Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, July 31, 2012

Popia goreng

0 comments
Date : 31 July 2012
Time : Satu hari
Venue : Home Sweet Home

Special Note:
Zara suka tekan puting botol susu

Hari ni masa jalan-jalan kat tesco, mama dan papa ternampak buku masakan ni. Belek2 terjumpa resepi popia goreng..hmm...senang je rupanya. Terus berkobar-kobar la mama dan papa beli barang2 nk buat popia..hihi..mengom tak kami? Haa, zara..kalo tang ni mama dan papa mengalu-alukan zara tiru.

Snap menu popia goreng
 Dah tu balik rumah haruslah mama dan papa bersungguh-sungguh masak popia goreng. Berbekalkan pengalaman mama dulu-dulu masa kat universiti. Auntie Fad yang ajarkan mama camne nak buat inti untuk popia goreng ni, mama apply la masa ni. Papa pon cakap sedap..termasuklah uncle kalam.hehe

Sementara itu, cik zara dengan rutin harian seperti biasa..golek-golek..guling-guling minum susu. Sekarang ni ade satu penyakit baru pulak. Suka main-main dengan puting botol susu tu. Suka tekan-tekan sampai keluar susu..zara..zara..apa-apa je la..hehe

Tekan puting botol susu
Dah puas tekan2 puting, baling2 botol pulak..hehe


Monday, July 30, 2012

Bengkel kereta setapak

0 comments
Date : 30 July 2012
Time : Lebih kurang jam 12tengahari
Venue : GAB Setapak

Hari ni papa bawak Iman Nur Zahra gi repair kereta mama. Kereta mama rosak...macam-macam rosaknye. Alang-alang, papa tukarkan sekali dengan absorber dan spring baru..brand GAB..Papa cakap brand ni bagus, boleh buat kereta lagi selesa. Tapi hari ni  papa datang ofis amik mama dulu. Then gi bengkel sama-sama.Tapi, bawak baby sama-sama jugak haha.

Kami sekeluarga di bengkel...(tension nampak inz??)
Anyway mama dan papa dah bleh imagine yang bengkel tu mesti panas kan. Tambahan pulak gi sana time tengahari panas terik. So zara memang kurang sikit kalau tempat-tempat panas. Susah jugak kan? Alaaa...nak cakap zara takboleh, sedangkan kite orang tua pon dah boleh tahan, inikan pulak budak kecik tu.

Menunggu buah yang tak gugur kah?? hahaha
Sementara tunggu stok barang sampai (part untuk kereta lain banyak je kat kedai tu, tapi part untuk kereta mama tu takde stok, kene tunggu kedai lain tolong hantarkan), zara pulak mengamuk-mengamuk mengantuk nak tido. Panas pulak tu, mane mau nya tido..terpaksala papa masuk dalam ofis (bengkel tu ade ofis kecik tempat customer wat bayaran), untuk tidurkan zara.

Dah cabut semua tayar, tunggu nak masuk absorber dengan spring je lagi

Apek tengah buang spring lame

Apek pasang spring baru - hopefully it should be improved!

Dah siap pasang ke-empat2 spring dan absorber, kene wat alignment dan balancing pulak...
Akhirnya, bila dah setel semua...cepat-cepat la mama bawak iman nur zahra yang tengah lena tido tu sambung tido dalam kereta..Untuk komen, pemandu lagi best dengan absorber baru! yeay! thanks papa!

Sunday, July 29, 2012

Snap-Lock Caterpillar

0 comments
Date : 29 July 2012
Time : 9.00 Malam
Venue :

Happy sunday all!!! Hari ni sangat busy walaupon hari ahad. Meh mama nak cerita disebalik gambar anak mama kat atas tu. Yang dah besar panjang. Dah anak dara dah tu..hihihi

Posing dalam lift pon boley..hihi (sexi kot! hahaha)
Pagi ni, dalam kepala dah plan macam-macam. Nak gi berbuka puasa kat rumah Tokwan dan Tok k. Erkk, sape tokwan??? Hehehe, tokwan adalah sedara tokma mama yang tinggal sebumbung masa kecik-kecik dulu. Dulu, tokma dan tokwan ni tinggal dengan kakak nenek mama a.k.a moyang zara la sebab dia takde anak. So, jadilah derang dua orang ni adik beradik. So, mama before kawin dengan papa, tinggal kat rumah tokwan ni la. Beliau banyak sangat berjasa tolong mama sekeluarga tau. Nanti zara besar, zara pon jangan lupa jasa beliau k.

