Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, February 19, 2017

Muka ketenangan ZnZ

0 comments
Date:19.02.2017
Time:
Venue:

Terapi mata, hati, jiwa dan raga seorang ibu atau bapa...adalah dengan menatap muka anak-anak yang sedang tidur. Begitu jugalah dengan mama. Suka tengok awak berdua tidur. Lena..tenang...

 Alhamdulillah...rasa bangga dapat besarkan kamu berdua dengan sihat walafiat sempurna. Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi kerana mengurniakan cahaya mata yang tidak ternilai ini.

Ya Allah...Engkau berikanlah keberkatan untuk anak-anak ku di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin2!




Petang ni bawak zahra dan zariff main di taman empangan putrajaya. Bagi minda tenang sikit. Terapi juga untuk kami, tengok anak-anak bermain dan membesar di depan mata. 

Bawak basikal cam biasa..boleh pusing-pusing seluruh taman.


 

Saturday, February 18, 2017

Koleksi kereta zariff

0 comments
Date:18.02.2017
Time:
Venue:

 Happy weekend you all!!!

Buat apa ye korang-korang semua? Kami hari ni nak masak pn barang basah tak ada apa benda pon. Sudahnya, kejap lagi baru nak kene keluar NSK cari stok makanan kat dapur.

Sebelum tu, layan la zahra dan zariff main kat rumah. Kakak pon hari ni tak sekolah, pulun la tengok tv, main mainan dan segala tu.



Tengahari baru berpeluang keluar NSK.



Sedap betol buah buahan segar ni. harapan boleh la makan mcm ni selalu.
Hehehe...bercinta nk makan buah. Mama ni bukanlaa sejenis suka buah atau sayur. Sejenis karnivor suka daging! tp hari ni sebab geram tengok buah kt NSK yang ada macam-macam pastu murah pulak, haiiihhh rasa nak beli semua lah! ehhehe

Tuesday, February 14, 2017

Jemput kakak balik school

0 comments
Date:14.02.2017
Time: 2.30pm
Venue: Q-Dees

Disebabkan ada hal-hal tertentu yang penting nak di selesaikan dengan papa nya, mama dan papa harini bercuti. Tak kerja. 

Yang seronoknya harini, mama dapat jemput kakak balik dari sekolah. Yeayyyy!!!

Perasaan sangat gembira tau, bukan senang mak-mak yang bekerja ni dapat jemput anak dari sekolah. Ok, memang sangat jelous dengan mak-mak suri rumah tau..i is jeles!


Ha...tengok tu muka kakak...elok sangat la awak buat macam tu? Nasib baik mood mama tengah ok tau...Pastu tengok zariff pulak. Zarif kalau naik kereta peel nya macam tu la.. Sejak-sejak dah besar ni, tak berapa suka duduk dalam carseat. Huhuhu


Tapi..pantang orang cakap nak amik gambar, laju laa dia ready. Hehhe

Pastu kat rumah kan, ada benda sweet happend..

Kakak zara ni memang sifat semulajadi dia suka melukis, hari ni yang buat mama terharu bila tengok drawing kakak buat family potrait dan ada gambar baby...aaaa sweet!!


Ye ofcourse kakak zara dah tau yang dia bakal nak dapat adik baru. Excited dia memang mengalahkan orang yang tak pernah ada adik. Walhal dia tu dah adik zariff..adik dia haha

Hmmm sebenarnya, bukan awak sorang je yang tak sabar nak dapat adik baru kakak oi..mama ngan papa pon sama! Dann ofkos...zariff pon!!


 

Sunday, February 12, 2017

Shopkins atas almari mekap

0 comments
Date:12.02.2017
Time: 8.30pm
Venue:HOME

Hari ni kita layan kakak zara main shopkins. Tak faham apa yang menarik nya dengan shopkins ni, tapi bila dah dia susun atas rak almari kecik ni, mungkin dia nak jadikan suasana mengikut apa yang dia imagine la kot.

Apa-apa pon...mama simpan gambar ni sebagai kenangan bila awak besar nanti awak tengok macam mana awak main dengan shopkins2 awak ye kakak.




 

Saturday, February 11, 2017

ToysRus Sunway Pyramid

0 comments
Date:11.02.2017
Time:
Venue: ToysRus Sunway Pyramid




Thursday, February 9, 2017

Steam iron amway

0 comments
Date: 09.02.2017
Time: 2.00pm
Venue: Home

Hari ni kan...pom pom...encek posmen datang...ingat kan barang apa yang sampai rupanya Philip Steam Iron!! Yeaaaa!!!

