Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, March 30, 2017

Smurf visit kat school kakak

0 comments
Date:30/3/17
Time:
Venue: Q-Dees Pre-school

Balik rumah tadi kakak cerita yang smurf datang melawat sekolah dia. Bukan main seronok zara cerita. Suka...suka sangat dengar zara update pasal perkembangan sekolah.

Dari umur 4 tahun sampaila umur 5 tahun, selalunya kami yang terhegeh-hegeh nak tau apa yang berlaku kat sekolah, tapi zara tak pernah nak cerita. Tapi kali ni lain sangat. Zara hari-hari update apa dia buat kat sekolah. Perasaan kami mama terkesima laa..

Masuk ofis hari ni, check instagram sekolah zara. Nampak teacher ada update gambar-gambar smurf visit semalam. Seronok bukan semua ye. Alhamdulillahh..

Dalam banyak-banyak gambar tu, ada terperasan gambar zara bergambar dengan kawan-kawan classmate dia. 

Dapat buku activiti sorang satu. hehehe. Padanlaa malam tadi sibuk je...sibuk dok tulis kat buku baru tu...katanya ada smurf musim baru nak kluar 6hb april ni. Dan dan pulak zara suka smurf sekarang hahaha...   



Tuesday, March 28, 2017

[17 Weeks] Checkup 3 kkia

0 comments
Date: 28.03.2017
Time: 10am
Venue: Klinik kesihatan daerah

[17 Weeks of pregnancy]

Checkup harini, semuanya alhamdulillah..result semua positive. Semua keadaan baik-baik saja. Baby pon sihat alhamdulillah..Mama masih lagi sakit kepala tak hilang. Cuma selera makan ada sikit meningkat kali ni.

Summary:
Berat mama - 71.5kg
Tekanan darah - 120/80 (dh makin naik sikit dr bulan lepas)
HB - 12.0 (pon cantekk bacaannya)

Notes dalam buku pink:
1. Balance diet
2. Jika sebarang pendarahan, segera ke hospital
3. minum susu 2-3kali sehari untuk keperluan kalsium
4. Banyakkan rehat dan elakkan menjalankan kerja berat
5. Teruskan pengambilan nutrisi
6. Datang ke klinik mengikut tarikh appointment

Dikkk...dalam tummy baby baik-baik ye...good2 saja tau..

Love you!

Friday, March 24, 2017

Day 3 - Rota Virus

0 comments
Date:24/03/2017
Time:
Venue: KPJ Pakar Perdana
 
Tak dinafikan, kali ni Zariff bosan sikit sebab sepanjang masa kene drip.
 
Even hari ketiga pon, tangan masih kene ikat dengan wire dan jarum drip tu, so awak kene tabah ye zariff. Mama faham sangat-sangat. Kesian zariff tapi nak buat macam mana.
 
Kebiasaannya, kalau kene admit kat hospital sekalipon zariff masih boleh gerak bebas. Bosan pon boleh keluar jalan-jalan. Tapi ni, duduk jelah atas katil tu ek. Siannn..


Kakak pon faham yang adik tak boleh main kejar-kejar lagi harini, nak gaduh-gaduh pon boleh. So elok pulak berkawan. Selalunya mana boleh duduk sama-sama dekat macam tu! Macam perumpamaan "Anjing dengan Kucing!" Tak boleh dekat mesti gaduh. Tapi ni zara pon macam faham yang adik dia tak sihat.




 Alhamdulillah, demam dah takde langsung kata nurse. Cuma cirit birit hari ni makin berkurangan. Frequency poo poo tu dah makin kurang. Cuma tahap lendir cecair poo tu masih sama. Doctor nak poo dia keras baru dia sihat.

Hari-hari nurse ade bagi ubat keraskan najis tapi zariff macam tak boleh nak telan ubat tu. Pekat sangat warna putih. huhu


Zara pulak siap-siap bawak buku sekolah. Tulis kat dalam ward sementara tunggu adik dia yang tengah kebosanan. Sweet pulak awk dua beradik ni.
 