Ok, Tapi sebelum tu mama dan papa plan nak gi Jusco klang dulu sebab nak carikan baju raya untuk amirul. Eh..sape amirul? ha...mama tak pernah lagi kot cerita pasal amirul kat sini. Amirul ni paksu zara la (wat masa ni paksu lagi la sebab amirul takde adik lagi..hehe) Tapi amirul ni bukan sama mak dengan papa..amirul ni anak tok ummi. tula kesahnya.

So agak-agak jusco dah bukak tu kite semua gerak la ke sana..dapatla rembat satu pasang jeans polo dan tshirt berkolar polo juge. Kaler kuning biru pilihan mama dan papa. Sebagai buah reward untuk zara (anak dara mama mane buleh lupa) mama dan papa belikan sekor toys berbentuk ulat yang nama penuhnya Snap-Lock Caterpillar from Fisher Price product.

Snap-Lock Caterpillar
Nampak kat kedai tak menarik sangat tapi bila bukak plastik dia..best jugak menda alah ni..badan caterpilar tu boleh bukak satu-satu dan sambung balik. Hmmm..ok la kot. Untuk tambah koleksi mainan cik zara la. Sekarang ni mama tengok zara tak banyak mainan la. Nanti mama cuba cari mainan yang sesuai untuk zara k.
Layan caterpillar
Balik dari jusco tu. mama dan papa terus kemas barang baby then ke UITM Shah Alam jemput ciklong. Uppss..ciklong pulak? sape tu? hehehee..ciklong ni sepupu mama, anak kepada tok uda kat kampung. Dia tengah belajar tahun pertama kat uitm shah alam dalam jurusan accounting. Ok, dah tu..lepas amik ciklong terus gi umah tokwan, berbuka disana..

Dah..tu je mama nak cite..anyway..zara got new toys rite? main leklok k, nanti boleh simpan untuk adik main pulak..hehehe

Saturday, July 28, 2012

Train zara suap food sendiri

0 comments
Date : 28 July 2012
Time : Satu hari
Venue : Home sweet Home


Progress :
1. Minum air pakai botol air masak
2. Belajar suap makanan sendiri

Pagi ni, masih lagi nak cerita pasal perkembangan puteri kesayangan mama tu..Puteri kembang semangkuk Iman Nur Zahra. Mama percaya setiap bayi or kanan-kanak berbeza dan tak sama dengan tahap perkembangan masing-masing. Walaupon lahir sama tarikh or bulan..tapi still beza tahap kebolehan diorang. Macam Zara tu..sekarang dah 8bulan lebih nak masuk 9 bulan dah..baru boleh merangkak je. Ade baby lain dah boleh panjat2..zara tak boleh..penakot sangat. Zara kalau setakat panjat sikit2 rendah2 tu bolehla tapi kalau panjat sampai boleh berdiri sendiri tu memang tak la. Sebok nak duduk. Tapi takpe, mama tak paksa zara buat apa yang zara xmampu.mama percaya..hanya zara sendiri je tau bila dia ready.


Kan mama dah cakap, zara memang tekun dalam apa saje..

Tekun betol menonton tv
Rutin harian zara dirumah, bangun pagi mesti bertenggek kat depan tv menonton cartoon-cartoon kegemarannya. Biasanya kalau jam 8pagi tu Bananas in pyjamas then follow pulak dengan Mickey Mouse Clubhouse jam 9 pagi. Masa menonton tak banyak activity yang zara buat.

Cuba panjat tiang buaian
Zara masih takot-takot nak panjat tiang ni
Macam sekarang ni kan, masuk umur 8bulan baru mama bagi zara minum air pakai botol air sendiri. Tu pon sebab mama nampak zara dah pandai amik botol dari lantai dan suapkan ke mulut tanpa bantuan. Anyway..6bulan pon sebenarnye dah boleh bagi botol air tu. Tapi tula..zara masa 6 bulan mungkin tak ready lagi kot..mama takot tersedak air tu nanti.

