Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 27, 2014

Sepupu Sepapak Iman

0 comments
Date: 27.11.2014
Time:
Venue: Home Sweet Home


Hari ni ada tamu istimewa kat rumah kami.

Abang Muaz dan Adiknya Muqri.

Zahra memang sejak semalam lagi exited bila dapat tau sepupu dia nak datang ni.

Tapi kalau iman zariff, bukan dia kenal pon. hahahaa

So pagi ni, semua tengah makan pasta bentuk hello kitty sama-sama.

Sweet 


 

Friday, November 21, 2014

Snap Zariff tidur

0 comments
Date: 21.11.2014
Time: 6.00pm
Venue: Dalam kereta

Hari ni sekali lagi encek akmal, datang ambil nik dari ofis.

Lately memang malas nak naik komuter. Memang malas sangat sebab rasa buang masa. Balik dah penat lagi nak kene berdiri dalam komuter.

Stesen shah alam, hmm paham-pahamla tahap cramp macam sarding yang hamat tuh!

Hari ni, masa akmal datang, anak-anak dah tidur. 

Lena sangat..

Comel..

Dah lama tak amik gambar anak tengah tidur.

So..ni dia..

Iman Zariff..

Kakak Zahra tidur kat depan so nik tak boleh nak snap.


Anak-anak ni umpama kain putih.

Innocent sangat..

Mereka tak tau apa yang berlaku di dunia luar ni. Yang serba macam-macam.

Harap-harap kami boleh besarkan anak-anak kami sebaik dan se-perfect mungkin.




Thursday, November 20, 2014

The love, the friendship & the sibling

0 comments
Date: 20.11.2014
Time: 8.30pm
Venue: home

Air dicincang memang tidak akan putus. Bergaduh, baik semula, pastu bergaduh then baik semula. Itulah lumrah adik beradik. Nik lahir dari keluarga yang besar. Sepupu sepapak ramai beratus ratus orang sebab adik beradik mak 11 orang. Tapi adik beradik kami hanya 3 beradik dan nik anak sulong. Dan semua adik beradik kami perempuan. 

Sejak kecil, kami sangat jarang bergaduh. Betol.. Jarang sangat. Mungkin sebab kami semua perempuan kot. Perempuan yang berjiwa lembut. So, istilah bergaduh tu memang jarang sangat. Sehingga sekarang, kami tiga beradik sikit pon tiada perasaan negative antara satu sama lain. Kami bahagia. Kami sayang kepada setiap masing-masing. 

So, benda yang sama jugak lah nik nak terapkan dalam membesarkan anak-anak kami. Sedikit mencabar sebab ank - ank lain gender. Tapi encek akmal memang expert dalam pengalaman adik beradik boys ramai. Sebabnya, adik beradik akmal 6 orang. Sulong dan bongsu girl dan yang lain semua boy.  Akmal anak ketiga.   
Activity Zahra dan Zariff

Berbalik kepada kisah zahra dan zariff kan. Dua budak comel ni, dunia diorang adalah each other. Kemana sahaja berdua. Semua benda buat bersama. Tak dinafikan, kadang-kadang ada jgk si kakak ni marah adik. Kadang-kadang si zariff ni pon sama, apa yang kakak main itulah yang dia nak. Kakak zahra tu kan mentor dia. Semua benda nak buat, belajar dari mentor pujaan hayi dia. Hehe

Kami sedaya upaya untuk berlaku adil dan tidak melebih lebihlan mana-mana. Samada kakak ataupon adik. Ada member pernah berpesan, jangan terlalumenangkan si adik, dengan cakap adik kecik lagi, bagi adik je. Atau apa2 sajalah yang seumpama dengannya.  Sebab, ini boleh membuatkan si kakaknya berdendam. Boleh membuatkan si kakak berasa, yang sejak ada adik ni semua benda dia buat tak boleh. Sekaligus, benda macam ni boleh membuatkan si kakak ada sifat demdam pada adiknya. 

Pernah juga kawan sayu ofis bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai kakak yang paling tua. Ada beberapa adik. Ibu bapa mereka suka menangkan si adik dalam apa jua benda. Tapi kesannya, memang dia pernah mengaku yang dia sendiri tak suka adik2. Hmmm.. Jadi, fikirlah sejenak. Perlukan kite buat macam tu?