Thursday, March 23, 2017

Day 2 - Rota Virus

0 comments
Date: 23/03/2017
Time:4pm
Venue: KPJ Pakar Perdana
 
 Doctor ada beritahu kami yang Rota Virus ni memang takde ubat. Cara nak sembuhkan dia pon, dengan drip je banyak-banyak supaya air tu boleh flush all the bacteria away from his body.

Dalam drip tu ofkos doctor ade masukkan beberapa jenis vitamin untuk zariff dapat tenaga yang hilang tu. Sebab tu la, kat hospital sekarang ni ada vaksin untuk elakkan dari terkena Rota Virus, sebab bila dah kene memang takde ubat. Tak silap nik ada survey kat KPJ Selangor hari tu, ade 3dos untuk Rota Virus ni, dan total harga dalam RM680.

So, nak bagitahu kalau anak korang sejenis yang antibody badan lemah, memang wajib amik vaksin rota virus tu. Kalau dah terkena, susah nanti. Memang kesian sangat2!
 

 
Zariff pon, alhamdulillah hari ni nampak macam mula mintak makanan dah. Mula ada selera nak makan balik..lega sangat..cuma part cirit tu memang nonstop lagi.

Masih berterusan seperti biasa, tiada pengurangan lagi. huhu

Wednesday, March 22, 2017

Zariff warded Rota Virus

0 comments
Date:22/3/17
Time:
Venue:Hospital Pakar Perdana - Kota Bharu

Dari ahad zariff start sakit telinga;
Isnin start demam bengkak tonsil dan cirit birit;
Dan selasa cirit birit makin terok;
Rabu pulak poo jadi warna hijau;

OK....IM DONE!

Kali ni kene bawak gi hospital. Zariff dah tahap layu kuyu segala dah. Nak tunggu bila lagi?? Memang dah tak menahan sangat dah. Zariff pon nampak macam dehidrated ok!

Lagi worst, malam tadi start poo zariff warna hijau macam sayur sawi masak goreng tu. Huhuhu..pelik benar warna poo dia.

Bawak jumpa doctor pakar kat hospital KPJ Kota Bharu. Mintak doctor diagnose. Doc advice lebih baik admit dulu, amik darah..drip masuk air dulu dan doc boleh buat full checkup.

OK..Ini yang kami nak..kami taknak simpan anak sakit kat rumah dengan tak tau apa penyakit. Tak nak tunggu sampai anak merana berhari-hari kat rumah, bukan kita tau pon nk buat apa? Paling-paling tidak pon letak air kat badan, sambil meratap pilu..tu je lah!





Kat hospital. doc masukkan air bagi zariff energy. Kejadian masukkan jarum drip kali ni agak kesian sebab tangan zariff kurus je. Takde isi sangat. Pastu, kulit pon kering je sebab cirit kan? So susah benar bagi doc nak cari urat. Banyak kali try pusing2 jarum semata-mata nak cari jalan. Zariff yang awal-awal macam "serah diri" bak kata doctor, dah mula nangis meraung-raung. Sakit sangatla tu. Sebab zariff yang kami kenal, setakat sakit sikit tu dia boleh deal.

Zariff admitted lebih kurang jam 4.30petang. Start drip. Dapat bilik sharing 2 orang sebab singgle bedded full katanya. 

Takpe, tu semua tak penting. Yang penting doctor dah ade depan mata sekarang ni.

Dalam jam 9.30, nik balik rumah dengan kakak. Papa dia jaga zariff kali ni sebab nik tengah pregnant, so takot berjangkit cirit dengan nik pulak. Dan-dan bila sampai rumah tokma, papa diorang kol cakap yang doctor ada datang inform pasal keputusan ujian darah tadi.

Zariff positive Rota Virus!

Allahuakhbar!!

Zariff....kesian awak zariff! Dugaannyaa laaa untuk dia...macam-macam awak lalui sepanjang umur 3thun setengah ni. Tiba-tiba rasa menyesal, kenapa laa tak bawak datang semalam-semalam lagi!!!! uwaaa!!!

Tuesday, March 21, 2017

Zariff cirit birit

0 comments
Date:21/3/17
Time:10am - 3pm
Venue: Kota Bharu - Kelantan

Sejak semalam badan zariff panas-panas. Jadi, harini nampak gayanya kami tak boleh gerak balik Shah Alam lagi. Condition zariff makin teruk tu. Bersambung dengan EL (Emergency Leave) lagi harini.