Pandai anak mama minum pakai botol air

Minum leklok sayang..kang jatuh kang..
Untuk memperkenalkan botol air yang sesuai untuk zara ni adalah bukan satu perkara mudah bg mama tau...susah sangat.. Kenapa ssh? ofkosla. Nak cari yang betol2 sesuai dari segi jenis putingnya, dari segi prektikalnya..dan yang penting kualitinya. Lepas googling2 then terpikir untuk pilih AVENT ni. Ni bukan disebabkan nama or brand dia. Tapi ianya menepati ciri2 yang nik nak. Puting getah, tunggang tak tumpah..saiz yg sedang dengan holder yg senang utk zara capai juga material plastiknya yg super tahan. Mula2 bagi zara pakai ofkos la jakun sekejap. Maklumla before ni minum air pakai botol susu sebab senang, water flow tak laju dan zara tak tersedak. Bila guna botol air ni..mula2 masuk mulut sebok dok gigit puting botol tu je. 2 3 kali masuk mulut tu baru zara hisap puting tu then terbatuk2..hihi..kesian pulak. Air dia banyak dan laju ckt kalau nk compare dengan mnum dari botol susu. Tp alhamdulillah..lepas 5 6 kali training..baru pandai. Goodgirl!

Anak dara mama yang sungguh cantek!
Selain dari train zara minum air masak pakai bekas air, nik juga dah start nak train zara makan sendiri juge. Tapi ofkos la...bukan mama maksudkan makan sendiri 100%..dont expect that much ok..kate nak train kan. Dengan umur dia sekarang, nik rasa dah sesuai sangat untuk mama cuba slow2 train dia suapkan ke mulut sendiri. Tapi selama ni pon memangla zara dah pandai masuk mulut, kertas..toys..itu ini semua kat lantai tuu. Tp tu lain k. ni mama nak train zara makan sendiri. Tapi confirm2 la makan bulan baru nk pandai kan. Takpe..dah kata nak train..training ni memerlukan masa dan mendidik anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi! waah! Untuk train zara, mama nak mulakan dengan bagi zara pegang sendiri sudu..ajar dia cara amik dari mangkuk..bawak susu tu ke mulut. Perlahan lahan la train dia kan, zara pon tak expect zara akn pandai buat tu semua pon..cuma bagi mama, lagi awal lagi bagus..betol x? sudahnya...sudu ntah ke mana..cerelac ntah kemana..tangan je dok cedok cerelec tu masuk mulut. hahaa..but its ok sayang..that's what we call as "experience" and "exploration"..betol tak kawan2?? hehe

Meh layan kerenah zara time makan...

Ok..mula-mula pegang sudu..

cedok dan suap ke mulut...

Pastu susah pakai sudu..xmasuk banyak sebab tak pandai cedok, so pakai tangan pulak.

Upss..takboleh..mama marah pakai tangan, kene pakai sudu jugak..ok..cedok pakai sudu..(betol ke camni mama?)

Susahla mama pakai sudu..campak je la..huu

Hmm..macam tu  la zara. Main-main campak. Pegang apa-apa pon campak. Semua barang nak campak ke bawah sebab nak suruh mama amik balik bagi dia so that dia boleh campak lagi sekali. So funny. Rasanya memang baby baya-baya macam ni suka campak barang kot. Tapi taktaula baby lain macam mana pulak.


Friday, July 27, 2012

New AVENT set for Zara

0 comments
Date : 27.07.12
Time :Sepanjanng hari
Venue : Home sweet home

Setelah agak sebulan lebih mama tak bershopping online, hari ni lepas sahur sementara nak tunggu cerah sikit untuk bersiap-siap nak gi keje..sempat pulak menjengah beberapa blog/website barang-barang baby. Kebetulan pulak baru teringat yang malam tadi mama ade diskas dengan papa, nak introduce Zara minum air dengan botol air. Sebab sekarang ni zara minum air masak pakai botol susu. Kami sebenarnya takot zara tu tersedak. Tapi agak2 la kan, sekarang zara dah 8 bulan dan dah kuat makan tapi minum air tu kurang. Kadang-kadang zara poo pn macam keras sikit.

