Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, May 29, 2018

Zaffri nak solat

0 comments
Date: 29.05.2018
Time: 8pm
Venue: Home

Adik zaffri, kalau tengok mama pakai telekong mesti akan response dengan penuh terkesima. Dan mama pula, tengok muka baby yang penuh terkesima tu, bukanla rasa excited ke apa, tapi sedikit rasa cuak. Dalam hati "apalaa adik nak buat kat mama masa solat nanti" . Siapa yang ada baby, mesti faham perasaan ni. Memang nervous nak solat bila anak ada sebelah ye!

Satu sebab kenapa nervous adalah, takot tak kusyuk nak buat setiap pergerakan solat. Memang for sure akan susah la nak bangun duduk dengan seketul manusia comel dok bergantungan di telekong tu huhu.

Kedua sebab, risau takot bila kite tak perasan masa solat, baby terjatuh disebabkan dia memanjat badan kite. Ni part paling nervous la.






Monday, May 28, 2018

Tomyam Poktek

0 comments
Date: 28.05.2018
Time: 8.30pm
Venue: Restoran Hakimi, Bukit Lanchong - Shah Alam

Yeaaahh ini dia....tomyam poktek yang mabeles di abad ini. Memang tiada tolok bandingnya lah. Memang sedap yang amat. Satu mangkuk ni RM15, berbaloi sebab mangkuk nye besar sangat.

Pastu dalam tu ada ketam sekor, udang besar dalam 3 ekor, lala, dan segala seafood. urrrmmmm daaappp sungguh! tak pernah menyesal ye..kalau order tomyam poktek ni.


Ok...untuk kenangan, wajibla ada gambar keluarga kita. Ofkos la buat kenangan. 

Cuba tengok adik zaffri tu, kalau berpanas sikit memang tak mampu nak bersabar. Adik ni, bab lain boleh tolerate...tapi jangan bab panas. Itu kami jarang bawak dia keluar. Sebab tu la..tantrum. Time bertenang, memang dia paling jarang buat hal.


Tapi kalau bab dua beranak ni, seboleh nye la taknak makan kat rumah. Hari-hari nak menyinggah kedai. Ehhh..korang dua ni kan, lain kali bawak pakaian dok jela kat dalam kereta. Haa senang nak isi perot. kikikiki (perli sikit)





Memandangkan gambar abang zariff dan mama tak perasan pulak tak snap masa kat kedai makan tadi, maka, kite ganti dengan gambar pagi tadi masa hantar abang gi sekolah dan gambar selfie mama masa kat office. Okla tu kan..sebagai ganti kenangan cuci mata di hari tu.


Ehemmm...masih gojes kan mama walaupon dah anak 3 ahaaaii!

Ok la...jumpa lain waktu dan lain post ye..

Walaupun update pendek-pendek..tapi xpela. janji ada cerita. 

Sekian dari reporter supermom! hihi


Saturday, May 26, 2018

Misi bju raya

0 comments
Date: 26/5/2018
Time: sabtu
Venue: ioi city mall Putrajaya

Hari ke 10 Ramadhan to bju raya taker lgsung LG. Tahap parah melampau ni.

bajet cute la tu ye hehe

try baju raya..mama suka, tapi dia pulak tak berkenan huhu 

zariff dan zara tengok kanak-kanak dari tadika little caliph buat persembahan

selfie dlm kereta dengan anak dara

selfie dalam kereta dengan anak teruna
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...