Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Tuesday, July 10, 2012

Langkawi Trip - Underwaterworld


Date : 8.07.2012
Time :
Venue : Langkawi - Underwaterworld

Kat sini mama tak tau nak cerita apa sangat. Tapi yang pastinya mama boleh cakap yang zara memang enjoy sangat tengok pelbagai jenis ikan. Besar-besar pulak tu. Terjojol mata zara tengok. hihi. Ingatkan tengok ikan besar dalam aquarium yang sedang berenang2 depan mata boleh wt zara takot. Tapi..takde nya takot..siap bukak telunjuk dia..then nk "touch" "touch"..hihi. Apa yang mama boleh komen pasal Under Water World Langkawi ni, best jugakla..sangat luas untuk diterokai. Especially kepada foreigner mesti derang akan dapat banyak pengalman baru tentang ikan. Sebabnya, kebanyakan ikan yang ade kat sini adalah ikan yang terdapat dlam lautan malaysia. Yang mungkin diorang tak dapat tengok species ikan tu kat tempat diorang.
Pintu masuk sedang beli tiket
dddd
Mula2 masuk je nampak ikan macam ikan patin



Suasana di taman under water world sebelum masuk kawasan aquarium
Tapi kalau yang paling menarik buat kami semua adalah dengan wujudnya peguin2 yang super comel ni kat sini. Memang entertaining sangat. Peguin ni memang suka main air kot. Sepanjang kami berada  kat area tu, activiti diorang, berenang je manjang..pastu bersihkan bulu..sikat bulu..uppss.. Peguin ni ade bulu ke? Ntah..nanti mama google. Mama pon tak perasan..hihi

Berjumpa dengan encek encek peguin yang comel

Menonton gelagat peguin mandi manda
Selain dari tu...kat dalam ni jugak derang ade buat tempat khas untuk bergambar ala2 dok di kutub utara kutub selatan gitu. Hahaaha..klakor.
White mountain...
Kat tengah2 pengembaraan tengok ikan ni, tak sangka ade cafe jual makanan..hihi..nasib baik..lapar kot! Tapi as expected la..harga dia mestila up sikit dari kt luar. Lantakla kan janji dapat makan. Dah kebulur dah agak2 ni ha..hihi
Makan-makan
Lepas dah kenyang makan tu, mama ingatkan dah habis dah part meng-explore..rupanya kat depan tu ade lagi satu tangga yang membawa pelancong menuju ke underground..Fuyoo..mama, papa dan baby..turun tengok la bawah tu kot ade yang menarik..memang..kat bawah ni ade banyak lagi specis ikan. Mama boleh nampak zara sangat excited. Tapi yela..zara kan kecik lagi, mesti zara tak paham ape2 lagi kan. Nanti zara besar kte datang lagi k.
Pelbagai jenis ikan yang menarik perhatian Iman Nur Zahra
Antara yg menarik

0 comments on "Langkawi Trip - Underwaterworld"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...