Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, October 29, 2020

Preparing baby checklist

0 comments

Date: 31/10/2020

Venue: Home - preparing checklist


Baby's Feeding Needs:

Feeding Bottle (for milk and water) : Philips Avent
Extra Teats : Philips Avent
Milk Powder Container 
Feeding Bottle Rack 
Breast Pump 
Extra Bottle Container 
Bottle & Food Warmer
- Steriliser

Baby's Nappies Need
Nappy / Cloth Diaper : FiFi
Newborn Disposable Diapers : Diapers
Diaper Pant : Baby Kiko
Nappy Pins (Safety Pin) : Baby Kiko
Nappy Rash Cream

Baby's Bath & Toiletries
Baby bath : Anakku
Baby Shampoo :Anakku
Baby Lotion : Anakku
Baby Oil : Anakku
Baby Powder : Anakku
Powder Container / Powder Puff : Baby Kiko
Baby Towel : Pureen
Plastic Bath Tab : Sweet Cherry
Plastic Bath Mat : Sweet Cherry
Rubber Mat for changing diapers : Pegion
Minyak Yuyi/Telon/Kayu Putih

Baby's Bedding Needs
Baby Pilow and Bolster : Handmade Kekabu
Blanket without Hood : Bumble Bee & Disney
Blanket with Hood : Bumble Bee
Spring Cot (Mosquito Net) : Pureen
Baby Cot
Bouncer
Bedding Set (Tilam & bantal kekabu) : Handmade Kekabu
Sarung tilam + sarung bantal

Baby's Heatlhcare Need
Baby Wipes 
Cotton Wool
Cotton Buds 
Face Towel 
Handkerchief 
Nail Clipper
Grooming set (Toothbrush/comb/hair brush) : Baby Kiko
Bottle and Teat Brush : Baby Kiko

Baby's Wardrobe & Accesories
Newborn Long Sleeve
Newborn Short Sleeve
Rompers
Jumpers
Binder
Mitten and Booties
Bonets
Baby's booties shoes

Baby's Travels Need
Stroller : Maclaren
Car Seat :MaxiCosi
Diaper Bag + Travel changing mat 
- Baby Sling

Other important accessories & Furniture
Children's Cupboard
Children's Drawer
- Multi purpose basket (Bakul baju+bakul minyak) : Handmade (tempah kt kelantan)
Beg untuk gi klinik

Friday, October 23, 2020

Tertido di bilik game

0 comments

Date: 23 October 2020

Venue: Home Sweet Home

Lagi sekali, tengahari ni berkesempatan snap gambar kerenah Zaffri.

Kisah bateri habis. Memang hampir setiap hari pon macam ni. Jarang la kalau dia tak tido waktu siang. Tapi ada je..dalam seminggu tu memang akan ada hari yang dia tak tido siang.

Untuk kejadian hari ni, mama dan papa masih "work from home". Agak rileks sikit mama bila hari-hari papa WFH ni sebab hal masak memasak atau cari makanan tu, mama dah tak perlu nak fikir. ehehhe. 

So, pagi sampai tengahari memang jadual mama akan penuh dengan meeting. Papa dan anak-anak pon memang dah sedia maklum jadual mama macam tu. Tiada siapa boleh kacau waktu tu. 

Lepas siap meeting, terus berkejar ke dapur cari makanan. ngeee. lapa kot. Then settle makan, mandi, solat semua..rileks kejap layan anak-anak sambil tenangkan fikiran. Pastu ambil mood untuk kemas dapur. Masa mama masuk dapur, zaffri masih dok tengok tv dengan abang dia, bila siap cuci pinggan...cari zaffri..xde pulak kt depan tv.

Rupanya ada kat lantai...dah terlentok sorang-sorang kat situ. Siaann dia. selalu gitulaa. Bila dah mengantuk, mana-mana tempat pon dia baring..janji selesa pada dia. Mudah jaga orangnya. Alhamdulillah.