Tak sabar laa haaii nak pakai iron magic yang tengah hangat di pasaran sekarang ni. Orang cakap iron ni boleh iron baju 5pasang sekaligus. Boleh tindan-tindan je..pastu zass!! iron sekaligus..siap.

Tak perlu nak balik2 belakang depan...menarikk...

Harga ahli RM1650..gulp..mahai.. Tapi tak beli cash pon sebab tak mampu laaa.. beli pakai cara kutu ja. hehe. Kita nombor lassstttt sekali..hihi...sukaa!

Tuesday, February 7, 2017

Rasa bersalah sangat huhu

0 comments
Date: 7/2/2017
Time: 10.30pm
Venue: home sweet home

Malam ni saja nak bukak kisah sedih. Pregnant kali ni, memang tak tau kenapa..jadi cepat marah sangat2. Especially kalau dengan zariff. Ya Allah memang kira macam perbuatan dalam sedar. Boleh faham tak macam mana? Ala-ala macam orang meroyan pon ada.

Zariff memang manja, suka cium-cium. Pastu dia kan breastfeed sangat lama. Selama 3 tahun kan. So habit nak melekat tu masih kuat. Pantang nampak kita baring sikit je, datang peluk pastu cium2 nenen. (Upss menyeksi pulak). Cium dari luar je..amik bauu. Kalau dulu kita takde la rasa hangin sangat. Sekarng ni Yaaa Allah..memang tak boleh. Jadi emo dengan tiba2. Kesiannn zariff...

Tiap kali nik marah dia, tiap kali tu laaa dia nanges..lari telengkup muka kat bantal atau sofa. Nanges sorang2. Sedihhh tauu.

Pastu suka sangatlaa dia nak tarik perhatian kita ni dengan hantuk2 kepala dia kt perot la..kt peha la..kt dada laa..selalu kalau sakit pon nik gelak je, tp kali ni memang marah beriya kat zarif. Tak tau kenapa macam kene rasuk plak. Kesiannn sangat. Huhu


Now dia tengah tido, nik belek2 muka dia..sedihh sebak sayu semuanya ada. Maaf ye zariff..mama pon xtau kenapa jadi baran sangat dengan awak kali ni. Sorriiii sangat2. Mama sayang awak laaa..sayang sangat2 hingga tak terkata2 dengan apa2 sekalipon. Huhuhu

Kakak zara pulak...dia memang terkenal sifat manja suka nanges dan mengada-ngada tahap dewa tu kan. Tapi kali ni miracle sangat. Subhanallah!! Kakak tiba2 sangat matured. Kuasa tuhan. Mungkin dah rasa yang tanggungjawab dia bakal bertambah sikit masa lagi, so dia sangat bagus san tak buat hal. Terharuuu sangat2. 

Ok now mama dah start rinduu dengan zara zariff mama yg lama..my god!! 

Ok..sebelom banjir bilik ni..dahh. Tak nak tulis lagi dah. Good nite all. Mmmuah!!

Sunday, February 5, 2017

[8 week] - First time scan baby

0 comments
Date: 05.02.2017
Time: 2.00pm
Venue: Klinik Nadi Iman

3rd Pregnancy Diary : 8 Weeks

Alhamdulilah!!!!

Gembira tak terhingga dan tak terungkap!!

Hari yang dinanti-nantikan, kami semua nak tengok baby!!!



Alahai....comel je baby kat dalam tummy mama.

Kakak dan abang macam speechless tengok adik dia berenang-renang dalam perot mama. Kecik lagi size nya..comel je. Tapi alhamdulillah..sihat walafiat.

Kat klinik, kakak dan abang langsung tak keluar sepatah perkataan pon. Doctor je yang beriya-riya tanya diorang. Tapi diorang senyap je. Macam krik krik...

Tapi bila  balik rumah...haa tak berhenti cakap pasal baby. hehe..

Tak sabarnya nak tengok baby besar dalam perot...nak tau kawan abang ke kawan kakak hehe

Wednesday, February 1, 2017

First scan for the Third

0 comments
Date: 1/02/2017
Time: 12.30pm
Venue: Klinik Nadi Iman - Shah Alam Seksyen 23 

Sebelom cite pasal anak no 3, nak overview activity no 1 dan no 2 dulu. 

