Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 19, 2015

Zara's School experience: Monday Blues


Date: 19.01.2015
Time: 10.00pm
Venue: Little Caliphs School

Monday Blues kot harini. Sempena dah cuti 2 hari sabtu ahad, jadi risau takot hari ni zara buat hal pulak. Sebenarnya sepanjang weekend hari tu kami ada basuh-basuh otak dan psycho zara tu sikit2.

Antara conversation kami:


Nik "kakak nak gi school lagi x?"
Zara "no school"
Nik "why? why kakak xnak gi school"
Zara"no..nanti mama tinggal kakak"

Hmmm..memang betol itula masalah terbesar zara sebenarnya. Dia cukup takot pergi sekolah sebab risau mama papa dia tinggalkan dia. Kami sambung lagi:


Nik "eh..mama papa tak tinggal kakak la, ada kat dalam kereta. papa tunggu kakak dalam dalam kereta outside"
Zara: "no tunggu ouside! papa stay inside je"

Kalau nak nego ngan dia, memang tak berkesan. Memang zara akan tekad dengan suruh kami tunggu kat dalam sekolah. Papa dia cuba pujuk pulak:


Akmal: "Eh mane boleh papa tunggu inside, nanti teacher marah. Papa dah big papa kene tunggu outside je"
Zara: "no..." then sambung nangis. 

Huhuhu..Betapa susahnya nak tenangkan jiwa anak dara kami ni. Nik pon tak tau macam mana nak bagi zara yg baru mula mencecah umur 3 tahun ni faham apa itu sekolah dan apa fungsi sekolah untuk dia, sekaligus untuk dia tahu apa kebaikan sekolah untuk masa depan dia. 

Malam tadi, nik ada cakap ngan zara, "Kakak listen..masa mama small macam kakak, mama gi school jugak. Mama kene walk...jauh... Hot, sebab ade sun on my head"
 Tiba-tiba zara pandang nik dengan cakap "ha? mama walk?". Hehehe menjadik jugak ayat pancing sedih tu. Pastu nik cakapla.."yes..mama walk..hot. Tapi mama gi school jugak, sebab kat school mama ada banyak2 friends. Nanti kat school mama boleh jumpa teacher. Teacher nak teach mama drawing2. best!"

Response zara...pandang je muka nik..senyap je..pastu pandang tab dan teruskan dengan kartun. Nik faham, mungkin dia tengah cuba memahami cerita tadi tu kan? Dan mungkin dia tengah fikir. Yang pasti, nik tak tau apa yang bermain dalam fikiran dia.

So pagi ni, alhamdulillah. Zara bangun tido sendiri tanpa kene kejut. Mungkin sebab malam tadi kami suruh zara tido awal, dan hari ni dia cukup tido. Ajak zara mandi pon tak jadi masalah hari ni. Cuma bila nak pakaikan baju je, dia agak meragam sikit. Zara cakap nak pakai baju biasa taknak baju school. So kene pujuk sikitla. Then ok dah cuma tudung je tak nak. Ok la tu, harini dah ade banyak improvement.



Pagi ni, nak jaga mood punya pasal, kene bawak gi kedai mama feveret zara kat seksyen 19 tu. Belikan dia lolipop dan segala mak nenek air kotan n roti yang dia suka. Tapi satu hape pon dia xmakan. Bila papa dia hantar kt pagar sekolah baru mula nangis, sedih je dengar. Nik tunggu dalam kereta je dengan zariff yang tengah lena lagi dalam carseat.

Balik school harini, surprisingly...kol kakak..dengan happy dia jawab phone. "Mama!! kakak main lego hari ni kat school!"

Ya Allah..tuhan saja yang tahu betapa lega dengar suara kakak zara hepi balik sekolah macm tu. Alhamdulillah...kakak dah getting better. Dia dah mula suka dengan sekolah dia. Zara cakap "kakak main lego dengan friends, girls je..boy dok jauh2"

Hahaha..comel je kakak..I LOVE YOU Iman Nur Zahra.. awak memang membanggakan mama dan papa (psst...tak sabar nak start hantar zariff ke sekolah pulak.hehe).
 


0 comments on "Zara's School experience: Monday Blues"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...