Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, August 31, 2019

Hari Kemerdekaan

0 comments
Date: 31.08.2019
Time: 7.30am - 12pm
Venue: Putrajaya

Sudah beberapa tahun niat nak bawa anak-anak tengok perbarisan hari kemerdekaan malaysia LIVE depan mata tapi tak kesampaian. Dan Alhamdulillah, tahun ni kami berpeluang bawa mereka semua. 

Sehari sebelum lagi, iaitu 30hb lagi, kami dah beritahu kakak, abang dan adik pasal ni. Tapi nampak macam tak berapa nak faham pon. Bila pagi tadi, ajak mandi naik kereta, bawak bendera, situ diorang semua dah mula faham.

Sampai kt putrajya dalam jam 7.45am macam tu. Parking memang penuh. Semua jalan penuh, semua parking lot pon penuh. Tabah jela cari tepi2 jalan, selit2 tempat yang boleh menyelit. Alhamdulillah juga, rezeki dapat parking xjauh mane.





















Monday, August 26, 2019

Zaffri Turns 2!

0 comments

Date: 25.08.2019

Time: 10.30pm

Venue: Home


Happy Birthday to you....

Happy Birthday to you....

Happy Birthday to dedekkk.....

Happy Birthday to you!


Yeay!!!.. Alhamdulillah, dedek dah masuk 2 tahun. Besar dah dedek kesayangan kami semua ni. 

Tahun ni mama dan papa mengamalkan konsep bersederhana ye anak-anak. Jadi, sambut birthday kat rumah dengan kek mamasab je. Almaklumlah...mama kan baru jadi agent mamasab, jual kek.hihihi.

Walaupon tahun ni tak de majlis birthday, tapi kita sambut secara personal di rumah kita-kita saje yee. Tetap juga meriah kan?

Mama dan papa doakan, semoga dedek zafri membesar dengan sihat, cerdik, panjang umur, dan dimurahkan rezeki seumur hidup dedek. Amin..amin ya robbal alamin...



Video nyanyi tak jadi..


Hahahaha comel laa dedekkkk...


Akhirnyaa....



Wednesday, August 21, 2019

Zariff jatuh basikal

0 comments
Date: 02.07.2019
Time:
Venue: home

Kejadian hari ini, abang zariff jatuh dari basikal. Setiap hari, setiap petang memang akan bawak basikal laju-laju dengan kawan dia pusing kawasan rumah. Kalau bising marah sebab kayuh laju, dia bukan nak layan pun.

Sudahnya, itula dia. Berdarah kat lutut. Nak kesian ke..nak marah ke..kami kon tak tau. Haihh la anak.

Kakak zara, memang dah sedia maklum musuh ketat zarif. Elergic katanya kalau sentuh zariff. Tp kami kami suka je sakat dia, cakap yg zariff tu bff dia. Memang hangen satu badan ler. Tapi bila zariff sakit, tengokla sape dulu yang paling alert..paling prihatin? Kakak Kakak zara jugaklaaa. Itula kami cakap diorang ni sebenarnye..need each other. Hehe.

Laju je cari plaster, tampal litut like a doktor. Mama doakan hubungan kasih sayang kamu adik beradik kekal hingga ke ke akhir hayat ye sayang. I am sooo touched! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...