Wednesday, October 21, 2020

Rumah mainan kakak

0 comments

Date: 21 October 2020

Venue: Home - Masih PKP sehingga 27.10.2020


Dalam pada kami semua tengah kusyuk  tengok tv cerita comedy kat netflix, tiba-tiba laa ada sorang tu termengah-mengah mengangkut rumah comel kakak zara ni ha.

Zaffri ni, selagi boleh ambil sendiri, selagi boleh angkut sendiri..memang dia takde nak mintak tolong orang. Tau-tau je..pangg!!! rumah kakak kt depan balai raya ni ha. hahahah


Dah dia bukak rumah tu, ingatkan dia nak main masak-masak ke apa la kan? alaa macam budak-budak perempuan, tengok rumah mesti nak main masak-masak atau barbie. Tapi rupanya tidakkk donggg.. Dia ambil nya gergaji..pastu potong-potong dinding rumah tu..haha aduiii. Repair rumah rupanya.


Dah bosan gergaji dinding...dia naik pulak atas bumbung rumah..dia duduk pulak kat atas tu... Ingatkan dia nak buat apa..Sekali...dia keluar bunyi "vrooommm....vroooommmm!!" Dah pulakkkkk. Rumah jadi motor pulakk..hadoilaa anak...



Tengokla gayanya tu...kalau tengok video..siap senget-senget kan badan lagi tau? Risau macam nak patah je dinding rumah tu dedek oi! seram mama tengok..huhu


Haiiih...dah penat buat macam-macam kat rumah tu..baru laa dia rasa nak belek-belek part kitchen tu. Tengok mana boleh bukak mane tidak.. Adui, patotnye ni awak buat mula-mula sekali main dedekk oi. Tu sebenarnya fungsi dia. Yang awak gi seksa rumah tu kenapa deeekk?
hahaha...

You always make my day tau... terhibur mama..hahaha

 

Project Corndog kakak Zara

0 comments

Date: 21 October 2020

Venue: Home

Tengahari ni, ada project kecil-kecilan dengan kakak zara. Sebab sekarang ni PKPB kan, semua gerai kat depan rumah dah tutup. Ada satu gerai corndog kegemaran kakak tu pon sure la tak bukak jugak.

Frust dah minah tu...asyik takde je corndog dia. So kami terfikirla, susah ke nak buat corndog tu kan? Bila bukak youtube, tengok cara dan bahan...alahai simple je. Even semua bahan pon memang dah ada kat dapur tu ha. 


So, janji la dengan kakak zara, lepas mama habis meeting jam 5.30 petang, kami nak buat corndog ni. Bayangkanlaa..sepanjang mama meeting tu, 5 minit sekali dia datang jenguk kat bilik...tanya "mama dah siap meeting ke?" hahaha sabar je la anak.


Dengan minah ni...janganla tersalah cakap berjanji atau plan nak buat apa-apa. Selagi xbuat..dia akan ulang, ulang, ulang daaaaann ulang tanya update. Perghhh ketaqqq sis! Jadiknya mama ni pon masa meeting jadi tak berapa nak focus, orang sebelah asyik bagi signal ajak buat corndog. Adoi! Stress laaa wei!


Dah siapp jeee meeting, pergggh!! laju-laju mama lari ajak kakak "jooom!!!" hahaha excited la diaaa.. Oke, Cara nak buat corndog ni bukan susah pon. Kami divide task kepada dua orang. Kakak kalau bab ni memang rajin betol la.

Mula-mula, kakak punye part, ambik sosej..balut je dengan cheesedale macam kakak buat dalam gambar tu, pastu cucuk je bontot dia dengan kayu satay camtu.


Jadi sementara kakak zara siapkan tugasan balut dan cucuk dia tu, mama kat dapur setel kan part satu lagi. Buat dohh dia. Doh pon senang, satu cawan gandum, 2 sudu besar gula, 2 sudu kecik baking powder, sbijik telor dan 3/4cawan susu segar. Gaul je semua sampai sebati, letak dalam cawan pastu simpan dalam peti ais selama 20minit.


Lepas 20 minit, keluarkan semua yang kita gulung dan don tadi dari peti ais. Selamkan sosej yang dah cucuk tu kedalam doh yang siap-siap dalam cawan tadi, pastu terus golek2 atas breadcrumbs cmni. Siaaappp... Then bolehlaa goreng. Gituuu jeeee...


