Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, November 30, 2015

Anak teruna kami

0 comments
Date:30/11/2015
Time: 10pm
Venue: Home

Malam ni takde benda sangat pon nak update, cuma nak bercerita pasal Iman Zariff.

Boboi berumur 2tahun 2bulan ni, dah mula panjang akal. Dah pandai buat macam-macam. Dah mula tiru kakak buat, dan belajar mendengar arahan papa mama.

Budak lelaki ni, creativiti dan imaginasi dia agak lain sikit berbanding budak perempuan. Budak perempuan ni, oklah..kakak zahra la kan, kalau pegang pen..memang guna pen sebagai pen lah. Cuma imaginasi kakak banyak guna pen tu untuk lukis, warna..tulis...so kat situ imaginasi dia. Tapi zariff lain. Pen bukan sekadar pen, mungkin boleh jadi spanar? Pemutar skru? Gergaji? Dan sebagainya...tengoklaa tu apa yang dia buat dengan pen? hahahaha..

Beza kan?




Pesanan Untuk Zariff:

Zariff...awak belajar bersungguh-sungguh ye. Macam selalu mama cakap, awak tu anak lelaki pertama mama. Jaga kakak awk, dan jaga family...LOVE You! 

Sunday, November 29, 2015

Picnic Potluck

0 comments
Date:29/11/2015
Time: 5pm - 8pm
Venue: Taman Permainan depan PICC - Putrajaya

Selalunya hujung minggu, papa znz ni memang ada-ada je aktiviti yang tidak diduga. Tapi ahad, kami banyak habiskan masa di rumah untuk kemas rumah, pakaian dan segala yang wajib.

Harini, teringin pula nak gi beriadah di Putrajaya. Tempat kegemaran kami cam biasa lah. Walaupon jauh sikit dari Shah Alam, tapi sini banyak taman permainan. Pemandangan cantek dan kemudahan yang selesa.

Mulanya nik ingat nak gi kami 4 beranak ni je. Rupa-rupanya, papa znz cakap yang dia ajak sekali member-member yang takde apa-apa plan harini. Pastu koling-koling then decided nak bawak pape sikit sorang untuk makan-makan kat sana sambil beriadah tengok anak-anak main.

Seronok jugak kan?

Kami memang tak reti nak masak epok-epok petang ni. Jadi, kami menyinggah je kat kedai kuih panas-panas kat area Saujana Putra. Ada sederet gerai kat tepi jalan tu memang kuih petang dia superb! Kami paling suka adalah kedai char kuey..(roti goreng kot) sebab dia uli tepong kat situ dan goreng kat situ jugak. Memang panas dan rangup.   

Sampai kat area Putrajaya, kami adalah orang pertama. Papa znz tukang cari port paling cun lah untuk lepak ramai2. Kami pilih depan taman permainan depan PICC sebabnya, playground banyak dan luas. Taman pula dekat dengan kedai, tandas dan surau. 

Lagi satu, kat sini ada banyak pondok. Jadi, sekiranya tiba-tiba petang hujan pulak kan, hmmm memang sekarang ni musim hujan petang pon. Jadi kalau hujan, pondok-pondok berlambak boleh pindah dan berteduh anytime.









Sementara menunggu kawan-kawan papa znz sampai, kami layan la Zahra Zariff main dulu. Kakak ok la, kalau kat playground ni dia memang suka, excited. Adik pulak, bukan tak suka..tapi dia ni sejenis yang amik masa sikit untuk get use to the environment. Tak kisahlaa kat mana-mana or dengan siapa-siapa sekalipon.

Kene bagi dia masa untuk dia termenung, memerhati keadaan dan reda...then baru dia boleh join. Jadi, awal-awal sampai tu, kakak je la yang main playground dulu. Zariff akan amik masa duduk depan playground tu, tengok semua orang. Bila nik tanya "Zariff taknak main ke". Zariff cakap "Ada orang laa mama". Auuuu cute sangat awak!

Then masa ni la nik kene creative fikir macam mana nak explain kat dia yang, main kat playground ni memang kene campur ramai-ramai. Jangan tunggu orang takde baru boleh main. Memang tengah malam la baru dapat jawabnye. hehe. Bila explain, bagi dia masa..then ok..lama-lama dia pulak yang meraung taknak stop.




Dalam jam 5.30 jugak la baru semua member sampai. Ada yang menyesat, ade yang menyinggah. Macam-macamlah..biasalaa bila dah ramai-ramai kan. hehe. Petang ni banyak betol makanan, Auntie Fida bawak spageti bolognese and carbonara. Auntie su bawak rojak buah (sos buat sendiri), minuman, kerepok. Auntie Adda pulak bawak 8kotak ayam goreng UncleJack yang jual kat franchise giant. Pastu kitorang, bawak pelbagai kuih muih yang beli tadi.

