Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, October 31, 2017

Hari pertama masuk kerja

0 comments
Date:31.10.2017
Time:10.00pm
Venue: Home

Nota Penting:
1. Aktiviti pump susu di pejabat
2. Zaffri semasa ketiadaan mama
3. Perkembangan Zahra dan Zariff

Teramat berdebar nak masuk office hari ini. Setelah bercuti lebih dari 2bulan kan. Memang dah agak yang kerja-kerja di office tu memang bertimbun-timbun. Sure tak terbuat tu. Takpe, live must go on.hehe

Disebabkan mama berjauhan dengan baby zafri, susu memang expected akan membengkak dengan jayanya lah. Timing kat office memang nak kene betol-betol pilih supaya dapat keluarkan susu dengan tenang dan gembira.

Jadi, mama pilih jam 12tengahari hingga 12.30. Waktu ni memang semua orang tengah ready nak keluar lunch. Lunch 12.30-1pm. Tapi mama lunch setengah jam je lah.

Bilik pump kat office
Kat office terpaksa guna pump auto double bagi cepat sikit
Lepas pump, susu simpan dalam plastic beg sebelom masuk beg.

Alhamdulillah...hari pertama harini, pump jam 12 tengahari tadi dapat 14oz. Petang mama tak sempat nak pump sebab rushing. Kat office ni, culture memang petang busy, pagi ke tengahari tu agak tenang. So petang memang dah agak memang tak sempat nak pump. Kol 6 petang keluar office, naik lrt, pastu naik kereta plak yg park kat lrt station tu, pastu sampai rumah kalut mandi solat itu ini...

Jam 8pm mama sambung pump lagi. Time ni dapat dlm 10-12oz lebih kurang dengan tengahari tadi.

Pump kat rumah


Semua stok simpan kemas-kemas dalam peti ais. Lepas tu baru amik zafri dan susukan dia. Nak habiskan saki baki susu dalam badan. Menarik tak perjalanan hidup mama? muahaha.

Zafri bulan ni, terpaksa mintak papa jagakan awak ye. Sebab terlalu baby nak tinggal kat babysitter. Huhuhu...anak-anak mama semuanya macam tu. 3bulan memang jaga sendiri. Lepas tu baru dapat hantar kat babysitter hinggala masuk tadika baru papa amik alih penjagaan lagi sekali hihi.

Papa setiap masa akan report kat mama. Setiap masa akan bagi gambar zafri kat whatsapp. Mama pulak memang setiap masa pon teringat kat anak-anak. So memang mengharap sangat papa update all the time. Alhamdulillah, papa cakap zafri xmeragam. Tido...minum susu...main-main kejap pastu tido lagi. Rutin. haha. lega yang amat bila awak macam tu zafri.

Tapi kene bersabar la sikit dengan kakak zahra dan abang zarif ye. Kakak zahra ok lagi, setakat cium2 comel je. Abang zariff tu yang mama risau sikit. Dia terlebih sayang kat adik ni, sampai tahap kita tengok pon rimas! hahahhaa. Tapi so far, kalau setakat mama papa nak makan ke, nk ke toilet or mandi, zahra dan zariff memang boleh diharap untuk tengokkan baby.

Ok..now lets talk about kakak zahra. She is sooo like...kakak2 sangat now. (upss..kalau nk cakap pasal kakak mesti jadi nk tukar language). Kakak memang matured. Matured sangat-sangat. Tapi garangla..huhu. Why so garang now kakak? sejak dapat adik baru ni, pangkat makin naik kot. haha.Tido malam  pon no need to peluk2 already. Aiyoo...mama sedihla macam ni. Lama mama tido peluk awak tau kakak. Almost 6years. huhu. Its ok..mama cuba terima kenyataan ni.hehe

Zariff plak, big brother in the house yo! Cakap nak hebat saja! Buat apa-apa nak nampak macho saja..hahhaa. Inilah baru boy...jangan ingat muka jambu tapi jiwa jambu jugak. No No! Lately ni hobi kumpul kereta hotwheels nampaknya makin kental. Lagi-lagi dapat sokongan kuat dari papa. Tido malam pon tak heran kat mama LANGSUNG! mama masuk tido pon xsebok nk berjimba2 sama2 dah sekarang. Maklumla...tengah belek koleksi kereta haha

Ok..itu je dulu buat masa ni. Nanti kita sambung lagi ye.

