Date : 14/01/2014
Venue : Home - Shah Alam
Selamat hari maulidur rasul!! Boleh ke macam tu? selamat hari cuti se-malaysia kot. Maulud ni, kita nak raikan hari kelahiran utusan kita Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah, walaupon kita tak pernah berjumpa denganya, tapi kita amat mencintainya. Betol x?
Sempena hari cuti umum semalam, sehari je kan...kami takda plan nak gi memana pon. Totally dok rumah. Hujan pon renyai2 di bumi shah alam ni. Nik macam biasala, hari cuti macam ni la nik gunakan peluang yang ada untuk tambah stok susu. Pump banyak2 untuk zariff, so esok bolehla zariff minum EBM fresh banyak2 dari minum EBM yang beku dicairkan tu.
Ada terbaca kat majalah pa&ma, doc pakar penyusuan tu bagaitau EBM yang dh dibekukan ni, sesetengah antibodi yang terkandung dlm susu tu dah takda kalau nak dibandingkan dengan fresh EBM. Tapi tula, kita yang bekerja ni, nak supplu semua fresh EBM memang mencabar. Dalam majalah tu jugak ada bagitau, untuk bagi kat babysitter, sebaik-baiknya pecahkan kepada 60% fresh EBM (susu yang dipump, disimpan dalam peti ais pintu bawah), 40% EBM beku yang dicairkan. Nik memang dah lama practice pecahan macam ni. Dulu lepas habis pantang, mula2 naik kerja Zariff agak kuat menyusu. Setiap hari nik prepare 9botol 3oz dimana 5botol fresh EBM dan 4btol beku dicairkan. So totalnya dalam 27oz sehari untuk siang sahaja!
Lately, sejak zariff masuk umur 3bulan keatas, habit menyusu zariff dah makin berubah sikit. Zarif minum 4oz setiap meal dan hanya 5meals sehari. So sekarang ni, nik prepare 3 botol 4oz untuk fresh EBM dan 2botol 4oz susu beku dicairkan. Total 20oz sehari. Lega, takde la sruggle sangat nak mengepump.
|
Lupa nak kira ada berapa pek lagi |
Hari ni, bila bukak freezer atas, tengok stok susu...hmmm..insyaAllah..cukup. Sebab sehari zarif akan pakai 1pek sahaja yang ada 12 oz setiap pek. Tu pon nik pakai 8oz je sehari. lagi 12oz tu nik kene pump untuk provide fresh EBM.
Owh ye, untuk dapatkan fresh milk setiap hari pulak jadual nik lebih kurang macam ni. Contohnye esok kerja, malam before tido nik akan pump atleast 4-5oz (botol 1) dan simpan dalam fridge pintu bawah. Esok pagi nik bangun awal dalam kol 6pg untuk pump dan dapatkan dalam 8oz (botol 2 and botol 3), semua letak dalam fridge pintu bawah. So, untuk botol 4 dan botol 5, nik cairkan EBM yang beku td tu masukkan dalam botol siap2. Sekarang total dah jadi 20oz. Kadang2 nik akan lebihkan 1botol yang tak fresh tu. Incase tak cukup, buleh la guna.
|
Suasana EBM ku dalam peti ais. |
Lebih kurang macam tu la rutin harian hakak yang bekerja tapi masih tekun nak fully breastfeed anak ni kan.
Pernah dulu2, masa dalam pantang ada time susu merudum gilersss. Nik siap bagitau encek husben lagi suruh p beli susu S26 newborn (ikot kakak yang masih minum S26 Step 3). Tapi nasib baik la encek husben tegas tak goyang iman. Siap nasihat nik lagi. Alhamdulillah! hehehe. Kalau tak, tak berjaya la misi fully breastfeeding nik nih..
InsyaAllah..nik nak fully bg EBM ni sampaila zariff umur 2tahun! Perghh..cita-cita tinggi menggunung!
Doakan daku!!!!