Kesimpulannya untuk hari ni, picnic yang tidak dirancang ni memang enjoy giler!!! 

P/S: Zahra dan Zariff, one day bila korang besar nanti jangan lupa bawak mama papa picnic macam ni tau..kami suka! tak bawak siapppp...hahahaa 

 Bye !

Saturday, November 28, 2015

Majlis berkhatan di rumah Uncle Arip

0 comments
Date: 28.11.2015
Time: 6pm
Venue: Rumah Uncle Arip - WAK

Petang ni kami ada majlis berkhatan anak kawan kelab kereta kami, uncle Arip di Puchong. Tak pernah datang rumah dia, ni adalah first time. Keluarga dan anak-anak dia pon kami xpernah jumpa sebelom ni. Segan...tapi sebab jemputan kan. 

Kebetulan waktu sampai, zara zarif dua-dua tido. Terpaksa la kami dokong sorang satu anak. hmmmm...sesuai sangatla ye nk tido time macam ni.



Sesampai kami di sana, waktu orang tengah pukul kompang. Memang tepat waktu la kiranya kan. Majlis lepas asar katanya.





Pureen warehouse sale 2015 + DIY

0 comments
Date: 28.11.2015
Time:
Venue: Pureen warehouse sale + DIY

1. Pureen warehouse sale di summit - petaling jaya

Kali ni kami datang pureen warehouse sale ni untuk teman ciksu wany shopping barang-barang baby dia. Sebab dah tak lama ciksu nk dpt baby. Kami memang kalau shoping barang baby, suka dtang warehouse ni. Baju pasang dia murah2 dan kain pula, kene pandai pilih material. Ada yang kain jenis panas, ada kain jenis sejuk serap peluh. Cotton elok. 

Setakat rm10 sepasang tu berlambak lah. Kami banyak dapat yg cantek-cantek dan bawah rm10 sepasang. Ok sangat dh tu. Kalau kat kedai, sure atas rm20 jgk kan. Tapi tahun ni, xbanyak dapat size untuk zara zarif. dua-dua pon dah besar. Lagi-lagi baju kakak zara, langsung takde yang berkenan. huhu.





2. Mr. DIY Shah Alam

Kami suka datang DIY ni, banyak barang menarik yang nak dilihat dan dibeli. harga pon tak mahal dan berbaloi. Kalau accesories rambut zara tu, memang kami suka sgt beli sini. murah yang amat!

Selalunya, datang sini takde la nak bersnap gambar mane pon, tapi kali ni sebab dua ketul ni comel sangat. Amik kerusi sorang satu, duduk elok je..eee geramlah! mula la mama pon nak demand, amik topi besar-besar pakaikan kat zara zarif pastu amik gambar. hahaha comel...







Tuesday, November 24, 2015

Playdoh! dan Cashier

0 comments
Date: 24.11.2015
Time: 9.00PM
Venue: Sunway Pyramid

Macam biasa...rutin bulanan..mama nk belanja anak-anak beli toys! yeayyyy...Tapi.. hmm yeke rutin bulanan? dah macam seminggu sekali pon ade nih!hahaaha

Takpe lah..hari tu papa belanja, ni mama pulak. Masuk kedai, tak sempat nak amik gambar apa-apa sebab mama baru balik work so lapar yang amat. Bawak zara zarif beli toys dlu baru makan.




Tengok tu anak dara, jalan dah macam diva dah! hahaha. Almaklumlaa...paauu mama tak hengat kan? kalau ikotkan hati awk tu, semua awak nak.


Kat sunway pyramid ni, memang banyak food. tapi kami ni pulak jenis susah benar nk berkenan. Kalau boleh, nk masuk kedai yang boleh ikot selera semua orang. Ikot selera papa...mama dan znz. Kali ni, redah jela kedai kenny rogers. makan jelah ye.. Ada ayam tu..ank2 suka je,


Yang besar gedabak cashier tu, zarif laa nak. aduilaaa.. kecik2 dah pandai mintak cashier. harap2 bila awal besar nanti pandai math ye! math wajib dpat markah 100! taknak A saje hehehhee.


Ha...itu dia je la hasil tangkapan dua beradik ni. Sorang nak cashier, sorang nak set playdoh ice cream. Jaga elok2 ye...kalau boleh...awak dah dapat adik nanti pon dapat main lg tau...








Oh ya...selain dari paydoh dan cashier tu, dapat lagi seketul extra untuk kakak..ni haa... character dalam kartun. Nampak kecik besar tapak tangan ni kan..tp RM50 oke! sakit ati mama nak bayar benda ni tau! eeeeee....

