agak mencabar la jugak. Tp, terkejut ok...kakak bangun sendiri, cakap2 dengan adik dia yg juga dh bgun awal. Papa dia ajak mandi terus jawab jom!! Pakai baju sekolah pon happy. Papa dia tanya kakak nak breakfast apa, confident dia jawab nak egg soup (halfcook). 

Satu pencapaian terbaik tuh sepanjang sekolah dua minggu lepas. Lepas setel breakfast, ajak masuk kereta pon happy. Bila sampai kat sekolah, zahra cakap nak jumpa teacher tudung color brown. Hehehe agaknye teacher tudung brown tu dh berjaya pujuk dia last week kot. Syabas teacher!!! Salute you all!

Then balik sekolah, happy cerita yang dia main playdoh kat sekolah dengan friends. So dari situ nik dapat rasa yang dia dh mula suka dengan sekolah dia. 

The next day, which is on tuesday. Bangun tido sendiri lg. Waaaa happy dangat kami laki bini. Nanpaknya kakak dah improved! Dari mandi sehinggalah pergi sekolah. Memang terbaik! Sikiy pon tkde cakap "no school" macam drama minggu lepas. Alhamdulillah. 

Jadi harini hari rabu. Hari sukan untuk Tadika Little Caliphs. Tak taulaa balik petang nanyi apa agaknye update dia. Tp pagi bangun tido ok cuma part nknpakai baju tu ade drama sikit. Tak nak g school, nak gi aeon ada playground katanya. Hmmm. Nasib baik bila sampai depan sekolah, tengok kawan2 terus ok balik. 



Tak dabar pulak nak dengar cerita petang nanti. Hehehehe

Sunday, January 25, 2015

Lego Dora

0 comments
Date: 23 January 2015
Time:
Venue: Home sweet home

Balik kerja tadi bawak Zara dan Zariff gi beli toys..jom tengok apa yang awak berdua dapat hari ni. hehe

Mama dan papa, tiap kali beli toys memang rasa excited. Tak sabar nak tengok macam mana zara zariff main toys baru. hihi

Ok..jom tengok kakak zara dapat apa...yeaa! dapat lego Dora! sesuailaa dengan umur kakak kan, lego ni besar. Tak kecik sangat. Okla tu.





OK...Zariff pulak dapat jentera ni.




Saturday, January 24, 2015

Holiday : Kuala Lumpur - Bird Park

0 comments
Date: 24.01.2015
Time: 12.30pm - 3.30pm
Venue: Bird Park KL

Dah lama dok selangor ni, memang kami tak pernah terfikir pula nak datang kat sini tengok burung. Kalau plan nak bercuti mesti nak berangan ke langit jauhnya. Rupanya di negara sendiri, lagi tepat di negeri sendiri ada tapi tak perasan. 

Sehingga ofismate nik pernah share yang diorang ada pergi kat bird park ni baru rasa nak jejak kaki bawa anak ke sana. Tambahan pula, memikirkan yang zariff memang suka dengan burung. Dari last week nak bawak zahra zariff ke sana tapi last week cuaca yang amat panasnya. Kebetulan cuaca harini elok sangat. Mendung nak kata hujan pon tak. Jadi, lepas keluar breakfast kat restoran jayati shah alam seksyen 18, meneruskan perjalanan ke KL. 

Kami kat depan gate dalam jam 12.30 tengahari. Sebagai rujukan, bird park ni  nak masuk kene berbayar. Sebelum datang mwmang nik dah survey. 



Details tiket utk mykad holder:
Dewasa : rm25
Kanak-kanak 3tahun ke atas : rm12
Total kami 4 beranak = rm62

Mula-mula masuk, zariff agak takde mood sebab kami angkat dia masa zariff tengah tido. Agak tak cukup tido, itu yang diam je awal-awal sampai tu.



Sebagai review, tempat ni takdela besar mana, tapi disebabkan struktur bentuk
Muka bumi nya yang berbukit-bukit, jadi agak semput jugakla kami laki bini. Zahra zariff?? Hmmm mane reti penat budak dua orang ni! Hehe active betol. Zariff tu awal je nampak lesu, once dah dapat tenaga dia balik...haaa memang tak cukup kaki nak kejar. 