Bukan  nak doa, tapi tak tau kenapa tiap kali kami balik kampong, zariff mudah sangat kene virus, demam atau macam-macam masalah kesihatan. Mungkin badan zariff ni tak boleh lawan bacteria yang ada kat kampong kot. Bacteria kat shah alam dah boleh kata immune dah...


Bangun pagi ni, zariff masih tak boleh bangun dari katil. Lemah je..kesian pulak dia. Malam tadi, bercampur dengan cirit sikit. Poo dia cair-cair warna kuning gelap. Hmmm risau banyak dah sekarang. 


Masa kami mula-mula sampai kampong pada 18hb hari tu pon, memang ada beberapa anak sedara belah papa diorang dah start sakit perot cirit birit. Tapi masa awal-awal tu kitorang dh mula elak dari kongsi tandas dengan sepupu dia. Takot berjangkit. 

So alhamdulillah, sabtu tu memang takde apa2 lagi. Sihat walafiat hingga wedding ciksu pon anak-anak cergas lagi. 
 

Tengahari ni, bila nampak makin terok, kami bawak zariff lagi sekali. Kali ni zariff muntah dalam kereta. Habis dashboard depan ngan seat kene muntah. Zara pulak ikot sekali. Bau adik muntah, tak boleh tahan agaknye terus muntah penuh seat kt belakang pulak..huhu kesian anak-anak.

Kat klinik doc bagi ubat cirit birit sekali dengan tahan muntah dan segala bagai air garam. Tapi zariff reject ubat. Paksa minum pon dah muntah balik. Badan makin lemak dah. 


Balik dari klinik tadi, tak bagi dia naik atas rumah. Bagi dia dok bawah pokok amik angin segar. Kesian kat dia asyik terperap kt dalam sementara tunggu nik basuh muntah dia dalam kereta. 

Tengokla keadaan zariff...layu je..sedih sangat2.

Malam ni kami tekad, kalau masih cirit birit dan muntah2 lagi, esok nak bawak pergi hospital. Jumpa doctor pakar terus..

Monday, March 20, 2017

Kenduri Kendara di kelantan

0 comments
Date:20/3/17
Time: 2.00pm
Venue:Pengkalan Chepa

Alhamdulillah harini zariff cakap telinga dah ok. Jadi, sementara masih bercuti, bolehlaa jalan-jalan kat kenduri dulu barang sebiji dua rumah ye tak? hehe

Malam karang dah nak balik Shah Alam. Tapi, ada masalah sikit. Harini badan zariff macam panas sikit. Macam nak demam camtu..risau takot sebab telinga dia tu.


Sempat gi satu kenduri kahwin adik kawan kitorang kat Pengkalan Chepa.


Pastu menyinggah pulak kat rumah kawan buat kenduri kesyukuran sempena naik rumah baru. Kakak Zara memang happy lah dapat balik kampong..jalan-jalan kat kampong. Tapi tak berapa nak happy sangat bila zariff start demam..huhu

Balik rumah petang tu, zariff dah start semput dan panas giler badan dia. Kami masukkan ubat demam kat bontot bagi suhu cepat turun sebab malam karang nak gerak balik. Esok kitorang dah kerja.

Dalam jam 10 malam...zariff makin panas. Walaupon dah masuk ubat jet tu, badan makin naik..macam pelik. Kami bawak gi klinik lagi sekali, sebelom gerak balik just nak make sure zariff ok. Rupanya doctor cakap tonsil dia dah bengkak. Maybe sebab infection dalam rongga telinga tu kot. Now merebak pulak kat tonsil.

Zariff kan memang ada masalah tonsil sensitif. Pernah kene admit pon disebabkan tonsil ni.huhu...sedihh

So, kami buat keputusan untuk amik Emergency Leave untuk esok, sementara zariff tak sihat ni. Takot lagi nk bawak dia jalan jauh balik Shah Alam..

Kite tengok keadaan esok jela...harap2 beransur baik..Amin!

