Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, August 30, 2017

Zaffri hari ke-4

0 comments
Date: 30.08.2017
Time: 3pm
Venue: Rumah tokma

Diari Kelahiran Zaffri - DOL: 4 Days

Aiyooo mata adik...apsal sepet sangat ni dik.hahhahaa. Agaknya la...akan terbukak lagi ke..atau memang takat tu je dik? hehe.

Alhamdulillah...dah masuk hari ke 4 ni, adik zaffri sihat walafiat. Menyusu pon kuat. Tido  je manjang...hehe



Saturday, August 26, 2017

Kelahiran The Third

0 comments
Date: 26.08.2017
Time: 7.00am
Venue: HUSM

Malam tadi mama frust yang amat bila doctor cakap yang kedudukan songsang balik. Pagi semalam doctor ada check bukaan servicks. Dah ada bukaan dalam 2cm walaupon tak ada rasa sakit perot. Doctor cakap, bila kita pernah bersalin secara normal, smulajadi akan ada bukaan servicks dalam 1-2cm bila dah sampai 38minggu ke atas.


Lepas dapat tau ada bukaan servik tu, mama pulun la jalan banyak-banyak supaya bukaan makin besar dan cepat ketuban pecah. Tambahan pula kdudukan baby dah pusing kepala ke bawah. Memang ada harapanlah.

Tapi bila dah petang semalam doctor cakap baby balik songsang. 

Frust lagi.

Malam tadi mama langsung malas nak berjalan atau nak bergerak. Duduk depan tv dan tengok tv sambil usap perot cakap dengan baby betapa mama sedih baby pusing balik huhuhu.


Dalam jam 10pm malam tadi, semua orang dah balik ke katil masing-masing. Tiba-tiba mama rasa sakit pinggang. Bangun dari kerusi, off tv dan off suis kipas kat dinding. Lpas tekan je suis kipas, Zasssss....ketuban pecah kat depan tv tu jugak. Banyak...macam bersalin zariff jugak. Dalam setengah baldi camtu haa...Tak sangka...frust bukan main mama tadi, mengadu dengan baby..dan baby faham. Miracle!

Perot tak rasa sakit sangat, tapi contraction dah mula rasa sikit. Jalan perlahan-lahan ke kaunter nurse. On the way ke kaunter tu, air ketuban keluar lagi dengan banyak. Nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check bukaan. Baru 3cm. Tapi mama tau, memang takkan lama kalau ketuban dah pecah. 

Dalam jam 3.30am, contraction mula rasa dalam 5minit sekali. Masa tu memang start sakit yang amat. Bertahan sampai jam 7am, dah rasa memang tak boleh tahan sangat. Cepat-cepat dengan doctor mintak check bukaan servicks. Doctor cakap buka 4cm. Walaupon baru 4cm, tapi mama mintak doctor hantar ke labor room. Mengikut pengalaman sebelum, bila bukaan dah reach 4cm memang dah tak lama.


Dalam jam 8am, nurse tolak masuk labor room. Lega...paling lega bila papa dia pon dah ada kat sbelah. 

Alhamdulillah..berkat beberapa kali teran, maka keluarlah...cahaya mata ketiga kami yang kami namakan Iman Zaffri. 


Ini dia...fresh from oven. Kaki comel...

Alhamdulillah...sempurna kejadian Ilahi.

Muka baby yang masih lagi kembang. baru keluar dari labour room.


Friday, August 25, 2017

Hari ke-4 di HUSM - Baby Obligue lg

0 comments
Date: 25.08.2017
Time:
Venue:

Harini mama mintak papa gi kedai baby, belikan satu set receiving blanket yang tertangguh sejak 2bulan lepas lagi. Last minute sangat dah baru papa gi beli. Satu lagi tikar getah dengan kelambu baby. Semuanya pon penting. hehe. 


Maaf ye baby, mama papa kali ni busy lebih sikit tak sempat nak beli awal-awal.


Petang ni dalam jam 5.30 macam tu, doctor datang check baby dan katanya pusing jadi songsang obligue balik. Allahuakhbar! frustnye..

Pastu doctor cakap, terpaksa czer jugakla ahad ni sbab memang kdudukan baby obligue je manjang.huhu..sedih. Pasrah dan redha sajalah.

Petang ni memang mama merajuk dengan baby. Hari-hari mama doa supaya baby balik ke kedudukan normal. Semalam dah bagi harapan kat mama..tngok hari ni dah jadi balik. Uwaaa sedihnya..apalaa nasib kita ni baby. Mama risaula..

Thursday, August 24, 2017

Hari ke-3 di HUSM

0 comments
Date:24/08/2017
Venue:Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Time:1.30pm

Hari ni ada berita gembira!!

Doctor datang check perot mama tadi. Baby pusing kepala duduk di kedudukan yang sepatotnya! Yahu!!!

Allahuakhbar..lega mama rasa. Macam tau-tau je yang mama tengah doa baby pusing betol.

