Date : 6.07.12
Time : Sekitar jam 8mlm-10.30mlm dan 9.00am (esok hr)
Venue : LCCT dan Sea View Hotel, Langkawi
Dah beberapa hari mama hold story masa trip to Langkawi ni. Disebabkan terlalu panjang, hold dulu..hold dulu dan akhirnye terbengkalai. So pagi ni mama mendapat kekuatan untuk bercerita. Untuk rombongan ke langkawi ni, boleh dikatakan sangat besar jugak la. Ok, jom kita kira. Papa, mama dan Zara (3org) + Ciklong se-family (6org), Ngah se-family (3org) + Pak Anjang dan Mak anjang (just married) + Pak muda se-family (3org) + Ciksu dan Abah. So total semua 19orang.haha..ramai kan? Dah kata family vacation. Ni family vacation belah papa dan fully sponsored by paktok. Terima kasih banyak2 paktok!
Dari pagi jumaat, semua ahli kaluarga dari Kelantan dah sampai rumah kami kat shah alam ni. Semua naik bas dari kota bharu ke shah alam. Walaupon semua dh berkumpul di rumah tapi mama masih keje lagi hari ni. Tapi cuba untuk balik awal sebab plan kol 6.30 petang dah berkumpul di LCCT. Sementara menunggu flight jam 10.30mlm..sempatla semua orang makan kenyang2 dlu.
|
Di LCCT sebelum boarding ke Langkawi |
Dalam jam 10.00pm, gate untuk ke Langkawi dah dibuka. Bila tengok queue yg panjang, memang sah flight ni besar. Setelah sekian lama tak naik flight..(last naik flight pon time pregnantkan zara). Anyway..ni adalah zara's first time naik flight ok! mama dan papa agak risau..camne la reaksi zara kt ats tu nanti. Ternyata..zara is such a greag girl!! Zara behave sangat2..start je kapal terbang gerak..mata dia pon tutup...bukak2 masa dah landing!! goodgirl!!
|
Pengalaman pertama zara naik kapal terbang |
Sampai kat Langkawi kira-kira jam 10.15PM dan terus ke Hotel. Kat langkawi, kami stayed kat Langkawi Sea View Hotel. Kat sini, kami sewa 2bijik transport (Nissan Urvan dan Toyota Unser). Maklumlaa..raamaaii..tak muatla sebijik..keke.
|
Bergambar di Airport langkawi upon arrival |
Dah sampai kat hotel pon dekat kol 12malam. Menunggu semua orang sampai kat loby hotel tu pon amik masa jugak. Sebab tu kami sempat snap moment tu..uuu~~ (cer tengok muka mama tu...happy giler, owh ye..papa tu..wlupon penat tp maintain handsome woo!)
|
Di loby, lift dan bilik Sea View Hotel, langkawi |
Sesampai kat hotel ni, badan penat sangat..especially mama..penat berkejaran dalam jem masa on the way balik keje tadi seriusly tak hilang lagi. Sampai hotel tu memang pancit. Tukar baju terus ajak cik zara tido. So malam tu kami memang tak nampak ape yang menarik pon lagi kt hotel tu. Sehinggalah bangun pagi esoknye..turun dari katil, selak langsir...nampak laut! memang btol2 seaview.
|
Snappo di lorong bilik hotel (Zara tggu turn nk mandi) |
Sementara orang lain semua dah turun makan, tapi kami la yang paling last. Sebabnya kami nak setelkan mandi pakai cik zara dulu baru buleh keluar. Sebenarnye boleh je kalau bawak zara turun makan terus walaupon tak mandi, bukan nk gi mane-mane terus pon..tapi sebab mama dan papa nak train zara supaya disiplin. Bangun pagi mandi dulu baru boleh keluar. For the time being, zara tak pernah merengek bila time mandi.Goodgirl.
|
Gelagat iman nur zahra during breakfast |
Dah setel semua..barula turun..Tetiba masa nk keluar bilik, terserempak dengan pak anjang dan mak anjang yg juga on the way turun cafe..breakfast. So..join sama2 la. Owh ye, kat cafe..mama suapkan bubur nasi kat zara. Nasib baik ade bubur nasi (Chicken Porridge). Kalau mama tau ade bubur nasi, takde la mama dan papa nak bawak cerelac baby. kekeke
|
Wajah-wajah gembira... |
Itula antara aktiviti dan wajah kegembiraan antara ahli keluarga semasa breakfast. Masa mama edit gambar ni, mama actually tersenyum sorang-sorang. Semua orang seronok. Ok, untuk next activity and visited places for this day, mama akan cerita kat next post.
0 comments on "Langkawi Trip - From LCCT"
Post a Comment