Dari segi jenis burung pulak, memang ade beribu-ribu spesis burunglah. Tapi, sepanjang kami dok pusing-pusing kat dalam taman burung tu, nik perasan jenis burung yang sama je dok berlegar-legar kat situ. Miahahaha. Tapi tak taula kot nik ni jenis tak kenal burung. Haha. 





Owh ye, harini weekend. So memang ramai pengunjung weekend2 ni. Bukan setakat local, mat salleh ngan pak arab pon memang ramai giler. Lagi ramai dari local. Hehehe. Agaknye orang malaysia ni tak layan kot taman-taman burung ni. Kalau ade local datang pon kebanyakannya yang macam kitorang ni la. Bawak anak kecik. Parents yang baru nak kenalkan burung kat anak-anak.






Owh ye, dekat-dekat nak balik tu, satu bas budak sekolah comel je pakai baju purple. Ehhh kebetulan pulak dengan kami pon yang juga pakai purple! Miahaha. 

By the way, diorang i meant pengurusan taman burung ni memang benarkan pengunjung bawa makanan luar ye. Sebab mungkin nak elak dari sampah satap merata kot. Then kat depan sikit dengan entrance tu ade satu kedai cukup utk jual snek, aiskrim dan air. Haa kat sini kakak zahra la, pantang nampak kedai mesti nak beli. Sebagai perkongsian jela ye, nik beli air mineral dan kitkat (yg ada 2batang) total rm7. Hehe brape la agaknye kitkat tu. Rm5 kot. Takpelah, memang dah expect pon barang kat tempat camni mmgla mahal. 










 
Ok lah.. Layan gambar jela ye. Setakat ni itu sajalah acitiviti hujung minggu kami. Esok nak pergi klia, tokma balik dari umrah. Harap-harap semuanya selamat sampai. Aminnn. 

Wednesday, January 21, 2015

Zariff semput

0 comments
Date: 21 January 2015
Time:
Venue:

Zariff tak berapa sihat lagi nampaknya. Semput...demam ada jugak sikit.

Kesian kat adik..asyiklaa demam.

Mama doakan adik sentiasa sihat walafiat ye..huhu










Tuesday, January 20, 2015

Egg soup before school

0 comments
Date:
Time:
Venue:


Satu lagi post berkaitan dengan update perkembangan sekolah Zahra. Hari ni dah selasa, kalau semalam ade improvement sikit, tapi hari ni lagi banyak improvement! Memang bagus betol.

Pagi tadi ade sedikit improvement lagi. Zahra bangun sendiri, ajak mandi takde drama. Semua smooth je. Siap mandi, pakai baju sekolah pon ok tak marah-marah. Macam semalam taknak pakai baju sekolah, nak pakai baju biasa.
Setel semua, ajak kakak keluar rumah masuk kereta, dan-dan masa tu jugak dia cakap nak egg soup “telor separuh masak”. Dah urgent sangat, bergegas la papa dia buatkan egg soup kakak tu. Bila siap, bagi dia makan. Masa tu jugak cakap pulak nak milo. Haih la anak, tadi masa siap mandi dah Tanya nak makan apa, tapi cakap taknak. Sekarang demand macam-macam.

Ok sekali lagi papa dia berdesup buat milo suam. Makan dan minum siap then boleh gerak gi school. Bila sampai kat sekolah, paling kelakar. Kakak Zahra tu tiba-tiba cakap “takde pon school kakak, takde pon papa”. Walhal kami kt depan sekolah kot. Kah kah kah.

Papa dia slumber jawab “ehh..tu school kakak tu, dah pakai kasut jom g school”. Haa disitu lah drama harian bermula.miahahaha. Kami terpaksa tutup mata tutup telinga hantar kakak kat situ, demi kebaikan dia.

Yang bestnye, bila balik sekolah tengahari tadi, nik Tanya “

Nik: “kakak buat apa kat school?”
Zahra:”kakak main playdoh dengan teacher pakai tudung oren!”
Nik: “Kakak suka tak?”
Zahra: sambil angguk cakap “suka!”
Nik:”friend?”
Zahra: “friend girls je, friend boy jauh”
Nik: “kakak makan apa kat school?”
Zahra: “makan mee big, tapi pedas”
Nik: “air? Minum air kaler ape?”
Zahra: “air kaler purple”

Sampi situ je..lain2 soalan semua tak berjawab.
 