So, tak semestinya nak menangkan si kakak dalam semua kes juga. Tengok pada keadaan dan kejadian. Kalau keadaan yang memerlukan pembelaan pihak adik, then haruslah bela. Nanti kakak naik tocang! Sebab apa, kakak ni dah besar, dia dah ada perasaan marah, cemburu, dendam... Adik masih lagi kecik, hanya sekadar nangis sekiranya tak dapat tapi masih makan pujuk kan? Tapi kene ingatlah, jangan apply sampai diorang dh besar ye. Sebab bila dah besar masing2 dah ada semua perasaan. 

So.. Kami cuba sedaya upaya monitor cara mereka main dan cuba elakkan benda yang emndatangkan pergaduhan. Kami tak perfect, kami tau..tapi tk salah kalau kami mencuba untuk kearah tu kan? 

Malam tadi, seronok sangat tengok dua-dua kakak dan adik ni main. Zariff memang akan nak semua benda yang kakak pegangla kan. Mane taknye, kalau kakak dok canang..adik mestilah tergoda. Tapi kakak ni bagus, main share ngan baby. Awal2 dulu liat jugaj nak share. Tapi hari2 kene pujukla. Baru nampak ade perubahan sikit. Si adik pulak banyak mengalah. Kalau nampak kakak pegang apa2 barang yang dia pon nak... Dia tak terus rampas. Dia banyak tengok je kakak dia pegang. Sampaila kite cakap "kakak...share ngan baby please" ataupon bila kakak lepaskan barang. 

Yang kelakar sangat malam tadi, kakak tu tak habis-habis pegang tangan baby. Nak dancing katanya. Tiru prince and princess dok dancing-dancing kat dalam kartun! Dancing sambil pegang tangan dan bahu dan sambil pusing-pusing. Tergolek-golek jatuh si adik melayan kerenah kakak dia. Layankanlah aje zariff. Kakak zahra memang macam tu! Hehehe

Buat ZnZ, kami harap korang tau yang ...

We love you both, to the moon and back!!! 

Wednesday, November 19, 2014

Samsung Tablet INZ dan IZ

0 comments
Date: 19.11.2014
Time: 9.30pm
Venue: bedroom

Pendapat anda? 

Apa pendapat anda untuk bagi kebenaran kepada anak-anak anda menghabiskan masa lapang mereka dengan tablet or ipad or any gadget? Hmmm hujah ni memang tiada penghujungnya. Dan juga tiada jawapan terbaik kan? Itu semua depends pada ibu bapa masing-masing untuk menentukannya. Ianya juga bergantung pada kanak-kanak itu sendiri sama ada terlalu taksub dengan gadjet ataupon tidak. 

Di sini saja nik nak berkongsi tentang penggunaan segala mak nenek gadjet ni untuk anak. Untuk anak-anak nik, memang kami benarkan dia bermain dengan tab ni sejak kecil lagi. Tapi... Bukan meninggalkan dia hanya bersama dengan tab tu, tapi kami sentiasa bersama-sama dengan dia semasa menggunakan alat tu. Sama jugak dengan adik nya Zariff. Kami juga menerapkan ajaran yang sama. 

Iman Nur Zahra

Tetapi, bukan sepanjang masa free mereka kami bagi ye. Antara masa yang dibenarkan ialah:

1. Kedai makan
Memang tak bagus, tapi masa ni lah sebenarnya kami betol2 focus pada learning process dia menggunakan teknologi ni. Sambil menunggu makanan order sampai, kami curi peluang ni untuk buat pop quiz! Assist dia belajar sama-sama. Disamping menyeronokkan, kami juga dapat mengelakkan anak-anak dari buat macam-macam kerenah yang tak diingini seperti panjat kerusi meja, campak sudu garfu, menangis bosan, menjerit atau sebagainya. 

2. Dalam kereta

Perjalanan dalam kereta, kat KL ni faham-fahamla kan? walaupon jarak satu tempat tu dekat, tapi jem punya pasal jadi berjam2. Orang dewasa macam kita ni ok lagi, boleh kawal perasaan emosi semua. Budak-budak macam mana? Tau kah diorang nak behave? tau kah diorang nk duduk diam? takkan nak suruh tidur sepanjang masa kan? Diorang pon manusia biasa jugak. Kalau kita orang dewasa ni tengah memandu pon main hanphone. Budak apatah lagi? So, kami memang sangat menggalakkan anak-anak kami main tab or phone dalam kereta. Masa ni lah diorang kusyuk belajar, owh..bukak la katun-katun yang banyak pengajaran ye. Boleh bagi contoh yang baik kepada anak-anak. Pada masa yang sama, kite mak bapak diorang ni kene la tanya dia, kenapa watak katun tu buat macam tu macam ni. Selitkan sikit pengajaran, sharing, behave and so on.

