Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, March 22, 2015

Putrajaya + NaelofarHijab Pink

2 comments
Date:
Time:
Venue: Putrajaya - Taman tepi tasik

Kami sekarang ni satu keluarga suka lepak area sini pulak. Tukar port lepak dan tukar citarasa orang tua kata ek. Sebabnye bukan apa, selalu kami suka bawa anak main kat bulatan besar depan masjid putrajaya tu. Tapi sekarang...hadoi...tak suggested la untuk lepak sana. Tak tenang jiwa lah.

Lagi-lagi anak-anak kite semua nak main basikal.. Sana dah ramai peniaga kecil yang bagi service sewa kasut roda, basikal, jual makanan, belon...macam-macam kot! So, kalau anak nak main basikal sendiri memang mencabar. Sebab ramai sangat remaja yg tengah skating, cycling laju-laju kat situ. Kene monitor anak. Dan pernah ade dengar dari makcik jual aiskrim potong, ade kes budak kecik kene langgar ngan remaja naik basikal laju sangat-sangat. Budak kecik tu sampai cedera parah masuk hospital! 

Ya Allah memang takot. Lagipon, kalau dah ramai sangat jual belon, food dan segala kejadah tu, pokailaa weh..rm20 mmg tak cukup nak spend kat znz yg bernafsu besar menggunung tuh. Dimana semua benda orang jual pon nak beli. Hah..tiba-tiba teringat, burger kat situ rm3.50 hoccay! burger bodooo tu je tau..cekik darahlaaa

Jadi..kami lepak kat sini lagi tenang...







Saturday, March 21, 2015

New word "Squiggle"

0 comments
Date: 21.03.2015
Time: 4pm
Venue: Home

Squiggle
n
1. a mark or movement in the form of a wavy line; curlicue
2. an illegible scrawl
vb
3. (intr) to wriggle
4. (Art Terms) (intr) to form or draw squiggles
5. (Art Terms) (tr) to make into squiggles
Nampak word kat atas tu? Ok jom belajar bahasa inggeris hari ni ye. Saja nak share word squiggle sebab bunyi macam menarik. Dan bila google, yes maksudnye pon menarik. 

Bila nik amati maksud squiggle ni kan, jelas terbayangkan kakak zahra. Seriusly. Ni la word paling sesuai untuk describe perbuatan zahra tau. Zara ni, kalau bercerita ke atau mengadu domba ke, mesti berserta sekali dengan movement. Comel dan kelakar.

Lagi kalau dengar celoteh dia. Lagi boleh buat satu dunia gelak. Kemana sahaja kami berjalan, mesti akan ada mata-mata yang pandang dia. Disebabkan dia suka squiggle dan nonstop talking also dancing. Allahuakhbar...mana datanglaa energy kakak zahra ni. Tak pernah kenal erti penat.

Favourite Zara


Dan ini pula kisah Iman Zariff..

Sekarang ni Zariff dah expert makan sendiri dan minum sendiri dah! Cuba tengok ni, umur setahun 6 bulan...memang patot kene makan sendiri kan? Tapi kami selalu suapkan aje. Baru make sure yang Zariff makan banyak..



Tapi...baby.. mane buleh awak makan sambil duduk macam tu, tak elok sangat..macam nak poo poo laa..haha

Friday, March 20, 2015

Mimpi sang puteri

0 comments
Date: 20.03.2015
Time: 8.30am
Venue: Dalam kereta - menuju KTM

Bangun pagi ni, entah mimpi apalaa malam tadi tiba-tiba puteriku inz cakap nak pakai baju princess. Pagi-pagi mintak macam tu, mandi pon tidak lagi kan, haruslah kami say "NO!". 

Eh buat tak layan, sambil bukak almari dan cari baju sendiri. Dan..cakap nak pakai bju "sleepy beauty". Taknak mandi...tapi nak pakai baju kembang ni..erkkk.

Lantak kome la anak..pakai jela. (layan je sebab inz demam, kalau tak...takde nak bagi muka ye). Kalau mandi dulu tu baru pakai baju ni lain cite la. Mama bagi je..hehehe

Kepada ImanNurZahra, awak tengok baik-baik gambar awak masa ni ye. Bangun tido taknak mandi, tapi nak melaram...mama tak macam ni ye...xtaula kot papa awak masa kecik macam ni. hahahaha

Tapi, mama masih salute awak...pagi-pagi tak mandi pon masih nak baca buku di mana jua berada. Takde buku, katalog pon boleh . Tapi mama risau kalau kakak baca katalog tau, sebabnya nanti pening mama nak hafal shopping list awak. hihihi




Review: Naelofar Babes - Brown

1 comments
Date: 20.03.2015
Time: 6pm
Venue: Ofis

Naelofar Babes and Basic - Brown Color

Hari ni, rasa macam nak share pengalaman dan pendapat tentang tudung Naelofar Babes and Basic ni. Ramai orang tanya, :

"Best sangat ke tudung Naelofar tu?"