Sunday, November 22, 2015

Breakfast di Restoran Barra

0 comments
Date: 21/11/15
Time:12pm-4pm
Venue: Restoran Barra

Pagi ni kami keluar awal dari rumah sikit, nak hantar ciksu Nabilah ke Delta Hotel, Seksyen 7 Shah Alam. Ceritanya, ciksu datang sini untuk lawatan ke Putrajaya dan beberapa tempat di sekitar KL.
Dari khamis gerak dari uitm Machang ke shah alam. Pagi ni jadual dijangkakan dalam 10 pagi gerak ke kelantan. 

Alang-alang malam tadi tiada aktiviti dalam jadual, maka ciksu mintak dengan lecturer untuk bermalam kat rumah kami. Pagi ni, kene keluar hantar naik bas dah. Kejap je sempat lepak. 

Sementara tunggu bas ciksu datang, kami pilih untuk breakfast di restoran Barra. Ramai orang cakap sedap. 

So, lepas tengok menu...order..pendapat kami food kat sini memang superb! Pada yang penggemar cheese dan penggemar roti canai, memang wajib datang sini. 

Kami order;

1. Roti telor cheese
2. Roti pisang cheese
3. Roti planta
4. Roti telor - 2 
5. Half boiled egg 1 set (2biji)
6. Air 5 gelas

Dan total kos hanya rm26! Hmmm
Sangat-sangat murah yang amat kan? Berbaloi la kot..kami memang suka roti canai. Sorang makan 2 bijik hoho!!

Thursday, November 19, 2015

Peach dari zariff..cute!

0 comments
Date: 19.11.2015
Time: 8.30pm
Venue: KFC Kota Kemuning

Nak dinner je pon. Balik dari kerja, memang kami tak masak. Hari-hari pon macam ni sebab takde siapa pon sempat nak masak uwaaaaaaaa

Malam ni singgah di KFC along the way nk balik rumah tu. Tiba snap gambar zariff..comel sangat buat peach nye! hehehhe...too cute to say anything. Zariff now is 2 years 2months!



Wednesday, November 18, 2015

ZnZ mula suka mewarna

0 comments
Date: 17/11/15
Time: 9.30pm
Venue: Home

Selama ni...zahra dan zariff memang tak suka mewarna. Memang pelik jugak sepuluh sen. Hehe
Selalunya budak-budak kan suka mewarna. Ok, zariff boleh bagi pengecualian la sebab zariff baru umur 2 tahun. Tapi kakak, hmmm selalunya budak baya zahra ni memang suka mewarna, lagi-lagi budak perempuan kan. 

Malam ni...tiba-tiba macam..what!! Kakak start mewarna?? Ohh ni memang "rare" ok! 

Picture from Inside Out Coloring book


Yelaa..nampak biasa-biasa je..tapi pada kami. That was superb ok! Sebab kakak ni memang sangat sangat sangat tak gemar yang amat sangat mewarna. Bila dapt buku inside out ni, tergerak hati pulak dia nak mewarna. Tapi, nik tak rasa  buku tu punca dia. 

Yp kitorang yakin sebab marker staedler colouring pen yang baru beli tu. Selama ni kami beli marker pen brand cokia2 je. Alaaa tau bukan budak2 pandai guna pon. Nanti kering then buang kan? Yg staedler ni, kakak yang pilih kat giant, tapi rupanya memang quality dia sepadan dengan harga. Ink terang benderang..mata pen dia padu dan jitu pastu susah nak kering ink! Haaa gitu!! (Rasanya boleh start apply jadi promoter staedler dh haku nih haha). 

Kami perasan sejak2 guna marker pen kaler2 ni znz memang suka giler melukis...tak sia-sia beli untuk awak berdua nih. Lap u oll to the moon and back!!

Nanti nak update progress next time pulak ye..

Pesanan penaja untuk znz: 
Sila kekalkan momentum ini sampai ke besar, ke tua nanti ye. Mama maksudkan momentum suka tulis2 warna2 tu, bukan momentum barang branded. Jangan jadi macam papa awk tu..upss!! Hehe 

Bye!!

Inside out colouring book

0 comments
Date: 16/11/15
Time: 9.30pm
Venue: home - shah Alam

Kejadian comel sangat hari ni. 
Tengahari keluar lunch, masa on the way nak balik ofis tu ada lah nik perasan satu booth jual buku budak-budak. Memang kedai macam tu boleh menarik perhatian mak-mak orang macam kami ni. 

