Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Friday, April 28, 2017

Journey to Johor Bharu

0 comments
Date:28/04/2017
Time:8am to 6pm
Venue: KSL Hotel

Dah lama tak datang melawat Jaybee ye? Last datang dalam tahun lepas. Dekat setahun dah kot ye. Kali ni kami bukan datang satu family sahaja. Tapi datang bersama kawan-kawan kelab kereta papa. 

Bergerak dari rumah jumaat jam 8am. Apply cuti tahunan semata-mata nak berjimba hehe. Berkumpul di RnR seremban untuk makan dan bergerak bersama-sama convoy je jaybee.



Sampai di hotel KSL ni dalam jam 2pm. Lama betol perjalanan ye? Walhal jalan xjem pon. Tapi biasalah. Berhenti banyak tempat hehe


Masuk hotel, perkara mula-mula macam biasa semua orang buat lah. Jelajah satu bilik. Check facility dan barang dalam bilik. Okeh, hotel sangat best! Lengkat dengan iron dan iron board. I like..bilik cantek..sukaa.

Sempat landing kejap, pastu lepas asar agak2 dalam jam 5.30 kami turun bawah. Ada pool ok! Siap waterpark bagai wohoaa! Anak2 memang suka laa..







Wednesday, April 26, 2017

[22 weeks] Checkup ke 5 KKIA

0 comments
Date: 26.04.2017
Time: 10.00am
Venue: Klinik kesihatan KKIA

[22 Weeks of pregnancy]


Summary of checkup:
Berat mama - 73.4kg
HB - 11.6
Tekanan darah - 102/62

Keadaan mama, kali ni...muntah pon memang takde, tapi sakit kepala ni masih tak hilang. Pelik sangat sakit kepala kali ni..memang lama betol.

Mengantuk tak banyak sangat macam mengandungkan abang dulu. Pantang letak kepala je tertido, tapi kali ni jarang tido sebab kepala denyut denyut.

Harap-harap sakit kepala ni cepat-cepatla hilang.

Baby dok elok-elok yeee...

Thursday, April 13, 2017

Happy Meal - Smurf!

0 comments
Date: 13.04.2017
Time: 9.00pm
Venue: Shah Alam

Balik kerja, soalan pertama dan paling famous is "Nak makan mana? " or "Nak makan apa?". Sudahnya, bila mama dan papa tak ada jawapan, dan tak tau nak makan mana....soalan tu mesti tala kat dua ketul tu lah.

Dan..semestinya jawapan diorang...kalau tak Happy Meal, KFC. itu jeee lah hahaha. Oh sometimes...zara suka mintak roti canai...hehe







Saturday, April 8, 2017

Shellout D'Raja Klang

0 comments
Date: 8/4/17
Time: 9pm
Venue: Klang

Malam ni papa dengan kawan-kawan ajak ber shellout di klang. Hmm dah lama dah tak makan seafood shellout ni. Layan jugak. 

Rombongan kami ni agak ramai, seramai 13 keluarga. Jadinya terpaksa pre-booked awal-awal takot takdapat tempat. Dari shah alam takde lah jauh mana. 


Sampai sana parking agak susah sebab kedai tu terletak dalam kawasan perumahan. So pandai-pandai cari parking kat tepi2 jalan.


Haha cuba tengok diorang tu. Bincang macam apa. Agaknya papa dok bincang pasal seafood selonggok depan tu kot haha

Meh nak cite pasal harga. Harga sangat affordable okeh!

Set A = 2 orang makan (Rm35)
Set B = 3-4 orang makan (Rm45)
Set C = 5-6 orang makan (Rm55)
Air free!! Nak minum 10jug pon xpe! Hehehe


Zariff paling tak sabar, sebok mintak kopek udang tu. Papa pulak curi2 bukak udang bagi zariff. Curi2 oke! Sebab xstart baca doa lagi. Hehe


Haaa ini laa dia rombongan kami tu. 13 hot mums hehe. Semua sporting tahap dewa peringkat 8! Sukaaa! Makan ramai2 lagi best!


Masuk-masuk kedai tadi ade nampak tuan kedai siap gantung banner ni tau! Reserved atea utk keluarga kami. 

Alhamdulillah..semua berjalan lancar! Best!

Walkie Talkie pulak...haha

0 comments
Date:
Time:
Venue:






Friday, April 7, 2017

Al-Fatihah jom!

0 comments
Date:7/4/2017
Time: 8.00pm
Venue:Home
 Sejak-sejak mama pregnant kan baby ke tiga ni, rutin balik seperti pregnant si kakak dan si abang lah. Lepas alahan je, mama start baca quran. Tak khatam satu quran pon selalunya. Baca selected surah je.

Seperti surah Yasin, Luqman, Yusuf, Maryam..

Malam ni, ada orang tu nak join baca quran, selalu tak bagi mama amik gambar. Tapi malam tadi sebab terlalu khusyuk agaknya...berjaya snap! 