Zara Zariff ada datang tengahari tadi waktu melawat. Suka dapat jumpa awak berdua tau. Hilang rindu mama kat awak berdua. Sementara nak tunggu baby keluar ni, hari-hari zara zariff tanya, baby tak nak keluar lagi ke mama. hehehe. Mama pon tak sabar nk tngok baby, bukan awak berdua je. hehe

Memandangkan mama ni kene admit dengan takde perasaan sakit apa pon. Jadi kebosanan tu makin melampau pulak. Nasib baik patient kat hospital ni peramah je semua. Ehhh lupa ke. kita kan kat kampung. Ofkos orang kampung kita ni peramah haha.

Ok lah..nk rehat. Nak mimpi yang indah2 pulak. hehe

Wednesday, August 23, 2017

Hari ke-2 di HUSM

0 comments
Date:23/08/2017
Venue:Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Time:1.30pm

Baru satu hari menginap di HUSM ni, hazablaa mama kebosanan dan teringat sangat-sangat kat Zara Zariff kat rumah. Walaupun tau awak berdua dengan papa, tapi alahai rindunya mama.huhu.


Nasib baik ward di HUSM ni ada aircond dan berkipas juga. Dua-dua ada. Sejuk dan tenang la sikit. Tak macam pengalaman di Hospital Klang hari tu. Semalaman pon dah cukup hazabunnah! Panas subhanallah. Kipas ada 2 ketul je itu pun nun jauh di sana. Huhuhu..

Oh ya, update hari ini. Doctor datang malam tadi, doc cakap..memandangkan sekarang mama dah cukup term (cukup masa). Pastu dah 38minggu lebih. Jadinya doctor cakap sangat berisiko untuk nak pusingkan kepala baby. Boleh pusing, tapi high risk (risiko tinggi). Sebabnya, baby dah besar (masa scan baby semalam, doc cakap berat baby expected 3.6kg). Huhu jadinya baby dah memenuhi ruang perot. Tak cukup ruang nak pusing-pusing baby lagi.


So, doc decided untuk czer. Katanya kalau nak tunggu normal pon, atlast mungkin akan czer jugak sebab baby songsang. So mama pon pasrah jelah. Janji baby selamat. Tak nak berkira sangat nak bersalin normal ke apa. Tak nak fikir. Czer pon czer la janji baby keluar dengan sihat.

Doc plan untuk czer hari khamis 24/08/17 (esok!). Gulp..sebenarnya mama sangat nervous. Tak pernah ada pengalaman czer baby.huhu. Tiba-tiba pagi tadi, Prof Nik tak silap namanya. Buat rondaan ward. Dan semua doctor kene present kt prof untuk setiap patient. Tiba giliran mama, doc yang decide nak czer tu present. Cerita satu-satu kat prof. Mama pon angguk-angguk je la..tanda setuju dengan doc.


Tapi, prof nik tu cakap..."kenapa nak czer dia, rugila..puan ni dah pernah bersalin normal untuk 2kali kelahiran sebelum ni. Takkan tak nak bagi masa kat patient untuk tunggu baby dia pusing dulu" Gulp..sekali lagi mama terkedu. Doc tu jawab "Patient dah agree utk czer". Pastu prof nik cakap "ofkosla patient akan agree, patient mana tauu...bla bla bla kne bebel. Kesian...

Then, mama dapat lagi masa sampai sabtu utk monitor movement baby. Kalau baby pusing bawah, dapatla mama bersalin normal macam kakak dan abang.hehe

Tuesday, August 22, 2017

Admitted in HUSM

0 comments
Date:22/08/2017
Venue:Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Time:3.30pm



Hari ni plan nak pergi klinik kesihatan kampung, nak sambung checkup kat sini sebagai persediaan nak bersalin kat sini. Alang-alang hari ni Baby Aydan pon checkup 2bulan, mama pon excited jugakla nak pergi klinik hari ni. Nak saing dengan ummi. hehe.

Tapi frust...papa bangun lambat. Mama dan papa pon gerak ke klinik dah lewat. Baby Aydan dan lama sampai. Dah siap cucuk 2 bulan dah pon. Tapi mama sempat juga la jumpa ummi. Borak kat klinik.

Masa nurse check perot mama, nurse tak jumpa heart beat baby. Hmm..mama memang tak pelik sebab baby suka duduk serong sikit dalam perot. Jadi nurse susah nak jumpa heartbeat. Kejadian macam ni memang dah imune.

Tapi bila nurse dah jumpa heart beat, kecoh pula pasal kedudukan baby yang songsang melintang ni. Nurse cakap, sepatutnya kene pusing baby bagi kepala dok bawah seawal minggu ke-35 lagi. Tapi sekarang dah 38minggu 2 hari.

Nurse suruh kami pergi ke klinik kesihatan daerah pulak. Jumpa doktor dan scan untuk confirm kedudukan songsang baby.
So..mama dan papa pon pergi la ke klinik Mahligai pula. Bila scan, yes doktor cakap confirm baby melintang tapi serong kebawah. Obligue katanya. Doctor call HUSM dan cakap pula dengan pakar kat sana. Pakar dari HUSM suruh kami ke sana dengan kadar segera. Kami balik rumah pack barang, makan kenyang-kenyang. Terus gerak ke HUSM.