 

Monday, January 19, 2015

Zara's School experience: Monday Blues

0 comments
Date: 19.01.2015
Time: 10.00pm
Venue: Little Caliphs School

Monday Blues kot harini. Sempena dah cuti 2 hari sabtu ahad, jadi risau takot hari ni zara buat hal pulak. Sebenarnya sepanjang weekend hari tu kami ada basuh-basuh otak dan psycho zara tu sikit2.

Antara conversation kami:


Nik "kakak nak gi school lagi x?"
Zara "no school"
Nik "why? why kakak xnak gi school"
Zara"no..nanti mama tinggal kakak"

Hmmm..memang betol itula masalah terbesar zara sebenarnya. Dia cukup takot pergi sekolah sebab risau mama papa dia tinggalkan dia. Kami sambung lagi:


Nik "eh..mama papa tak tinggal kakak la, ada kat dalam kereta. papa tunggu kakak dalam dalam kereta outside"
Zara: "no tunggu ouside! papa stay inside je"

Kalau nak nego ngan dia, memang tak berkesan. Memang zara akan tekad dengan suruh kami tunggu kat dalam sekolah. Papa dia cuba pujuk pulak:


Akmal: "Eh mane boleh papa tunggu inside, nanti teacher marah. Papa dah big papa kene tunggu outside je"
Zara: "no..." then sambung nangis. 

Huhuhu..Betapa susahnya nak tenangkan jiwa anak dara kami ni. Nik pon tak tau macam mana nak bagi zara yg baru mula mencecah umur 3 tahun ni faham apa itu sekolah dan apa fungsi sekolah untuk dia, sekaligus untuk dia tahu apa kebaikan sekolah untuk masa depan dia. 

Malam tadi, nik ada cakap ngan zara, "Kakak listen..masa mama small macam kakak, mama gi school jugak. Mama kene walk...jauh... Hot, sebab ade sun on my head"
 Tiba-tiba zara pandang nik dengan cakap "ha? mama walk?". Hehehe menjadik jugak ayat pancing sedih tu. Pastu nik cakapla.."yes..mama walk..hot. Tapi mama gi school jugak, sebab kat school mama ada banyak2 friends. Nanti kat school mama boleh jumpa teacher. Teacher nak teach mama drawing2. best!"

Response zara...pandang je muka nik..senyap je..pastu pandang tab dan teruskan dengan kartun. Nik faham, mungkin dia tengah cuba memahami cerita tadi tu kan? Dan mungkin dia tengah fikir. Yang pasti, nik tak tau apa yang bermain dalam fikiran dia.

So pagi ni, alhamdulillah. Zara bangun tido sendiri tanpa kene kejut. Mungkin sebab malam tadi kami suruh zara tido awal, dan hari ni dia cukup tido. Ajak zara mandi pon tak jadi masalah hari ni. Cuma bila nak pakaikan baju je, dia agak meragam sikit. Zara cakap nak pakai baju biasa taknak baju school. So kene pujuk sikitla. Then ok dah cuma tudung je tak nak. Ok la tu, harini dah ade banyak improvement.



Pagi ni, nak jaga mood punya pasal, kene bawak gi kedai mama feveret zara kat seksyen 19 tu. Belikan dia lolipop dan segala mak nenek air kotan n roti yang dia suka. Tapi satu hape pon dia xmakan. Bila papa dia hantar kt pagar sekolah baru mula nangis, sedih je dengar. Nik tunggu dalam kereta je dengan zariff yang tengah lena lagi dalam carseat.

Balik school harini, surprisingly...kol kakak..dengan happy dia jawab phone. "Mama!! kakak main lego hari ni kat school!"

