Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, January 12, 2015

Zara's first day school at Little Caliphs


Date: 13.01.2015
Time: 10.50am
Venue: Little Caliphs School

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah, hari yang dinantikan kami telah tiba. Secara jujurnya, kami memang tak sabar nak tunggu hari ni. Hari pertama hantar kakak zahra ke sekolah. Ya, memang kami hantar kat Little Caliphs seperti mana yang kami rancang sebelum ni. Suka dengan teacher2 kat situ. Sweet je. 

Semasa di Sekolah

Iman Nur Zahra, awak baca elok2 kisah hari pertama awak masuk sekolah ni ye. Hari ni umur kakak zahra 3 tahun, 2 bulan 3 hari. Setiap hari bangun lambat, tapi pagi tadi kami terpaksa kejutkan kakak zahra bangun jam 7pagi. 

Ye...memang wajiblah menangis kuat yang amat tak nak mandi. Disebabkan risau anak perempuan dia sejuk, papa dia siap2 panaskan air. Haa pagi ni dua2 zahra dan zariff mandi air suam. Kakak memang terpaksa pujuk kaw2 taknak bagi badmood. Lepas mandi masih lagi nangis, bila cakap nak gi school dia cakap taknak!! Hmmm habislaaa. 

Pujuk lagi tunjuk baju sekolah then baru senyap berhenti nangis, suka nak pakai baju sekolah tu agaknye. Alhamdulillah nasib baik ada jugak ubat. Memang dari malam tadi kakak nak pakai bju tu tapi kami tak bagi takot kotor. Then lepas setel pakai baju kami bagi kakak breakfast telor halfcook sebijik. Then gerak ke sekolah. 



Masuk klas jam 8 pagi. Harini kakak pakai sport attire je dlu sebab uniform kakak tak dapat lagi. Teacher suruh pakai ni dulu. Takpe je. Janji zahra bleh belajar kat sana. Owh ye, semalam ade wassap teacher tanya pasal tudung, sebab zahra ni memang tak pernah pakai tudung. Nasib baik teacher cakap tudung boleh ambil kat school. 



Sampai kat school, kakak super duper excited. Okey. Good. Lepas ambil tudung pakai tag nama semua, ade dua budak tu buat hal. Sorang nak dokong sorang lagi nangis. Haaa risaunye. Kakak zahra pulak dari tadi elok sekarang dah mula cari mama nak menyendeng kat kaki mama je. Homaigodd. 



Lepas tengok beberapa "friends" nangis, kakak pon mula lah tak nak join group tengah kumpul ramai2 tuh. Nik start panic, tapi teacher derang pandai psycho.  Bila derang nampak student ade nangis, dia cepat2 tarik kakak ajak
Main toys dalam classroom. Kakak zahra kalau dengar "toys" laju bangun dan masa tu nik cepat-cepat lari keluar dari classroom tu.

Nik pernah baca tips hantar anak sekolah hari pertama ni. Tips tu cakap jangan tunggu lama2 nanti anak2 makin tak boleh berjauhan. Nanti makin derang takot. So sekarang ni kami dua2 dah keluar dari school, breakfast jap kat mamak sebelah school kakak. 


Si adek tu agaknye pelik, mane laa kakak gi ni. Hehehe. Zahra zariff ni memang tak pernah berjauhan selama ni pon. Selalu kemana sahaja bersama. Kami harap dua2 okey takde bestfriend disisi. Hehe

Dan..tiba2 nik rasa sayu...memang setonok anak dah start sekolah. Tapi sayu sangat. Tak sangka anak dah besar.  Nak start lepaskan dia berdikari sendiri. Buat semua benda sendiri. Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan anakku Ya Allah. Hanya pada-mu aku berserah. Amin...ya rabbal Alamin... Huu

Balik dari Sekolah

 Teacher panggil "Iman Nur Zahra" pakai microphone. Okeh, nik nebes gile tunggu reaksi muka kakak keluar dari kelas. Bila keluar, lari-lari pelok nik. Aaaaawwww so sweet..menitik jugak air mata terharu keibuan! hehe. Masuk kereta, bertubi-tubi soalan dari mama dan papa tanya..

"Kakak...hows your school?"
"Teacher cakap apa kat kakak?"
"Kakak mamam apa kat school?"
"Best tak school kakak"
"Teacher ajar kakak buat apa?"
"Belajar abc tak kat school?"
"Esok nak gi school lagi tak?"
"Banyak kakak dapat friend?"

Tapi dalam banyak-banyak soalan, soalan last tu je zahra jawab, "mmm...friends ade girl, ada boy". Tu je..lain-lain tu jenuhlaa nak jawab. Sehinggalah balik rumah.

Kat rumah kami masih tak puas hati, tanya lagi zahra macam mana sekolah hari ni. Tiba-tiba kakak zahra cakap..

Zahra: "Teacher marah kakak"

Ok...lega dapat dengar response. "Owh..teacher marah kakak ek..kenapa teacher marah?"

Zahra: "Kakak cari mama mane, mama mane...mama takde, mama takde".

Haa..gitu ceritanya..bersambung habis ayat dia. Agaknye dia cari nik tapi tak de, pastu dia tanya teacher, mama kat mana. Agaknye teacher cakap mama takde. Itu sebabla dia nangis kot. 

Malam pulak kami suruh zahra tidur awal tapi dia macam tak lena. Kejap-kejap bangun nangis, kejap bangun bercakap. Tapi ayat dia nik tak paham. Ada satu je sempat tankap yang zahra cakap "white paper". Hmmm pengalaman kat sekolah tadi la kot, terbawa-bawa sampai ke dalam mimpi. takpelah. Hari pertama kan. Ini semua pengalaman namanya. Harap-harap esok lebih baik dan improve.

2 comments on "Zara's first day school at Little Caliphs"

A m m i on January 29, 2015 at 11:31 PM said...

cute!

Nikiey on February 7, 2015 at 9:52 AM said...

Hehe sheila, tq2!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...