Date: 17-18.01.15
Time:11.00pm
Venue: Dalam kereta + Office
Bukan nak berniaga, tapi nak bercerita. Nik ni kalau bab nak promote memang fail. Tapi kalau bab puji barang orang memang terbaek! hehehe.
Selama ni, tengok orang dok pakai shawl macam-macam pesen. Best je tengok, tapi mampu tengok sajalah. Nik amatlah tak confident nak pakai shawl sebab bentuk muka bulat semacam je. Kalau pakai shawl memang nampak bulat giler kalah bulat bola sepak tu.
Kat ofis pulak sekarang ni tengah glamour tudung Naelofar. Naelofar hijab namanya. Brand ni brand artis neelofa yang memang agak famous jugak. Tapi memandangkan harga tudung seketul rm50 hinggit jadi nik memang tak dela nak beli.
At last...
Bila dah digoda dipujuk member-member ofis suruh try tudung tu dulu. Taknak beli pon takpe tapi try je dulu nak tengok camne rupa (alhamdulillah kan, ofismate semua baik2, derang jujur dalam segala pendapat). Tanpa ada sikap hasad ke apa, derang suruh nik cuba. Maka...amikla satu tudung kaler indigo.
Dalam perjalanan balik kerja, husband berhenti kat kedai DIY kat shah alam, haaa ada masa free boleh try tudung. Cuba belit-belit macam kelakar. Tak pandai nak belit, so snap gambar bagi kat wasap group bg semua geng tengok dan komen. Hahahha lawak kan?
Then semua cakap tak terok mane seperti yang nik fikir. Hmmm ok fine, then esok cuba pakai kat ofis..hahaha memang kelakar.
Memandangkan banyak komen positif dari ofismate, jadi nik fikir nak order seketul lagi. Miahahaha perasan la pulak kan? hehe bukan perasan sebenarnye, sebab tudung ni memang senang sangt nak sarung pusing siap, so memang prektikal untuk pakai masa travel nanti. Lagipon tahun ni kami memang plan nak jalan-jalan cuti-cuti malaysia.
Peace!
0 comments on "Naelofar Hijab Pertamaku - Indigo"
Post a Comment