Harini patot nya si kakak ni sekolah, tapi memandangkan baru malam tadi sampai shah alam dari kampung halaman, jadinya harini mama kasi can...rehat-rehat saja dulu. 

Sempena hari wilayah ni, mama tak keje. Tapi selangor kerja macam biasa, jadinya ingat nak buka buku pink la. Sebab sekarang pregnant minggu ke 9 nak masuk 10 minggu dah.


Favourite roti canai zara cam biasa la, roti telor

Zariff pulak sejak kecik lagi memang tak suka telor, jadi roti kosong je la untuk zariff.

Pagi-pagi, bangun tido bawak zara zariff gi makan roti canai dulu. Roti canai kat kedai bertenggek tepi jalan ja. Nampak macam cokia tapi legend ni. Memang ramai betol orang datang makan sini. Bagi kitorang satu family, roti canai pakcik ni jauh lagi sedap dari roti canai mamak..

Lepas makan kenyang-kenyang, kami singgah di Klinik Nadi Iman kat seksyen 23. Sebelum ni tak tau kenapa memang tak perasan dengan kewujudan klinik ni.

Dua-dua anak pon checkup kat klinik umra seksyen 13, jauh sikit dari rumah. No 3 ni nak buat kelainan sikit. 


Dapat tau pasal klinik ni pon dari ciksu wani yang pernah buat 3D-4D scan baby izz aariz dlu-dlu. Jadi kali ni mama tekad nak checkup kat sini je.

Sementara tunggu nurse panggil masuk bilik doctor..aihh kagum pulak layan decoration kat dinding-dinding klinik. Cantik..kemas dan kreatif. Ada perasan jugak logo "persatuan klinik-klinik islam". Macam yakin lebih sikit.





 Kakak zara dan abang zariff...cuba tengok tu. Kemain lagi diorang tu, mentang-mentang takde orang kat klinik. Kat sini xboleh pakai kasut sebenarnya. Tapi mula-mula tu kami xperasan. Maluuuuu...

Bila doctor panggil..mama paling nebes. Nebes dengan pelbagai kemungkinan. Sebab kali ni macam tak rasa sicknes sangat. So risau...lagi-lagi memang tak pernah tengok baby lagi. So macam-macam fikir.


Bila mula-mula doc sentuh perot, doctor ada cakap "dalam 9minggu lebih ni, puan mungkin akan nampak tangan baby je, sebab kaki dia mungkin xkeluar lagi". Hehehe lega jugak atleast dah dapat tengok ada heartbeat pon dah takpe.


 Tapi masa scan, terkejut ok! Bukan setakat heartbeat je jelas, tangan...kaki..kepala..bdan semua dah terbentuk! Doctor pon jerit cakap "ehhh dah ada kaki laa puan!!" hahaha semua orang excited tau. Seronok...dan ofkos...mama wajib laa nanges kegumbiraan! hehe.

Subhanallah...syukur sangat..Alhamdulillah!!! Baby sihat walafiat dan super duper active! Kaki tangan gerak kemain laju! kalau dulu sempat tengok zara zariff kecik sgt dlm perot, siap berenang melantun-lantun dalam kantung. Kali ni...scan je haaahh?! dah besar dh baby. Dah cukup berat untuk tak boleh melantun. Menempel je kat area bawah kantung hihihi... 

 Last tu..doctor bagi kami dengar bunyi degupan jantung baby...Allahuakhbar....indahnya ciptaan Mu ya Allah...jantung baby sangat jelas...sangat sempurna Alhamdulillah..

Terharu...

Dan yang paling happy dengan kehadiran baby kali ni adalah Kakak dan Abang awakla...

See u next month ya baby! 

Lepas keluar dari klinik ni, nak ke klinik kesihatan daerah pulak. Nak bukak buku pink. Bermula laa episod checkup. InsyaAllah..


Klinik Kesihatan Daerah

Rutin seperti mengandungkan kakak zara dan abang zariff, process kali pon sama sahaja. 

1. Bawa gambar scan dari klinik swasta untuk bukti mengandung dan detail-detail nye untuk memudahkan urusan nurse di klinik untuk confirmation.

2. Timbang berat badan dan urine test. Masih sama juga. 

3. Ambil darah untuk tentukan tahap kesihatan.

4. Isi details kat buku pink.

Ni sebagai summary:

Berat mama - 71. 9 kg (yaaa ampun...kegemukan melanda)
Tekanan Darah - 110/70 (normal katanya nurse)

Next appointment ialah 1.3.2017.

Bye!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...