Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 15, 2018

Cita-cita Zara

0 comments
Date: 15.01.2018
Time: 9.00pm
Venue: Home 




Sekarang ni, soalan famous bila balik kerja dan jumpa anak-anak ialah

"Macam mana sekolah?"
"Belajar apa kat sekolah?"



Pastu kan hari ni..jawapan ada kelainan dari hari biasa.

Zara cakap, hari ni belajar cita-cita saya kat sekolah. So...kemain teruja la mama nya...nak tau apa jawapan kakak.

So...nak tau dia cakap apa??

Dengan confident..."kakak cakap kakak nk jadi orang jual air milo"

hmmm...tak tau nak gelak ke..nak bangga ke..nak terkjut ke..yang pasti kami berdua laki bini cam terkebil kebil bijik mata...pastu krikk...krikk..adeih, nak response camne nih. Nak jawab ape nih...panic!

Beranikan jugakla mama tanya "Erm...ermm...ooo..kakak nak jadi orang jual  air milo ye...nape ekk??"

Zara jawab "orang jual air milo kat sekolah kakak tu banyak duit mama!! mula-mula bakul dia kosong..pastu dia cakap, marii2~!!!! Air milo...air milo...!! pastu bakul duit dia penuh ngan duit"

Hahahahahahaha...

Ok now baru mampu gelak..besar benar cita-cita anakku...mau jadi seorang business woman yg berduit banyak..hahaha. Darjah satu pon dah "materialistik"!

Tapi tu la kan..kita ni jangan pandang rendah dengan cita-cita budak2 ni..kene kaji dulu kenapa..

Walau apa pon kakak nak jadi...selagi benda tu elok..mama dan papa akan sokong dibelakang mu nak! caiyokkk!! 





Wednesday, January 10, 2018

Al-Fikh - Tanam kacang hijau

0 comments
Date: 10.01.2018
Time: 8am - 10.30am
Venue: Tadika Al-Fikh

Bismillah
10hb Jan 2018

Tunjang: Sains & Kerohanian

Aktiviti: 
✔Penyiasatan terhadap benda hidup -menyemai  kacang hijau
✔Mempelajari sifat Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Pemurah melalui penerokaan pertumbuhan kacang hijau

Objektif: 
*Memupuk perasaan ingin tahu kanak2 tentang proses kacang hijau yang ditanam

*Mempelajari perkembangan pertumbuhan tumbuhan (penyiasatan dari biji benih menjadi tumbuhan)


*Mempelajari sifat Allah Yang  Maha Berkuasa menjadikan sesuatu dan menciptakan makhlukNya.

Nampak tak...betapa alim nya anak teruna hakak! Dia sorang je tak bukak kopiah tau! hehe

Kusyuk...dia sejenis yang sangat kusyuk bila buat sesuatu perkara.

Alahai..kenapa laa awak dok belakang-belakang zariff..nanti tak nampak. Huhu

Tuesday, January 9, 2018

Buku Text Zara dan Belanja di kantin

0 comments
Date: 09.01.2018
Time: 9.30pm
Venue: Rumah

Seperti kebiasaan, sampai ofis dalam jam 8.00am - 8.15am. Paling lambat pon dalam 8.30am. Sebelum mula buat kerja, ambil sikit masa tu re-call balik apa yang berlaku semalam dan apa pengalaman anak-anak semalam.

Pagi ni dalam LRT, alhamdulillah...Allah nak bagi kite pahala lebih sikit. Mula-mula naik LRT dapat seat. Memang selalunya kat stesen kite naik tu banyak kosong. Tapi lepas beberapa stesen, tiba-tiba datang sorang ibu dengan anak lelaki kecil sebaya dalam 3-4 tahun. Alhamdulillah..dapatlaa bagi seat kat dia. Dia kan bawak anak, memang patot bagi dia pon.

Bila kedepan sikit, Allah bagi ganjaran...seat kosong balik untuk kite. Hehehe. Lega, beg banyak ni (beg susu zaffri, beg lunch box, handbag). So duduk dengan tengang sekejap je tiba-tiba ada sorang pregnant lady pulak datang depan kite. Lagi sekali Allah nak bagi pahala kat kite. hehhee. Sampaila stesen yang dituju..kite berdiri. Tapi tak jauh, dekat je. So hari ni nampaknya permulaan yang baik. 

