Date: 16/04/15 - 20/04/15
Time: 3pm
Venue : KPJ Specialist Selangor
Demam tonsil? Camne tu? Sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah rasa nak tahu detail sebab tak pernah pengalaman pasal demam ni.Tapi kali ni Nik kene ambil tahu sebab Zariff terkena demam tonsil ni. Allahuakhbar.
Kisahnya, dari hari ahad malam isnin lagi nik perasan zariff tak sedap badan. Ada sedikit panas, tapi takde pulak kami bagi ubat. Sehinggalah hari selasa malam rabu tu, zariff tak boleh tidor malam dan merengek sampai pagi. Terpaksa EL jaga zariff kat rumah. Badan terlalu panas dan bila bawa klinik, suhu zariff 38.8. Doctor bagi ubat bontot antibiotik dan ubat demam biasa. Balik rumah.
|
Demam hari ke-3 |
Demam masih berlarutan sehingga rabu walaupon dah makan antibiotik. Kami bawak zariff lagi sekali ke klinik. Kali ni doctor tak berani nak bagi apa-apa ubat. Doctor suggest bagi surat refer ke Specialist untuk buat ujian darah. Suspek takot denggi sebab zariff muntah tak berhenti. Takde selera makan sejak isnin. Tapi masalahnya, specialist takde malam. Terpaksa tunggu esok pagi khamis kat KPJ Selangor.
|
Tunggu giliran jumpa doctor |
Kat sini, Doctor check dan sahkan bahawa Zariff kene jangkitan kuman pada tonsil. Menyebabkan tonsil bengkak dan terdapat radang pada tonsil iaitu bintik putih yang banyak. Zariff terpaksa admitted kat sini untuk rawatan seterusnya. Kesiann...
|
Papa, Zariff dan Kakak Zahra |
Berdasarkan sedikit research, dapatla sedikit info berkaitan demam tonsil ni.
Apa itu demam tonsil?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
|
Image ihsan dari google |
Tonsil adalah kalenjar yang bertindak seperti askar untuk memerangi infection dalam tubuh, dan terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Simpton Penyakit Tonsil
1. Susah untuk menelan kerana sakit tekak
2. Nafas berbau
3. Bunyi suara yang ganjil
4. Bengkak pada kalenjar tekak, merah dan kebiasannya terdapat tompok putih
5. Demam yang berlarutan dan suhu 38 darjah selsius ke atas.
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Hari Pertama - Admission dan Keputusan Ujian Darah
"Check In" kat hospital kira-kira jam 2 petang setelah balik rumah sekejap tuggu bilik kosong. Mengikut pihak hospital, bilik penuh. Banyak sangat kes budak demam sekarang ni. Bahaya tu. Jaga-jaga anak masing-masing tau. Bila admitted, kami dapat bilik kongsi 4 orang sebab ni je pon yang available.
|
Teruja dengan tema frozen di hospital |
|
Tapi Zariff kuyu..layu... |
|
Bukan sekadar cadar yang tema frozen, movie tv pon frozen tau! hehe |
Di hospital, doctor bagi drip masuk air kat zariff sebab dah lama sangat tak selera makan. Sakit tekak kan. Start makan antibiotik, ubat demam dan ubat tahan muntah. Ujian darah pula dah dijalankan dan didapati keputusan tak memberangsangkan. Sel darah putih dalam badan zariff sangat tinggi iaitu 22 yang sepatotnya di antara 1-15 untuk normal. Manakala bacaan CRP atau keradangan dalam darah zariff adalah 191, yang sepatotnye badan kita hanya boleh tolerate untuk maximum 5 sahaja! Subhanallah!
|
Tangan berbalut kene drip - masuk air. |
Jadi, dari keputusan darah tu, doctor sahkan yang tonsil tu menyebabkan jangkitan kuman dalam darah dan badan cuba meningkatkan penghasilan sel darah putih dalam badan untuk melawan kuman tersebut.
|
Berdokong sepanjang masa |
|
Manja... |
Hari ni Zariff sangat fobia dengan hospital. Semua sekali, dengan katil dia..dengan equipmentnya, dengan doctor, malahan dengan semua nurse kat hospital tu dia takot. Kesian sangat. Nampak nurse je mesti menangis pegang nik kuat2. Takot, takot nurse tu mengapa-apakan dia.
|
Sementara lena, kami cuba letak atas katil tapi sekejap je lena.. |
|
Bermanja dengan papa, gosok gigi |
|
Ehh..papa dia pula yang lena, lena sambil senyum |
|
Petang sikit, tido lagi tapi atas dada papa |
|
Dan..kakak pon tidur jugak,hehe |
Untuk hari pertama, dari mula2 masuk sampaila pagi esoknya zariff langsung tak nak tido atas katil. Dan nik terpaksa dokong zariff dan tidurkan kat atas dada sepanjang malam. Berkorban...demi keselematan dan kesihatanmu wahai anak!