Sunday, March 19, 2017

Zariff sakit telinga lagi

0 comments
Date: 19/3/17
Time:
Venue: Klinik perdana - Kota Bharu

Malam tadi, tengah lepak-lepak depan TV rumah tokma chom, tiba-tiba zariff mengadu sakit telinga. Haiii....kenapa pulak tiba2 ni zariff???

Dulu..pernah terjadi tau, zariff nangis-nangis kat homestay Melaka masa tu. Malam pulak tu. Cuak sangat yang amat. Katanya sakit telinga. Dok nangis-nangis laa cakap sakit telinga. Kitorang ni pulak risaula takot ade serangga masuk telinga dia.

Suluh kemain dah dengan lampu, memang harusla tak nampak kan? Hingga la zariff tertido. Kesian dia, nak bawak gi klinik...pusing-pusing area situ xde jumpa klinik pulak..huhu. Sudahnya, tengah malam buta tiba-tiba zariff bangun nangis lagi, cakap sakit telinga. Kami yang dah tak tau nak buat apa, masukkan air dalam telinga dia..senyap jap dan smbung tido.

Esoknya bangun pagi tau apa keluar? berlambakk taik telinga keras yang dah cair tu keluar..huhu zariff..zariff..


OK...tu kisah throwback. Malam ni pulak, kami tak tau apa punca sakit telinga dia lagi. Masa tu papa takde kat rumah tokma chom. Dengan berdebar ni nik kol papa dia datang bawak gi klinik dengan kadar segera. Sebab faham kan, anak sakit telinga..camne rasa? Kalau kita orang dewasa pon rasanya tak boleh tahan sakit berdengung tu betol tak?

Masa tu dah jam 11 lebih. Kelantan ni masalahnya, jarang benar klinik yang bukak 24jam! Hadoilaaa....pusing kemain jauh, jumpa laa klinik 24jam. Doc check rupanya gegendang telinga dia bengkak merah2. Memang sakit doc cakap.

Jadi doc bagi ubat titis dalam lubang telinga, sekali antibiotik dan ubat tahan sakit. Terus bagi kat zariff...nampak dia tengan. Legaaa sikit..

Harap-harap esok dia ok...jangan telinga buat hal pulak..siannn.


Tuesday, March 7, 2017

[14 Weeks] Scan kali kedua

0 comments
Date: 7.03.2017
Time: 9.17pm
Venue: Klinik Nadi Iman Shah Alam

[14 Weeks of pregnancy]

Harini mama ada checkup di klinik swasta pulak. Checkup ni mama suka sangat sebab dapat tengok baby mama dalam tummy...

Buat scan 2D pon dah cukup gembira dah. Papa, kakak, abang semua dapat tengok adik dalam tummy. Melompat-lompat..kaki tangan pon bergerak laju. Aktif!

Alhamdulillah..anak-anak mama semua pon aktive kan..

Cumanya...berat badan mama makin turun laa...uwaaa

Summary:
Berat mama - 70.8kg (turun lagi 0.4kg)




Wednesday, March 1, 2017

[13 weeks] Checkup 2

0 comments
Date: 1.03.2017
Time: 10.00am
Venue: Klinik kesihatan

[13 Weeks of pregnancy]

Appointment dengan klinik kesihatan harini. Checkup semua berjalan lancar dan alhamdulillah, baby pon sihat walafiat. 

Summary:
Berat mama - 71.2kg (turun 800gram berbanding bulan lepas)
HB - 11.8 (alhamdulillah hb ok, jauh dari min 10)
Tekanan Darah - 100/60 (normal cuma sedikit rendah berbanding bulan lepas)

Simpton: Sakit Kepala
Simpton kali ni agak sama dengan mengandungkan abang dulu. Cuma kali ni sakit kepala teruk sangat. Sakit kepala berpanjangan sampaikan mama nak buka mata pon takboleh. Level migrain pon ada. Sepanjang masa memang sakit kepala. aduilaaaa.. 

Simpton: Muntah
Muntah memang boleh kata langsung takde lagi kali ni. Awal-awal dapat tau result pregnant tu ada muntah kuning tu sekali dua je. Which is normal. Tapi untuk muntah-muntah loya sepanjang masa atau morning sicknes tu memang takde. Alhamdulillah

Lain-lain semuanya normal.

Alhamdulillah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...