Memandangkan mama pon first time goreng corndog ni, agak nebes la jugak handle corndog dalam kuali kat dapur tu. Jadi...sambil dok focus goreng nak bagi cantek, bila siap goreng..keluar dari dpur...satu corndog pon dah takde. Semua dh kene rembat kat 3 beradiksss tu. Alahaiii xsempatlaa nak snap gambr yang dah siap. hahaha..aduhai..
Takpela....next time kite buat lagi..hoyeah~


Tuesday, October 20, 2020

Layan kek di Secret Recipe

0 comments

Date: 20 October 2020

Venue: Secret Recipe

Harini mama terlebih rajin tengahari tadi. Tiba-tiba rasa nak masak ikan kembong kicap. Muahahahaa. Salah satu hikmah PKP, mama dah mula masak-memasak yeee anak-anak hehehe. Sila hargai usaha mama kamu ini yaa anak-anak hahaha.

Nak tengok rupa ikan kembong kicap pertama mama? Nak? hahaha...menjadi tau...hah! tu tengok bawah tu.. sedap gilersss. Papa bagi resepi masak ikan ni, tapi resepi papa suruh mama blend semua bahan-bahan. Tapi disebabkan mama tak berapa rajin nak cuci blender, jadi mama derhaka resepi ye. Mama potong halus je semua hahaha. Sedap oke!


Dah petang-petang pula, papa dia balik kerja. Mama cakapla...rasa nak makan kek la pulak. Nak benda manis-manis camtu. Papa ajak gi secret resipe depan rumah. Mulanya nak beli kek sepotong sorang je, sekali alang-alang sampai..dinner jela teros. Senanggg..

Kek Kakak - Hokaido Choc Cheese Cake

Kek Abang - White chocolate macademia

Kek dedek - Caramel cheese cake




Okelaahh..dah habis macaroni and cheese, chicken parmigiana ngan aglio olio..Burrpp.. jom balik hehe.


Saturday, October 17, 2020

Kejadian hari sabtu

0 comments
Date: 17 October 2020
Venue:Home


Happy Saturday all!!!

Kegembiraan sangat2 laa mama, kalau sabtu ahad ni. Tak perlu nak bukak laptop..mengadap meeting dari pagi sampai ke petang. Papa pulak, tak perlu laa nak hadap jem ke putrajaya tu pagi petang ye dakk? hehehe. 

Harini, random story saja. Sejak pagi...breakfast cam biasa. Kopi dan milo bersama telor mata kicap (zaffri punya) dengan penkek air tangan papa untuk sekeluarga. Alhamdulillah kenyang sampai ke tengahari.




Tengahari ni pula, bukak peti ais tengok apa lauk pauk basah yang masih ada. Nampak gayanya masih ada 2 ekor ikan bawal. Maka...menu makan tengahari kami harini, bawal masak merah marbelesss..juga dari air tangan papa. Alhamdulillah sedap sangat dan ikut tekak kami semua.


Simple-simple camni jee..insyaAllah menjamin kenyang perot suka hati dan menjamin kebahagian ahli keluarga hehe. Papa tambah sayur campur goreng sos tiram dengan ikan rebus goreng yang menjadi kewajipan setiap hari untuk mama masa mengandung kali ke 4 ni. haih..tekak orang kampung sikit yang ni ye?


Bila petang pulak, ajak kakak buat project puding caramel. Ni pon sebenarnya request dari dia la. Katanya lama tak buat..rasa nak makan puding caramel. Minah ni kalau xorder benda manis memang tak sah kan? Nasib baik semua bahan dah ade. Terus laa jadi rajin...



Bila dah siap puding, tak menyempat nak masuk peti ais..terus diorang suruh potong...makan terus. Hadoiiii anak. xpelaa.. xsejuk pon boleh makan je kan?

