Date : 16.03.14
Venue : San Remo - Australia
Mood : Picnic
Kalau tengokkan tajuk tu San Remo dah macam nama makanan yang kita dok selalu beli kat pasaraya tu kan? Ala...brand San Remo tu. Yang spagetila, pasta. Masa kitorang gi melbourne ni, on the way menuju ke Phillip Island kami terjumpa signboard San Remo.
Eh! Macam kenal..macam menarik. So melencong la kejap ke area situ. Tengok apa yang menarik kat situ. Rupanya San Remo Australia ni adalah tempat parking boat2 personal. Kawasan dia kat tepi laut camtu. Bukan macam pantai dan memang takda orang mandi manda pon kat situ.
Kami sempat jugak picnic makan-makan kat sini. Sebab kami memang dah sedia bawak food in case takot kalau-kalau susah nak cari makanan halal kan.
Cuaca kat sini takda la sejuk sangat, tapi angin dia bertiup tu...memang buleh rasa jari tu beku jugak. Tapi langit panas...angin dia sejuk! memang lain dan tak pernah rasa kat mesia.
Signboard pon hamek gambo...hehe |
Jeti di San Remo |
kesian budak kecik ni, main sorang-sorang |
Walaupon sorang-sorang tapi masih happy! |
Lepas dah makan kenyang-kenyang, tiba la masa yang sangat horor! si kakak ni pulak nak poo. Kami memang lemah semangat sikit kalo sape-sape nak poo. Sebabnye, toilet awam tu memangla takde masalah. Merata-rata pon ada tapi masalah air! Eh..air tak jadik masalah sebab memang ada air. Masalahnya PAIP! Paip takde. Susah sangatla nak basuh poo.
Lagi poo kakak tu memang bau..pergh! dah macam bau orang tua. Setakat nak sapu ngan tisu memang susah la..Nak tak nak, terpaksa cari botol amik air sikit2 dari sinki. Nasib tisu memang derang sediakan tu banyak.
Angah posing |
Dia bawak rombongan dia...banyak giler!
0 comments on "Australia - San Remo"
Post a Comment