Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, November 6, 2014

Pre-School for ImanNurZahra


Date: 07.11.14
 Time: 11.00am
Venue: Bangsar South

Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Topic berat sikit hari ni ye. Nak bagi sedikit pendapatla pasang pendidikan awal kanak-kanak ni. Bak kata pepatah orang tua-tua, kalau nak menlentur...biarlah dari rebungnya. Kalau nak mendidik anak-anak, biarlah dari kecik. Budak-budak ni ibarat kain putih (ha...pernah dengar kan?), kita sebagai ibu bapa mereka lah yang mencorakkan kehidupan mereka.

Kalau cantik, baik corak yang kita buat untuk diorang, maka cantik dan baiklah kehidupan anak-anak InsyaAllah. Kalau nak diikotkan pendidikan awal kanak-kanak ni bukan mengharapkan dari sekolah semata-mata. Tapi sejak lahir, sejak dari rumah lagi kene bagi pendedahan.

Untuk anak-anak nik, kami dah plan pelbagai rancangan untuk masa depan diorang. Bermula dari si kakak Zahra ni, kami rancang untuk masukkan kakak ke sekolah bermula dari umur 4 tahun. Zahra sekarang lagi 3hari nak masuk 3 tahun. Tapi kene ingat, sekolah guna tahun sebagai kiraan umur ye. Bukan bulan. Jadi, januari ni kakak dah consider umur 4 tahun walaupon baru masuk 3tahun. Hmmm nasiblah lahir hujung tahun kan?

Tapi, ramai cakap yang untuk hantar anak umur 4 tahun ni terlalu awal! Ada juga cakap, "Ala..mak bapak kite dulu hantar kite sekolah umur 6 tahun. tapi elok je..cerdik je.smua pon berjaya je". Bagi ni, tu semua bergantung pada individu masing-masing. Kite tak boleh nak bandingkan keadaan dulu dan sekarang. Sekarang ni persaingan sangat hebat. Masuk darjah 1, cikgu dah expect yang budak tu dah boleh baca, dah boleh kira. Tapi kalau ank kite baru nak merangkak-rangkak baca dan kira camne tu? Kesian kan? Nanti dia akan stress sebab kawan-kawan semua dah pandai. Nanti dia tak boleh nak catch up! Kesian.

Ada juga bagi pendapat yang kite boleh start hantar anak sekolah bila dia start cakap  nak gi sekolah. Hmm...Kakak Zahra memang, tiap hari cakap "Nak gi school". kalau gi mall nampak beg, mesti cakap "kakak nak bayar beg, kakak nak gi school". Kesian kakak. So tahun depan haruslah hantar dia gi school. Mesti dia suka dapat tau yang dia dah boleh gi school!

So, bagi kami...kami rancang nak masukkan kakak ke sekolah bermula dari 4 tahun. Tapi mungkin setiap tahun akan bertukar sekolah.

Apa yang kami plan...

4 Tahun ke Little Caliph.
5 Tahun ke Smart Readers
6 Tahun ke QDees.

Dengan cara tukar-tukar sekolah macam tu, harap kakak zahra takde la boring belajar dengan environment yang sama sepanjang 3 tahun! Nasib la kalau dapat friend yang sama! Lagi haru..kan?

So hari ni, nik dah register kakak ke Little Caliphs Seksyen 19 Shah Alam. Dah contact Pn Ashikin person in charge kat sekolah tu. Baik sangat. Alhamdulillah, masih ade kekosongan untuk kanak-kanak umur 4 tahun. So, kami dah email kat Branch Shah Alam tu. Next step is, kami kene gi kat school tu untuk bayar booking sebanyak rm50. Full payment untuk fee nanti akan cerita kemudian di next post ya.
 
Email Registration
Sebagai pengenalan kepada dunia schooling ni, nik amik halfday je dulu. Sekolah dari pagi jam 7.30am - 12.20pm. Papa diorang ni kerja business sendiri. Senang boleh pickup kakak kol 1 tu nanti. 

Nak juga share kenapa pilih little caliphs ni kan? Sebabnye, satu little caliphs ni islamic dan medium pembelajaran dalam bahasa inggeris. Tapi diorang tak tekankan sangat english (berdasarkan survey dari review org). Nik ingat nak suruh kakak zahra pandai baca doa-doa penting dan mengenali islam lebih sikit. Tu je. Nak harapkan kite ajar, apa lah sangat ye tak? Sekarang ni kecil lagi, tak perlu nak sogokkan dia dengan pembelajaran sangat. So far, kakak dah tau abc, 123, colour, shapes, animals and some basic dictionary should be ok. So lepas ni boleh la masuk yang lebih focus pada belajar tu.
 
ImanNurZahra dah besar!
InsyaAllah, kami doakan yang terbaik untuk anak-anak.


0 comments on "Pre-School for ImanNurZahra"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...