Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 16, 2017

Tanglung Zara

0 comments
Date:16/1/17
Time:
Venue: 

Balik sekolah tunjuk dia buat tanglung sempena CNY.

Terkejut mama tau..pandai dahhh kakak...hehe

Pastu dalam kereta, dengan bangganya tnjuk kat zariff, dah tu zariff pulak kemain wow tengok kejadian tanglung kakak dia. haha comel..







 

Sunday, January 15, 2017

Sungai Congkak

0 comments
Date:15/1/2017
Time: 10am
Venue: Sungai Congkak

Gambar family wajibla ada

Hoi..gemukknyeeee

Saya pakai pink hari ni hehe

Ni je airnya..tapi sejuk tahap beku!

Dari kiri, Cikda dan Rayyan, Fida, Kak Ina, Adda, Nik, Noor dan Amanda. Depan plak, kakak ayang, airiss, airil, aiman,nisha dan abang danish.


Tuesday, January 10, 2017

Domino Pizza

0 comments
Date:10/1/17
Time:8.30pm
Venue: Domino Pizza

Malam ni ikut selera makan zara zariff. Eh...memang setiap hari pon akan ikot selera makan diorang. 

Kami  balik kerja, sebelum balik rumah mesti tanya zara zariff dulu nak makan apa. Hari ni diorang nak makan domino, nak take away taknak pulak. Nak makan situ.

Memang dua-dua suka pizza. Suka sangat.

Tengok..

Selera...

BBQ memang feveret..

Suka cheese banyak
 

Friday, January 6, 2017

[6 weeks] Alhamduillah rezeki Allah!

0 comments
Date:6/1/2017
Time: 7.30am
Venue:Home

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...

Memang dah sangka..sebab period dah delay dalam 2minggu lebih. Memang dah agak macam nak dapat rezeki menggunung.

Petang semalam beli UPT (Urin Pregnancy Test), kat kedai depan ofis tu ja. Pagi tadi terus check dannn...syukur..


Memang dah plan nak bagi ZnZ ni adik..sejak last year memang usaha. To be exact sejak celebrate besday zariff, memang tekad nak baby.

Tapi xde rezeki lagi...

Tapi sekarang alhamdulillah...Allah dah bagi hadiah terindah ni..syukur..

So far...sepanjang suspect pregnant...memang takde tanda2 alahan. Tu sebab nik dan husband pon macam surprise sangat!

Nanti update lagi pasal pregnant ni ye..bye!

Tuesday, January 3, 2017

Hari pertama di Q-Dees

1 comments
Date: 3/1/2017
Time: 8.30am
Venue: Q-Dees Seksyen 11 Shah Alam 

 Peluang terakhir untuk awak Iman Nur Zahra. Dah masuk 6 tahun, zara dah kene focus dengan sekolah. Sebab hujung tahun ni akan ada peperiksaan besar untuk menentukan zara masuk kelas mana darjah satu nanti.

Bangun pagi ni, mama nebes..nebes yang amat sangat. Mungkin parent lain akan rasa excited, tapi kami husband and wife rasa sangat berdebar. Masa solat subuh, doa dengan tuhan supaya kakak zara in a good mood. Masuk sekolah elok macam orang lain.

Disebabkan malam tadi kami dah pujuk zara tido awal seawak jam 10.30pm, pagi ni zara bangun awal pagi. Kol 6.30am dah bangun sama dengan mama yang nk solat subuh. Terus ajak zara mandi, mula-mula nangis kejap sebab sejuk taknak mandi. Pujuk kejap saja pastu dh ok.

Bila part pakai baju sekolah pulak, dia sentap terus taknak pakai baju. Subhanallah, takotnya. Tarik nafas panjang2, pujuk zara...cakap nak gi school baru kejap je..mama dan papa pon ada sekali. Then zara tanya:

Zara:  "Mama masuk sama2 dengan kakak??".. 
Mama: "Ye..mama, papa, adik semua masuk sama2 dengan kakak"



Then dia ok dan terus pakai baju. Mintak nak ikat tocang dua rambut dia. Okeh..layan sajalah walaupon hakikatnye mama xgemar sangat fesyen tu..semak nanti.


Bila turun bawah..papa suruh kakak breakfast..minum milk coklat dengan roti tapi dia taknak..takpela..janji dia xmoody dan tak nangis. Bila masuk kereta, on the way ke school...mood kakak zara pon masih ok..Ya Allah leganya...

Mintak nak selfie tapi kakak zara taknak - taknak paksa..nanti moody tak pasal2!

Sampi kat gate sekolah, masuk sama-sama dalam school. Kat pintu school tu, mama saja buat lambat2 masuk, zara tunggu ke kt muka pintu (sah xboleh xmasuk, kene masuk jugakla ni). Bila masuk dalam, elok saja kakak zara cari tempat kawan-kawan lain duduk, survive je sorang-sorang kat situ. Walaupon pada mulanya dia sorang-sorang takde kawan. huhu

Comel je..sorang-sorang kat tengah tu. Ayuu je hehehe

Tempat kakak zara duduk tu diorang namakan play area. Tempat berkumpul bila nak balik sekolah atau sebelum masuk class. Lama jugak dok area ni, students semua pon tengok tv je dulu. Cerita minions..nasib baik..kakak suka minions kan hehe

Makin lama sikit, student makin ramai datang

Kakak zara pon  nampaknya dah makin ok...dah boleh bukak2 kaki dah gayanya tu..