Ya Allah..tuhan saja yang tahu betapa lega dengar suara kakak zara hepi balik sekolah macm tu. Alhamdulillah...kakak dah getting better. Dia dah mula suka dengan sekolah dia. Zara cakap "kakak main lego dengan friends, girls je..boy dok jauh2"

Hahaha..comel je kakak..I LOVE YOU Iman Nur Zahra.. awak memang membanggakan mama dan papa (psst...tak sabar nak start hantar zariff ke sekolah pulak.hehe).
 


Sunday, January 18, 2015

Bersantai di Dataran Shah Alam

0 comments
Date:
Time:
Venue: Dataran Shah Alam

Harini kononnye mama&papa diorang ni malas nak keluar gi mana-mana. Tambahan pulak, kalau tengah-tengah bulan macam ni, gaji dah nak kering. Ongkos tak berapa nak berkepuk mana so ingat nak duduk rumah je. Tapi...Macam tak kenal lagi perangai zahra&zariff nih. Hujung minggu, sehari tu kalau langsung tak keluar boleh demam teros! 

Jadi keluarlah gi dataran shah alam tu je. Dekat dan senang nak handle budak active dua ketol ni. Si zariff tu lagi la, dah siap mandi pakai pyjama dah pon. Tapi cam biasala zariff, sehari kalau tak 2-3 pasang pyjama tukar tu tak sah.

Mama&papa pulak bentang tikar, beli air tin RM5 dapat 3tin dan layan...
 














Friday, January 16, 2015

Zara's school experience

0 comments
Date: 16.01.2015
Time: 9.30pm
Venue: school + airport subang

Hari ke-empat sekolah. Hari ni nik kol dari ofis tepat jam 12.10 tengahari. Dan2 papa dia jawab phone terus dengar suara kakak zahra menangis sekuat hati. Hadoi, dah 4 hari sekolah pon nampaknye masih macam tu lagi. Masih menangis pergi dan balik sekolah. 

Papa dia ada cakap yang teacher kakak zahra cakap memang itu normal. Mang perkara biasa semua budak first time masuk sekolah perangai macam tu. Tapi lama2 nanti ok. Huu harap kakak cepat dapat adapt dengan suasana kat sekolah dia tu. 

Balik kerja hari ni, encek husband, kakak zahra, zariff dan ciksu nabilah datang jemput mama. Sebab lepas ni kami semua nak hantar ciksu kt airport subang, balik kelantan. So, dalam perjalanan ke airport tu senpatla tanya zahra, school hari ni camne. Dan jawapan dia tetap sama. "Kakak cry" . Huhuhu

Nik tanya lagi, kenapa kakak cry? Ok kali ni jawapan dia berbeza. Zahra jawab "papa tinggal kakak". Jenuh pikir nak bagi jawapan yang berkesan kat zahra ni. 

Nik cakap "papa mama tak boleh dok inside, boleh tunggu outside je. Nanti teacher marah. Then zahra cakap "tak nak g school!" 
Dan sambung nangis lg. 

Semalam kakak ada cakap masa nik tanya kakak main apa kat school. Zahra jawab main ngan friend girl je. Friend boy jauh. Hehe agaknye teacher buat dua group girl n boy la kot. Bila fikir2 balik, anak2 ni memang nangis masa kat school. Tapi bukan sepanjang hari dia nangis kan? Still ada masa2 diorang amik port apa yang teacher ajar. So. Bersabar sajalah. 




Tengok minggu depan macam mana. Ya Allah.. Engkau permudahkanlah segala urusan sekolah anakku. Amin!!

Zara's second day school

0 comments
Date: 14.01.2015
Time: 10pm
Venue: Little Caliphs Shah Alam

Hari kedua gi sekolah.

Bangun pagi harini paling susah sebab malam tadi langsung kakak zahra tak lena tidor. Siap mimpi apa semua. Jadi hari ni muka kakak nampak sugul je. Takde tenaga nak gi sekolah. Drama start bila nak suruh mandi. Macam-macam cara pujuk taknak bagi mood spoil.

Bila pakai baju sekolah nampak dah ok sikit, nik ajak masuk kereta. Hmm dan2 cakap taknak gi school. Terpaksa jugak buat pekak badak demi kebaikan dia di masa hadapan. Kesian kakak.

