Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, August 31, 2015

Muhammad Al Fateh

0 comments
Date: 31.08.15
Time:
Venue: Kampung Parit Raja - Batu Pahat

Mari nak kenalkan anak saudara baru saya;

Muhammad Al Fateh. 

Hari ni, baby baru berumur 10 hari. Tak tahu nak cakap muka Fateh ikut muka siapa. Nik kalau bab cam muka ni memang paling paling paling lemah. Memang tak reti. Tapi encek Kema cakap macam muka Along, abang Fateh yang sulung tu. hehe


Kesian kat Fateh sebabnya dia kene jaundice. Setiap hari kene berulang gi klinik kesihatan untuk buat ujian darah. Jadi, setiap hari jugak lah baby kene ambil darah. Hari-hari kerja dia, nak menenen. Tak boleh letak bawah, mesti nak suruh riba. Hahaha comel je. Ini mesti nanti cepat besar. Sebab makan banyak kan. hihi. 


Sementara tu, Kakak Zahra ikut papa dia pergi airport Senai. Jemput Tokma Yoh datang dari Kota Bharu. Dari airport, papa dia hantar gambar ni kat Nik. Sabar je lah kakak. Tu dia dengan Fatimah Az Zahra. Kakak kepada Muhammad Al Fateh. hehe





Tengahari panas-panas main kat luar. Mainlah...sebab petang ni jugak kami nak balik shah alam.

Dalam jam 5.15 kami gerak balik. Perjalan memang teruk sangat. Traffic jam seperti yang dijangka. Anak-anak pon dah mengantuk. Jadi lentok je dua-dua dalam kereta.



Tiba di shah alam dalam jam 10malam. Fuuuh. Jauh sangat, dah rasa macam balik kelantan pon ade. Bila sampai rumah, kakak memang langsung tak bukak mata. Tido terus dah.

Cuma sang adik ni ha. Sampai rumah bukak mata seluas alam. Pastu ingat nak tido, rupanya boleh gi main toys pulaak. Owh anak!

Sunday, August 30, 2015

Malam ambang Merdeka

0 comments
Date: 30.08.15
Time: 10.00pm
Venue: Dataran Batu Pahat

Tak sangka pula tahun ni kami menyambut hari kemerdekaan di Batu Pahat. Hahaha. Great timing kami datang sini. 

Ok, sebelum tengok gambar kejadian sambutan malam ambang merdeka tu, nik nak bukak cerita tengahari tadi kejap.

 Salah satu aktiviti kegemaran Zahra dan Zariff kalau kat rumah moklong adalah sukan berbasikal. hehe. Percaya atau tak, basikal biru yang kakak zahra naik ni, zariff boleh bawak tau. haa...hebat2. Kalau kakak zahra dulu 2 tahun lebih tu baru pandai naik basikal. Girl kan...manja sikit. Zariff boy, kene kuat!





Ok. Now kisah malam ni pulak.

Seperti tahun lepas, kami tak menyambut ambang merdeka kat mana-mana pon. Stay kat rumah saja sebab masa tu Zariff masih kecil lagi. Baby sangat. Tak elok nak bawak keluar rumah lewat malam.









 Terkejut juga lah sposen, tengok kemeriahan orang batu pahat sambut merdeka. Rasa macam dok kat KL pulak. Ramai orang. Ni baru semangat merdeka kan. Rata-rata yang datang tu pon semua bekerluarga, bukan pasangan muda mudi je. 

Tapi, kami tak tunggu sampai coutdown pon sebab wawad dengan aufa dah boring. Diorang dah ajak balik dah. Tapi Zahra Zariff jangan haraplah nak ajak balik. Lagi lama melepak situ lagi suka. haha

Saturday, August 29, 2015

Beca cantik di RnR Seremban

0 comments
Date: 29/08/15
Time: 1.30-2pm
Venue: RnR Seremban

Pagi ni kami sekeluarga nak bergerak ke rumah moklong Zulfa kat Batu Pahat. Sempena moklong dapat baby baru, dan minggu ini pun cuti panjang sempena hari kemerdekaan hari isnin. Dapat cuti panjang sikit. Gerak dari rumah dalam jam 12 tengahari, dijangka sampai sana dalam jam 4 sebab hari ni kemungkinan traffic jam teruk.

Dalam kereta, kami suruh zahra zariff baring diam-diam.

Layan game kat tab pon takpe..


Dalam jam 1.30 baru sampai di RnR Seremban. Mengisi perut makan tengahari dulu takut sampai rumah moklong lewat. Traffic memang sangat-sangat jam. Banyak sangat kenderaan yang menuju ke arah selatan dan juga utara.


Kat RnR ni, kami agak terkejut jugaklah sebab diorang dah buat decoration kemerdekaan. Dan tema hari merdeka tahun ni adalah "Sehati Sejiwa". Sweet je kan? 


Kelakarnya masa tengah makan, kakak zahra nampak ramai orang ambil gambar dekat beca cantik ni. Lepas makan, sibuk lah dia mengajak ambil gambar kat situ. Selalunya kalau nak suruh ambil gambar di tempat crowded atau tempat awam, bukan main susah lagi.


Terpesona dengan susunan bendera Malaysia kat depan RnR ni. Cantik sangat-sangat. Rasa nak ambil gambar banyak-banyak. Bagus juga macam ni kan, kat semua tempat mula decorate dengan bendera. Baru rasa semangat nak sambut merdeka.

Tapi perasan tak, tak ada orang pon ambil gambar kita. Jadi terpaksa lah saya "selfie" sendiri sebagai kenangan.


Ok, ini je dulu buat hari ni. Nak sambung tido sementara tunggu sampai rumah moklong.

Thursday, August 27, 2015

Zariff demam dan batuk

0 comments
Date:27/08/15
Time: 8.30pm
Venue: Nik Isahak - Shah Alam
 


 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...