3. Dalam bilik tidur - sebelum tidur
Tetapkan masa atleast setengah jam untuk dia guna teknologi yang ada. Semasa anak-anak tengah pegang gadjet ni, perlu sangat untuk kita ada bersama mereka. Learning process patotnye tahap maksimum kat sini. Sebab boleh focus dan tiada gangguan.

Masa lain selain di atas tu, kami cuba kurangkan atau elakkan terus bagu diorang main. Buatlah pelbagai alasan yang munasabah untuk mengalih perhatian mereka main dengan toys pulak. Kadang-kadang kami selalu juga cakap, tab tengah charge, tab takde bateri. Kadang-kadang cuba start main toys dengan zariff dulu. Then mesti kakak dia akan menyusul! 
Iman Zariff

Lately, kakak zahra dah tak gemar sangat tengok kartun kat tv. Astro disney channel 613 tu memang dah jarang sangat bukak. Iman zariff pulak memang sejak azali lagi tak berapa suka tengok tv. Boy kot ye, mane suka tengok satu benda lama2. Ping-paling dia suka pon mickey mouse. Lain-lain kartun macam tak layan sangat. 

So far, dua2 anak kami ni banyak belajar melalui teknologi. Zahra pandai ABC pon melalui tab ni. Pandai semua warna dan bentuk pon guna tab ni jugak. Tak salah kalau nak bagi anak guna teknologi. Setiap benda yang dicipta, mesti ada baik dan buruknya.

Bergantung pada ibu bapa itu sendiri untuk mengawal tahap penggunaan dan minat anak. Pada kami, teknologi gadjet ni banyak pro dari yang cons. To be clear, kami memang gadget oriented sikit. Peace!

Tuesday, November 18, 2014

Bukan kakak, Elsa!

0 comments
Date: 17.11.2014
Time: 8.30pm
Venue: home sweet home

Hmmm.... Kalau tengok tajuk post tu nesti dah boleh agak tu skrip siapa kan? Haruslah kakak zahra yang cakap macam tu! Hahaha. Comel sangat zahra ni ye. Makin besar makin kuat daya imaginasi dia. Jadi, nampak gayanya malam ni zahra imagine kononnya dia princess Elsa dalam frozen tu lah ye. Hehehehe. 

Kalau diikotkan dengan perkembangan standard umur kanak-kanak sebaya zahra ni, yang baru cecah 3 tahun. Mereka dah mula meniru gaya atau aksi watak kegemaran mereka. Tak pelik, dan tak perlu risau pon. Itu merupakan salah satu kenangan yang indah untuk disimpan dan diingat di masa depan nanti. 

Pada pendapat nik, tugas kita sebagai ibu bapa ni adalah untuk mencorak dan mencatat kenangan indah untuk mereka ingati. Tak bermaksud mencatat dalam diary atau lain medium. Tapi cukup sekadar bagi mereka pengalaman dan memori indah untuk mereka sematkan dalam ingatan. Hehehe. Sweet kan?

Kalau zahra, buat masa ni dia cukup gemar dengan watak-watak princess atau hello kitty. Gigirl kot ye? Kami husband and wife memang tak pernah nak melarang zahra. Memang kami galakkan dia teruskan dengan kegemaran dia. Lagipon, memang kita faham kan minat kanak-kanak ni bukan lama. Ikot musim.



Sekarang ni musim Frozen belum lagi habis. Rata-rata semua kanak-kanak suka dengan dua princess tu, Princess Elsa dan Princess Anna. Malam tadi, nik saje gatal nak jalin rambut zahra, sebab dah nampak panjang sikit. Lepas jalin, butang bijik mata dia. Terkejut tengok rambut dia macam rambut Elsa! hahaha. Hah..lepas tu amik tudung nik, suruh ikat kat belakang nak bagi ade kain panjang kat belakang orang panggil apa ntah. Haaa gitu..



