Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, February 29, 2020

Qadha Birthday ke 8 Zara

0 comments

Date/Location: 29 February 2020 - Rumah Tokma

Memandangkan kakak zahra xpotong kek masa birthday bulan november hari tu, mama dan papa memang tak puas hati betol. Zariff dan Zaffri, walaupun kecil-kecilan tapi tetap jugak potong kek. Terasa macam tak adil pulak mama ni. haih.

Kesudahannya, mama plan dengan ummi ngoh, untuk sambut birthday kakak zahra sekali dengan kakak aimy. Baru delay 3 bulan, oke la kan? walaupun dah masuk tahun lain. Nak buat camne, birthday kakak kan hujung tahun.

Maka, hari ni 29hb, kami semua celebrate birthday kakak zahra sekali dengan kakak aimy kat rumah tokma. Seronok sangat sambut dengan ramai-ramai 

Menu utama: Nasi kerabu - ni mama katering je ngan kawan tokma

Desert: kueh2 tradisional, lompat tikam, koci, cupcake, jajan - ummi settle hehe

Steambot : Papa belanja hehe

Oke..selesai jenguk menu-menu yang terlibat sepanjang majlis. Keluarga kami besar, ramai sangat ahli-ahlinya. Kalau buat makan-makan memang kene meriah hehehe.

Ok lah, jom kite tengok majlis potong kek pulak. Suka sangat tengok kakak zara dan kakak aimy harini. Gembira, sporting sangat. Selalunya susah nak snap gambar. haha

Jom kite layan brithday girl potong kek pulak ye...hehe












Alhamdulillah..selesai semua potong-potong kek. Tetamu pon memang penuh rumah tokma ni. Mama, papa, umi, walid dan smua berpuas hati dengan majlis. Terima kasih kepada semua yang hadir ye.



Wednesday, February 5, 2020

G..E..M..U..K

0 comments
Date: 06.02.2020
Time: 7.15am
Venue: Dalam kereta

Teringat kejadian pagi tadi. Sewaktu hantar zara ke sekolah agama. Ye, pagi ni hantar zara sorang je ke sekolah agama sebab zariff mintak nak rest pagi ni. "Tooo tired" katanya. Ok la. Bagi la zarif rest harini sebab kalau ikutkan kakak dulu, darjah 1 masih tak sekolah agama. Hanya sekolah kebangsaan waktu petang saja.

So, dalam perjalanan ke sekolah agama...zara dok picit-picit lengan mama. Sambil mama tengah pusing stereng. Pastu zara cakap "ma..i told you...mama kene work out weekend ni..both days. Tangan mama makin big dah". uwaaaaaa. Ni dah kali kedua zara suruh mama joging, work out on weekend.

First time cakap was last week. Zara cakap "mama...kakak rasa..mama kene joging la this weekend. For both days, saturday and sunday sebab kakak tak suka la tengok mama (sambil buat muka macam ala-ala eeuuuu tu sambil sambung) G...E...M...."

Then second time is this morning tu la. Speechless sis! 

Mama jawab: kakak...mama tired la nk work out weeknd, weekdays mama dh kene work, pagi sampai malam. weekend mama nak rest"

kakak jawab:"ok2 mama..fine. mama joging half day je.boleh?"

Mama jawab lg: Mana boleh...pagi sabtu mama nk kene basuh pinggan, kemas rumah. xboleh joging.

kakak jawab lg: Takpe mama....kita suruh je papa buat!!!

Mama dgn confident jawab: huh! memang idokler kakak wehh!

Huhuhu..penatlaa....asyik kene komplen mama gemukss je. Frustla camni. Camni nak kurus, lapaa je manjang..camneee..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...