Date : 7.07.2012
Time : sepanjang hari
Venue : Beras Terbakar,
Sempena hari pertama kat langkawi ni, semua orang exited. Bukak langkawi full map, dah plan macam-macam. Kalau boleh semua tempat nak gi. Tapi masalahnye..sempat ke? kekeke. Actually langkawi ni ade sangat-sangat banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau ikot map tu, ade lebih kurang 36 tempat menarik.
Jadi, kami pilih Beras Terbakar sebagai tempat pertama untuk dilawati. Ianya terletak di Kampung Raja, mukin Padang Matsirat. Sesampainya kat Padang Matsirat ni...ya ampun, panas terikkk. Boleh pening berpinar mata. Dari dalam van lagi mama nampak banyak topi dok tergantung kat kedai2. Haapaa lagi..rembatla satu untuk cik zara. Kesian si comel mama..panas..nnti jadi macam udang kene bakar.
|
Beli topi untuk zara..sini panas teroik |
Masa berkunjung kat sini, mama terfikir, Apa yang istimewanya beras terbakar ni kan? Bila balik rumah, mama google la pasal sejarah dia then terjumpa la satu source ni
Beras Terbakar. Mama pon sebenarnya baru tau, kisah sebenarnya. Beras yg dikatakan terbakar tu sebenarnya tertanam dalam tanah kira-kira seluas 30kaki lebar dan 3kaki ke dalam tanah. Sejarahnya, beras terbakar ni adalah salah satu bukti sumpahan mahsuri terhadap kezaliman yang dilakukan terhadapnya.
|
The Family.. |
Masa kami datang kat Padang Matsirat ni..beras terbakar tu tinggal sikit sangat dah. Tu pon dah dipagarkan dengan gate besi lagi. Orang cakap..ramai pelawat yang datang..curi2 amik beras terbakar tu sikit2 sorang wt balik sebagai kenangan. Ade jugak yg datang sini semata2 utk ambil beras terbakar yang dikatakan boleh dijadikan penawar demam panas, kepialu dan sakit perut. Tu yang dah sikit dah. Kesian betol kat generasi yang akan datang. Kalau mcm ni perangai..alamaknye anak cucu cicit kita nanti tak dapatla nak tengok sejarah berharga negara ni. Betol x?
|
Di hadapan rumah comel tepi beras terbakar |
|
Apsal pulak mama dok tengah2 mcm tu..adoi.. |
|
Mini-mini family di hadapan monument beras terbakar. |
|
Di hadapan pintu pagar sebelum masuk ke kawasan beras terbakar |
Dah setel part2 yang "wajib" tu..(amik gambar)..then sambung pulak dengan ber-shopping ala-ala kadar kat area depan Beras Terbakar ni. Untuk pengetahuan kepada sesiap yang tak pernah jejak kaki kat sini, dari parking lot sehinggala ke depan pintu pagar kawasan beras terbakar tu dipenuhi dengan kedai jual cenderamati seperti baju langkawi..keychain..fridge magnet dan lain2. Mama dan papa pon..ofkos la ambik tugas jugak. Beli je ape yang patot.
|
Suasana shopping di kawasan Padang Matsirat |
Anyway..time elok je beli belah ni..ujan renyai-renyai pulak. Tadi masa mula2 sampai kemain panas terikkk.kekekeOwh ye..sebagai selingan..mama nak upload jugan beberapa snappo/posed yg menarik yang sempat di snap.
|
Snappo... |
Ok..dah..tu je setakat yang mama mampu untuk bercerita kenangan kite semua di Langkawi - Beras Terbakar. Next Location is Underwaterworld! Tapi mama akan cerita di next post ya..
0 comments on "Langkawi Trip - Beras Terbakar di Padang Matsirat"
Post a Comment