Muka tu ishh..memang tak boleh belah kan? rasa nak hempok je ngan henfon ni. Pantang orang nak ambil gambar, ada-ada saja dia buat muka. Tu konon macam muka "whatever~~~" la tu? dont care okeh. Tak snap kang xde gambar. Besar nanti kalau tanya mama "nape xde gambar kakak?" siappp ek!


Abang tu bukan suka pon makan telor. Tapi kalau buat puding camni, alhamdulillah dia makan. Tapi tak sebanyak kakak la.. Makan sepotong je.. Susah sikit yang no 2 ni. Bab makan, memang berperang..hmmm. Tapi dedek mana? Laaa....dedek tertido kat lantai tu rupanya...adui.


Yang sorang ni kan, macam tak biasa la kan? Habis bateri kat situ...kat situ jugaklaa dia landing. Hahahaha.. harini tido kat tengah-tengah jalan raya orang nak lalu lalang tu dah kenapa anak?


Camtulaa hari-hari...layan kerenah 3 beradik ni. Hmmmm tak sabar rasanya nak keluarkan baby ke 4 ni. Nak tengok macam mana peel kali ni kan? Excited pulak rasa. Yang pasti..semua orang pon tak sabar nak jumpa baby...

Friday, October 16, 2020

Zariff dan gigi kapak

0 comments

Date: 16 October 2020

Venue: Home - Masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan bersyarat sehingga 27/10

Harini ada orang tu hijact phone mama sebab nak snap gambar gigi kapak baru dia. hahahaha. Besar nauuuuu gigi kapak baru awak tu abang Zariff. Rugi kalau mama tak simpan dan post dalam blog ni sebagai kenangan awak bila besar nanti.

Kakak zara dulu pon dapat gigi kapak pertama juga masa berumur 7 tahun. Lebih kurang progress dengan kakak zara. Tapi yang kelakar, awak punya ni besar sangat ni Riff..ahhahaha 



Sebenarnya, sedikit la nak cerita kan. Zariff ni excited yang amatlaaa dengan gigi  baru dia. Maklumlaa, lama sangat dah kawan dok ejek dengan gigi depan dia sebab rongak sikit. Ada warna hitam. Sekarang dah makin hensem dahhh gigi kite kannn? Yeay!!


Thursday, October 15, 2020

Zafri dengan haiwan ternakan

0 comments

Date: 15 October 2020

Venue: Home Sweet Home


Macam biasa, mama masih lagi work from home. Jadi, untuk temankan mama buat kerja tanpa kacau mama kerja, memang tak menjadi masalah bagi saya.

Sementara tunggu mama tu, saya suka habiskan masa dengan mainan-mainan yang ada je. Macam biasa lah, saya akan ambil satu kotak mainan..keluarkan semua dari kotak. Baru la jelas apa yang ada dalam tu kan.




Ok, harini benda yang menarik minat saya adalah haiwan-haiwan comel ni. Saya kutip semua haiwan dalam kotak tu, susun macam ni. Syiokkk. Tapi mama cakap, sebenarnya ramai lagi haiwan satu set ni..hilang tak dapat dikesan. hehe



Pastu...dah penat main sorang-sorang kan, Akhir kata..selepas beberapa puluh minit.. kite pon habis bateri then kita tido je lantai tu camni bersama rakan-rakan mainan saya. Itulaaa cerita saya harini. hehehe



Zafri ni memang seorang anak yang mudah dijaga. Senang nak handle dia. Dia tak banyak ragam. Cuma sekali sekala ada mintak untuk ambilkan sesuatu yang dia tak dapat buat je. Tu biasala.. Tapi bukan di kategorikan anak yang kacau mama buat kerja pon.

So, sepanjang mama work from home sejak bulam march 2020 ni, zaffri xbanyak ragam..xbanyak buat mama penat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah dengan anugerah yang tidak terhingga ini. Syukur.



Tuesday, October 13, 2020

Tolong mama tanam pokok

0 comments

Date: 13 October 2020

Venue: Home






Monday, October 12, 2020

Tertido depan tv

0 comments
Date: 12 October 2020
Venue: Home

Di mana sahaja berada, sampai waktu...saya akan tido. Tak kisahla lampu bukak ke, bising tv ke.. saya tido je. Itula dia style zaffri. Sejak dulu memang mudah lena. hehe

Harini, dikala orang semua tengok tv...dia boleh gi baring situ pastu tido terus..alahai anak, comel betol la kamu...