Parcel dah sampai!
Dah kebetulan zara ni memang dah pakai botol-botol susu AVENT, mama try google botol air minum AVENT jugak..menepati dengan ciri2 yg mama nak ke idak kan. Untuk memperkenalkan botol air yang sesuai untuk zara ni adalah bukan satu perkara mudah bg mama hoccay...susah sangat.. Kenapa ssh? ofkosla. Nak cari yang betol2 sesuai dari segi jenis putingnya, dari segi prektikalnya..dan yang penting kualitinya. Bagi mama, botol AVENT ni sangat ok..dengan puting getahnya, tunggang tak tumpah..saiz yg sedang2 dengan holdernya yg senang utk zara capai dan juga material plastiknya yg super tahan.

Satu set pinggan mangkuk, botol air masak dan teat 3hole.
Lastly..nik beli kat tempat biasa mama jenguk kalau bab2 barang AVENT ni. Mama beli kat Little Kids. Mama memang suka beli barang kat sini sebab sini memang murah berbanding website/blog lain. Lagi satu..sempena bulan ramadhan ni, siap bagi postage free lagi! yahuuu...dah la tu..kalo like fb dia, siap dapat 10% discount lagi..haa..best gilerr kan! Hajat di hati nak beli botol air tu je, tapi tut2 terbeli jugak pinggan mangkuk cik Zara juge sebab muraaahh..dah tu, mama tambah order sekali ngan teat untuk 3 hole. Dari total RM144 dapat lg discount 14hengget dan postage free pulak. I like..like..like..Order hari rabu, jumaat dah sampai umah..memang cpt kan? Service memang lagula. Owh ye, sempena bulan ramadhan ni derang ade wt promosi. Rasa nak je beli macam2 lagi kt situ tp tu la..memikirkan raya is around the corner then persiapan raya pon so so je lg..nnti la dulu, tp cam ruginye..huhuhu
Excited betol Iman Nur Zahra
Mula2 bagi zara pakai ofkos la jakun sekejap. Maklumla before ni minum air pakai botol susu sebab senang, water flow tak laju dan zara tak tersedak. Bila guna botol air ni..mula2 masuk mulut sebok dok gigit puting botol tu je. 2 3 kali masuk mulut tu baru zara hisap puting tu then terbatuk2..hihi..kesian pulak. Air dia banyak dan laju ckt kalau nk compare dengan mnum dari botol susu. Tp alhamdulillah..lepas 5 6 kali training..sekarang dah pandai dah. Goodgirl!
Cubaan minum pakai botol air
Selain itu, kan mama order juge pinggan mangkuk AVENT tu. Dalam satu set ade 3 jenis mangkuk berlainan saiz. Mama pakai yang paling kecik untuk zara wt masa ni. Sebab sekarang zara hanya makan bubur nasi dan cerelac saje. Tu pon takde la bnyak sangat. Just nice dengan mangkuk paling kecik tu. Mama train Zara pegang sudu sendiri, cedok cerelac dari mangkuk dan suap ke mulut. Tapi..jangan harapla nak betol2 kan..hihi..
Pandai betol anak mama nih..lap u so much!

Sunday, July 22, 2012

Inz yg busy dengan toys

0 comments
Date : 22 July 2012
Time : tengahari
Venue : Home sweet Home

Hari ni mama takde nak cerita apa-apa sangat pon, cuma nak post activity zara dengan mainan-mainan kat rumah tu je. Mama nak note kat sini sebagai kenangan bila zara besar nanti. Macam ni activity zara setiap hari..

Jom layan...

Busy like a bee
Anak mama yang sangat cantek! hehehe
Main tunjuk tunjuk jeee..
Ish..ish..sesungguhnye zara sangat busy!
Uppss..nampak uncle kalam kat belakang...
Her fevourite for the time being...
 