Friday, October 20, 2017

Family gathering di McD

0 comments
Date: 20.10.2017
Time: 6.00PM
Venue: Mc Donalds

Nota Penting:
1. Umur zafri 55 hari.
2. Umur zariff 4thun sebulan
3. Umur zahra 5thun 11bulan

Tengah tak ada benda nak buat, kami 3 beradik berbincang kat dalam group whatsapp dan terima kata sepakat nak makan di Mcdonalds. Ala..mak-mak bukan nak makan sangat pon sebenarnya, tapi sebab nak beli happy meals untuk anak-anak je.

Ha...nampak mama tengah dukung zaffri tu? Jadi ni kali kedua la zaffri datang mcd hehehe. Terpaksa la awak mengikut ye baby. Dah abang kakak dan makcik2 awak suka benda ni ha hehe.





Jom kita layan kemeriahan suasana keluarga kecil kami. Lengkap dengan tokma dan tokbah. Semua anak-anak cucu ada kecuali 2 menantu yang sentiasa busy. Papa dan daddy. Nasib baik walid ada hihi.
Abang Zariff dan Abang Arsyad








Monday, October 9, 2017

Stok EBM Zaffri

0 comments
Date: 09.10.2017
Time: 11.00pm
Venue:Tokma Chom's House

Nota Penting:
1. Zaffri masuk hari ke 43
2. Sambung buat stok EBM
3. Bawa zaffri ziarah tokmek dan singgah rumah Mommy Ngoh


Alhamdulillah, hari ini zaffri dah masuk 43 hari. Sehingga hari ini, zaffri masih dengan jadual harian dia yang sangat teratur. Bangun pagi jam 6, kaki tangan tak boleh berhenti bergerak, mama bukan main mengantuk lagi tapi dia tak nak tido. Terpaksa waktu ni mama bangun dodoikan zaffri hingga dia tidur balik. Dodoi pon tak susah, sumbat je nenen dalam mulut sambil peluk sikit dan sambil tepuk bontot comel dia. Sure tido lena. hehe. Tengahari masih macam biasa, tak tido nyenyak dan banyak berjaga. Tapi ok, zaffri berjaga pon dia tak nangis. Budak baik katakan..Tapi malam memang nyenyak sangat lah tido.

Berkaitan dengan breastfeeding activity untuk anak ketiga ni, Alhamdulillah mama masih boleh teruskan perjuangan sama macam kakak zahra dan abang zariff juga. Cuma nak buat stok susu banyak-banyak ni agak mencabar sikit kali ni. Sebab zaffri kurang tidur siang, jadi dia banyak minum susu. Bila susu sentiasa kene sedut, kalau pump pon memang tak banyak keluar. Waktu biasa mama pump pon, tengahari (waktu ni zaffri ada tidur kejap). Pastu malam sekali dan jam 3.30am. Production susu EBM kali ni hanya 4oz ke 8oz setiap sesi. Tak banyak mana seperti mana zariff dulu. InsyaAllah makin kita pump makin banyak susu nanti. So tak nak give up!

Oh ya, pagi ni ada berita terkejut. Tokmek (kakak sulong tokma chom) jatuh dari dapur nak ke bilik air disebabkan serangan strok kecil. Satu badan tak boleh bergerak. Kami semua terkejut dengan kejadian tu. So, demi untuk melawat tokmek, mama bawak zaffri je. Kakak zahra dan abang zariff dok rumah tokma yoh dengan papa. On the way balik pulak, singgak rumah mommy ngoh. Saja melawat sambil borak.

Monday, October 2, 2017

Zaffri yg xtahan panas

0 comments
Date: 2.10.2017
Time:1pm
Venue: Rumah Tokma Chom


Nota Penting:
1. Pantang hari ke37
2. Kes hernia(angin pasang) zaffri makin baik.
3. Zahra dan zariff kat rumah Tokma Yoh (rumah papa)

Malam tadi alhamdulillah Zaffri tak meragam. Tidur lena. Bukan nak mintakbdia meragam ke apa, cuma semalam kan first time bawa dia keluar shoping mall. Risau jugak dia lenguh badan ke apa. Tambah pula kami tak bawa baby letak dalam stroller tapi dokong sepanjang masa. Itu yang risau sangat.

Tapi sebelum tido tu ada juga dia merengek sikit. Bila tepuk-tepuk perot rupanya kembung. Tokma urut perot zaffri sampai kentut dan muntah pon banyak jugak. Baru lena sampai la pagi.

