Date : 28 July 2012
Time : Satu hari
Venue : Home sweet Home
Progress :
1. Minum air pakai botol air masak
2. Belajar suap makanan sendiri
Pagi ni, masih lagi nak cerita pasal perkembangan puteri kesayangan mama tu..Puteri kembang semangkuk Iman Nur Zahra. Mama percaya setiap bayi or kanan-kanak berbeza dan tak sama dengan tahap perkembangan masing-masing. Walaupon lahir sama tarikh or bulan..tapi still beza tahap kebolehan diorang. Macam Zara tu..sekarang dah 8bulan lebih nak masuk 9 bulan dah..baru boleh merangkak je. Ade baby lain dah boleh panjat2..zara tak boleh..penakot sangat. Zara kalau setakat panjat sikit2 rendah2 tu bolehla tapi kalau panjat sampai boleh berdiri sendiri tu memang tak la. Sebok nak duduk. Tapi takpe, mama tak paksa zara buat apa yang zara xmampu.mama percaya..hanya zara sendiri je tau bila dia ready.
|
Kan mama dah cakap, zara memang tekun dalam apa saje.. |
|
Tekun betol menonton tv |
Rutin harian zara dirumah, bangun pagi mesti bertenggek kat depan tv menonton cartoon-cartoon kegemarannya. Biasanya kalau jam 8pagi tu Bananas in pyjamas then follow pulak dengan Mickey Mouse Clubhouse jam 9 pagi. Masa menonton tak banyak activity yang zara buat.
|
Cuba panjat tiang buaian |
|
Zara masih takot-takot nak panjat tiang ni |
Macam sekarang ni kan, masuk umur 8bulan baru mama bagi zara minum air pakai botol air sendiri. Tu pon sebab mama nampak zara dah pandai amik botol dari lantai dan suapkan ke mulut tanpa bantuan. Anyway..6bulan pon sebenarnye dah boleh bagi botol air tu. Tapi tula..zara masa 6 bulan mungkin tak ready lagi kot..mama takot tersedak air tu nanti.
|
Pandai anak mama minum pakai botol air |
|
Minum leklok sayang..kang jatuh kang.. |
Untuk memperkenalkan botol air yang sesuai untuk zara ni adalah bukan satu perkara mudah bg mama tau...susah sangat.. Kenapa ssh? ofkosla. Nak cari yang betol2 sesuai dari segi jenis putingnya, dari segi prektikalnya..dan yang penting kualitinya. Lepas googling2 then terpikir untuk pilih AVENT ni. Ni bukan disebabkan nama or brand dia. Tapi ianya menepati ciri2 yang nik nak. Puting getah, tunggang tak tumpah..saiz yg sedang dengan holder yg senang utk zara capai juga material plastiknya yg super tahan. Mula2 bagi zara pakai ofkos la jakun sekejap. Maklumla before ni minum air pakai botol susu sebab senang, water flow tak laju dan zara tak tersedak. Bila guna botol air ni..mula2 masuk mulut sebok dok gigit puting botol tu je. 2 3 kali masuk mulut tu baru zara hisap puting tu then terbatuk2..hihi..kesian pulak. Air dia banyak dan laju ckt kalau nk compare dengan mnum dari botol susu. Tp alhamdulillah..lepas 5 6 kali training..baru pandai. Goodgirl!
|
Anak dara mama yang sungguh cantek! |
Selain dari train zara minum air masak pakai bekas air, nik juga dah start nak train zara makan sendiri juge. Tapi ofkos la...bukan mama maksudkan makan sendiri 100%..dont expect that much ok..kate nak train kan. Dengan umur dia sekarang, nik rasa dah sesuai sangat untuk mama cuba slow2 train dia suapkan ke mulut sendiri. Tapi selama ni pon memangla zara dah pandai masuk mulut, kertas..toys..itu ini semua kat lantai tuu. Tp tu lain k. ni mama nak train zara makan sendiri. Tapi confirm2 la makan bulan baru nk pandai kan. Takpe..dah kata nak train..training ni memerlukan masa dan mendidik anak ni memerlukan kesabaran yang tinggi! waah! Untuk train zara, mama nak mulakan dengan bagi zara pegang sendiri sudu..ajar dia cara amik dari mangkuk..bawak susu tu ke mulut. Perlahan lahan la train dia kan, zara pon tak expect zara akn pandai buat tu semua pon..cuma bagi mama, lagi awal lagi bagus..betol x? sudahnya...sudu ntah ke mana..cerelac ntah kemana..tangan je dok cedok cerelec tu masuk mulut. hahaa..but its ok sayang..that's what we call as "experience" and "exploration"..betol tak kawan2?? hehe
Meh layan kerenah zara time makan...
|
Ok..mula-mula pegang sudu.. |
|
cedok dan suap ke mulut... |
|
Pastu susah pakai sudu..xmasuk banyak sebab tak pandai cedok, so pakai tangan pulak. |
|
Upss..takboleh..mama marah pakai tangan, kene pakai sudu jugak..ok..cedok pakai sudu..(betol ke camni mama?) |
|
Susahla mama pakai sudu..campak je la..huu |
Hmm..macam tu la zara. Main-main campak. Pegang apa-apa pon campak. Semua barang nak campak ke bawah sebab nak suruh mama amik balik bagi dia so that dia boleh campak lagi sekali. So funny. Rasanya memang baby baya-baya macam ni suka campak barang kot. Tapi taktaula baby lain macam mana pulak.
0 comments on "Train zara suap food sendiri"
Post a Comment