Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, February 28, 2015

Bowling di Batu Pahat

0 comments
Date: 28.02.15
Time:
Venue: The Summit - Batu Pahat

Dah lama sangat tak datang Batu Pahat rumah maklong ni. Last sekali datang sini masa nak tinggalkan zariff (umur zariff 3 bulan). Masa tu kami nak gi Melbourne. Maksudnye, dah setahun







Sunday, February 22, 2015

Kelantan : Pantai Irama Bachok

0 comments
Date: 22.02.2015
Time:5.30pm
Venue: Pantai Irama Bachok

Astaghfirullahalazim....

Memang sangat lama dah tak jejak kaki kat pantai bachok ni. Nama je orang kelantan, bukan tak balik kampung, memang selalu balik pon. Dan pantai ni pon bukan jauh mane dari rumah, lebih kurang 20 minit je. Tapi bila plan nak gi pantai je, ada je benda yang menghalang hajat. kiki

Lepas makan kat warung pak mat, kami tekad untuk beramai-ramai ke pantai bachok. Lawat kawasanla katakan. Anak2 selalu datang sini walaupon kami tak datang sebab ikot ciksu dia bawak. 

So, keindahan pantai sini memang tak dinafikan, memang cantek dan happening. Pantai ni memang selalu ramai orang, tak pernah kosong. Kedai makan memang berlambak..so kalau nak rasa "colek" tu mai la sini. Macam-macam boleh rasan..

So...lets picture speaks!

and..credit to ciksu nabilah dan her tuuuuttt...kakak zara panggil uncle joe..for the ohhhsemm picture!



















































Kelantan : Teh tarik madu

0 comments
Date: 22.02.2015
Time: 2pm - 4pm
Venue: Teh Tarik Madu - Warung Pak Mat

Tau teh tarik kan? Memang feveret kan? Teh tarik madu pernah dengar? Macam pernah kan..tapi tak pasti..hehe. Nik macam tu lah. Rasa macam pernah dengar, pernah tengok orang dok post kat facebook, tapi tak pernah pulak rasa. Ciksu Nabilah pernah cakap Teh Tarik madu kat Warung Pak Mat kat Pengkalan Chepa, Kelantan tu memang terbaik! 

Jadi kami bersepakat nak balik kampung cuti raya cina, nak rasa. Tapi memang kene book dulu. Kalau tidak..beratur panjang kot!

Tempat ni takde la jauh mane dari bandar Kota Bharu, tapi kalau nak berjalan tu memang lambat la nak sampai! Memang kene naik kereta sebab Pengkalan Chepa ni dah masuk daerah lain. Tapi masih lagi bandar di tepi sungai kelantan.

Teh tarik madu..buih....
Makanan yang paling digemari kalau kat warung pak mat ni adalah sup ikan dan sup gearbox dia. Memang sedap betol. Buleh pilih nak sup pedas atau kurang pedas atau tak pedas. Kuah sup tu memang terasa pelbagai rempah ratus. Tak kosong camtu je. 

Dulu nik pon memang tak makan sup ikan, bunyi macam tak lalu makan pulak sup ikan. Lagi-lagi kalau order sup kepala ikan, memang meremang bulu roma nik. Kat sini, kami pon order jugak sup ikan, disebabkan ramai kanak-kanak, jadi tak boleh la order kepala ikan. Amik bahagian isi semata-mata. Besar betol satu2 potong ikan tu. Makan tak habis, sebab banyak.


Hirup sup gearbox tu pon boleh layan jugak. Sedap sungguh sup dia. Rasa macam sup gearbox paling sedap la kot kat situ. Tak muak, tak banyak lemak..rasa semuanya cukup.. Untuk nik, memang kene dengan selera lah.


Total kami anak beranak dalam 15 orang, tapi kami book tempat dan makanan untuk 20 orang. Kos untuk semua ni hanya rm 260. Hehehe..murah je kan??? 

Jadi, kalau singgah di kelantan tu, boleh la singgah makan tengahari kat sini. Dijamin sedap dan murah. 















Selesai upacara makan beramai-ramai, kami sambung pula dengan acara ambil gambar anak beranak kat depan warung pak mat ni. Hmmm memang nampak macam pelik, dan semua orang pandang kami macam orang luar datang holiday kat kelantan pula kan? Walhal...orang kampong je pon! hahaha. Tapi malangnya, kami ni memang spesis yang tak reti malu dan ala-ala "ada aku kesah???" so nasibla ye...











`





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...