Jadiknye, masa pandang booth tu kami ternampakla ada buku mewarna dan sticker sekali kartun "inside out". Pernah hari tu masa birthday zariff 16/09/15 kan kami bawak znz gi tengok wayang cerita kartun "inside out" ni. Sejak hari tu memang znz suka la kartun tu. 

Dah lama sebenarnya dok mencari buku ni tapi tak kebetulan dengan kami pulak. Dah hari ni rezeki depan mata, beli la sebijik buku "inside out" untuk kakak dan buku mewarna "robocar poli" untuk adik zariff. Haa ni lagi satu kartun kegemaran especially boy. Masa beli buku-buku tu, memang boleh bayangkan dh muka znz macam mane hehe

Jadi, masa balik tu..tak sempat sampai rumah pon. Nik naik ktm kan, turun stesyen shah alam. Kat ktm stesyen tu lagi si kakak tanya "mommy!! What you bought for me???!" Sebabnya, dia nampak nik pegang plastik sambil jalan. Hahahaha. Kakak ni kan, aleet sajerr tau!

Bila buka plastik tu;

Nik: "one for you..and one for your brother"
Zahra: ha??? Inside out?!! I like inside out book!
Zariff: yeaaayyy!!

Yang comel sangat nye, kakak amik buku pastu terus on lampu kereta belakang, duduk belek buku. Tak sabar nk bukak sticker2 tu smua. Nik memang xbagi dia bukak, suruh bukak kt rumah. Hehehe

Si zarriff pulak, excited kemain lah dpt buku robocar poli tu, belek 2 3 kali pastu campak kat pijak kaki hahahaha. Xpelah dik, awak kan kecik lagi. Mama maafkan. Mama tak kesah janji awak pandai haa camne?? 

So..malam ni..activity melayan kerenah znz menconteng lerr jawabnye!


Heehehe sebenarnya, ini sahajalah ubat dan penawar penat ibu bekerja. 

Tuesday, November 17, 2015

Drawing zara - inside out

0 comments
Date: 17.11.2019
Time: 10pm
Venue: Home sweet home






Dan ini pula lukisan kakak zara semalam...berumur 4 tahun kira oke la ni kan? lukisan dia cute...pandai zara lukis..keep it up sayang!






Monday, November 16, 2015

Little Pony's and Peppa Pig by Zahra

0 comments
Date: 16/11/15
Time: 10.00pm
Venue: Home


Balik dari kerja, perkara pertama yang  kami tanya kakak dan adik adalah...

 Kakak draw apa hari ni? Adik draw sama dengan kakak tak?

Jadi bila anak-anak mula buka cerita tentang kejadian lukisan-lukisan diorang tu, itu semua adalah bnda paling bahagia yang kami rasa.

Turun dari ktm...dan selalunya kene berdiri lah dalam kommuter. Jarang sekali dapat seat, macam biasala kan...masuk kereta dengar celoteh anak-anak ni boleh menghilangkan segala penat, sakit urat di segenap sendi tu. Fuhh...penawar sangat..

Dan bila sampai rumah...benda utama yang kami cari adalah lukisan kakak dan adik tadi tu la. Nak simpan kertas yang diorang lukis tu, tak tau sampai bila dapat bertahan, jadi better kami snap gambar..untuk diceritakan kat dalam blog ni sebagai nota untuk zahra zariff di depan hari.
 
The drawing of the day...

My Little Pony's team...

My little pony ni rasanya semua orang kenal kot. Memang ada ramai geng little pony kan..Tapi seingat nik memang 6 ekor.

Little Pony

Dan ini versi kakak zahra punya, cukup 6 ekor little pony tapii dengan versi imaginasi dia lah. Kalau perhati betol-betol, siap ade cuty mark kat bontot pony tu kan? hehehe. Lain-lain cuty mark dia. Creative awk ni kakak zahra!



The Peppa Pig Family

Kalau siapa-siapa yang kurang familiar dengan kartun peppa pig ni, boleh google. Karakter dalam kartun ni ada Daddy Pig, Mommy Pig, Peppa Pig, George and Alexander.

Mungkin parents lain, anak-anak diorang dapat draw lagi hebakkk dari ni. Tapi, hasil kerja anak-ank kite sendiri..Tuhan sahaja yang dapat tahu betapa gembira sangat mama dan papa dia nnih. Alhamdulilah..bangga sangat dengan zahra zariff. 

Untuk kakak yang baru sambut birthday ke-empat beberapa hari lepas, dapat menghasilkan lukisan family potrait macam ni sangat mama bangga..

Rasa kembang segala lobang! haaa...bleh imagine? Lobang hidong ye!! hehehehehe

So..

Pesanan mama dan papa buat znz pada hari ini ialah...


"Keep it up girl and boy! I know both of you are very great!!"

Love you...

Bye!


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...