Nik ofkos la mengikut je kan. Buat je apa yang dia suruh. So malam tadi berlari sambil menyanyi ala frozen la dia sorang. Yang kelakarnya, nik tnya "Kakak wat apa tu?". Zahra jawah..."bukan kakak...Elsa..". Kah kah kah. Okey fine... "Elsa wt ape tu.."hehehehe Comel je kan?

Saturday, November 15, 2014

Belated Birthday ImanNurZahra

0 comments
Date: 15.11.2014
Time: 2.00pm-6pm
Venue: Kg. Sungai Tua - Selayang Baru

Tahun ni lewat 4 hari celebrate birthday kakak zahra. Sebabnya birthday zahra jatuh hari isnin. Kami masih kerja hari isnin so tak dapat sambut. Jadi, kami rancang untuk sambut birthday zahra hari ni. Sabtu. Kat rumah atok wan kat selayang baru.

Macam tahun lepas jugak, kami sambut besday kakak zahra kat sini. Tahun ni pon kat sini jugak. Dah tak ada keluarga lain dah yang kami rapat di bandar KL ni. Ni je la 



















Wednesday, November 12, 2014

Shopping: Luggage Bag Hello Kitty

0 comments
Date:12.11.2014
Time:7.00pm
Venue: Kommuter menuju Shah Alam

Semasa dalam perjalanan balik rumah harini tiba-tiba tokma kol. Okey, sekarang tokma tengah bercuti dengan umi ngoh, aimi dan ayah ngah di langkawi. Umi ngah tu sekarang ni tengah sarat mengandung adik aimi 7 bulan. Hehehe sarat pon ade hati lagi nak bercuti jauh ye. 

Tokma cakap diorang tengah shopping luggage bag kat sana. Dah lama kami nak belikan zahra beg luggage tarik yang ade tayar tu. Tapi kalau kat kl ni dalam rm300 jugak sebijik. Huuu. Tapi tadi tokma cakap kat sana rm79 je! Alhamdulillahh rezeki sangat!!


Tak banyak mane pilihan yang ada. Kami memang aim hello kitty untuk kakak zahra. Dia memang suka beg hello kitty! Lagippn kami masih lagi hutang besday present kakak zahra. So...tahun ni beg hello kitty comel ni ye kakak. Suka?


Satu satunya pilihan hello kitty. Memang takde beg lain dah. So kami amik yang itam pink tu. Comel sangat. Sesuai sangat untuk kakak kan?


So... Selamat hari lahir lagi sekali iman nur zahra! Do remember that we love you to the moon and back!!!

Tuesday, November 11, 2014

Yuran Little Caliphs Shah Alam

3 comments
Date: 11.11.2014
Time: 6.30pm
Venue: Little Caliphs Shah Alam

Akhirnya, setelah berbincang dan buat survey kat internet, kami tekad untuk daftarkan kakak ke Tadika Little Caliphs tahun depan. Untuk bersekolah, rasanya semua pon dah sedia maklum kot yang cikgu kira umur anak berdasarkan tahun dan bukannya tarikh lahir atau bulan lahir ye. Jadi, tahun 2015 kakak Zahra dah masuk 4 tahun.

Seperti yang nik pernah ceritakan sebelum ni, kami buat research pasal umur anak yang sesuai untuk didaftarkan ke sekolah. Kami bersetuju untuk parents yang menghantar anak ke sekolah bermula dari umur 4 tahun.

Minggu lepas kami dah daftarkan kakak ke Little Caliphs melalui email. Bila call person in charge tu, kami sebaik-baiknye datang sendiri ke tadika tu untuk bayar booking. So, hari ni baru ade kesempatan untuk kami datang sana.

Keluar ofis dalam jam 5.30, terus gerak ke tadika. Hari ni dugaan betol jem terok. So sampai tadika dah jam 6.30. Nasib baik teacher tu cakap tutup jam 7 petang. Sempat borak dengan teacher. Kami di "brief" kan dengan misi dan visi tadika tu camne. Apa medium belajar dan ape activity yang bakal diorang buat untuk student 4 tahun. So hari ni selesai booked satu tempat untuk kakak di tadika tu. 