Sampai kt depan sekolah, nampak kakak masih nak sambung tido kat dalam kereta. Nik cuba pujuk lagi dengan tunjuk kawan-kawan dia yang pakai baju yang sama masuk sekolah. Baru nampak semangat. Berjaya pujuk kakak masuk kelas dengan senang hati. Nampak cikgu tarik tangan kakak sambil ambil beg sekolah. Haa..macam ade improvement! So nik cepat-cepat lari keluar menuju ke kereta.

Lepas breakfast dengan encek husband dan zariff, Allah...baru teringat yang tag nama kakak tak pakai sebab semalam nik ade bukak tag nama pada tudung sebab nak basuh tudung kakak. Lupa pulak nak butang balik kt tudung tu. Adoila.. lari-lari balik rumah amik tag dan pergi sekolah kakak balik. 



Masuk je kawasan sekolah tu, dari jauh nampak teacher tengah riba kakak. Menangis! Ya Allah sedihnye. Agaknye kakak cari mama lagi lakot. Tak jumpa sebab tu nangis. Huhuhu.. Nik taknak bagi kakak nampak kami kat luar, dengan perlahan-lahan panggil teacher untuk pas tag nama tu. Dan terus keluar..sedih sangat! Terpaksa keraskan hati demi kakak berdikari. Kesian...huhuhu


Kami kene gerak ke KLIA pula sebab tokma nak ke umrah hari ni. Flight dari kota bharu jam 6.45pagi so sampai KLIA jam 8pagi. Kami gerak dari sekolah kakak dalam jam 9pagi sampai eport sempat lepak borang dengan tokma. Jam 11.30pagi berkejaran ke sekolah kakak, aimed nak sampai before kol 12 tengahari.


Sempat ngam jam 12 tengahari sampai, bagitau teacher nama kakak. Teacher bawak kakak keluar sambil dokong! Ya Allah..masih tak ok lagi ke? Rupanya, zahra tertido. Kesianyee la kakak. Bila nik dokong zahra, terus bukak mata...sambil cakap "mama!..kakak cry". Uwaaa sayu...sayu sangat.. Lepas amik kakak kami dah tak kemana-mana. Terus balik rumah bagi kakak rehat. Kakak penat sangat agaknye.


Balik sekolah, mandi dan makan semua then suruh kakak tidur kejap. Rehat. Bila petang tnya kakak nak gi mana, dia cakap nak gi "giant". hehehe. So bawaklah kakak gi "giant". Main game2. 

Esok lagi sehari cabaran, esok nik dah start kerja. Papa dia je masih lagi bercuti temankan kakak sekolah. Harapan penuh sangat dengan kakak ni, supaya esok dah takde drama. Amin...


Monday, January 12, 2015

Zara's first day school at Little Caliphs

2 comments
Date: 13.01.2015
Time: 10.50am
Venue: Little Caliphs School

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, hari yang dinantikan kami telah tiba. Secara jujurnya, kami memang tak sabar nak tunggu hari ni. Hari pertama hantar kakak zahra ke sekolah. Ya, memang kami hantar kat Little Caliphs seperti mana yang kami rancang sebelum ni. Suka dengan teacher2 kat situ. Sweet je. 

Semasa di Sekolah

Iman Nur Zahra, awak baca elok2 kisah hari pertama awak masuk sekolah ni ye. Hari ni umur kakak zahra 3 tahun, 2 bulan 3 hari. Setiap hari bangun lambat, tapi pagi tadi kami terpaksa kejutkan kakak zahra bangun jam 7pagi. 

Ye...memang wajiblah menangis kuat yang amat tak nak mandi. Disebabkan risau anak perempuan dia sejuk, papa dia siap2 panaskan air. Haa pagi ni dua2 zahra dan zariff mandi air suam. Kakak memang terpaksa pujuk kaw2 taknak bagi badmood. Lepas mandi masih lagi nangis, bila cakap nak gi school dia cakap taknak!! Hmmm habislaaa. 

Pujuk lagi tunjuk baju sekolah then baru senyap berhenti nangis, suka nak pakai baju sekolah tu agaknye. Alhamdulillah nasib baik ada jugak ubat. Memang dari malam tadi kakak nak pakai bju tu tapi kami tak bagi takot kotor. Then lepas setel pakai baju kami bagi kakak breakfast telor halfcook sebijik. Then gerak ke sekolah. 