Hahaha tengok....ustazah Zahra...selalunya princess Zara...kiki

Alhamdulillah...she can read Al-Fatihah well. Cuma sometimes ade jugak 

Birthday celebrations

0 comments
Date:2/4/17
Time: 5pm
Venue: Taman Empangan Putrajaya

Harini ada birthday celebrations untuk anak kawan2 mama papa. Boleh kata kawan zara zariff lah jadinya. Hehe

Seramai 4 orang sambut birthday bulan ni. Jadi kami buat sekaligus, potluck. Baru best kan?


Ni la kek-kek birthday boys and girl tu. Cantek kek semuanya. Kami memanh penggemar kek cantik. Rasa belakang cerita sebab kalau nak kek sedap saja, anytime pon boleh beli kan? Tp untuk buat kek tema ni, setahun sekali je, itupon untuk anak!


Ni la suasana persiapan majlis tu. Seronok sebab sama-sama gantung belon, sediakan food dan borak ramai-ramai. Semua sporting!



Ni pulak majlis nyanyi2 untuk birthday gitl and boys. Seronok!


Ninpulak food, semuanya pon sedap! Paling win is laksam kelantan tu. Samosa tu pon terbaekk wei!



Saturday, April 1, 2017

Parent-Teacher day at Q-Dees

0 comments
Date:1/4/17
Time:9am - 1pm
Venue:Q-Dees Pre-School

Dah lama rasanya tak update pasal perkembangan sekolah zara. Sementara pagi tadi ada perjumpaan antara cikgu dan ibu bapa, lebih baik terus update kt blog supaya tak lupa komen2 dari cikgu.

Pendekkan cerita, pasal perkembangan sekolah zara kan, Teacher Emma (guru kelas 6 tahun) cerita yang Zara so far sepanjang masuk sekolah, tak pernah lagi buat hal. Maksudnye, tak pernah nangis dalam kelas, tak pernah tak nak belajar, tak pernah meragam..segala-galanya tak pernah! Semuanya ok, ikot arahan teacher, baik dengan kawan-kawan.

Subhanallah! Kami husband and wife memang pernah cakap dengan principal q-dees ni, kami tak expect lebih-lebih pon untuk zara ni, sebab sebelom ni dia memang bad history dengan sekolah lama. Tak salahkan sekolah, tapi totally salah dia sendiri. Memilih, tak kawan, tak nak belajar, meragam tak tentu pasal. Gi sekolah nangis, kluar sekolah pon masih nangis. Kadang-kadang kalau papa dia g amik kat sekolah, orang lain tengah belajar tapi dia tengah tido. So bayangkanlaa...huhu

Tapi bila feedback dari teacher2 qdees yang zara sangat ok, seriusly rasa nak nangis nak pelok2 je teacher!!! Terima kasih sangat2!

Membaca/Reading

Zara masuk tadika sejak 4tahun. Tapi sampai tahun lepas umur 5tahun pon masih tak boleh baca. Kalau ikotkan, tadika sebelom ni memang hebat2. Little Caliph, Smart Reader...tapi zara tak boleh nk absorb. Punca boleh tengok pos2 sebelom ni. School bagus tapi zara yg xnk. TAPI...sepanjang 3bulan belajar, now early april kan, zara boleh baca dengan lajunya hokeh! Tak boleh nk imagine macam mana teacher ajar dia. Tapi memang puas hati! English pon boleh baca...malay pn dh ok! Alhamdulilah...bersyukur sangat2!

Mengira/Mathematic

Ok yang ni satu lagi. Memang nik suka sangat2. Diorang ni tak banyak homework pon setiap hari. Kadang-kadang seminggu tu takde langsung pon, sekali sekala bila zara wt balik buku kerja sekolah dia...pergh! terjojol bijik mata tengok silibus. Advance sangat!Tapi...yang peliknya zara dengan senang je tulis jawapan...buat kira-kira tu. Ehh memang salute sgt kt teacher2 diorang ni. Macam mana la teacher ajar...tiba2 je dah pandai kira. Dari tambah, tolak, pecahan, puluh dan sa. Darab dengan bahagi nik tengok dlm bln 5 start belajar. Sekali lagi rasa nk gi pelik cium je teacher2 tu tau!

Agama Islam/Islamic Studies

Zara ade amik clas iqra untuk pelajaran tengahari. Dalam kelas tu belajar baca quran, doa2 dan solat. Dulu memang zara dh masuk sekolah islamic pon. Tapi sebab masa tu baru 4tahun agaknye, dia pon tak amik port mana. Tak belajar, tak nak focus..nanges je manjang. So memang kitorang tak nampak apa-apa perubahan. Sekarang alhamdulillah, pandai Alif Ba Ta, kenal huruf2, ingat beberapa doa basic. Pada kami tu dah cukup untuk umur dia. At least tau nak solat, tau nk baca doa. Kalau tidak..memang dia tak suka!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...