Lega...tuhan sahaja yang tahu. Pencarian tadika pertama untuk anak pertama sebagai pengalaman pertama ni memang sangatlah sukar! Pening kepala semua ada. Macam-macam tadika kat shah alam tu nik dan encek akmal study. Hari-hari pon otak mesti fikir pasal tadika kakak. Hehehe. Excited tu ye, tapi semua parents pon nak kan yang terbaik untuk anak. Bukan nak cakap tadika lain tak elok, tapi depend pada kemampuan dan kehendak masing2. Ada je tadika yang lagi elok tapi agak mahal sikit kos. So, tepuk dada tanya selera.


Ini sedikit sebanyak info pasal yuran pendaftaran Little Calips Shah Alam Seksyen 19:

Diharap dapat jadikan panduan ye.

Teacher tu cakap, barang-barang seperti baju, tudung apa semua tu nanti teacher contact. Tak sangka kan, anak dah nak masuk sekolah dah.. Kakak mesti happy, hari-hari dok cakap "Nak gi School". Atlast, naah... :)


Monday, November 10, 2014

Happy Birthday Zahra!

0 comments
Date: 10.11.2014
Time: 9.30 pm
Venue: Home

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to Iman Nur Zahra...

Happy Birthday to you...


Alhamdulillah, anak perempuan pertama kami dah masuk umur 3 tahun. Kalau zaman dulu-dulu, umur tiga tahun ni mungkin kecil lagi. Mungkin tak pandai apa-apa pon lagi. Tau main masak-masak, main rumah-rumah, main pasir, lumpur dan sebagainya. Tapi budak zaman sekarang ni, umur 3 tahun dah tahu macam-macam.

Kakak Zahra pon tak terkecuali. Sempena lahir di zaman serba canggih ni, tumbesaran Zahra amat kami puas hati. Dengan umur 3 tahun, Zahra dah tau...

...Ingat dan kenal semua huruf A B C sampai Z
...Boleh mengira dalam bahasa inggeris dari 1 hingga 20
...Kenal semua jenis shapes dalam bahasa inggeris
...Kenal semua basic colours in English
...Kenal kebanyakan haiwan basic dalam dictionary
...Fluent bercakap dalam bahasa inggeris dan malay
...Dah tau apa maksud internet
...Expert guna tab, laptop dan phone
...Pandai bagi salam
...Tau say hai kat orang
...Selalu say bye bye kat orang
...Boleh bezakan auntie, uncle, boy or girl
...Dah start tanya soalan..why why and why
...Selalu tanya...what happend itu, what happend ini
...Faham tone marah suka atau tak suka
...Pandai jaga adik
...Boleh tanya tujuan nak gi mane-mane
...Dah tau request nak pergi mane (giant, aeon, piza, kfc, mcd, lion-sunway, etc)
...Pandai order makanan sendiri (mi goreng, taknak sayur,xnk pedar, nak sotong je!)
...Pandai order air (nak oren jus please)

Ya Allah...kalau ada masa panjang dan lapang lagi, nak je list kan semua yang kakak dah pandai buat. Bukan nak bangga ke apa, ini semua pon untuk catatan zahra bila besar nanti. 

Kami tak pernah memaksa zahra belajar atau pandai buat apa-apa. Tapi zahra ni memang ade minat suka belajar sikit. Semua belajar sendiri saja. Kami tolong guide sahaja. Tahun 2015, walaupon zahra baru masuk 3tahun 2bulan tapi kalau ikot tahun dah masuk kira 4 tahun. So dah boleh la hantar kakak zahra gi school. Dah lama kakak zahra cakap nk gi school. Macam post sebelum ni, kami memang dah survey dan decide dah. Kalau jadi, esok nak gi bayar yuran kakak. Nanti kite post ye.


Awal ek masuk school? hmm depend pada pendapat masing-masing. Kene ingat dan kene faham, competition dunia sekarang ni agak tinggi.

Ok, apa-apa hal pon..kami doakan supaya kakak zahra berjaya dunia dan akhirat. Amin ya rabbal alamin!


Thursday, November 6, 2014

Pre-School for ImanNurZahra

0 comments
Date: 07.11.14
 Time: 11.00am
Venue: Bangsar South

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Topic berat sikit hari ni ye. Nak bagi sedikit pendapatla pasang pendidikan awal kanak-kanak ni. Bak kata pepatah orang tua-tua, kalau nak menlentur...biarlah dari rebungnya. Kalau nak mendidik anak-anak, biarlah dari kecik. Budak-budak ni ibarat kain putih (ha...pernah dengar kan?), kita sebagai ibu bapa mereka lah yang mencorakkan kehidupan mereka.