Betol tak? Pastu ada jugak yang cakap, 

"Alaaa sama je tudung Naelofar tu dengan tudung instant lain, dah la mahal pulak tu. Buang duit dan membazir je" . 

Ada juga cakap 

"baik beli tudung takde jenama tu je, Neelofa tu tiru orang jugak pastu letak tag nama sendiri"

Macam-macam pendapat, pelbagai idea dan seribu kritikan. Pendapat ni, semua tu depend pada individu masing-masing. Nik bukan nak cakap pasal orang lain, dulu nik tak pakai instant shawl, so takde idea macam mana tudung tu, senang ke best ke..Mahal murah pon berkira. Tapi sekarang ni, nik boleh cakap..yang Nik suka tudung Naelofar. Yes, memang berlambak tudung kat luar yang murah-murah, jenama sendiri or langsung takde tag brand. Tapi, disebabkan Nik dah mula pakai Naelofar, confident tu ada. Bila keluar..rasa confident sebab kite tak pakai brand celop..

Dalam kereta bersama Iman Zariff
 
So far, sebagai personal review or pendapat Nik. Naelofar Babes and Basic ni best sangat-sangat. Senang nak pakai, senang nak maintain. Tak perlu nak iron, tak perlu nak pakai pin banyak. Untuk nik, cukup satu pin kt kepala itu sahaja..Kalau untuk moms yang ada anak kecik macam nik, babes and basic ni memang superb. Sebabnya, walaupon anak kecik tarik senget benget pon, boleh betolkan dalam masa seminit je! serius!

 
Kat Ofis

So, kepada sesiapa yang rasa tak suka...it's ok. Like i told before, it is depend on the individual. And..for me...i love Naelofar Hijab!
 Owh ya, Nik banyak rembat tudung NaelofarHijab ni kat Linda, ofismate Nik. Boleh cari dia kat instagram @NaelofarHijabBatuCaves <-- Linda, sila bagi free gift!! haha


Tuesday, March 17, 2015

Loving Couple - Wefie

0 comments
Date: 17.03.2015
Time: 8.30pm
Venue: TESCO Shah Alam

Tak pasti sesuai ke tidak dengan subject kat atas tu, tapi harini kebetulan kami berdua husband and wife pakai baju merah. Zassss...mintak encek husband snap gambar loving-loving kami. Apa orang zaman sekarang cakap? Wefie? kaaann?

Kalau dulu zaman takde anak lagi, setiap masa pon wefie. Tapi tak pernah pon nak hargai detik tu. Sekarang ni, bila perasan hardisk dah penuh dengan gambar anak-anak je, baru active sikit ber "wefie" kami berdua.

Jadi...anak-anak... sekejap ye...


Kami nak bergambar pulak...

Dan harini, nik belit tudung dengan naelofar hijab kaler merah menyala. Suka sangat dengan naelofar ni sebab senang dan material yg berkedut tu pon boleh oke balik bila pakai.hehehe


Hehehehehe..ini gambar setelah di-edit ye.


Gambar sebetulnya adalah...


Hahaha..kesian zariff...merangkak atas lantai. 

FYI, Iman Zariff ni sekarang...Allah sahaja yang tau..active sangat-sangat. Tak terbendung lagi kami nak mengawal. Budak tengah lasak dan active macam ni, tak elok kite kawal.. Lepaskan, dan bagi dia explore dengan cara mereka sendiri adalah cara paling baik buat masa ni.

Mereka suka benda baru, tempat baru, ingin mencuba dan pelbagai agenda yang diorang rancang. Janganlah kite sebagai ibu bapa ni menjadi batu penghalang untuk mereka bebas menjelajah..betol tak?

So sape yang setuju...bagus! ehehe.. (ini pendapat kami sjlah, depend pada cara masing-masing).


Friday, March 6, 2015

NaelofarHijab Ori Vs Not Ori

0 comments
Date: 06.03.2015
Time: 2.30pm
Venue: Office at Bangsar South
Harini pakai Naelofar Hijab lagi. Warna Royal Blue. Suka sangat dengan warna ni sebab mudah nak padankan dengan blouse kaler ape sekalipon. Warna sangat casual..
Bila masuk ofis, kebetulan member pakai tudung sama warna..tapi brand berlainan. Hahaha...sweet!
So decided untuk snap gambar ni. So korang dapat beza ke mane Naelofar Hijab mane tak? Lebih kurang sama je kan? hehehe
But anyway..walaupon kat luar sana berlambak brand macam-macam, tapi hakak tetap jugak peminat setia tudung lopa ni! Suka...



 Peace!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...