Di HUSM pula, doktor sahkan memang obligue. Masuk ward dulu untuk jumpa pakar O&G untuk dapatkan keputusan nak pusing baby supaya kepala ke bawah. Hmmm...jadi harini, mama tunggu jela apa kata doctor nanti.


Sunday, August 20, 2017

Balik kampung mkn pulut durian

0 comments
Date:20.08.2017
Venue: Lebuh Raya Pantai Timur
Time: 5.30pm

Akhirnya, penantian kakak dan abang nak balik kampung dah sampai. Soalan yang setiap hari diorang tanya, "bila nak balik kampung?" , "kata nak balik kampung, xbalik pon" , "jomla balik kampung" , dan macam-macam jenis soalan rengetan tu dah tertunai.

Sukala...dapat balik kampung. Sepatutnya kami nak gerak awal pagi tadi dalam jam 4am. Tapi memandangkan papa mengantuk, lebih baik kita tido je dulu. Lagipon barang semua tak habis pack pon. Pagi tadi sambung pack bila bangun tido.


Dalam perjalanan balik kampung, agak pening kepala sikit. Selalunya kami suka gerak malam sebab zara zariff tido lena. Tapi bila balik siang hari ni, diorang tengah active. Jadinya banyak hal la spanjang jalan tu. Bergaduh, bertekak, bergurau, gelak besar pastu nangis panjang..eh macam-macamla. haha.penat layan.

Sampai kat kampung dalam jam 10malam. Alhamdulillah prjalanan kami lancar dan selamat. Sesampai je kt rumah tokma, tokbah dah siap-siap pulut durian yang memang lama sangat dah mama mengidam. Pulut durian kampong ok! tak nak pulut durian kat shah alam..boleh camtu? hhehhh


Dapat makan sepinggan ni..subhanallah nikmat tak terhingga! durian lemak manis, fresh baru jatuh dari pokok petang tadi. Sedapnyaa...mama suka makan dengan gula melaka. Ha...yang hitam dalam pinggan tu gula melaka la tu. Sedap tahap nak nangis tau..

Burpp....alhamdulillah!

Sunday, August 6, 2017

Activiti ahad

0 comments
Date: 06.08.2017
Time: 2pm
Venue: Home Sweet Home

Hari ni tak ada plan nak ke mana-mana. Memang plan nak rehat-rehat kat rumah saja. Nak kemas rumah, basuh baju baby, besen mandi baby, carseat baby..eh semua berkaitan baby lah.

Ye...memang mama, papa, kakak dan abang dh tak sabar nak tunggu baby keluar ni. Setiap hari pon kitorang dok belek barang-barang persiapan baby.

Hari ni, mendung sikit udara. Bolehla mintak tolong zahra dan zariff cuci besen mandi baby, sambil  main air depan rumah. Alang-alang tu, papa diorang pon yang tengah bosan tu pon cuci lah kereta sekali. Haaa...gitu baru seronok!






Hahaha...gelagat yang kelakar dan tak bosan. Mama memang tak pernah bosan tengok korang buat apa-apa sekalipon tau. Zahra konon tolong papa cuci kereta. Zariff pulak sebok cuci basikal.hehe...

Ok la..korang cucila mane patot ye..mama nak sambung lipat kain yang ada lagi baki 2bakul setengah tu ha..eeergghhh..

Saturday, August 5, 2017

Potluck rumah Juita

0 comments
Date: 5.08.2017
Time: 4.30pm - 7.30pm
Venue: Rumah Auntie Juita - Taman Bentara

At last, plan yang lama kami postpone. Hari ni akhirnya menjadi juga potluck raya kami geng ber-7. Sepatotnya kami plan nak buat potluck raya, memandangkan sepanjang syawal, semua orang sibuk dengan jemputan majlis rumah terbuka raya, jadi plan kami ni terpaksa la postpone hingga ke tarikh hari ni.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar kecuali menu kami sendiri, nasi kerabu raya yang tak menjadi. Bangun pagi tadi, tiba2 papa ZnZ ni tak sihat yang amat. Tak dapat nak buat nasi kerabu. Sedih sangat2.

Yang lagi menyedihkan dan menyayat hati, mak buyong auntie Ratna yang teringin nak nasi kerabu tu. Huhuhu...

We are soo sorry, tak dapat nak buat. Tapi, kitorang plan bila dalam pantang nanti, InsyaAllah nak masak-masak nasi kerabu lauk ayam bakar dan daging bakar. Ajak kawan-kawan datang.




Ni dia keadaan rumah auntie Juita. Besar dan luas rumahnya. Memang budak-budak boleh main bola kat dalam rumah. Tapi kurang best sikit dengan anak-anak ni. Masing-masing main dengan adik beradik sendiri. Tak pandai nak get along dengan kawan baru ke apa pon tak tau la.

Tapi, bila dekat  hujung-hujung dah nak balik dah, baru masing-masing main sama-sama. Main sorok-sorok. Comel je..

Sudahnya, mama papa masing-masing dah ajak balik tapi anak-anak pulak tak nak balik..Sebab baru warm up lah katakan! ehehehhe.

Next time kita jumpa kawan-kawan lagi tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...