Zara dan Zariff. Powered by Blogger.

Iman Nur Zahra

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zariff

Lilypie Kids Birthday tickers

Iman Zaffri

Lilypie Third Birthday tickers

Monday, December 30, 2013

Kasih sayang inz to iz

0 comments
Date : 30.12.2013
Venue : Ruang tamu
Mode : Kakak Sayang Adik

Kasihnya kakak...tiada penghujungnya... hehehe. Nyanyi, jarang-jarang sekali apa salahnya kan?

Malam ni saja dok monitor dua beradik ni. Tengok apa yang diorang buat.

Kakak ni bagus betol. Tak de pon nak cebuk adik ke apa. Baik je.













Wednesday, December 25, 2013

Production Susu merudum

0 comments
Date : 26/12/2013
Time : 11.00am
Venue : Ofis - Bangsar South

Setelah seminggu lebih mama bercuti, makan angin ber-holiday, hari ni baru mama masuk keje. Perasaan memang lemau la sebab nak catch-up banyak benda yang tertinggal.
Itu pon nasib baik team-mate mama tu cekap menguruskan hal-hal dalam ofis. hehehe.

Tapi, walau happy2 pon, still mama sedih sebenarnye. 
Sebab?? sebab production susu mama memang sangat2 merudum. Contohnye macam pagi tadi, Mama berusaha menge-pump susu untuk bekalan zarif hari ni, tapi hasil dapat cenonet je. 2 oz sahaja!!!

Ya Allah, memang menggugat jiwa raga betol. Rasa nebes yang amat. Mama risau takot2 tak dapat nak supply susu secukupnya untuk zarif.
Itu pon nasib baik stok susu yang mama usaha mengepump selama ni masih banyak dan masih cukup untuk zarif.
So sementara mama tengah berusaha untuk mem-banyakkan balik production supaya semeriah macam dulu, zarif minumla susu dalam stok tu dulu ye.

Pagi tadi, mama mintak tolong cikngoh (mommy muaz) bawak zarif gi klinik untuk checkup dan inject 3bulan. Sedih sangat bila dapat tau berat zarif hanya 6.2kg. Kesian zarif!

Dah makin besar dah ank mama..
Dah la tu, dah 3 4 hari zarif cirit birit. Tapi satu je mama puji sangat2 sikap zarif ni. Zarif tak banyak nangis, walaupon dengan keadaan suhu badan tak menentu dan cirit, zarif maintain good2 saja. Senyum je manjang.. comel je. Kesian anak mama ye..

Si kakak zara pulak, alhamdulillah takde dah demam2 ke ape ke. Cuma running nose tu still berleluasa. Lubang hidung tu tersumbat je manjang. Penuh dengan mukus2 likat.kikiki.
Mama standby letak wet tissue di merata-rata sudut area rumah tu supaya senang kakak amik je time dia rasa meleleh tahap terok sangat tu.

Kulit kakak pon dh memang sun burnt sangat-sangat hasil dari berholiday kat melbourne last week. Kesian kakak. Dah lain mama tengok. Dah tak berapa nk gebu mana dah pon. Hopefully sun burnt tu cepat2 la hilang.

Minum susu banyak..mama suka!
Mama? tak yah cakap la. Dah legam agaknye muka ni. Hari masuk ofis pon ramai tegur nampak gelap. Bukan nampak gelap la kan..dah memang gelap gulita. Memang tak bersemangat pon nk mekap2. Buruk je muka nampak..eee...Cepatla2 cerah skt. baru rasa meriah! ahhaha.

Papa memang agak magic jgk. Sebabnye, langsung mama xnampak sun burnt kt kulit papa tu. Degil jugak kulit papa ye. kiki. Tapi nampak mcm selim molim sikit. Ramai jugak tegur papa nampak selim. Bangga!! hahaha

Owh ye, petang ni mama pump dan hanya dapat 7.5oz saje. Takpela. Rezeki zarif banyak tu je hari ni..nanti mama berusaha lebih kuat lg ye..


Lena tido..

Oke la..nanti mama sambung lagi update. Cite time kat melben tu nanti mama senang maam update. Sekarang ni nk check2 email jap. Daaa..

