Date: 24.01.2015
Time: 12.30pm - 3.30pm
Venue: Bird Park KL
Dah lama dok selangor ni, memang kami tak pernah terfikir pula nak datang kat sini tengok burung. Kalau plan nak bercuti mesti nak berangan ke langit jauhnya. Rupanya di negara sendiri, lagi tepat di negeri sendiri ada tapi tak perasan.
Sehingga ofismate nik pernah share yang diorang ada pergi kat bird park ni baru rasa nak jejak kaki bawa anak ke sana. Tambahan pula, memikirkan yang zariff memang suka dengan burung. Dari last week nak bawak zahra zariff ke sana tapi last week cuaca yang amat panasnya. Kebetulan cuaca harini elok sangat. Mendung nak kata hujan pon tak. Jadi, lepas keluar breakfast kat restoran jayati shah alam seksyen 18, meneruskan perjalanan ke KL.
Kami kat depan gate dalam jam 12.30 tengahari. Sebagai rujukan, bird park ni nak masuk kene berbayar. Sebelum datang mwmang nik dah survey.
Details tiket utk mykad holder:
Dewasa : rm25
Kanak-kanak 3tahun ke atas : rm12
Total kami 4 beranak = rm62
Mula-mula masuk, zariff agak takde mood sebab kami angkat dia masa zariff tengah tido. Agak tak cukup tido, itu yang diam je awal-awal sampai tu.
Sebagai review, tempat ni takdela besar mana, tapi disebabkan struktur bentuk
Muka bumi nya yang berbukit-bukit, jadi agak semput jugakla kami laki bini. Zahra zariff?? Hmmm mane reti penat budak dua orang ni! Hehe active betol. Zariff tu awal je nampak lesu, once dah dapat tenaga dia balik...haaa memang tak cukup kaki nak kejar.
Dari segi jenis burung pulak, memang ade beribu-ribu spesis burunglah. Tapi, sepanjang kami dok pusing-pusing kat dalam taman burung tu, nik perasan jenis burung yang sama je dok berlegar-legar kat situ. Miahahaha. Tapi tak taula kot nik ni jenis tak kenal burung. Haha.
Owh ye, harini weekend. So memang ramai pengunjung weekend2 ni. Bukan setakat local, mat salleh ngan pak arab pon memang ramai giler. Lagi ramai dari local. Hehehe. Agaknye orang malaysia ni tak layan kot taman-taman burung ni. Kalau ade local datang pon kebanyakannya yang macam kitorang ni la. Bawak anak kecik. Parents yang baru nak kenalkan burung kat anak-anak.
Owh ye, dekat-dekat nak balik tu, satu bas budak sekolah comel je pakai baju purple. Ehhh kebetulan pulak dengan kami pon yang juga pakai purple! Miahaha.
By the way, diorang i meant pengurusan taman burung ni memang benarkan pengunjung bawa makanan luar ye. Sebab mungkin nak elak dari sampah satap merata kot. Then kat depan sikit dengan entrance tu ade satu kedai cukup utk jual snek, aiskrim dan air. Haa kat sini kakak zahra la, pantang nampak kedai mesti nak beli. Sebagai perkongsian jela ye, nik beli air mineral dan kitkat (yg ada 2batang) total rm7. Hehe brape la agaknye kitkat tu. Rm5 kot. Takpelah, memang dah expect pon barang kat tempat camni mmgla mahal.
Ok lah.. Layan gambar jela ye. Setakat ni itu sajalah acitiviti hujung minggu kami. Esok nak pergi klia, tokma balik dari umrah. Harap-harap semuanya selamat sampai. Aminnn.
0 comments on "Holiday : Kuala Lumpur - Bird Park"
Post a Comment