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan pertama bersama INZ

0 comments
Date : 21.07.2012
Time :  2.00-5.30PM
Venue : Home dan Sunway Pyramid

Pengalaman/Perkembangan Zara : 1st time visit bazar ramadhan.

Hari pertama menjalani ibadah puasa dengan satu keluarga lengkap. Alhamdulillah. Mama rasa, ni semua sudah cukup untuk semua orang impi-impikan termasuk mama dan papa selama ni. Dulu mama dengan papa selalu terfikir, macam mana perasaan berpuasa dengan ade sorang baby. Mesti best sangat-sangat kan. Ni belum lagi cerita pasal raya bersama baby, lagi la seronok kan? Ok..tu nanti mama cerita bila dekat-dekat nak raya nanti.
Budak comel ready to go to Sunway Pyramid

Hari ni, walaupon start puasa tapi mama dan papa plan gi Sunway Pyramid. Hmmmm..rasanya dah terlalu lama sangat kita semua tak gi sana. Papa pulak hari ni tiba-tiba ajak gi sunway pyramid, sebab nak gi beli jeans GUESS untuk raya (hmm..papa cakap untuk raya, tapi mama rasala kan, nanti tengah2 puasa nanti ade yang nak beli sehelai lg).

Dari rumah, gerak lepas solat zohor..sampai sunway pyramid tu kejap je..tak jem..dan tak jauh. Kat sini, hari ni mama pancit..tak larat sangat-sangat..tak tau kenapa..sakit kaki la..sakit peha la..sakit itu la ini la..Owh ye..tak lupa jugak, kat sini kami jumpa Piya (pemain bola sepak kelantan)...bangga! hihi

Memula sampai tu, dok pusing-pusing satu sunway pyramid dlu. Then puas hati survey semua barula decided beli sehelai jeans papa...RM369 dan dapat discount raya 30%..Best2. Nanti mama pon nak beli jgk la jeans guess ni.

Dah setel beli barang papa..nak beli brang baby pulak. Tapi semalam dah shopping sakan dah baju2 raya baby. Hari ni, mama ingat nak cari mainanla. Lagipon dah lame tak belikan mainan untuk baby kan. Then, hari ni..jalan-jalan..pusing-pusing..dapatla beberapa ketol mainan..semuanya dari brand Fisher Price. Kenapa? sebab mama memang suka sangat dengan toy from Fisher Price ni. Plastic dia tak mudah pecah. Kalau zara baling mcm mane kuat pon, tak mudah rosak dan maintain seperti sedia kala.

Poppity Pop Dump Truck
 Meh mama cite sikit apa fungsi toy ni, Poppity Pop Dump Truck ni..truck yang ade bunyi kalau baby tolak. selain itu, baby jugak boleh tekan2 punat oren kat atas kepala truck tu untuk kluarkan bunyi "cluck cluck". Ni boleh merangsang deria 'action and sound'.
Pound and Giggles Hammar & Baby's First Blocks.
Pound and Giggles hammer ni pulak akan menghasilkan bunyi bila zara shake it. Bunyi hammer ni takde la menyakitkan telinga macam yang di-imagine ya. Hammer ni boleh bunyi lagu2 lagi tau. sekali zara shake, lagu ni keluar..sekali shake lagi..lagu lain pulak keluar..shake lagi..tukar lagu lagi..tak silap dalam 5 bunyian. Comel kan?

Baby First Blocks ni tak yah cite panjang sangat la kot..semua dah bleh tau dah. Kotak mainan yang ade 5 lubang yang berlainan bentuk. Dalam kotak tu ade blok2 yang menyerupai setiap bentuk lubang tu. Ni actually sangat bangus untuk asah kepintaran setiap kanak-kanak untuk skill match and fun. Agaknya macam mane la cik zara main benda ni. Baling-baling kot.kikiki
Hopefully zara main ngan mainan ni semua k. Bukan ape, mama perasan..mainan kat rumah tu jarang sangatnya zara nak main..dok main barang-barang bukan mainan je..kuncila..remote la..hihi..klakar la.
On the way ke bazar ramadhan seksyen 20
Lepas balik dari sunway pyramid pulak..kita semua singgah di Bazar Ramadhan Sekseyn20 Shah Alam. So, inila pertama kali pengalaman zara ke bazar ramadhan.