Tuesday, December 24, 2013

Wajah penyeri hidup

0 comments
Date: 24.12.2013
Time:
Venue: Home - depan tv





Saturday, December 21, 2013

Australia- Victoria Market

0 comments
Date: 21.12.2013
Time: 10.00am
Venue: Victoria Market

Hari ni last dah dok tanah melbourne. Petang ni dah nak gerak ke Adelaide. So hari ni kena lah bangun awal pagi untuk serveniour dari Melbourne ni untuk di bawa balik ke sedara mara kat mesia nanti. 

Pagi kat sini, tuhan sahaja tau. Sejuuukk sangat-sangat. Kat rumah tu siap on heater sebab terlampau sejuk. Ini belum lagi musim bersalji. 

Kami gerak ke Victoria market ni tak mandi tau! hahaha. Kat sini memang barang paling murah compare dengan surveniour tempat lain. Lagi mahal2. Seketol 10aud. Kalau kat sini 10aud dah dapat 3-5 ketol barang. suka sangat...

 






























Friday, December 20, 2013

Australia - Victoria City

0 comments
Date: 20.12.2014
Time: 11am - 4pm
Venue: Victoria City - Melbourne

We begin our today's travelogue by boarding a tram. Yes they called a tram here. It is looks like a bus but with no wheels. If in KL, we may call it Commuter. Cuma yang beza nya, tram ni jalan atas jalan raya sama dengan kereta jugak. Jalan raya dia jadi ade 4 lanes, 2 lanes kereta dan lagi 2 lanes tengah-tengah untuk laluan tram.

Kami kan sekarang tinggal kat rumah sewa adik bongsu kami kat RMIT campus Bundoora kat sebelah utara Melbourne. Kat campus ni area kampung sikit, padang-padang sikit tapi still accessible naik tram direct ke Victoria City. Dulu masa first year ciksu ditempatkan di campus Victoria city tu. Memang tengah-tengah bandar sangat-sangat. Kat tempat kami gi convo dia hari tu la.

Tapi masa tu tak sempat nak ronda-ronda bandar tu. Kalau google, dia selalu keluarkan result cakap "world most liveable city". So hari ni nak share gambar-gambar yang kami snap semasa kat bandar ni. 


Zahra ni memang born to be a book lover..di mana sahaja.. Quran pon sama!

Update status FB la kot tuuu..free wifi kat rumah ni!

Budak active



Comel...
Ini encek husband kite...bersiap nak naik tram tu. Komuter la kot ye. hii
Nik di tengah kesibukan kota melbourne..









Kakak zahra tidor pulak...sabar je papa dia ngangkut kesana kemari. Suruh bawak stroller dulu tak nak.

Tiga beranak lagi, tanpa zariff...huuuu

Ni hentian tram...

Kat Victoria City..ingat nak cari serveniour tapi kedai tutup pulak. Rupanya dia tutup jam 12tengahari..so make sure kene datang pagi-pagi baru boleh shopping.

Nik dan Ma saya..sama chubby la pulak! haha

Berjalan di sekitar kota..

Masih lagi kami 3 beranak...(ye..setiap kali tengok gambar family mesti ingat zariff)

Kakak pon dah letih sangat dah tu..

Melintas jalan pon iols snap uollss..haha.bukan selalu dapat datang sini kan.

Sementara menunggu ketibaan tram

GPO..tak sure pulak bangunan apa. Tapi macam pernah tengok kat tv. Tu geng busket.

Tram ni dah sampai, tapi tengok je dulu...

Berpusu-pusu..macam kat KL.

Crown ni ciksu wany cakap pusat kasino terbesar kat sini. Selalu masuk tv jugak ni.

Kat jambatan menuju DFO (Direct Factory Outlet)

Suka gambar ni, macam backstreet boys. haha

Nik dan Angah

Abah dengan mat salleh mane entah. Tiba-tiba datang ambil gambar kami. Agaknye tengah mabuk ni.

Bajet anak dara pulak angah ni ye. haha

Tak tau kenapa, asal ambil gambar je nak buat jari macam tu..eeeyuu!

Mari..mari..jual murah..murah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...