Hari Kedua - Masuk air bersambung lagi
Hari kedua, awal pagi tu nampak layu dan kuyu. Masih merengek dan menangis tak nak letak atas katil. Bila lena sangat baru dapat letak tapi sekejap je. Lawatan doctor harini jam 9pagi. Doc cakap suhu badan dia ada kurang sikit, tapi bengkak tonsil tu doctor nak check besok. Harini, zariff kene lah sesuaikan diri dengan hospital ye.
Semalam, disebabkan langsung tak nak duduk bawah, hari ni papa dia bawak rocker favourite zariff. Dengan harapan tidur zariff lagi berkualiti lah. hehe
|
Sila jangan letak baby macam tanpa pengawasan ye..bahaya. Amaran keras! |
Hari Ketiga - Selera makan mula datang
Alhamdulillah bangun pagi ni, zariff mula mintak nasi. Bila tanya nak nasi ke tidak, laju je dia anggukkan kepala. Bagi bubur nasi cair tu memang zariff kurang gemar. Kebetulan hari ni menu untuk maknya adalah nasi goreng cendawan. Berselera dia makan untuk beberapa suap. Walaupon sikit, tapi itu dah kira bagus sebab sekurang-kurangnya deria makan dia dah kembali.
Doctor Ling datang melawat zariff pagi ni lebih kurang jam 9.30 pagi. Hari ni doctor happy sangat bila dengar baby zariff mula berselera makan. Juga sangat gembira bila demam zariff dah ok hari ni. Suhu badan normal 36.5 darjah selsius. Alhamdulillah..
Doctor cakap yang badan zariff bertindak balas dengan begitu baik sekali dengan antibiotik tu. Kalau masih demam lagi, harus kene tukar antibiotik. Kejadian ni pernah berlaku kat zariff masa first time admitted due to lung infection dulu.
|
Bawak baby zariff jalan-jalan kat cafe bawah, layan boring dia |
|
Bila nak tido, camnilaa dia... |
Hari Keempat - Semua ubat dah tak perlu
Hari ni lagi happy, ada improvement di mana zariff memang dah langsung tak demam. Muntah-muntah yang dia kerap tu pon dah tak langsung. Lega sangat. Jadi, lepas doctor Ling datang pagi tadi, doctor cakap semua pengambilan ubat boleh dihentikan. Kecuali antibiotik yang kene habiskan dalam masa 5 hari.
Jadi esok adalah hari terakhir antibiotik baby. Alhamdulillah lega.
|
Berselera makan mihun goreng |
|
Mula minum air masak banyak |
Menu harini pulak mee goreng singapore, ada black pepper siap. Tak bagi baby makan takot pedas. Tapi biasa zariff ni. Memang dia tahan pedas orangnya. Maklumla, masa pregnant kan dia dulu suka makan pedas. Terbawak-bawak sampai ke luar rupanya. haaha
Dah menjadi rutin, lepas makan pagi, mesti ajak turun bawah tengok kereta. Disebabkan kesian kat hero kita ni kan, jadi layankan sajalah..
Hari ni kakak zahra request nak makan pizza. Out of sudden, kakak zahra ni memangla kan. Dan dan laa adik dia tak sihat dia pulak mintak macam-macam. Lagipon depan hospital ni memang ada pizza hut. Hari-hari dok lalu kat depan tu. Memang dia pon tergugatla kot.
Jadi malam ni, tak nak hampakan kakak zahra. Kesian. Tambahan pulak zariff pon keadaan dah makin stabil dan pulih. Takde demam terok dah. Jadi bolehla bawak gi pizza hut.
Hari Kelima -Discharge
Hari ni boleh discharge! Alhamdulillah..keputusan darah hari ni pon sangat memberangsangkan. Kandungan darah putih dah normal iaitu 8.1 (normal antara 1-15). Manakala bacaan keradangan dalam darah pula turun dari 191 kepada 15. Improvement yang bagus kan? Time kasih doctor dan nurse!
Love,