Friday, July 20, 2012

SOGO Sales

0 comments
Date : 20.07.2012
Time : 6PM
Venue : SOGO, KL

Zara is now : 8months
Pengalaman/Perkembangan Zara : Pertama kali datang SOGO KL.

Hari ni jumaat..pagi ni papa dan zara hantar mama gi keje..seronokla mama, takyah susah payah nak drive. hihi. Pagi ni mama ade jamuan makan-makan kat ofis..makan kambing golek lagi 2 ekor tau. Jamuan start kol 10-3.00 petang. So..lepas kol 3 tu memang mama dan staff lain merancang nak balik je la. Dah alang-alang papa dan baby datang jemput mama..kite semua gi sogo! haa...dah lame sangat dah mama dan papa tak gi sogo.. Last gi sogo ni masa mama tengah pregnant kan baby lagi.

Kat sogo ni..memang terkenal dengan sale, brang murah, discount banyak.. Kalau gi sogo ni, memang rata-rata boleh dengan orang "kecek kelate". Dah memang terkenal la di kalangan orang klate. Mama dlu pon, masa setelkan barang baby before bersalin..banyak jugak beli kat sogo ni. Siap datang masa Member sale lagi. kalo time member sale memang sangat berbaloi. Contohnye Baby blanket rm48 tu dapat RM25 je..tu tak termasuk barang2 lain. sangat murah.

Tapi, untuk baju raya cik zara mama ni..takde la mama nak beli yang discount banyak-banyak tu. Ofkos la amik yang new arrival..hihi..

Tuesday, July 10, 2012

Langkawi Trip - Underwaterworld

0 comments
Date : 8.07.2012
Time :
Venue : Langkawi - Underwaterworld

Kat sini mama tak tau nak cerita apa sangat. Tapi yang pastinya mama boleh cakap yang zara memang enjoy sangat tengok pelbagai jenis ikan. Besar-besar pulak tu. Terjojol mata zara tengok. hihi. Ingatkan tengok ikan besar dalam aquarium yang sedang berenang2 depan mata boleh wt zara takot. Tapi..takde nya takot..siap bukak telunjuk dia..then nk "touch" "touch"..hihi. Apa yang mama boleh komen pasal Under Water World Langkawi ni, best jugakla..sangat luas untuk diterokai. Especially kepada foreigner mesti derang akan dapat banyak pengalman baru tentang ikan. Sebabnya, kebanyakan ikan yang ade kat sini adalah ikan yang terdapat dlam lautan malaysia. Yang mungkin diorang tak dapat tengok species ikan tu kat tempat diorang.
Pintu masuk sedang beli tiket
dddd
Mula2 masuk je nampak ikan macam ikan patin



Suasana di taman under water world sebelum masuk kawasan aquarium
Tapi kalau yang paling menarik buat kami semua adalah dengan wujudnya peguin2 yang super comel ni kat sini. Memang entertaining sangat. Peguin ni memang suka main air kot. Sepanjang kami berada  kat area tu, activiti diorang, berenang je manjang..pastu bersihkan bulu..sikat bulu..uppss.. Peguin ni ade bulu ke? Ntah..nanti mama google. Mama pon tak perasan..hihi

Berjumpa dengan encek encek peguin yang comel

Menonton gelagat peguin mandi manda
Selain dari tu...kat dalam ni jugak derang ade buat tempat khas untuk bergambar ala2 dok di kutub utara kutub selatan gitu. Hahaaha..klakor.
White mountain...
Kat tengah2 pengembaraan tengok ikan ni, tak sangka ade cafe jual makanan..hihi..nasib baik..lapar kot! Tapi as expected la..harga dia mestila up sikit dari kt luar. Lantakla kan janji dapat makan. Dah kebulur dah agak2 ni ha..hihi
Makan-makan
Lepas dah kenyang makan tu, mama ingatkan dah habis dah part meng-explore..rupanya kat depan tu ade lagi satu tangga yang membawa pelancong menuju ke underground..Fuyoo..mama, papa dan baby..turun tengok la bawah tu kot ade yang menarik..memang..kat bawah ni ade banyak lagi specis ikan. Mama boleh nampak zara sangat excited. Tapi yela..zara kan kecik lagi, mesti zara tak paham ape2 lagi kan. Nanti zara besar kte datang lagi k.
Pelbagai jenis ikan yang menarik perhatian Iman Nur Zahra
Antara yg menarik

