Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Sunday, July 1, 2012

Pesta Flora Putrajaya


Date : 01.07.2012
Time : lebih kurang kol 6.30 petang
Venue : Presint 2, Putrajaya

Mama suka bunga..suka sangat dengan bunga-bungaan. Kalau boleh, impian mama nak bina satu taman bunga yang ade beribu-ribu species bunga kt sebelah rumah! hahaha. hebat tak impian mama?? Impian tinggal impian..hampir jadi kenyataan dalam imaginasi bila datang kat Pesta Flora kat putrajaya ni tau. 2minggu sebelum kejadian lagi, bila mama dengan pasal pesta bunga ni memang mama dh booking calendar papa dah. Dah copp dah..jangan nak gi mane-mane sebab mama nak datang sini. Bagi orang yang tak suka bunga, pesta bunga ni apa la sangat kan? Tapi penggemar tegar bunga macam mama, pesta bunga ni adalah lagi best dari konsert rock ke...kpop ke..justin bieber ke! ahaha..kaan.

Walaupon kita datang sini dah petang, dekat nak maghrib dah pon tapi orang memang sangatla ramai. Especially abang-abang dan kakak-kakak yang pegang camera besar gedabak tu. cameraman and camerawoman la ofkos derang ni kan. kita? bolehlaa...cukupla dengan nikon kecil kecilan ni ha..setakat nak snap gambar kami2 je pon..Especially gambar cik zara la (selaku model blog ini)!

Gambar ni papa snap kat area pintu gerbang pesta bunga ni. Pintu gerbang tu cantek sangat dengan bunga carnesion kaler kuning. Tapi papa tak sempat nak amik gambar pintu gerbang tu sebab ramai sangat orang tengah posing kt situ. So..mama letak je cik zara kat atas bench ni dan..snap..snap. (eh..alamak, pesta bunga ke pesta ape?)

Gambar zara kat atas bench merah ni pulak lupa kat booth mane. Tapi yang pastinya, dalam kawasan ni, ade kerusi kaler merah, hijau, kuning dan biru. Mama pilih merah.

Kebanyakan gambar yang papa snap tu dengan bunga kertas kan sebabnye tema pesta flora tahun ni adalah Bunga Kertas. So..semua booth memang akan pertandingkan bunga kertas sebagai hiasan booth kebun bunga derang. Cute kan? Bunga kertas ni memang tahan lasak, senang nak tanam..mudah hidup..pandai berdikari..tahan panas..macam-macamla..Tokma mama kat kampung tu pon memang suka tanam bunga kertas. Macam-macam warna la..bentuk takyah cakap la kan. Bunga kertas aiskrim la..nama tu nama ni.hehe

Ha...macam ni la contoh taman mini kebun bunga setiap booth peserta design tu. Yang mama dok cite kat atas tadi tu. Ni adalah di antaranya la..actually sangat-sangat banyak peserta yang join event ni. So memang sangat bnayak booth2 kebun bunga ni. Papa dan mama plan nak snap semua booth..tapi...tak larat! banyak sangat.

Tapikan...mane gambar papa??? adeih..terlupa pulak nak upload. Yela..papa kan cameraman of the day. Sebok pegang camera, mane la nak ade gambar dia sangat. Yang ade pon..ni je laa...

Ok daah...dah terlalu banyak rasanya mama uplod gambar ni ha. haahaha..tu nasib baik jugak combine. Kalo sekeping-sekeling mau berderet-deret. Memang bunga-bunga kat sana canteekk sangat. Suka. Ok..ni last gambar nk upload.hehe
Eh...taakk..yang ni last..hehehee...(jangan marah)..ni antara bunga feveret iollss...cantek kan?

Daaahh...tu je...daa...jumpa di lain post ya! macihhh..

0 comments on "Pesta Flora Putrajaya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...