Kalau cantik, baik corak yang kita buat untuk diorang, maka cantik dan baiklah kehidupan anak-anak InsyaAllah. Kalau nak diikotkan pendidikan awal kanak-kanak ni bukan mengharapkan dari sekolah semata-mata. Tapi sejak lahir, sejak dari rumah lagi kene bagi pendedahan.

Untuk anak-anak nik, kami dah plan pelbagai rancangan untuk masa depan diorang. Bermula dari si kakak Zahra ni, kami rancang untuk masukkan kakak ke sekolah bermula dari umur 4 tahun. Zahra sekarang lagi 3hari nak masuk 3 tahun. Tapi kene ingat, sekolah guna tahun sebagai kiraan umur ye. Bukan bulan. Jadi, januari ni kakak dah consider umur 4 tahun walaupon baru masuk 3tahun. Hmmm nasiblah lahir hujung tahun kan?

Tapi, ramai cakap yang untuk hantar anak umur 4 tahun ni terlalu awal! Ada juga cakap, "Ala..mak bapak kite dulu hantar kite sekolah umur 6 tahun. tapi elok je..cerdik je.smua pon berjaya je". Bagi ni, tu semua bergantung pada individu masing-masing. Kite tak boleh nak bandingkan keadaan dulu dan sekarang. Sekarang ni persaingan sangat hebat. Masuk darjah 1, cikgu dah expect yang budak tu dah boleh baca, dah boleh kira. Tapi kalau ank kite baru nak merangkak-rangkak baca dan kira camne tu? Kesian kan? Nanti dia akan stress sebab kawan-kawan semua dah pandai. Nanti dia tak boleh nak catch up! Kesian.

Ada juga bagi pendapat yang kite boleh start hantar anak sekolah bila dia start cakap  nak gi sekolah. Hmm...Kakak Zahra memang, tiap hari cakap "Nak gi school". kalau gi mall nampak beg, mesti cakap "kakak nak bayar beg, kakak nak gi school". Kesian kakak. So tahun depan haruslah hantar dia gi school. Mesti dia suka dapat tau yang dia dah boleh gi school!

So, bagi kami...kami rancang nak masukkan kakak ke sekolah bermula dari 4 tahun. Tapi mungkin setiap tahun akan bertukar sekolah.

Apa yang kami plan...

4 Tahun ke Little Caliph.
5 Tahun ke Smart Readers
6 Tahun ke QDees.

Dengan cara tukar-tukar sekolah macam tu, harap kakak zahra takde la boring belajar dengan environment yang sama sepanjang 3 tahun! Nasib la kalau dapat friend yang sama! Lagi haru..kan?

So hari ni, nik dah register kakak ke Little Caliphs Seksyen 19 Shah Alam. Dah contact Pn Ashikin person in charge kat sekolah tu. Baik sangat. Alhamdulillah, masih ade kekosongan untuk kanak-kanak umur 4 tahun. So, kami dah email kat Branch Shah Alam tu. Next step is, kami kene gi kat school tu untuk bayar booking sebanyak rm50. Full payment untuk fee nanti akan cerita kemudian di next post ya.
 
Email Registration
Sebagai pengenalan kepada dunia schooling ni, nik amik halfday je dulu. Sekolah dari pagi jam 7.30am - 12.20pm. Papa diorang ni kerja business sendiri. Senang boleh pickup kakak kol 1 tu nanti. 

Nak juga share kenapa pilih little caliphs ni kan? Sebabnye, satu little caliphs ni islamic dan medium pembelajaran dalam bahasa inggeris. Tapi diorang tak tekankan sangat english (berdasarkan survey dari review org). Nik ingat nak suruh kakak zahra pandai baca doa-doa penting dan mengenali islam lebih sikit. Tu je. Nak harapkan kite ajar, apa lah sangat ye tak? Sekarang ni kecil lagi, tak perlu nak sogokkan dia dengan pembelajaran sangat. So far, kakak dah tau abc, 123, colour, shapes, animals and some basic dictionary should be ok. So lepas ni boleh la masuk yang lebih focus pada belajar tu.
 
ImanNurZahra dah besar!
InsyaAllah, kami doakan yang terbaik untuk anak-anak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...