Dan tengahari ni pulak bukan main panas. Sengaja pakaikan baju berlubang, sleeveless dan seluar pendek bagi selesa. Zaffri ni kalau panas memang kelemahan besar sikit. Tak tahan panas anak mama sorang ni tau. Agaknya badan dia berisi sikit so cepat melekit. Penyelesaian nya senang saja. Bawak masuk bilik je la. Sure lena macam sekarang ni. Sebab tu dapat update blog dengan tenang. Hehe



Kejap lagi abang arsyad dan baby aydan katanya nak datang. Tak sabar nak tunggu diorang sampai. Mama ni kebosanan yang amat ni.





Petang tadi kakak zara dengan abang zariff datang tengok adik kejap je, sempat makan nasi sup ayam tokma masak pastu balik rumah tokma papa. Nak tengok disney junior katanya. Kat sini tak ada channel kartun. Maklumla rumah ni tak ada budak kecik.hehhe

Rindu pulak mama dengan zara zariff tu...nasib baik ada zaffri..mmuah sikit! hehe

Sunday, October 1, 2017

Mandi pagi dan urut bayi

0 comments
Date:1.10.2017
Time:8.30am
Venue:Rumah tokma

Nota Penting:
1. Pantang hari ke 36

Rutin pagi sekarang sejak masuk umur sebulan ni lain sikit. Sikit je lain. Part mandi pagi tu je. Kali ni mama mandikan zaffri sorang-sorang tanpa bantuan tokma dengan baringkan zaffri atas tempat baring dalam bekas mandi. So, dengan cara ni senang sikit mama nak massage dan syampu rambut lama-lama.



Zaffri ni kalau bab mandi memang boleh bagi 5 bintang. Sangat baik dan suka kalau rendam dia dalam air suam lama-lama. Dan bila lepas mandi pon, zaffri agak lama bertahan kat atas tilam sambil redha je bagi mama massage kat sini lama-lama lagi sekali.



Memandangkan zaffri ni ada angin pasang, jadi mama kene la urut banyak tempat dan lama. Alhamdulillah...angin pasang pon dah makin ok.



Badan zaffri ni memang berisi sikit. Isi pon sejenis yang pejal yang amat. Memang sedapla mama nk picit2 urut kasi lembek sikit haha. Waktu pagi memang sesuai untuk buat urutan kat seluruh badan baby. Mama guna minyak kelapa dara untuk urut. Bau tu xdela sedap mana pon, tapi elok untuk buang angin.



Cuba tengok tu, nampak muka lega dan redha tu? hehe..

Pertama kali bawa 3z keluar

0 comments
Date: 1.10.2017
Time:12.30pm
Venue: KB Mall


Pagi ni dapat berita mok uda (mak saudara mama) accident dengan moto balik dari hantar shakir sekolah. Kejadian berlaku kt cabang tiga di mana mak muda nak jalan straight tp ada satu kereta keluar dari cabang langgar moto yg mak muda bawa. Jatuh tergolek kat tengah jalan tu. Terkejut besar la mama sekeluarga. Nasib baik luka tak teruk. Jadi mama dan tokma plan nak melawat mak muda tengahari ni.


Dalam 12.30, keluar dari rumah dengan papa, kakak zahra, abang zariff dan ofkosla baby comel kita ikot sekali, baby zaffri.


Masa nak keluar, tokma ajak gi celcom kejap tukar plan bill fon yang tokma langgan sekarang. Pakej tokma pakej lama. Mahal dan tak berbaloi. Kesian tokma. Celcom blue cube ada kt kb mall. Jadi, ni pengalaman pertama zaffri masuk shopping mall. Hehe


Dalam perjalanan ke kb mall, mama letak zaffri kat carseat. Nak train zaffri supaya biasa dengan carseat. Lenguh jugak badan baby kalau asyik dok dokong atau riba je.


Sepanjang kat mall pulak, zaffri sangat baik dan behave. Tak meragam dan senang nak handle. Tapi yang susah nak handle nya kakak dan abang tu. Aiyakk. Orang dah besar, dah pandai boring..sabar je la! Tapi kesian kat zaffri, kami tak bawak balik stroller. Sudahnya terpaksa la dokong sepanjang kat mall. Nampak zaffri makin lama makin tak selesa tapi alhamdulillah tak meragam. Cuma last2, bila brenti kat mcd mama pegang zaffri. Dia dapat bau susu agaknya, terus dah merengek tak nak duduk diam. Terpaksa kerah askar supaya makan laju2 dan cepat masuk kereta.


So, untuk pengalaman pertama mama bagi zaffri 5bintang!!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...