Date: 4.12.2021
Venue: Secret Recipe - Alamanda, Putrajaya
Alhamdulillah...sehingga hari ini, kami dah berjaya melayari bahtera kebahagiaan bersama-sama selama 11 tahun. Berbanding tahun lepas, tahun ke 11 ni tidak dinafikan lagi, memang ternyata kematangan kami lebih baik dalam menguruskan anak-anak.
Alhamdulillah juga, tahun ke 11 perkahwinan ini, kami dihadiahkan seorang lagi cahaya mata ke 4, Iman Zaheen yang menambahkan lagi kebahagian keluarga kami.
Sambutan kecil-kecilan sahaja, cukup sekadar membawa anak-anak makan di restoran kegemaran diaorang di secret recipe. Kami ni, tak pandai nak masuk restoran trending-trending macam kat instagram tu. Yang mewah-mewah pon tak mampu.. Sini pon sudah cukuplaa..
Dapat tengok anak-anak tersenyum...cukup membanggakan. Hadiah anniversary yang tidak ternilai.
Hari ni, kami order hanya sepotong kek white choc macademi..kongsi 6 orang. Saja nak bagi bonding lebih sikit hehehe.
Selepas makan - jalan pusing keliling luar amanda melihat keindahan decoration laman. Cantik dan nyaman. Kebetulan cuaca pon redup, sangat tenang.
Kat dalam bangunan pula, musim bulan december ni mesti la decoration cristmas kan. Cantik sunggoh pokok cristmas dan deco tengah bangunan tu. Anak-anak pon teruja. Lama pkp, jarang dapat masuk mall. Hehe
Bye bye!!