Masuk klas jam 8 pagi. Harini kakak pakai sport attire je dlu sebab uniform kakak tak dapat lagi. Teacher suruh pakai ni dulu. Takpe je. Janji zahra bleh belajar kat sana. Owh ye, semalam ade wassap teacher tanya pasal tudung, sebab zahra ni memang tak pernah pakai tudung. Nasib baik teacher cakap tudung boleh ambil kat school. 



Sampai kat school, kakak super duper excited. Okey. Good. Lepas ambil tudung pakai tag nama semua, ade dua budak tu buat hal. Sorang nak dokong sorang lagi nangis. Haaa risaunye. Kakak zahra pulak dari tadi elok sekarang dah mula cari mama nak menyendeng kat kaki mama je. Homaigodd. 



Lepas tengok beberapa "friends" nangis, kakak pon mula lah tak nak join group tengah kumpul ramai2 tuh. Nik start panic, tapi teacher derang pandai psycho.  Bila derang nampak student ade nangis, dia cepat2 tarik kakak ajak
Main toys dalam classroom. Kakak zahra kalau dengar "toys" laju bangun dan masa tu nik cepat-cepat lari keluar dari classroom tu.

Nik pernah baca tips hantar anak sekolah hari pertama ni. Tips tu cakap jangan tunggu lama2 nanti anak2 makin tak boleh berjauhan. Nanti makin derang takot. So sekarang ni kami dua2 dah keluar dari school, breakfast jap kat mamak sebelah school kakak. 


Si adek tu agaknye pelik, mane laa kakak gi ni. Hehehe. Zahra zariff ni memang tak pernah berjauhan selama ni pon. Selalu kemana sahaja bersama. Kami harap dua2 okey takde bestfriend disisi. Hehe

Dan..tiba2 nik rasa sayu...memang setonok anak dah start sekolah. Tapi sayu sangat. Tak sangka anak dah besar.  Nak start lepaskan dia berdikari sendiri. Buat semua benda sendiri. Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan anakku Ya Allah. Hanya pada-mu aku berserah. Amin...ya rabbal Alamin... Huu

Balik dari Sekolah

 Teacher panggil "Iman Nur Zahra" pakai microphone. Okeh, nik nebes gile tunggu reaksi muka kakak keluar dari kelas. Bila keluar, lari-lari pelok nik. Aaaaawwww so sweet..menitik jugak air mata terharu keibuan! hehe. Masuk kereta, bertubi-tubi soalan dari mama dan papa tanya..

"Kakak...hows your school?"
"Teacher cakap apa kat kakak?"
"Kakak mamam apa kat school?"
"Best tak school kakak"
"Teacher ajar kakak buat apa?"
"Belajar abc tak kat school?"
"Esok nak gi school lagi tak?"
"Banyak kakak dapat friend?"

Tapi dalam banyak-banyak soalan, soalan last tu je zahra jawab, "mmm...friends ade girl, ada boy". Tu je..lain-lain tu jenuhlaa nak jawab. Sehinggalah balik rumah.

Kat rumah kami masih tak puas hati, tanya lagi zahra macam mana sekolah hari ni. Tiba-tiba kakak zahra cakap..

Zahra: "Teacher marah kakak"

Ok...lega dapat dengar response. "Owh..teacher marah kakak ek..kenapa teacher marah?"

Zahra: "Kakak cari mama mane, mama mane...mama takde, mama takde".

Haa..gitu ceritanya..bersambung habis ayat dia. Agaknye dia cari nik tapi tak de, pastu dia tanya teacher, mama kat mana. Agaknye teacher cakap mama takde. Itu sebabla dia nangis kot. 

Malam pulak kami suruh zahra tidur awal tapi dia macam tak lena. Kejap-kejap bangun nangis, kejap bangun bercakap. Tapi ayat dia nik tak paham. Ada satu je sempat tankap yang zahra cakap "white paper". Hmmm pengalaman kat sekolah tadi la kot, terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. takpelah. Hari pertama kan. Ini semua pengalaman namanya. Harap-harap esok lebih baik dan improve.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...