Langkawi Trip - Beras Terbakar di Padang Matsirat

0 comments
Date : 7.07.2012
Time : sepanjang hari
Venue : Beras Terbakar,

Sempena hari pertama kat langkawi ni, semua orang exited. Bukak langkawi full map, dah plan macam-macam. Kalau boleh semua tempat nak gi. Tapi masalahnye..sempat ke? kekeke. Actually langkawi ni ade sangat-sangat banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau ikot map tu, ade lebih kurang 36 tempat menarik.

Jadi, kami pilih Beras Terbakar sebagai tempat pertama untuk dilawati. Ianya terletak di Kampung Raja, mukin Padang Matsirat. Sesampainya kat Padang Matsirat ni...ya ampun, panas terikkk. Boleh pening berpinar mata. Dari dalam van lagi mama nampak banyak topi dok tergantung kat kedai2. Haapaa lagi..rembatla satu untuk cik zara. Kesian si comel mama..panas..nnti jadi macam udang kene bakar.

Beli topi untuk zara..sini panas teroik
Masa berkunjung kat sini, mama terfikir, Apa yang istimewanya beras terbakar ni kan? Bila balik rumah, mama google la pasal sejarah dia then terjumpa la satu source ni Beras Terbakar. Mama pon sebenarnya baru tau, kisah sebenarnya. Beras yg dikatakan terbakar tu sebenarnya tertanam dalam tanah kira-kira seluas 30kaki lebar dan 3kaki ke dalam tanah. Sejarahnya, beras terbakar ni adalah salah satu bukti sumpahan mahsuri terhadap kezaliman yang dilakukan terhadapnya.
The Family..
Masa kami datang kat Padang Matsirat ni..beras terbakar tu tinggal sikit sangat dah. Tu pon dah dipagarkan dengan gate besi lagi. Orang cakap..ramai pelawat yang datang..curi2 amik beras terbakar tu sikit2 sorang wt balik sebagai kenangan. Ade jugak yg datang sini semata2 utk ambil beras terbakar yang dikatakan boleh dijadikan penawar demam panas, kepialu dan sakit perut. Tu yang dah sikit dah. Kesian betol kat generasi yang akan datang. Kalau mcm ni perangai..alamaknye anak cucu cicit kita nanti tak dapatla nak tengok sejarah berharga negara ni. Betol x?

Di hadapan rumah comel tepi beras terbakar

Apsal pulak mama dok tengah2 mcm tu..adoi..
Mini-mini family di hadapan monument beras terbakar.

Di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke kawasan beras terbakar
Dah setel part2 yang "wajib" tu..(amik gambar)..then sambung pulak dengan ber-shopping ala-ala kadar kat area depan Beras Terbakar ni. Untuk pengetahuan kepada sesiap yang tak pernah jejak kaki kat sini, dari parking lot sehinggala ke depan pintu pagar kawasan beras terbakar tu dipenuhi dengan kedai jual cenderamati seperti baju langkawi..keychain..fridge magnet dan lain2. Mama dan papa pon..ofkos la ambik tugas jugak. Beli je ape yang patot.

Suasana shopping di kawasan Padang Matsirat
Anyway..time elok je beli belah ni..ujan renyai-renyai pulak. Tadi masa mula2 sampai kemain panas terikkk.kekekeOwh ye..sebagai selingan..mama nak upload jugan beberapa snappo/posed yg menarik yang sempat di snap.
Snappo...
Ok..dah..tu je setakat yang mama mampu untuk bercerita kenangan kite semua di Langkawi - Beras Terbakar. Next Location is Underwaterworld! Tapi mama akan cerita di next post ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...