Saturday, October 10, 2020

Kisah cabut gigi Zariff

0 comments

Date: 11 October 2020

Venue: Klinik gigi


Ada kisah, kenapa ahad-ahad ni pon datang klinik gigi. Abang ni memang paling awal mengalami masalah gigi rosak kalau nak dibandingkan dengan kakak. Memang kalau perasan pon, sejak kecik lagi, gigi abang tumbuh jarang-jarang dan kecik. Selalunya kalau gigi kakak, bila tumbuh tu besar dan rapat-rapat walaupon gigi susu.

So masa kecik dulu mama ingat, gigi jarang-jarang ni susah nak rosak la sebabnya makanan tak terselit kat celah gigi kan? Ouh rupanya bukan macam tu. Pengalaman anak kedua mama ni lain. Bila gigi jarang, cepat kene kaviti di sekeliling gigi dan gigi cepat berubah bentuk makin ramping dan rosak.


Hari tu dah pernah cabut gigi depan atas yang memang kaviti teruk. Lama dah nak cabut gigi tu sebab warna hitam tapi doc tak bagi. So, hari tu bila ade gigi kekal tumbuh kt belakang gigi hitam tu, greenlight la untuk cabut. Cabut gigi tu xpakai bius jarum, hanya calit dengan krim pink tu saja.


Kali ni pengalaman baru untuk abang. Bermula hari jumaat malam, mengadu sakit gigi geraham atas dan geraham bawah belah kiri. Aduhai...menangis-nangis sakit. Ajak nak pergi klinik sekarang jugak..dan2 malam buta kot. Manalaa ada klinik. Jadi, sabtu pagi..laju-laju la mama whatsapp klinik gigi depan rumah, nak datang cabut atau tampal gigi abang tapi appointment penuh pulak.


Kesudahannya, dapat appointment hari ahad jam 11am. Alhamdulillah..abang zariff memang dah tak sabar nak cabut gigi geraham dia. Kali ni kene cucuk dengan jarum besar tu. Tapi zariff yang kami kenal, memang kuat orangnya. Langsung tak nangis, kuat semangat sangat..Terharu tengok subhanallah. Doctor ada tanya, zariff ni memang biasa kene cucuk ke, sebab dia tak nangis pon kene cucuk jarum kt gigi kan? Jawapannyaa..yee...sejak umur 6bulan, zariff ni asyiklaaa kene cucuk macam-macam. Kat tanganla...kt bahula..bontotla. Takpela..itu kisah lama. 


Sekarang alhamdulillah anak-anak mama semua sihat walafiat. Yang ni je paling penting. Syukur semua sihat. Demam kejap2 tu biasala..tapi takde dah yang  melarat sampai ke hospital macam dulu-dulu. 




Akhir kata... mama nak tempeklaa muka mama yang sentiasa ceria bila dapat keluar rumah ni. Almaklumlaa..sekarang ni Covid-19 masih berleluasa. Tak boleh ke sana ke sini nanti kene tangkap polis hehehe.

Bye..


Saturday, September 26, 2020

Pasar ikan segar

0 comments

Date: 26.09.2020

Venue: Pasar ikan pandamaran

Tak selalu pon kami ke sini. Tapi bila kami berdua tak de plan hujung minggu, dan plan hanya untuk masak-masak je, barula kami sampai ke sini. Itupun kalau sampai sini, memang tak bawak kakak dengan abang. 

Tak bawak sebab kawasan ni ramai orang, berhimpit-himpit dan basah. Dah nama pon pasar basah kan. Jual ikan. hehe.

Tapi zaffri memang takboleh nak tinggal kat rumah lagi lah. Masih di bawah ketiak, kene ikot kemana saja lagi.







Hasil harini, kami bawa pulang ikan tenggiri sekor berharga RM38. Ikan sardin 2kg, Ikan bawal 2 ekor dan ubi. Itu sajaaa.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...