Date : 13.08.2013
Time: 12.30 pm
Venue : Bangsar South
2nd Pregnancy Diary : 36 Weeks 1 Day
Nampaknya tinggal sebulan lagi sebelum due date bersalin mama, 9.09.13. Lebih kurang 4minggu lagi. Mama plan untuk habiskan rutin kerja mama di ofis sehingga hujung bulan August ni saja. Pastu dah nak start bercuti. Mama juga plan nak bersalin di kota bharu, so haruslah ambil cuti lebih awal iaitu 2 minggu sebelum due. Ni bermakna mama boleh kerja untuk 2minggu saje lagi, lagi 2minggu dah start rehat-rehat kat kampung tunggu masa nak bersalin.
Perasaan mama? Bercampur baur, tapi yang pastinya mama memang tersangatlah excited nak menerima ahli baru dalam keluarga. Boboi mama yang makin membesar dalam perot mama ni. Tapi pada masa yang sama jugak, mama rasa takot...takot nak menghadapi suasana dan merasai keadaan dalam labor room. Dulu masa bersalinkan kakak zara, memang takot nak bersalin, tapi perasaan sakit tu mama tak pernah rasa so mama tak boleh nak imagine macam mana sakitnya nak bersalin. Tapi untuk bersalin kali ke-dua ni, disebabkan mama pernah melalui saat perit getir sakit bersalin tu, mama tiba-tiba pulak rasa takot..takot nk menempuh rasa sakit yang amat tu sekali lagi.
Mama berdoa sangat-sangat, supaya baby keluar dengan baik. Senangkan process bersalin ni. Mudah-mudahan kelahiran kali kedua ni berjalan dengan lancar dan mudah. Amin ya Rabbal Alamin.
Perkembangan Iman Nur Zahra : 1 Year 9 Months and 3 Days
Zara dah jadi kakak. Banyak perubahan dan perkembangan Zara yang mama dan papa kagum. Antaranya:
1. Mengira
Sehingga sekarang, percaya ke tidak Zara dah pandai mengira dalam bahasa Inggeris dari One - Ten! Alhamdulillah. Tak disangka-sangka anak mama tak masuk umur 2 tahun lagi dah pandai kira sampai sepuluh kan?
2. Mengenal Haiwan
Untuk disenaraikan kat sini, agak mustahil dan memang terlalu banyak haiwan Zara dah kenal dan pandai sebut. Tapi mama cuba untuk tulis sebanyak mungkin yang mama ingat.
Antaranya...Fish, Sheep, Goat, Dog, Cat, Bird, Horse, Frog, flies(Butterfly), Lalat, Cicak, Pig, Chicken, Mut (Semut), Lipas ...
3. Mengenal Kenderaan
Zara memang suka naik kereta. Mama tak rasa budak-budak lain tak suka naik kereta kan? Asal dengan orang nak jalan pon mesti excited. Sama la dengan Zara, naik kereta..boleh tengok pemandangan je ok la..Tapi mama dan papa tak bawak Zara jalan-jalan dengan otak kosong macam tu je. Mesti nak tunjuk dan ajar Zara something baru. Dalam perjalanan ke mana-mana, papa dan mama akan pastikan Zara tau apa yang dia tengok. So setakat ni, dah banyak jugak transport yang Zara kenal.
Antaranya: Car, Bus, Tren, Aeroplane, Lorry.
4. Mengenal Huruf
Setiap hari Zara memang terdedah dengan pelbagai jenis huruf tak kira la sama ada huruf tu ikut susunan ataupon tulisan-tulisan kat mana2 board ataupon tepi jalan. Setiap kali dia nampak words, zara akan ulang...A...B...C...D...E....tapi sampai situ je..untuk kenal ABC tu belum lagi, tapi untuk menyebut A sampai E tu alhamdulillah Zara dh boleh sebut dengan betol. Tapi lawak jugak la, even word apa-apa sekalipon yang org tampak kat mana-mana tu dia akan cakap..ABCDE...
Takpe, masih dalam learning process.
5. Anggota badan
Zara dah mula mengenal setiap anggota badan dia. Mama dan papa pon memang kerap tanya soalan menguji daya ingatan samada Zara ingat ke tidak dengan anggota badan dia. Antara yang Zara ingat: Kaki, Tangan, Mulut, Mata, Hidung, Gigi, Rambut dan Perot. Tu sahaja. Cukuplah untuk masa ni. Lain-lain anggota badan yang agak complicated tu nanti mama dan papa ajarkan ye.
6. Ayat permintaan atau arahan
Setiap hari dan setiap masa, mama dan papa akan cuba bagi zara faham beberapa arahan supaya zara cepat dapat cakap dan dapat bagitau mama&papa ape yang dia nak atau apa yang dia rasa. Contohnye:
- Iman Nur Zahra, amik remote tu (laju je zara amik remote dan hulur)
- Nak nasik? zara jwb (nak...or nanak-taknak)
Alamak, disebabkan masa yang tak berapa nk mengizinkan (dalam ofis), mama tak boleh nk mengarang lebih panjang lg. Nanti mama sambung lagi ye.