Dah cukup semua orang, teacher suruh semua line up untuk masuk class. Kakak kat hujung sekali tu..line pertama.

Mama yang masih setia menunggu dan lihat gelagat kakak hehe
Classroom untuk student 6 tahun kat atas. Jadi, kakak line up...tangan kat bahu sambil jalan naik atas. So, sementara diorang kat atas tengah belajar, kami kat bawah ni menunggu dengan setia. Jauh di sudut hati ni merana jiwa raga mengigatkan keadaan kakak kat atas tu. I really hope she will be fine!


 Haa...adik dengan papa ada ni..kat luar. Taknak masuk dalam. Nak tunggu kat luar. Papa cakap takot kakak buat hal nangis kalau tengok semua orang ada kat situ. So kasi mama saja yang handle mood dia.

Bila lama sangat tunggu kat luar, kami masuk dalam bertenggek ramai-ramai dengan parent lain sekali depan cctv. Monitor kakak kat situ.


 Kalau dalam CCTV tu, class kakak kat Camera 5. Camera tengah paling hujung belah kanan. Atas camera yg video loss tu. Papa dan zariff pon join tengok kakak dalam class depan cctv ni. hehe..Lega sangat2 bila zara tak nangis macam sekolah2 sebelom ni. Syukur sangat!

Lama kemudian tu, ishh..jiwa mak2 ni meronta2. Rasa nak naik atas nak tengok kakak dalam class plak! haha..lantak la cikgu nk cakap apa sekalipon.

Kebetulan diorang tengah makan2..
Mula-mula bukak pintu, kakak zara xexpect mama dia akan masuk agaknye. Wat derkkk je. Mama perhati je...sekali bila dia perasan tu..terus bangun lompat2! Ok..now mama confident yang awak memang betol2 suka..

Layan elok plak kek ni..mentang2 makan berkawan hihi
Ok..now mama boleh turun bawah dan tunggu kakak dengan aman damai. Bila habis waktu sekolah, excited kakak keluar. Teacher bukak pintu, pandai2 je keluar cari kasut dan cari kami..aaaa happy nyee..

Nampak tak? muka smiling tuu hehehe
Cepat2 cari papa dengan adik dia yang tengah tunggu kt gate hehe
sempat plak dia nk main playground tu kejap

Kat Rumah

Balik rumah, of kos mama tak sabar nak tanya apa kakak buat, belajar apa...teacher nama apa..bla bla bla..and the list of QnA will go on..and on..

Kakak pulak cerita dengan gembira..tak macam sebelom ni! Kali ni...dia cakap nk gi lagi sekolah! haaa leganyaaa

Masa dalam kereta lagi kakak cakap, "mama..kakak ada surprise untuk mama" rupanya  ni...comel!

First q-dees art work

Kakak cakap dia buat bunga..comel!

Monday, January 2, 2017

Sawah padi yang mendung

0 comments
Date: 30/12/16
Time: 4.30pm
Venue: sawah padi kg alor bakat

Kebosanan melanda kami anak beranak hari ni. Kat kampung, znz terus mati kutu tak tau nak buat apa. Tv bukannya diorang mengadap sangat.

Mama takpelah, boleh lepak sambil bergosip, hehehe tp anak-anak apa lah sangat yang diorang boleh buat.

Zara ok lagi, jarang nak complaint kalau bosan, dah pandai adapt dengan environment agaknya. Tapi kalau zariff susah sikit. Nak berkepit setiap masa. 

Tiba-tiba hujan berhenti dalam jam 4 lebih macam tu, zariff mintak nak naik motor pusing kampong. Papa pulak malas nak naik moto, jadiknya bisingla dua beranak tu. Sorang ajak naik moto, sorang taknak bawak. 

Sudahnya, nasib baiklaa ciksu bella, penyelamat keadaan kami. Ciksu turun bawak kunci moto, ajak jalan2! Hoyeahh!!

Bukan zara zariff saja...mama pon nak ikot sekali!! Haha


Kemain tebal baju zariff tu, ciksu pakaikan sweater dia. Taknak bagi zariff sejuk. Almaklumlah, zariff ni kalau bab hujan ni agak sensitif. Tak boleh terdedah sangat. 


Hahaha tengok kakak zara tu, asal ajak selfie je buat muka comel camtu. Lawak sangat la tu ek?? Haha


Kami pusing sampai area sawah padi yang terbentang luas belakang rumah papa. Dulu pernah jalan-jalan naik moto kat bendang jugak, tapi belakang rumah mama.


Cuba tengok awan kelabu tu, walauppn 
suasana yang agak mendung kelabu, kami gagahkan juga demi anak-anak kebosanan.

Ni lah salah satu pengalaman yang wajib kami ulang untuk kenangan znz. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...