Ok..semalam.Zara dah dapat buku teks yang super banyak! Buku teks dan juga buku latihan. Seronok tengok buku diorang banyak macam tu. Tu maksudnya budak darjah satu dah mula berlajar macam-macam termasuklah subject sains. Canggih sekarang ni ye, kite dulu start belajar sains pon darjah 4 ke 5 xsilap. Hebat2! So, malam tadi pulunlaa balut buku teks dia. Kite mula dengan balut buku latihan yang ada dalam 10 biji tu. Terus pasrah dan lenguh dah. Buku teks nampak gayanya sambung malam karang ler.

Zara semalam dah terlebih pandai guna duit kat kantin. Nak ulang...TERLEBIH PANDAI ye...memang lebih. Sampai RM10 habis semalam. Hahahaha. Tengok dalam beg lunch box dia, food yang dia bawak habis, tapi...keropok lekor, donut 2bijik, biskut chipsmore ada baki dalam tu. Setiap satu dia beli RM1. Pastu katanya, dia beli air milo dan bagi RM2 kat Aina (bff) dia. HAHAHA. Reason bagi duit kat kawan? Sebab kesian, aina xbawak duit. Hmmm...mama tak rasa aina xbawak duit sayang..So malam tadi banyak benda la yang kene slow talk dengan kakak. Takpe...pengalaman awak. Kene belajar melalui pengalaman sendiri baru efektif. 

Monday, January 8, 2018

Tadika Al-Fikh : Kognitif sains & Math

0 comments
Date : 09.01.2018
Venue: Tadika Al-Fikh
Topic: Nota dari Cikgu Tadika Al-Fikh

9hb Jan 2018

Subjek: 
Kognitif sains dan Math

Aktiviti: 
Aplikasi STEM di dalam pembinaan blok dan bahan terbuang membina menara dan bentuk

Objektif: 
Meningkatkan daya fikir
Membina keyakinan mencuba
Meningkatkan sosial dan kerjasama


Zariff kat hujung sana sebelah kiri pakai kopiah pink putih depan budak pakai kopiah putih

Apala...agaknya yang diorang bina tu kan? macam piramid jee mama tengok. Pandai laa awak-awak semua..sangat tabiklaa kat cikgu2 Al-Fikh ni. Setiap hari tanpa jemu share gambar ank-anak kat sekolah. Anak-ank seronnok..mama papa dia laaagiii suka!









.
Comel je awak zariff...hehhe. Cepat2 awak besar ye..


Ok...Untuk budak-budak umur 6tahun pulak, diorang buat math ni..






Minggu kedua Sekolah

0 comments
Minggu kedua Sekolah

Isnin
Mama balik rumah dari kerja, tak menyabar dah nak tanya apa kejadian dan pengalaman anak-anak hari ni.



Si kakak zara cakap, sekolah hari ni tak belajar apa-apa pon. Colouring all the times! Hahahaha bertabahlaa zara ye. Almaklumlaa awak sekarang masih dalam program transisi pelajar. Iaitu orientasi. Jadi memang tak belajar lagi. Baru nk bagi awak sesuaikan diri dengan pembelajaran sekolah.
Tapi, dia cakap :

Zara: Hari ni kat kantin dia nak beli air milo. Tapi makcik kantin cakap nak duit 2 keping. Air milo RM1.50. Kakak tak cukup duit. Ada satu je.
Mama: Ehh??? kan papa bagi RM5?? kenapa tinggal rm1 je?
Zara: Kakak simpan duit dalam beg. Bawak satu je gi kantin.
Mama: Laaa..kenapa bawak rm1 je...lain kali bawak je semua duit simpan dalam poket. Jangan letak dalam beg nanti hilang..
Zara: Dah!!! kakak dah bawak...bawak satu!
Mama: Pastu? rm1 tu beli apa?
Zara: Beli kek..
Mama: oooo okla tu..sedap tak kek tu?
Zara: Isshhh dah la..dahla..dahlaa tanya. Kakak nk tengok tv ni.
(Hamboiiii....anak...)

Huhuhu punya kedekut duit dia..bawak singgit je g kantin. Kalau macam ni laa memang boleh melimpah ruahlaa tabung dia. Dah la seminggu last week langsung tak sentuh duit dia. Dah berkepuk dah. hahaha.




Kisah zariff pulak..setiap hari cikgu akan update gambar2 dan aktiviti yang anak-anak soleh solehah (diorang guna term ni) buat.

Macam hari ni pulak...

Tarikh 8.1.2018
Aktiviti
1.circle time
2.bacaan doa melihat cermin
3.mnyiap diri, dikat rambut,bedak m pakai kopiah serta tudung

Aaaaa...comelkan? Zariff memang hari-hari cakap suka gi sekolah. Memang luar biasa dari jangkaan betol. Sangat tak sangka..masuk minggu kedua pon maintain lagi. Suka je school.
Alhamdulillah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...