Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 20, 2014

The love, the friendship & the sibling


Date: 20.11.2014
Time: 8.30pm
Venue: home

Air dicincang memang tidak akan putus. Bergaduh, baik semula, pastu bergaduh then baik semula. Itulah lumrah adik beradik. Nik lahir dari keluarga yang besar. Sepupu sepapak ramai beratus ratus orang sebab adik beradik mak 11 orang. Tapi adik beradik kami hanya 3 beradik dan nik anak sulong. Dan semua adik beradik kami perempuan. 

Sejak kecil, kami sangat jarang bergaduh. Betol.. Jarang sangat. Mungkin sebab kami semua perempuan kot. Perempuan yang berjiwa lembut. So, istilah bergaduh tu memang jarang sangat. Sehingga sekarang, kami tiga beradik sikit pon tiada perasaan negative antara satu sama lain. Kami bahagia. Kami sayang kepada setiap masing-masing. 

So, benda yang sama jugak lah nik nak terapkan dalam membesarkan anak-anak kami. Sedikit mencabar sebab ank - ank lain gender. Tapi encek akmal memang expert dalam pengalaman adik beradik boys ramai. Sebabnya, adik beradik akmal 6 orang. Sulong dan bongsu girl dan yang lain semua boy.  Akmal anak ketiga.   
Activity Zahra dan Zariff

Berbalik kepada kisah zahra dan zariff kan. Dua budak comel ni, dunia diorang adalah each other. Kemana sahaja berdua. Semua benda buat bersama. Tak dinafikan, kadang-kadang ada jgk si kakak ni marah adik. Kadang-kadang si zariff ni pon sama, apa yang kakak main itulah yang dia nak. Kakak zahra tu kan mentor dia. Semua benda nak buat, belajar dari mentor pujaan hayi dia. Hehe

Kami sedaya upaya untuk berlaku adil dan tidak melebih lebihlan mana-mana. Samada kakak ataupon adik. Ada member pernah berpesan, jangan terlalumenangkan si adik, dengan cakap adik kecik lagi, bagi adik je. Atau apa2 sajalah yang seumpama dengannya.  Sebab, ini boleh membuatkan si kakaknya berdendam. Boleh membuatkan si kakak berasa, yang sejak ada adik ni semua benda dia buat tak boleh. Sekaligus, benda macam ni boleh membuatkan si kakak ada sifat demdam pada adiknya. 

Pernah juga kawan sayu ofis bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai kakak yang paling tua. Ada beberapa adik. Ibu bapa mereka suka menangkan si adik dalam apa jua benda. Tapi kesannya, memang dia pernah mengaku yang dia sendiri tak suka adik2. Hmmm.. Jadi, fikirlah sejenak. Perlukan kite buat macam tu?

So, tak semestinya nak menangkan si kakak dalam semua kes juga. Tengok pada keadaan dan kejadian. Kalau keadaan yang memerlukan pembelaan pihak adik, then haruslah bela. Nanti kakak naik tocang! Sebab apa, kakak ni dah besar, dia dah ada perasaan marah, cemburu, dendam... Adik masih lagi kecik, hanya sekadar nangis sekiranya tak dapat tapi masih makan pujuk kan? Tapi kene ingatlah, jangan apply sampai diorang dh besar ye. Sebab bila dah besar masing2 dah ada semua perasaan. 

So.. Kami cuba sedaya upaya monitor cara mereka main dan cuba elakkan benda yang emndatangkan pergaduhan. Kami tak perfect, kami tau..tapi tk salah kalau kami mencuba untuk kearah tu kan? 

Malam tadi, seronok sangat tengok dua-dua kakak dan adik ni main. Zariff memang akan nak semua benda yang kakak pegangla kan. Mane taknye, kalau kakak dok canang..adik mestilah tergoda. Tapi kakak ni bagus, main share ngan baby. Awal2 dulu liat jugaj nak share. Tapi hari2 kene pujukla. Baru nampak ade perubahan sikit. Si adik pulak banyak mengalah. Kalau nampak kakak pegang apa2 barang yang dia pon nak... Dia tak terus rampas. Dia banyak tengok je kakak dia pegang. Sampaila kite cakap "kakak...share ngan baby please" ataupon bila kakak lepaskan barang. 

Yang kelakar sangat malam tadi, kakak tu tak habis-habis pegang tangan baby. Nak dancing katanya. Tiru prince and princess dok dancing-dancing kat dalam kartun! Dancing sambil pegang tangan dan bahu dan sambil pusing-pusing. Tergolek-golek jatuh si adik melayan kerenah kakak dia. Layankanlah aje zariff. Kakak zahra memang macam tu! Hehehe

Buat ZnZ, kami harap korang tau yang ...

We love you both, to the moon and back!!! 

0 comments on "The love, the friendship & the sibling"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...